Labels

clik disini

My Blog List

clik here

Showing posts with label BICARA DAN SUDUT PANDANG. Show all posts
Showing posts with label BICARA DAN SUDUT PANDANG. Show all posts

Sunday, 24 July 2011

Teori RAHMAN dah berakhir: Siapa PM selepas Najib?

Maniri Ramai pemerhati politik di Malaysia sebelum ini sukar mempercayai berhubung dengan satu teori, iaitu teori RAHMAN  yang dikaitkan dengan siapa akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin utama politik Negara selepas merdeka.
Untuk rekod, teori ini dikatakan bermula selepas Tunku Abdul Rahman mewakili ‘R’ menjadi Perdana Menteri yang pertama dan kemudiannya Tun Abdul Razak mewakili ‘A’ pula dipilih menjadi Pedana Menteri Kedua. Seterusnya digantikan dengan huruf ‘H’ oleh Tun Hussein Onn walaupun Tun Dr. Ismail pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Razak tetapi meninggal dunia lebih awal.
Semasa Tun Hussein menjadi Perdana Menteri, beberapa nama selain huruf ‘M’ Tun Dr. Mahathir disebut-sebut layak menjadi timbalan atau pengganti kepada Hussein seperti Tan Sri Ghazali Shafie (King Ghaz), Tun Ghaffar Baba dan Tan Sri Razaligh Hamzah (Ku Li).
Begitu juga semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, nama juga Tun Musa Hitam muncul untuk menjadi penggantinya tetapi tidak kesampaian. Selepas Musa Hitam mengundur diri, tiga orang yang bermula huruf ‘A’ menjadi timbalannya bermula dengan Tun Abdul  Ghaffar Baba, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan akhirnya Tun Abdullah Ahmad Badawi berjaya menjadi pengganti kepada Mahathir bagi mengisi huruf ‘A’.   
Beberapa nama yang mungkin layak untuk menjadi Perdana Menteri seperti Tun Dr. Ismail, Musa Hitam,  King Ghaz dan Ku Li  terlepas peluang menjadi Perdana Menteri kerana tidak secocok dengan Teori RAHMAN. 
Sama ada secara kebetulan ataupun tidak, pencipta teori RAHMAN berjaya dibuktikan selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sejak April, 2009 yang lepas. Selepas teori RAHMAN ini berjaya dibuktikan semasa kepimpinan BN menerajui pemerintahan negara, pengkaji-pengkaji politik Negara mulakan satu lagi pencarian baru, apakah teori perlantikan PM selepas ini?
Apakah teori RAHMAN untuk pusingan kedua akan berlaku? Atau terdapat satu teori lain akan muncul sedikit masa lagi. Kita nantikan perkembangan selanjutnya.
Muhyidin bukan Pengganti Najib?
Sembang-sembang politik yang popular dewasa ini menyebut, Tan Sri Muhyidin bukan pengganti Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Sebab yang paling popular yang menjadi perkiraan mereka, era pemerintahan BN akan berakhir dengan kepimpinan Najib dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.
Tetapi sesetengah mereka yakin BN masih mampu memenangi pilihanraya ke-13 nanti kerana orang Melayu tidak ada pilihan lain terpaksa bergantung kepada UMNO kerana PAS masih tidak diyakini mampu memenuhi aspirasi orang-orang Melayu. Apatah lagi dengan parti multi-racial seperti PKR.  
Seorang penganalisis politik UMNO menjangkakan, pertandingan dalam UMNO akan menjadi lebih sengit selepas PRU ke-13 nanti dan Muyhidin dijangka akan kecundang. Pertandingan baru-baru ini Muhyidin terselamat kerana Najib masih memerlukan beliau untuk meredakan pergolakan dalaman UMNO.
Beliau memberitahu saya, nasib Muhyidin akan sama seperti nasib Tun Musa Hitam sebelum ini. Kedudukan beliau hanya untuk memanaskan kerusi Timbalan Perdana Menteri untuk seketika jika beliau tidak bertindak dari sekarang untuk menyelamatkan kedudukannya.
Tempatnya dijangka akan digantikan oleh Datuk Hishamuddin Tun Hussein sebelum diambilalih oleh Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir untuk membentuk satu legasi baru pusingan kedua politik Malaysia yang sedang dirancangkan oleh pihak-pihak elit politik negara.
Konspirasi politik kedua keatas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi tuduhan liwat oleh Saiful Bukhari mungkin menjadi sebahagian dari plot yang dirancangkan oleh pihak-pihak berkepentingan. Bagi mengelakkan perkara ini terus berleluasa, satu reformasi kedua politik negara akan berlaku tetapi rakyat masih belum bangkit menjayakannya seperti tahun 1998 dan 2008 yang lepas.
Dalam tahun 1998 hanya orang Melayu yang bangkit. Begitu juga dalam tahun 2008 hanya bukan Melayu yang bangkit. Kali ini jika semua rakyat bangkit menuntut reformasi menyeluruh dalam kepimpinan politik negara, BN hanya akan menjadi sejarah dengan Najib sebagai Perdana Menteri terakhir era BN. 
Dua nama yang sedang disebut-sebut untuk menjadi Perdana Menteri pilihan rakyat berbagai kaum kali ini adalah Anwar Ibrahim dan Tengku Razaligh Hamzah. Anwar Ibrahim telah melalui zamannya dalam pilhanraya 2008 yang lepas dengan Pakatan Rakyat/Barisan Alternatif dan Tengku Razaligh pun telah melalui zamannya dalam pilihanraya 1990 melalui Gagasan Rakyat/Angkatan Perpaduan Ummah.
Melihat kepada sambutan kepada Ku Li dalam taklimat Royalti Petroleum baru-baru ini, saya yakin sentuhan Ku Li dalam politik negara masih berbisa. Jika Ku Li berjaya menjadikan Kelantan sebagai pangkalan politiknya.
Jika beliau diperlukan oleh UMNO/BN sebagai Perdana Menteri, nescaya nasibnya dalam UMNO/BN tidak seperti sekarang ini memandangkan rakan-rakannya dalam team B dulu seperti Abdullah Badawi dan Rais Yatim serta yang lain-lain lebih bernasib baik berbanding dengan beliau sendiri. 
Satu sahaja peluang yang masih terbuka untuk Ku Li dan Anwar menjadi PM sekarang ini adalah dengan bersatu menggerakan peluang Gagasan Pakatan Rakyat berbanding melalui UMNO/BN kerana pintu tersebut telah hampir tertutup baginya.
Jika Ku Li menjadi Perdana Menteri yang pertama Pakatan Rakyat, kemudian diikuti oleh Anwar Ibrahim sebelum Hadi Awang mengambilalih untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya, peluang TEORI RAHMAN pusingan kedua era Pakatan Rakyat boleh menjadi kenyataan. Sama-sama kita tunggu!

Saturday, 23 July 2011

Temuramah Khas : Berkenaan Projek-Projek Sulit Amerika



Di bawah ini adalah kandungan temuramah berkenaan projek-projek rahsia Amerika.Tetamu yang ditemuramah adalah salah seorang staff teknikal yang mempunyai peranan penting di dalam projek-projek yang dijalankan Amerika lewat Perang Dunia Kedua dahulu.Beliau juga seorang survivor,di mana beliau juga adalah mangsa kepada pelbagai eksperimen sulit yang dijalankan organisasi tertentu di bawah kawalan kerajaan Amerika.


Temuramah berkaitan "Projek Phoenix dan Radiosonde"


S: Di manakah anda mahu mulakan?
J: Biar kita mulakan dengan Projek Phoenix

Ia adalah sebuah projek yang terhasil dari Projek Philadelphia. Ia adalah sebuah projek yang dikendalikan oleh Tentera Laut pada tahun 1930an dan 1940an dalam percubaan untuk membuat kapal-kapal tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Mereka telah membuatkan kapal tersebut terlontar ke hiper ruang. Mereka semacam ada masalah dengan orang di atas kapal itu.Ia adalah kejayaan yang besar di samping kegagalan yang besar juga-kemudian mereka menangguhkannya.Sekitar tahun 1947, mereka telah membuat keputusan untuk mengaktifkannya kembali dan ia telah dipindahkan ke Brookhaven National Laboratories bersama Dr. John Neumann dan orang-orangnya. Hasil dari projek Phoenix 1 ialah Stealth Technology (teknologi halimunan) yang mana saya tidak boleh bercakap mengenainya kerana berkaitan dengan kerja saya. Ia juga menghasilkan semacam permainan kecil yang sungguh energetik seperti radiosonde.

S: Apakah radiosonde itu?
J: Baiklah, dalam semua penampilannya ia tidak ubah seperti sebuah kotak kecil berwarna putih yang mereka sangkutkan pada belon dan menghantarnya ke atmosfera. Kerajaan memberitahu orang ramai yang ia terlibat dalam pengumpulan data cuaca. Ia menggunakan sejenis modulasi denyut yang luar biasa. Dalam kebanyakan kes mereka menggunakan sebuah CW (continuous wave) osilator dan mendenyutkan isyarat itu. Ini menghasilkan penukaran tenaga elektrik ke tenaga etheric yang amat efisien. Saya baru-baru ini mula mengumpul radiosonde.Saya tidak pernah melihat sebuah penerima pun. Saya menemui yang mereka telah merekabentuknya di Brookhaven National Lab. Saya mula bercakap kepada orang di Brookhaven dan menemui seorang pesara yang prihatin, yang pernah bekerja di sana. Dia memberitahu saya bahawa rekabentuk itu berasal dari Wilhelm Reich. Ini yang menarik perhatian saya. Cerita ini kembali ke tahun 1947 ketika Wilhelm Reich mengendalikan peralatan kawalan cuaca milik kerajaan Amerika, peralatan yang akan menimbulkan DOR-busting.

Reich memikirkan yang jika ia dapat mengurangkan amaun DOR maka fenomena petir tidak akan terlalu agresif (DOR adalah hasil dari tenaga orgon(orgone energy) yang hadir dari hubungan dengan sumber radioaktif yang hampir. Ini akan menghasilkan satu DOR-Deadly Orgone Energy-yang mana mengancam kehidupan. Ia juga dihasilkan di atmosfera melalui proses yang lain). Kerajaan menghantar peralatan ini ke arah petir dan ini telah mengurang keamatan petir tersebut. Kerajaan menyukainya dan mereka memulakan fasa seterusnya bagi projek Phoenix di mana mereka merekabentuk 'radiosonde' ini dan mula melancarkannnya dalam jumlah yang besar, mungkin dalam 200 ke 500 sehari. Gelombang radio dalam benda ini mempunyai julat dalam 100 batu. Jika mereka menggunakan banyak benda semacam ini, seseorang dari mereka telah memikirkan yang penerima untuknya akan menjadi tempat yang sama. Saya telah menggunakan satu pengumpul isyarat untuk penerima radio. Saya mempunyai lebih seratus buah dalam simpanan peribadi saya. Saya tidak pernah melihat sebuah penerima radiosonde. Saya ada mendengar mengenainya tetapi tidak pernah melihatnya.

S:Apakah frekuensi yang digunakannya?
J:Frekuensi yang digunakan adalah antara 403MHZ dan 1680MHZ. Mereka menggunakan dua frekuensi berbeza.

S:Kedua-duanya pada masa yang sama?
J:Tidak, satu atau yang lain digunakan pada satu-satu masa. Yang pertama menggunakan 403MHZ, kemudian menggunakan 1680MHZ, campur tolak 6MHZ. Termistor di dalamnya diperbuat dari emas, perak, platinum dan iridium.Reich menggunakan pengesan yang diperbuat dari emas dan perak. Elemen kelembapan ini adalah satu plat plastic dengan perak di salut sekeliling rim dan wayar konduktif melilit plat tersebut.Mereka meletakkan campuran kimia yang luarbiasa di atas plat ini. Tidak seperti 'pengesan kelembapan' yang lain, rintangan hilang apabila lembab.

Apa yang kita teorikan di sini adalah rod termistor (pengesan suhu) ini bertindak seperti satu antena DOR di luar-fasa. Pengesan kelembapan ini bertindak sebagai antena pada orgon; pengesan tekanan pada asasnya apa yang mereka panggil 'barrel switch', yang mana ia adalah sebuah suis kitaran sensitif tekanan. Alat ini harus memusnahkan DOR dan membina Orgone. Penerima itu terdiri dari dua pengayun (oscillator), satu darinya harus berfungsi pada frekuensi pembawa (403 atau 1680) dan yang lagi satu adalah sebuah pengayun 7 Mhz ditempatkan kepada grid pengayun pembawa.Keputusannya menunjukkan bahawa pengayun 7 Mhz itu akan berdenyut ON dan OFF.

S:Bagaimana semua ini dapat dikaitkan dengan apa yang berlaku pada lain-lain projek?
J:Pihak kerajaan (Amerika) tidak memberitahu kepada awam tentang peralatan kawalan cuaca ini.Apa yang kita saksikan disini adalah warisan dari apa yang dinamakan Projek Montauk, yang mana adalah gabungan dari kerja-kerja Wilhem Reich dan Eksperimen Philadelphia.Di sana terdapat dua projek berasingan di dalam Phoenix One.Anda mempunyai aspek kemampuan halimunan (invisibility) dan mempunyai pembangunan kepada kawalan cuaca milik Wilhem Reich.Pada akhir Projek Phoenix, dengan menggunakan sebahagian konsep Wilhem Reich dan sebahagian skim penyebaran yang digunakan dari projek "radiosonde", mereka menemui yang anda boleh menggabungkan dua faktor tersebut dan menggunakan ia untuk tujuan Kawalan Minda (MindControl).Kelompok pihak kerajaan mengatakan ini adalah "pengubahsuaian mood", tetapi mengawal minda seseorang adalah sesuatu yang jelek dan teruk untuk difikirkan.

S:Adakah itu yang dibuat dalam Projek Montauk?
J:Tidak.Hanya dalam Phoenix One.Selepas kelompok politik menemui kenyataan dari semua ini, mereka mengarahkan ia ditutup.Orang (atau organisasi) yang menjalankan ia pergi berjumpa dengan pihak tentera dan mencadangkan bahawa pihak tentera dapat memanfaatkan ia dengan tujuan "memanipulasi fikiran pihak musuh". Pihak tentera amat menyukai idea ini dan membiarkan "mereka" menggunakan pangkalan udara Montauk yang lama.Di antara peralatan yang diminta adalah satu unit radar SAGE lama, yang mana terdapat di pangkalan tersebut.Pangkalan tersebut telah ditutup dan segalanya disitu telah dibersihkan. "Organisasi" tersebut telah memindahkan projek tersebut ke Brookhaven Labs. Ini adalah permulaan kepada apa yang kami panggil Phoenix Two.

Mereka menghabiskan sepuluh tahun pertama, dari tahun 1969 ke tahun 1979, mengkaji tentang kawalan minda yang mendalam.Mereka memulakan dengan mengambil output dari radar SAGE, memodulasi gelombang khas tersebut dimana Reich telah menunjukkan kepada mereka dari proses kawalan cuaca, dan menggabungkan ia dengan sesuatu dari kerja-kerja Ekperimen Philadelphia. Mereka dipancarkan sekitar 406 MHz. Ia akan melompat di antara frekuensi-frekuensi dan berubah fasa.Mereka menggunakan konsep amplidine di mana anda mempunyai banyak peringkat modulasi-fasa.BRF adalah dari 10 kitaran kepada 750 kitaran.Lebar denyut harus berada di antara 10 ke 75ms.Frekuensi tengah pada 406MHz dijana dari fungsi jenis 'stay-low' yang mana dirujuk pada fungsi masa-sifar.

S:Adakah di sana ada lagi modulasi ke atas ini?
J:Di sana ada frekuensi berlompatan di atasnya.

S:Jadi Phoenix Two bermula pada 1969?
J:Ya, pada jangkamasa dari 1969 ke 1971.Phoenix One berlangsung dari 1948 ke 1968.Bahagian pertama dari projek kawalan minda mengambil secara individu dan menempatkan mereka sekitar 250 kaki jauhnya dari antena.Radar SAGE mempunyai kuasa denyutan puncak pada 5 MW.Antena ini mempunyai gema sebanyak 30db.Ini bermakna satu kuasa teradiasi yang efektif sekurang-kurangnya satu gigawatt.Satu gigawatt pada namanya saja.Bolehkah anda bayangkan apa yang akan dilakukan pada orang-orang yang berkaitan?Saya akan berasa takjub jika manusia tetap berdiri di sana.Apa yang berlaku adalah seperti fungsi otak yang rosak terbakar,mencipta kerosakan secara neurologi, kerosakan paru-paru akibat bahang yang kuat dan sebagainya.Mereka mencuba ini pada sejumlah manusia dan hanya sedikit yang berhidup.

S:Dimana mereka mendapatkan sukarelawan untuk semua ini?
J:Mereka hanya mengambil orang-orang miskin, pengemis, tidak berumah dan seumpamanya di tepi-tepi jalan dan mencampakkan mereka di depan sinaran radar.Itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal bahawa kerajaan gemarkannya.




S:Siapakah yang menyelia projek ini apa masa itu?
J:Dr. John Von Neumann dan Jack Pruett.

S:Mana-mana agensi khusus?
J:Saya tidak pasti apa agensi itu.Sekarang, seseorang mendapat idea hebat itu untuk meletakkannya pada bahagian gema antena.Dan mereka mendapat keputusan tanpa membakar seorang pun sukarelawan.Mereka menemui bahawa dengan mempelbagaikan modulasi fasa dan perlompatan frekuensi serta denyutan multifasa yang mereka harus mempunyai kesan yang medalam ke atas minda seseorang.

S:Berapa ramai yang bekerja di dalam projek ini?
J:Sekitar 30 orang.

S:Siapa yang memberikan kebenaran kepada mereka menggunakan pangkalan itu?
J:Tentera Udara dan Tentera Laut (Amerika).Ia adalah projek bersama.Di sana terdapat orang-orang dari Tentera Laut dan Udara terlibat.Kami mempunyai salinan arahan dari individu penting dari Tentera Udara.

S:Apakah "cover story" pangkalan tersebut?
J:Mereka tidak mempunyai apa-apa.Ia adalah sebuah pangkalan yang ditinggalkan.Ia terbiar.Ia kembali ke GSA sebagai bonus di antara 1969 atau 1970 ketika mereka menutup kesemua sistem radar SAGE.Ia adalah operasi "tidak wujud".Ia adalah "penutupan cerita" yang sempurna.

S:Dimana mereka mendapatkan pembiayaan?
J:Ia adalah persendirian secara keseluruhannya.

S:Perniagaan besar?
J:Ia tidak secara asalnya dari pembiayaan syarikat besar, walaupun ia begitu pada fasa seterusnya. Wang yang asal adalah dari kerajaan Nazi.

S:Ini adalah Phoenix One?
J:Tidak, ini adalah Phoenix Two dan Phoenix Three.Pada tahun 1944 di sana ada sebuah keretapi Tentera Amerika yang merentasi sebuah terowong jalan keretapi Perancis membawa $10 bilion Emas Nazi yang mana mereka telah menemuinya.Ia adalah $10 bilion pada harga tahun 1944 pada $20 per auns.Keretapi itu meletup di dalam terowong itu.Ia telah membunuh 51 askar Amerika.Emas tersebut kemudiannya berada di Montauk 10 tahun selepas itu.Ini telah pun disahkan, bahawa wang itu digunakan untuk membiayai projek itu bertahun-tahun selaras dengan kenaikan harga emas.Mereka menghabiskan semuanya dan mereka telah menggunakannya.Itulah ketika mereka mempunyai kaitan dengan ITT, yang menyumbang kepada mereka.

ITT dimiliki oleh Krupp di Jerman.Dalam terma peribadi,ramai orang awam dan saintis di sana adalah bekas anggota Nazi yang datang dari Jerman sebelum dan selepas perang.Projek ini adalah di bawah kawalan Kerajaan Amerika.Komuniti Intelijen tahu apa yang berlaku dan CIA memantau segalanya, sebagaimana yang dilakukan agensi intelijen yang lainnya.Orang-orang yang berperanan di dalamnya kecil sahaja, di antara 30 hingga 50 orang.Pembiayaan seluruhnya secara persendirian.Selepas tahun 1983, Senator Goldwater menemui perkara ini dan mula menyiasat.Dia tidak menemui apa-apa pembiayaan dari kerajaan.Pruett adalah pengarah bahagian metafizik projek tersebut.Dia adalah dari Tentera Udara.Selepas dia, Dr. Herman C. Untermann mengambil alih.

Mereka mempunyai pakar elektronik, Dr. Mathew E. Zerret, orang yang datang dari Jerman pada tahun 1946 bersama Werhner Von Braun.Mungkin sebab mereka kehabisan wang adalah kerana mereka mempunyai sejumlah 25 pangkalan seluruh Amerika untuk dibiayai.Pangkalan terakhir ditutup pada 12 Ogos 1983.Pangkalan di Montauk, di mana semua stesen mendapat rujukan masa-sifar mereka, ditutup dan dua pangkalan yang tinggal tidak berfungsi dengannya.

Friday, 22 July 2011

Perihal Di dalam Sunnah Ada Kejayaan






Allah Maha Kuasa,Makhluk Langsung Tiada Kuasa




Tuan-tuan,sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Di luar sunnah tiada kejayaan.Apakah sunnah itu?Iaitu cara nabi s.a.w.Bila kita ikut cara nabi s.a.w,Allah s.w.t akan beri kita kejayaan dunia akhirat.Cara lain selain cara nabi s.a.w,tiada kejayaan.Cara lain selain cara nabi s.a.w ,akan menempuh kegagalan.Oleh itu kita hendaklah yakin seyakin-yakinnya bahawa hanya cara nabi s.a.w yang bawa kejayaan,selain cara nabi s.a.w,langsung tiada kejayaan.

Cara Nasrani tiada kejayaan,cara Yahudi tiada kejayaan,cara Komunis tiada kejayaan,cara Sekular tiada kejayaan.Cara Timur tiada kejayaan.Cara Barat tiada kejayaan.Cara Hindu tiada kejayaan,cara Buddha tiada kejayaan.Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat kejayaan di sisi Allah s.w.t,Maha Besar dan Maha Berkuasa.

Apakah kejayaan?Kejayaan ialah apabila kita berjaya menyediakan diri kita untuk MENGUCAPKAN KALIMAH LAILAHAILALLAH DI AKHIR KALAM yakni kita mati dengan membawa iman kepada Allah s.w.t.

Iman tidak akan didapati dari cara selain cara nabi s.a.w.Iman hanya boleh didapati dengan CARA NABI S.A.W.

Cara Nasrani tidak bawa iman,cara Yahudi tidak bawa iman,cara Komunis tidak bawa iman,cara Sekular tidak bawa iman.Cara Barat tidak bawa iman.Cara Timur tidak bawa iman.Cara Hindu tidak bawa iman,cara Buddha tidak bawa iman.Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat iman,dengan iman inilah KITA AKAN DAPAT KEJAYAAN.

Hari ini umat Islam sudah banyak tinggalkan sunnah nabi s.a.w.Sebaliknya ramai umat lain selain umat Islam mengamalkan sunnah nabi.Maka umat Islam menempuh kegagalan HIDUP DI DUNIA.Umat lain pula mendapat KEJAYAAN HIDUP DI DUNIA.Contohnya kebersihan.

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya,dari Rasulullah s.a.w:"Sesungguhnya Allah S.W.T itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan,Dia Maha Indah yang menyukai keindahan,kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu”

(HR. Tirmizi)


Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”

Betapa lengkapnya Islam sampai membersihkan hidung pun jadi sunnah nabi s.a.w.Sebab itu siapa ikut sunnah nabi s.a.w,secara automatik dia jadi pembersih.

Lihat negara-negara Barat tuan,mereka amalkan sunnah nabi,jaga kebersihan,mereka dapat kejayaan di dunia.Lihat Jepun tuan,lihat Korea tuan...tempat mereka bersih dan kemas,maka mereka dapat kejayaan dunia dengan amalkan sunnah nabi.Tetapi mereka semua tidak dapat kejayaan akhirat sekaligus kejayaan segala kejayaan.JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.

Sebab itu di dalam sunnah ada kejayaan.Bersihkan pejabat tuan,bersihkan rumah tuan.Tuan akan lihat di dalam sunnah ada kejayaan.

Nabi juga meminta kita bersugi (membersihkan gigi) dan ini sunnah nabi s.a.w.

Dari Aisyah r.a.h. "Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ".
( Riwayat Baihaqi )

"Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi".
( Riwayat Muslim )








Lihat tuan-tuan!Betapa sempurnanya Islam sehinggakan orang yang bersugi mendapat redha Allah s.w.t dan solatnya lebih baik dari 70 puluh rakaat solat yang tidak bersugi.Nabi ajak kita jadi individu terhormat dan mulia.Islam ajak kita jadi manusia wangi,bersih dan sihat.Sebab itu orang yang ikut sunnah nabi s.a.w nescaya akan mendapat kejayaan.Hanyasanya orang yang berjaya ialah orang yang meletakkan dirinya dalam kemuliaan agama.

Adakah agama-agama lain mengajak penganutnya bersugi atau membersihkan hidung?Mari tuan-tuan kita ikut sunnah nabi s.a.w!Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.

Salah satu sunnah nabi s.a.w adalah solat berjemaah.Dengan solat berjemaah,kita dapat mengenali ahli kariah kita,jiran-jiran dan saudara-saudara kita.Ini memupuk kebaikan sosial dan ukhuwah sesama umat Islam.Islam bukan mengatur sistem individualistik.Islam adalah agama kemasyarakatan.Islam bukan agama rahib dan pendeta yang bersunyi diri.Islam agama yang sosial dan komuniti.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.

5 perkara ini jika tuan-tuan buat maka tuan-tuan semua telah tunaikan hak-hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya.Islam menganjurkan hidup bermasyarakat.Bukan hidup terpencil seorang diri.Inilah kesempurnaan hidup beragama.Bila kita ikut Islam,kita akan mencapai kesempurnaan hidup,di dunia dan akhirat.Bila kita ikut sunnah,kita akan dapat kejayaan.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.

Bila di dalam kubur nanti malaikat tanya:

"Ma Ikhwanuka?" (Siapa saudaramu?)

Kita tak payah jawab tuan,mulut kita terkunci rapat.Yang jawab ialah amal kita.Nah!5 perkara tadi yang akan jawab siapa saudara kita.

Bila kita ikut sunnah nabi,bukan sahaja kejayaan dunia,malah kita akan dapat kejayaan di akhirat.Yakinlah tuan-tuan.

Jika kita contohi cara hidup nabi,kita akan dapat banyak kejayaan di dunia,disamping ganjaran pahala dari Allah Yang Maha Pemurah.Contohnya makan ikut cara nabi juga bawa kejayaan.Bagaimana nabi makan?Nabi makan dengan menggunakan jari,dan lepas makan nabi menjilati jari-jemarinya:

Kaab bin Malik r.a bercerita,

"Sesungguhnya Nabi s.a.w menjilati jari-jemarinya (sehabis makan) tiga kali"

(diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar,dari Abdurrahman bin Mahdi,dari Sufyan,dari Said bin Ibrahim,dari salah seorang anak Kaab bin Malik,yang bersumber dari bapanya)



Kenapa kena ikut cara nabi s.a.w?Kenapa kena ikut makan cara nabi s.a.w?

Hamba Allah:Saya tidak mahu awak jawab dengan berkata ini sunnah...ini sunnah...kena ikut.Saya sudah bosan.

Jadi nak jawab bagaimana yang tuan inginkan?

Hamba Allah:Saya mahu awak jawab dari segi logik kenapa saya perlu ikut sunnah.Contohnya makan dengan jari dan lepas makan kena jilat jari.Eiii...ini sungguh menjijikkan.Saya selalu guna sudu dan garpu.Ini lebih bertamadun.

Owh...tuan mahu saya terangkan dari segi asbab keduniaanlah,kenapa perlu makan ikut cara nabi.Jangan risau tuan...selama tuan ikut cara nabi s.a.w,tuan tetap dapat habuan di dunia malah ganjaran di akhirat.Tuan tidak perlu risau jadi miskin atau hina lepas amal cara nabi s.a.w malah tuan akan jadi mulia dan hidup tuan jadi berkat.Tidak mengapa kalau tuan makan dengan garpu dan sudu,tak jadi masalah,tapi kalau tuan ikut cara nabi memang tiada masalah malah boleh selesai masalah.

Hamba Allah:Saya tak nampak amal makan cara nabi buat saya jadi mulia.Makan dengan jari nampak kekampungan.Lepas itu jilat jari,menambahkan ciri-ciri primitif dan tidak bertamadun.

Itu tuan yang kata ke atau 'Orang Barat' yang kata?Bertenang ya maulana.Fikir dahulu sebelum bercakap.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Pegang perkataan ini sampai mati.

Kenapa nabi s.a.w makan dengan tangan?Sebab Allah s.w.t telah letakkan berkat dan kelebihan dalamnya.Di tapak tangan kita terdapat enzim yang bernama interferon.Interferon ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti inteferon alpha yang digunakan dalam perawatan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C.Di hujung jari kita juga terdapat asid amino dan protein malah kuku kita juga diperbuat dari sejenis protein yang dipanggil kerotin,di mana protein-protein ini bertindak sebagai pemangkin kepada proses penguraian makanan.Pemangkin dari protein ini dipanggil sebagai enzim.







Oleh itu sebelum karbohidrat terhurai di dalam mulut oleh enzim amilase dalam air liur,ia telah mengalami pra-penguraian dahulu ketika kita menggaulkan nasi dengan tangan.Enzim yang terhasil di antara kuku dan isi kuku kita juga mempunyai kekuatan lebih dari enzim amilase dalam air liur.Kesan daripada enzim dan protein ini yang biasa kita nampak ialah makanan cepat basi apabila disentuh dengan tangan (bermakna kesan dari proses penguraian makanan).

Hamba Allah:Ok,berikan lagi contoh dalam sunnah ada kejayaan.

Tuan nak lagi?Boleh...contoh sebelum makan sunnah makan buah dahulu.Bila kita ikut sunnah makan cara nabi s.a.w,Allah akan beri ganjaran pahala sebab ikut sunnah nabi.

Hamba Allah:Saya tidak mahu dengar pahala-pahala ke ganjaran ke...saya tak nampak semua benda tu.Saya nak tahu apa kajian saintifik makan buah sebelum makan.Biasanya makan buah selepas makan sebagai pencuci mulut.Pelik.



Masya Allah tuan...nampaknya tuan sudah ketinggalan zaman dan bertabiat pelik secara saintifiknya.Makan buah selepas makan adalah amat tidak menyihatkan.

Hamba Allah:Apa?Tidak sihat?Ini budaya dari Barat.Semua dari Barat adalah betul...betul dan betul.Mereka adalah kaum yang bertamadun dan saintifik.Bukan macam orang Islam.Jumud,kolot dan tak saintifik.


Astaghfirullahalazim...sebenarnya tuan apabila tuan makan buah selepas makan maka khasiat atau zat dari buah-buahan tadi tidak dapat digunakan dengan sempurna oleh tubuh tuan.Tuan hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah tuan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana tuan tidak makan dengan cara yang betul.Tuan SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG.

Hamba Allah:Subhanallah!Di dalam sunnah ada kejayaan.

Begitulah tuan-tuan,di dalam sunnah ada kejayaan.Ini baru bab makan dan kebersihan,berpuluh-puluh sunnah lagi yang mengandungi 1001 khasiat dan fadilat yang Allah s.w.t sediakan untuk manusia di dunia.Allah s.w.t adalah pencipta manusia maka Dia Maha Tahu akan apa yang baik untuk manusia.Bila kita amalkan sunnah nabi,bermakna kita cintakan nabi.Mana mungkin orang yang mengaku cintakan nabi dan ikut ajarannya benci pada janggutnya atau serbannya.Orang yang menjadikan artis-artis sebagai idola pun akan ikut segala fesyen artis itu dari rambut hingga ke hujung kaki.Kita mengaku Islam dan bernabikan Muhammad s.a.w,tetapi kita mencemuh janggut nabi,jubah nabi dan serban nabi.

Bila kita amalkan sunnah nabi dalam kehidupan,nanti Allah s.w.t mudahkan hidup kita.Sebab Allah telah letakkan asbab-asbab dunia sebagai keberkatan kepada orang yang amalkan sunnah nabi tadi.Dia amalkan makan cara nabi,Allah mudahkan sistem penghadamannya.Dia amalkan istinjak cara nabi,buang air kecil cara nabi,buang air besar cara nabi nanti Allah mudahkan sistem perkumuhannya,luaskan saluran perkumuhannya,tidak seperti orang yang tidak beristinjak cara nabi.Dia tidur cara nabi,Allah tegakkan tulang belakangnya,Allah jaga tubuhnya selama dia tidur.Ini belum lagi amal apa yang Allah sudah WAJIBKAN macam solat fardu.Kelebihan berdiri,rukuk,sujud,duduk dalam solat...semua itu ada sebab dari segi kesihatan,dari segi biologi,kimia dan fizik.JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.

Oleh itu tuan-tuan,marilah kita amalkan sunnah nabi.Sebab apa tuan-tuan?





















SEBAB DI DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN.















Ya Allah!Rupanya Engkau telah letakkan kejayaan di dalam sunnah nabi.Ya Allah!Pilihlah kami untuk amalkan sunnah kekasih-Mu.Ya Allah!Mudahkan kami untuk amal sunnah kekasih-Mu!






 






---------------------------------


Artikel Srikandi terbaru di RiwayatMelayu

'Riot' Perpecahan umat







Di dalam dunia ini yang semakin cepat menuju ke arah kehancuran total,adalah penting untuk mengetahui bahawa apa yang berlaku di dunia ini seolah-olah 'sedang dirancang' atau 'cuba dirancang'.Untuk mencapai kehendak Dajjal,negara-negara Timur Tengah mesti dicaturkan kembali bagi menegakkan apa yang dinamakan 'ISRAEL RAYA'.Jika tidak dapat mengubah dari kalangan pemimpin atasan,perubahan boleh dilaksanakan melalui kedunguan para rakyat.Semua ini boleh dilakukan melalui sistem sekular dan demokrasi barat.Melalui teknik P A N I C dan Problem-Reaction-Solution,ia digandingkan dengan konsep NWO terbaru dan terkini,seperti yang kita lihat hari ini di kaca televisyen dan dada-dada akhbar.Kedua-duanya akan terkorban;para pemimpin yang korup dan rakyat yang gelojoh.

Sementara mereka menyangka diberi penawar,sebenarnya mereka sedang meminum racun!

Ini adalah jigsclue #016 di bawah codename 'RIOT'.

'Dengar' baik-baik.




-M.O













'R I O T'







Just victims of the in-house drive-by
They say jump, you say how high


-Bullet in your head,Rage Against The Machine






Di dalam jigsclue yang lepas,telah diterangkan mengenai senjata P A N I C dan polisi Ordo Ab Chao.Apa pun kaedahnya,matlamatnya hanya satu iaitu menimbulkan masalah,kemudian menawarkan ubat.Dan di dalam ubat itu ada racun yang tersembunyi.Berabad-abad lamanya manusia-manusia goyyim ini tertipu dengan muslihat ini;timbulkan masalah,kemudian tawarkan penyelesaian.Taktik ini telah digunakan pada Perang Dunia I dan II serta Tragedi 911.Kini ia digunakan di negara-negara Arab.Menggunakan gabungan taktik-taktik sebelum ini seperti Divide n Rule,Thesis n AntiThesis serta Ordo Ab Chao,strategi kali ini lebih 'advance'.Sebelum kita menelusuri apakah strategi baru mereka,kita lihat dahulu apakah motif mereka di Timur Tengah.

SEbenarnya sesiapa yang arif tentang Protocol of The Learned Elders of Zion akan maklum akan perancangan Yahudi Zionis untuk menakluk negara-negara Arab ini.Ini untuk mewujudkan apa yang dinamakan 'Israel Raya' merangkumi lembah Sungai Furat terutamanya.Perancangan ini dijalankan secara halus.Apa yang dikehendaki oleh Yahudi Zionis ialah seluruh bumi Arab tunduk kepada Israel.Dahulu ini berjaya dilakukan melalui bantuan Amerika.Apabila kebanyakan pemimpin Arab menjadi pencacai Amerika secara tidak langsung turut menjadi pencacai YAhudi.Namun kini masa semakin mencemburui.Nafsu New World Order (NWO) mahukan lebih lagi,iaitu penguasaan total.Apa yang berlaku kepada Iraq dan Afghanistan adalah satu kejayaan sebenarnya dari eksperimen 911.Nampaknya pada zaman 'antiimperialis' ini masih ada negara boleh menjajah negara lain secara 'legal' menggunakan kuasa tentera.Perhatikan senario di Libya.Padahal masalah pemberontak dan kerajaan Muammar Ghadafi adalah 'masalah rumahtangga' mereka,bagaimana Amerika dan NATO boleh masuk campur?

Jadi,jika Iraq dan Afghanistan boleh dijajah,mengapa tidak Libya dan negara-negara lain?

Inilah dia konsep penjajahan era baru.Apa yang perlu ialah mencipta alasan terlebih dahulu supaya masyarakat antarabangsa boleh didodoikan secukupnya.Untuk menjajah Iraq dan Afghanistan,isu pengganas diputarkan.Rakyat Amerika dan WTC dikorbankan.Jadi bagaimana dengan misi memporak-perandakan Arab?

Ingat,terdapat dalam plan NWO dahulu yang merancang untuk menghancurkan Syria selepas Iraq.Ini kerana Syria termasuk di dalam negara-negara pengganas oleh Jabatan Luar Negeri AMerika.Namun kemudian,isu ini seolah-olah senyap.Adakah mereka melupakan misi mereka?TIDAk.Apa yang berlaku ialah mereka cuma menunggu masa yang sesuai.

Sekarang mari kita lihat strategi mereka.



Boneka








Umum mengetahui,kebanyakan pemimpin-pemimpin Arab adalah boneka atau setidak-tidaknya pencacai Amerika.Kita boleh lihat ketika serangan Amerika ke atas Iraq dan Afghanistan,semua negara-negara Arab membenarkan zon udara,darat dan air mereka digunakan sepuas hati oleh Amerika dan sekutunya.Ini samalah dengan sikap negeri Thai yang membenarkan tentera Jepun menggunakan Segenting Kra untuk menakluk Tanah Melayu.Padahal rakyat Iraq satu agama dan malah sebangsa dengan mereka!Ini bertentangan dengan konsep Islam yang mengatakan bahawa umat Islam itu umpama satu tubuh,sakit satu bahagian maka seluruh bahagian merasa sakit.Apabila keadaan ini terjadi maka tidak hairanlah bantuan Allah s.w.t tidak tiba walaupun mereka berdoa penuh harap.Kita boleh lihat orang-orang di Afghanistan dan Iraq malah Palestin yang dianiaya,mereka menangis bertalu-talu teramat sedih.Mereka menjadi begitu kerana kesalahan kita dan mereka sendiri yang tidak mengikut konsep satu tubuh.Nanti apabila Malaysia atau Indonesia pula dijadikan sasaran,jangan pula salahkan negara-negara Arab yang nantinya akan bersikap 'oh...I see' kepada kita.KITA ADALAH MANGSA KEBODOHAN KITA SENDIRI YANG MENGAMBIL SIKAP TIDAK MEMPEDULIKAN AGAMA.

Apa yang terjadi kepada negara-negara Arab kini adalah SISTEM BONEKA INI BERJALAN DENGAN BAIK selama bertahun-tahun.Caranya ialah menaburkan mereka kekayaan material dan menaja kehidupan hedonisme kepada generasi mereka.Apabila keluarga mereka sudah terbiasa dengan kehidupan material yang dibekalkan oleh NWO maka secara tidak langsung mereka seolah-olah telah diberi BEKALAN DADAH;pada satu titik,mereka sudah tidak sanggup lagi berpisah dengan kehidupan mewah tersebut walau dengan apa cara sekalipun.Cukup baik jika mereka sanggup menjual AGAMA mereka semata-mata untuk meneruskan kehidupan mewah tersebut.

Sampai ke peringkat ini,mereka sudah berada di dalam kawalan NWO.Mereka boleh berbuat sesukahati asalkan tidak melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya di dalam negara.Rasuah,penyelewengan,penindasan terhadap rakyat adalah warna-warni biasa semua negara-negara Arab termasuk Iran yang senyap-senyap menindas pengikut Sunni.Di negara-negara Arab,konsep boneka ini amat mudah diterapkan kerana bangsa Arab rata-ratanya amat suka kepada kemewahan yang berlebih-lebihan.Namun pada masa yang sama,mereka cuba menjaga hati rakyat dengan membangunkan fasiliti dan ekonomi.Ini berbeza dengan pemerintah-pemerintah Afrika yang bukan sahaja bermewah-mewahan malah membiarkan rakyat hidup kebuluran padahal pada masa yang sama pemerintah tadi menggunakan sumber negara untuk mengkayakan keluarganya.

Kita ambil contoh mudah,seperti Brunei,umum mengetahui bahawa ada di antara keluarga kerabat Sultan yang bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan,tetapi pada masa yang sama Sultan begitu mengambil berat kebajikan rakyatnya.Ini sama dengan negara-negara Arab,cuma Sultan Brunei mempunyai reputasi dari segi sejarah sebagai pelindung dan pemimpin kepada rakyat Brunei.Menjatuhkan Sultan samalah seperti menjatuhkan seluruh kredebiliti sejarah dan maruah rakyat Brunei seluruhnya.

Berbalik kepada negara-negara Arab tadi,walaupun pada masa yang sama para pemimpin Arab menjaga ekonomi dan membangunkan negara,namun rasuah,penyelewengan dan salahguna kuasa juga berjalan serentak dan ini membuatkan rakyat memendam perasaan.Para pemimpin Arab kini seolah-olah menyambung tradisi sesetengah amir-amir mereka pada masa dahulu yang menyalahgunakuasa namun pada masa yang sama membangunkan negara dan empayar.

Semua ini ada dalam kepala para intelligent NWO.Ejen-ejen mereka berkeliaran di seluruh dunia termasuk di Asia Tenggara mengkaji senario dan iklim politik setempat.Apabila masanya sudah sampai,data dan statistik sudah cukup serta hubungan dengan 'orang dalam' telah dibuat,maka plan seterusnya dilaksanakan.



Hasutan


We got our own fight and we're going to unite
We're going to overthrow the Government today
There's a lesson to be learned or the country will burn
So I'm calling you out for a Civil War today


-Civil War,Total Chaos


Jarum dicucuk.Para pemimpin antikerajaan yang dijadikan 'patsies' dihasut dan digalakkan menyebarkan propaganda supaya mempengaruhi rakyat menentang pemimpin-pemimpin mereka.Biasanya para pemimpin Arab yang menjadi boneka cepat menghidu 'pengkhianatan' Amerika (sebagai wakil NWO) ini.Masakan tidak,setelah sekian lama membelakangi Islam demi restu Barat serta menyuburkan hedonisme di kalangan keluarga,tiba-tiba Barat menghasut rakyat menentang mereka.Mereka sedar 'tarikh luput' mereka sudah sampai.Barat dan NWO tidak memerlukan mereka lagi sebagai wakil NWO di negara masing-masing.

Maka teknik Problem-Reaction-Solution digunakan.Rakyat diberitahu dan ditekan-tekankan masalah yang mereka hadapi.Mereka diberitahu betapa teruk dan korupnya pemimpin mereka.Ini menyebabkan rakyat menaikkan dos ketidakpuashatian mereka kepada kerajaan ke tahap maksimum.KETIDAKPUASHATIAN YANG DIADA-ADAKAN.Kemudian rakyat akan berpiket,berdemonstrasi,memekik-mekik ingin menjatuhkan presiden.Ejen-ejen NWO hanya memerhatikan sahaja apa yang berlaku dari jauh.Para pemimpin Arab akan merasa tertipu,tersepit dan dikhianati.Ketika itulah mereka akan melihat Amerika benar-benar Syaitan Besar seperti yang diwar-warkan.Mereka akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengecam Amerika dan sekutunya.Pada masa itulah akan keluar ayat Al-Quran,isu Palestin dan perpaduan Islam padahal sebelum itu merekalah juara membelakangkan agama,memijak-mijak Hukum Allah dan menyuburkan materialistik dan hedonisme di dalam kaum kerabat.




'Riot'



 




Riot breaks out everyday
From racism to people's gain
Bloody riot to fiery hells
Riots a fact that never falls

 
-Riot City 2,Total Chaos


Di negara-negara Arab yang majoritinya bermazhab Sunni,cara yang paling baik untuk menimbulkan 'riot' ialah berusaha mewujudkan hubungan dengan para pemimpin antikerajaan yang terdiri daripada pemimpin sayap kiri Syiah.Contoh yang paling terkenal ialah di Iraq iaitu Muqtada al-Sadr,pemimpin Syiah yang merupakan antara dalang kejatuhan Saddam Hussein.Selepas kejatuhan Saddam,kita boleh lihat pola politik Iraq bertukar secara drastiknya ke tangan paksi Syiah.Penindasan dan fitnah ke atas umat Islam (baca:Sunni) berterusan namun ini tidak diwar-warkan malah yang paling malang,negara-negara Arab hanya memejamkan sebelah mata.Yang peliknya,apabila Bahrain mengalami krisis politik,cepat-cepat pula tentera GCC dari negara-negara Arab tiba.Lihat,seperti biasa para pemimpin Arab BERAGAMAKAN MATERIALISTIK DAN KUASA POLITIK.Ini adalah 'TUHAN TERSEMBUNYI' mereka.Mereka boleh membiarkan rakyat Palestin kebuluran dan dibom oleh Zionis.Mereka boleh melihat dengan selamba saban hari pengikut Sunni diculik dan dianiayai oleh tentera Syiah di Iraq.Namun mereka tidak boleh duduk walau sekejap apabila sistem politik dan materialistik mereka diancam.

Jadi para pemimpin Syiah ini akan bertindak sama seperti kerajaan Fatimiyyah (ini kerajaan Syiah Mesir pada masa era Perang Salib) pada masa dahulu yang sanggup bersekongkol dengan tentera Salib untuk menyembelih umat Islam.Juga bersikap seperti pengikut Syiah Hashashin (dikenali di Barat sebagai Assasin) yang menyamar dan membunuh umat Islam.Propaganda dan hasutan dimain-mainkan.'Kuasa rakyat' digunakan sebagai topeng,asalkan dapat menjatuhkan paksi politik Sunni.Amerika dan sekutunya hanya perlu menunggu apa yang terjadi.Boneka baru telah disiapkan lebih awal,apabila boneka lama dicampak ke tong sampah,boneka baru siap untuk dimainkan.

Amerika dan NWO akan mencari isu untuk menghalalkan tindakannya.INI SKRIP YANG KLISE setiap kali Amerika dan NWO mahu menjajah sesuatu negara.Isu-isu yang biasa ialah seperti demokrasi,hak asasi,lanun,keganasan agama,diskriminasi dan isu teroris.Sekali Amerika dan NWO mendapat tempat untuk dicucuk jarumnya maka mereka akan bertindak.Dalam kes kebangkitan rakyat di negara-negara Arab,terdapat dua kemungkinan:

1-NWO mahu menggantikan semua bonekanya yang sudah tua atau tidak berdaya maju dengan boneka baru yang lebih bertenaga dan cekap mempercepatkan pelan mereka.
2-Ada boneka yang terlalu lembik dan mulai cenderung dalam mengamalkan Islam.Ini amat merbahaya bagi cita-cita Dajjal The Antichrist.

Pada awalnya dalam apa yang terjadi di negara-negara Arab bermula dengan Tunisia seterusnya Mesir dan lain-lain,masyarakat antarabangsa KHUSUSNYA umat Islam pasti menilai apa yang berlaku sebagai 'KEBANGKITAN RAKYAT','KUASA RAKYAT','GELOMBANG RAKYAT' atau sebagainya.Namun siapa yang mampu membaca setiap pelan dan pergerakan NWO akan mengetahui muslihat di setiap kejadian.

Bagaimana?




'Kami akan tawarkan ubatnya'





Yet you feed us lies from the table cloth

-B.Y.O.B,System of Down


Pertamanya,bagaimanakah 'gelombang rakyat' itu boleh menjangkiti banyak negara-negara Arab?Dengan kata lain ini bermakna negara-negara Arab ini mempunyai simptom yang sama.Ini sesuatu yang luarbiasa.Ini samalah seperti kebangkitan rakyat yang tiba-tiba berlaku di Malaysia sebagai contoh kemudian menjangkiti Indonesia,Brunei dan Singapura.Adakah ini sesuatu yang biasa?Tidak,ia tidak biasa kerana urusan dan tahap masalah politik di setiap negara adalah berlainan.Sebagai contoh,ketika krisis politik Indonesia 1998-1999 tidak menjangkiti Singapura.Krisis selatan Thailand tidak menjangkiti Malaysia walaupun umat Islam yang sebangsa dan seagama yang ditindas di sana (apatah lagi umat Palestin yang berbangsa Arab).Tetapi krisis di Timur Tengah mula menjangkiti kebanyakan negara-negara Arab dengan begitu pantas.Sehingga ke hari ini kekacauan terus berlaku di Bahrain dan Syria.

Formulanya,kita akan tahu apa sebenarnya yang berlaku dari APA YANG TERJADI SELEPAS KRISIS.Adakah selepas krisis,kepimpinan di negara-negara Arab akan bertukar kepada KEPIMPINAN ISLAM yang mengamalkan pemerintahan politik sesuai dengan AlQuran dan Sunnah?Jika tidak kebangkitan rakyat itu hanyalah berlandaskan plan NWO.Percayalah,negara-negara Arab mesti melangkah mayat Amerika dan NWO dahulu sebelum melaksanakan undang-undang Islam.

Menurut ajaran Ordo Ab Chao,kekacauan akan membuatkan situasi mudah untuk dikawal.Ia seperti bila anda ingin menggerakkan seketul batu pasir dengan memancutkan air ke arahnya.Ia agak sukar untuk menyeret batu pasir itu kecuali setelah anda menghancurkannya.Setelah memecahkannya,maka pasir-pasir tadi akan mengalir mengikut aliran air.Jadi timbulkan kekacauan,dan anda akan dapat mengawal situasi seperti yang anda inginkan.

Dalam kes ini,asas cerita sudah kuat.Negara-negara Arab MEMPUNYAI PARA PEMIMPIN YANG KORUP.Ini adalah hasil didikan Barat selama ini.Jadi gunakan cerita ini untuk mengapi-apikan sentimen di kalangan rakyat.Rakyat akan bangkit menentang.Yang habis masa dan tenaga adalah rakyat Arab.Yang cedera dan terbunuh adalah rakyat Arab.Yang hanya duduk menanti peluang adalah Amerika dan NWO!



Campur Tangan


Fasa terakhir dari pelan,adalah campurtangan.Apabila keadaan semakin tidak terkawal dan terjadi 'pelanggaran hak asasi manusia' maka NWO dan para proksinya akan bersediapsedia untuk campurtangan.Mereka akan 'berunding' di PBB dan meminta restu OIC (oh...I see...) sebagai 'melepaskan syarat' atau 'menyejukkan hati' kemudian 'mass masaccre' terhadap orang awam (baca:umat Islam) akan bermula dengan semua alasan bersikap teknikal seperti 'collateral damage' (kemusnahan sampingan) akan disediakan terlebih dahulu.Amerika akan mengarahkan NATO dan sekutunya mengebom negara sasaran sesuka hati,menguji peluru berpandu keluaran terbaru dan sebagai latihan perang askar-askarnya dengan mangsa hidup dan prasarana 'live'.

Contoh yang paling terdekat ialah Libya.Lihat Amerika boleh mengebom mana-mana negara sesuka hati walaupun negara itu tidak ada kaitan pun dengan Amerika,tidak menyerang Amerika mahupun mengusik Amerika.Namun dalam kes Libya,kita boleh mengagak walaupun negaranya tidak menyerang Amerika malah krisisnya hanyalah masalah rumahtangganya sendiri namun karakter Muammar Gadaffi adalah sama dengan Saddam Hussein (telah meninggal dunia).Mereka anti Amerika dan selalu menyerang imej Amerika secara terbuka.Libya dan Iraq adalah negara-negara secara tradisinya tersenarai dalam senarai negara-negara pengganas oleh Amerika.Jadi sebelum boneka NWO telah mencapai tahap 'malfunction',ia mesti dipadamkan terlebih dahulu,seperti yang terjadi kepada Hosni Mubarak.

Maka seperti biasa,Amerika pun mengarahkan 'air strike'.

Dan seperti biasa,yang terbunuh adalah orang awam.Maka yang korup adalah pemimpin Arab,yang gelojoh adalah rakyatnya.Ibarat menang sorak kampung tergadai.



Adakah situasi ini boleh terjadi di Malaysia?





Sudah tentu boleh.Yang penting mesti ciptakan isunya terlebih dahulu sebagai persedian 'mencucuk jarum'.Sebagai contoh,dalam isu serbuan ke atas masyarakat Syiah tempoh hari,katakan secara tiba-tiba semua umat Syiah Malaysia keluar beramai-ramai berdemostrasi menentang penindasan ke atas mereka.Segala NGO yang berlabelkan kemanusiaan tampil memberikan sokongan.Kemungkinan jika ini dilayan,bukan sahaja Syiah malah ajaran Ahmadiah,tidak mustahil ajaran Ayah Pin,Rasul Kahar dan 1001 ajaran sesat akan tampil untuk menuntut pembelaan atas nama hak asasi,kebebasan beragama dan kemanusiaan.Keadaan menjadi kalut,ditambah pula dengan tenaga dari parti-parti pembangkang yang buta,pekak dan bisu,hanya tahu menangguk di air keruh tanpa memikirkan kesan dari tindakan mereka yang bertuhankan politik.

Jika keadaan bertambah parah,sudah tentu kerajaan akan tertekan.Para penunjuk perasaan mungkin bertambah agresif.Jadi seperti biasa,kerajaan akan mengarahkan polis dan pasukan FRU tampil 'menenangkan' keadaan.Melihatkan FRU dan warna merah,penunjuk perasaan akan bertambah agresif dan liar.Perlu diingat,anggota FRU dan polis juga manusia,mereka ada perasaan dan harga diri.Apabila mereka dihina,diserang,dibaling dengan objek kasar,maka tidak hairanlah mereka menggunakan senjata yang ada.Gas pemedih mata,peluru getah dan tembakan air akan menyerbu ke arah kumpulan penunjuk perasaan.Penunjuk perasaan semakin marah dan liar.FRU dan polis semakin tercabar,dan kitaran emosi ini akan berlaku berulang-ulang sehingga ada yang cedera dan terbunuh.

Sampai di sini,fitnah dan propaganda akan menjadi senjata paling menakutkan.

NGO-NGO ini akan menghubungi rakan-rakan luar negara mereka.Petisyen dan memorandum akan dibuat.Parti pembangkang pula mengadakan rapat-rapat umum mempengaruhi khalayak akan kekejaman kerajaan.Mereka tidak mengira kesan dan bahaya yang timbul,apa yang mereka tahu ialah jatuhkan kerajaan yang ada sekarang walau apa jua cara sekalipun.Keadaan bertambah panas,para penunjuk perasaan bertambah.Isu minyak naik,barang naik digembar-gemburkan ke tahap maksimum.Rakyat semakin marah.Sekarang kemarahan bukan berpunca dari Syiah lagi,namun hal-hal lain yang terpendam lama.Iran memutuskan hubungan diplomatik.Pada masa yang sama agensi-agensi 'ketenteraan' Iran menyeludup senjata-senjata untuk mempertahankan umat Syiah Malaysia jika berlaku apa-apa yang membahayakan.Umat Islam Malaysia semakin keliru.Ada yang masih terpinga-pinga dan berpeluk tubuh,manakala ada yang telah membeli tiket kapalterbang untuk lari dari situasi yang bermasalah ini ke luar negara.Singapura akan menempatkan banyak intelligennya di sana-sini untuk proses 'sulit'.Parti pembangkang dan NGO yang majoritinya kurang patriotisme dan rasis akan terus mengenakan tekanan.Yang terbunuh semakin meningkat.Kemudian Malaysia diisytiharkan darurat.

Pada masa ini Amerika dan PBB pun mengenakan tekanan ke atas Malaysia atas kapasiti keganasan dan hak asasi manusia.Sekatan ekonomi mungkin akan dikenakan dahulu.Akibatnya kadar inflasi semakin meningkat dan produktiviti berkurang.Pelabur lari dan matawang jatuh.Barangan makanan dan keperluan lain semakin mahal.Malaysia mungkin cuba meminta bantuan OIC,namun seperti biasa,negara-negara Arab ditekan supaya hanya bersikap tunggu dan lihat (oh...I see..) setidak-tidaknya sekadar menghulurkan simpati sahaja.Malaysia semakin tersepit.Pada masa yang sama NGO dan parti pembangkang mempunyai hujah baru;ekonomi yang jatuh walhal mereka tahu ini semua angkara Amerika dan sekutunya.Mereka pun berpiket buat kali kedua dengan gelombang rakyat yang menakutkan,rakyat yang kelaparan dan penuh kemarahan.Perdana menteri,menteri-menteri dan keluarga mereka semakin tertekan.Sampai tahap ini bukan sahaja polis dan FRU malah tentera pun dikerah kerana kini rakyat menubuhkan pasukan tentera gerila untuk menyerbu ke Putrajaya.Tentera dan pasukan gerila rakyat pun bertempur dan ini adalah perang saudara;majoriti yang berperang adalah orang Melayu yang beragama Islam kerana kaum-kaum lain terutamanya Cina lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat.Ini terbukti apabila tampuk pemerintah pembangkang di Perak bertukar ke tangan BN maka yang berhimpun beramai-ramai membantah adalah orang Melayu dan yang memulakan menghina dan memprovok Sultan adalah Melayu,kemudian diikuti oleh kaum-kaum lain yang dahulunya tidak berani memprovok Sultan kini menghamburkan kata-kata penghinaan di dalam ruangan komen,blog dan facebook.

Kelulusan pun dicapai di PBB,dan Amerika berserta NATO pun melancarkan 'air strike'

Yang terbunuh adalah rakyat Malaysia;majoritinya orang Melayu beragama Islam.

Tentera pelbagai negara memenuhi bumi bertuah ini.Tentera-tentera ini bukanlah orang-orang yang baik;bila ada kesempatan,atau melepaskan rasa bosan dan tekanan bekerja,mereka pasti mencari hiburan,lebih-lebih lagi segala tindakan mereka tidak mendapat penentangan.Mereka akan melakukan 1001 jenayah,merompak,menembak sesuka hati,menceroboh,membunuh,merogol,meliwat dan pencabulan hak asasi manusia.Selalunya kes-kes mereka akan ditutup.Ketika ini parti pembangkang hanya senyap tidak berkutik.Apabila Amerika menjalankan proses 'memulihkan demokrasi' antara calon-calonnya ialah sama ada orang Melayu yang berfahaman liberal atau seorang Cina atau dari ras lain yang 'Malaysian Malaysia'.NWO akan me'reset' kembali tradisi politik Malaysia (politik di tangan Melayu),apabila populasi kaum-kaum lain semakin menyamai populasi Melayu Islam ditambah ramai orang Melayu dibunuh dalam peperangan menentang keganasan.Orang Melayu dibunuh kerana mereka beragama Islam dan siapa beragama Islam cepat dituduh sebagai pengganas.Persetujuan dicapai,Malaysia menjadi sebuah republik,sistem raja berpelembagaan dimansuhkan;sultan-sultan dilucutkan kuasanya sehingga hanya menjadi orang biasa dari segi perundangan.Mereka dan kerabat mereka dihalau dari istana-istana atas alasan istana adalah hak milik kerajaan dan dibina menggunakan duit rakyat.Komuniti Syiah semakin bertambah kerana ramai Sunni bertukar mazhab kepada Syiah,seperti biasa hanya Iran yang 'mampu' bersuara mengutuk tindakan Amerika dan sekutunya ke atas Malaysia.Umat Islam Malaysia bertukar 'mazhab' (baca:bertukar agama) kerana patah semangat dan harapan dengan agama yang sekian lama mereka anuti (baca:tidak sabar dan putus asa dari rahmat Allah).Anehnya negara-negara Arab hanya membisu termasuklah Indonesia,kecuali beberapa kerat saudara seIslam di sana yang mengadakan rapat umum membantah serangan Amerika ke atas Malaysia.

SKRIP YANG SAMA BERLAKU KEPADA IRAQ DAN KINI LIBYA TEMPOH HARI.Jadi ini memang tidak mustahil berlaku kepada Malaysia.Jadi politik membuat 'riot' sehingga akhir menjemput Amerika dan NWO mengebom negaranya ialah politik Pak Kaduk;menang sorak kampung tergadai.



Bagaimana untuk mengelakkan ini berlaku kepada Malaysia?


Pas perlu keluar dari Pakatan Rakyat.Biar PKR dan DAP hidup segan mati tak mahu di dalam arus politik Malaysia.Jika ini berlaku,lama kelamaan ahli-ahli PKR akan kembali ke pangkuan UMNO dan BN.Maka ini akan mengurangkan pecahan undi Melayu;kembali ke nisbah yang sama sebelum penubuhan PKR-hanya berpecah antara UMNO dan Pas.DAP akan berseorangan,dan ini MENJADIKAN IA TIDAK RELEVAN KERANA KEMBALI MENJADI PARTI BERIMEJKAN RASIS DAN TIDAK POPULAR.Bila ia tidak popular,lama-kelamaan undi kepadanya hanya bersumberkan majoriti kaum Cina sahaja.BN seperti biasa akan menjalankan propaganda memburukkan DAP,sebagai usaha menaikkan kembali MCA dan Gerakan.DAP akan tersepit,seperti biasa kaum Cina akan menjalankan 'undi tidak percaya'.Ini kerana TABIAT BERPOLITIK KAUM CINA LEBIH KEPADA POLITIK EKONOMI DAN PELUANG EKONOMI.Ini nombor satu,barulah kepada isu lain seperti sekolah Cina atau lain-lain.MCA sebagai contoh sudah pasti banyak mendapat dana dari kerajaan maka cukup untuk menarik sokongan kaum Cina kembali.DAP akan semakin lama semakin malap dan kembali kepada status parti yang rasis,tidak popular,miskin isu dan berimej komunis,iaitu imej sebelum PAS dan PKR bekerja sama dengan mereka.

PKR akan bubar,kerana ketandusan isu.Sebenarnya PKR wujud kerana Anwar Ibrahim dan jika Anwar Ibrahim meninggal dunia atau keluar dari politik,PKR SUDAH PASTI AKAN BERKUBUR.Adalah lebih baik Anwar Ibrahim mengundurkan diri kerana dirinya sudah menjadi sarang fitnah dan liabiliti kepada partinya sendiri.Tidak penting sama ada beliau bersalah atau tidak,yang penting beliau sudah semakin tua dan tidak relevan lagi berada dalam politik.Lebih baik beliau berundur diri atau membubarkan partinya,ketika orang Melayu masih mengingati jasanya ketika di dalam kerajaan.Sungguh,jika Anwar Ibrahim meninggal dunia,barulah orang akan mengatakan yang baik-baik sahaja mengenai beliau dan sedia melupakan segala fitnah dan kebobrokan yang terpalit di tubuh beliau.

Kini tinggal UMNO dan PAS.Ini lebih mudah untuk diuruskan.Apa yang menjadi kemarahan PAS dan kewujudannya ialah kerana UMNO TIDAK MENJALANKAN HUKUM ALLAH dalam pemerintahan.UMNO adalah parti Melayu bertunjang sekular dan hedonisme.Namun adalah tidak bijak jika kita bersekongkol dengan DAP hanya untuk menjatuhkan UMNO,yang majoritinya orang-orang Melayu beragama Islam.Tindakan yang bijak ialah bersabar dengan UMNO,berikan contoh yang terbaik dan berusaha berdakwah kepada UMNO supaya ingat Allah dan Rasul-Nya.Mungkin ini mengambil masa yang lama;tidak penting berapa kuantiti ahli UMNO yang insaf,yang penting kita mengambil tindakan yang betul sambil bertawakal kepada Allah s.w.t.Yang beri hidayah adalah Allah s.w.t bukan kita.Kita hanya berusaha.



KESIMPULAN


Jadi apabila terdapat apa yang dinamakan kebangkitan rakyat atau revolusi,kita hendaklah bertanya kepada diri sendiri,apakah kesan dari revolusi ini mendatangkan keredaan Allah s.w.t.Jika tidak,ia adalah revolusi nafsu atau digerakkan oleh proksi-proksi NWO.Libya adalah contoh terbaik setakat ini,apabila kebangkitan rakyat menjadi medan kekacauan dan pembunuhan orang awam.Negara lain akan mengambil kesempatan menceroboh negara kita jika kita tidak mampu mengawal situasi dalam negara.Sebab itu tindakan kebangkitan rakyat di Libya adalah bodoh dan sia-sia.Kebangkitan rakyat adalah berguna jika tersusun dan MENGIKUT NIAT HANYA UNTUK MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH DI MUKA BUMI.Selain itu adalah bodoh dan sia-sia.

Jika anda ingin menjalankan revolusi,anarki atau 'riot' fikirkan tentang ini.Pilihlah,sama ada anda ingin menjadi pejuang kebenaran atau rakyat yang gelojoh.Bukan semua penawar yang mereka tawarkan adalah ubat buat anda.Biasanya mereka akan menawarkan racun,buat hukuman dan amaran tarikh luput kepada boneka-boneka mereka;para pemimpin anda yang korup dan anda sendiri;para rakyat yang bodoh dan gelojoh.




























FIKIRKAN SEMULA.





Surat dari Bukhara





Surat dari Bukhara






Ke hadapan pembaca,

Pada masa dahulu di sebuah padang rumput steppe,telah lahir seorang bayi lelaki di dalam sebuah khemah.Pada waktu itu cuaca di luar amat sejuk.Tiba-tiba petir sabung menyabung.Semua penghuni khemah (yurt) memekup telinga mereka.Seorang kanak-kanak menangis.Namun bayi itu tidak menangis sedikit pun.Namanya Temudjin.

Temudjin telah membesar menjadi pemuda yang berbakat dalam kepimpinan dan disiplin.Pengaruhnya semakin melebar di kalangan puak-puak Mongol.Selepas mengalahkan Jamukha,iaitu saudaranya dalam satu peperangan,Temudjin telah menjadi 'The Great Khan' bagi seluruh puak-puak Mongol.Beliau telah menyatukan semua puak-puak Mongol ini dan memasukkan mereka ke dalam pasukan berkudanya.Temudjin inilah yang kemudiannya dikenali sebagai Genghiz Khan.

Genghiz Khan mula meluaskan kuasanya ke seluruh Asia Tengah dengan melanggar Kara-Khitan,Kerajaan Khwarezmi di barat Mongolia,Xia Barat dan kerajaan Jin di China.Genghiz Khan pada mulanya tidak berminat untuk menakluk Kerajaan Khwarezmi yang ketika itu diperintah oleh Shah Ala ad-Din Muhammad,beliau berminat untuk menggalakkan rangkaian perdagangan.Untuk itu Genghiz Khan telah menghantar satu karavan yang terdiri dari 500 muslim ke Khwarezmi.Inalchuq,gabenor Otar,sebuah wilayah Khwarezmi telah menahan karavan ini dengan alasan mereka adalah perisik.Genghiz Khan telah menghantar rombongan kedua dan menuntut supaya karavannya dilepaskan dan gabenor Otrar dihukum.Namun Shah Khwarezmi telah membotakkan kepala utusan Mongol dan yang lain dipancung.Ini menyebabkan kemarahan Genghiz Khan yang berpegang pada prinsip bahawa setiap utusan raja mesti dihormati,suci dan tidak boleh diganggu.Pada tahun 1219,tentera Mongol telah melintasi Gunung Tien Shan,menuju ke istana Shah Khwarezmi.

Mula-mula tentera Mongol mencapai Otrar.Dengan kekuatan tentera sebanyak 30000 orang,askar-askar Mongol mengepung kota itu selama 5 bulan sebelum dapat memasuki gerbang kota dan membumihanguskannya.Gabenor Otrar ditangkap dan dihukum mati dengan mencurahkan emas lebur ke dalam mulutnya,sebagai pembalasan akibat perbuatannya menahan karavan Genghiz Khan.Sementara itu gerombolan askar berkuda di bawah pimpinan Jochi,anak sulung Genghiz Khan telah berjaya mengalahkan ketumbukan selatan tentera Khwarezmi dan ini memaksa ketumbukan yang lain berundur.Selepas itu tentera Mongol mara ke arah ibukota empayar Khwarezmi dengan menakluk Bukhara,Samarkand dan Urgench,di mana ibukota empayar Khwarezmi ketika itu terletak di Samarkand.Tentera Mongol sampai di Bukhara dahulu dengan serangan mengejut.Ini menyebabkan Bukhara jatuh ke tangan Mongol dengan mudah.Pada Mac 1220,ibukota empayar Khwarezmi,Samarkand jatuh ke tangan Mongol.Shah meninggal dunia ketika pelariannya ke Laut Kaspia.

Seorang askar berkuda Mongol


Kejatuhan empayar Khwarezmi membuka jalan terbentang luas ke arah barat.Selepas kematian Genghiz Khan,empayarnya dibahagikan kepada 4 bahagian utama terutamanya selepas kematian Mongke Khan,yang mengakibatkan perang saudara antara Kublai Khan dan Ariq Boke;Dinasti Yuan di China yang juga mengawal Mongolia,Chagatai Khan (Chagatai Khanate) yang meliputi Amu Darya hingga ke pergunungan Altai,Ilkhan (Ilkhanate) yang meliputi Iran,Iraq,Afghanistan,Turkmenistan,Armenia,Azerbaijan,Georgia,Turkey dan barat Pakistan dan yang terakhir apa yang dipanggil sebagai Golden Horde yang menakluk sebahagian besar Eropah Timur dari Ural sampai ke Sungai Danube,melangkaui ke pedalaman Siberia,manakala ke selatan empayar Golden Horde disempadani oleh Laut Hitam,pergunungan Kaukasus hingga bersempadan pula dengan wilayah Ilkhanate,sebuah dinasti Mongol yang lain.Ketika kemuncak penaklukannya,empayar Mongol telah meliputi jarak 9700 kilometer,dengan luas 33,000,000 kilometer persegi iaitu 22 peratus dari keluasan tanah di mukabumi dan memerintah ke atas populasi sebanyak 100 juta manusia.Ia adalah empayar terbesar pernah ada di mukabumi.

Mongol pernah menghantar pasukan tenteranya untuk menakluk Jepun dan Jawa namun gagal,antara sebabnya ialah mereka kurang berkemahiran dalam peperangan laut,sebagai contoh,ramai askar Mongol mati lemas ketika pertempuran di Jepun dan ketika ekspedisi ke Jawa,askar-askar Mongol terperangkap di pedalaman Jawa selepas lari dari pengejaran tentera Raden Wijaya (kemudiannya menubuhkan Majapahit) kerana tidak dapat berlayar balik ke China.Perubahan angin monsun mengelirukan askar Mongol yang buat pertama kali berlayar di Selat Sunda dan Laut China Selatan menggunakan kapal-kapal China.
     
Dalam sejarah China,terdapat dua kali penjajahan bangsa asing ke atas etnik Han.Pertama,bangsa Mongol yang menakluk seluruh China dan menubuhkan Dinasti Yuan.Kedua,orang Manchu yang menewaskan sisa-sisa pemerintahan Dinasti Ming dan kemudiannya menubuhkan Dinasti Qing.Manchu berasal dari suku Jurchen,satu bangsa nomad sebagaimana Mongol.

Dinasti Yuan diasaskan oleh Kublai Khan,cucu Genghiz Khan.Selepas menewaskan Ariq Boke,saudaranya,Kublai Khan menggelarkan dirinya huang di,bermaksud maharaja.Kublai Khan telah melanggar Dinasti Song di selatan China selepas menakluk dinasti-dinasti Xia Xia,Liao dan Jin.Selepas berjaya menewaskan sisa pertahanan Song di Pertempuran Yamen,akhirnya Kublai Khan menjadi emperor seluruh China dan pertama kali bangsa China dijajah oleh satu suku nomad yang dahulunya digelar orang China sebagai orang gasar (barbarian),tidak bertamadun dan dipandang rendah.

Sebagaimana karakter bangsa Mongol dalam peperangan dan penyerbuannya yang melakukan keganasan dan pembunuhan beramai-ramai (massacre),begitu juga yang dihadapi oleh rakyat China.Mongol telah membumihanguskan kerajaan Jin dan Song serta membunuh dan memperhambakan beribu-ribu rakyat China.Populasi penduduk China telah mengurang separuh secara drastiknya pada 50 tahun pemerintahan Mongol dari kira-kira 120 juta kepada 60 juta sahaja.

Hulagu dan isterinya Doguz Khatun yang beragama Kristian


Cabang empayar Mongol yang menuju ke Timur Tengah dengan menakluk ibukota Baghdad yang terkenal itu ialah Ilkhan (Ilkhanate).Ilkhan dipimpin oleh Hulagu Khan,saudara Mongke Khan dan Kublai Khan,dan cucu kepada Genghiz Khan.Tentera Ilkhan telah menggempur kubu kuat Hashshashins,sebuah pergerakan bawah tanah Syiah Ismailiah bermotifkan politik pada tahun 1256.Selepas menakluk Alamut,pertahanan terakhir Hashshashins,Hulagu Khan bergerak ke Baghdad,ibukota Empayar Khilafah Abbasiah.Baghdad telah dikepung dan berjaya ditakluk pada tahun 1258.Terdapat kisah yang popular tentang apa yang berlaku sebelum penaklukan Baghdad oleh Hulagu Khan.


Hulagu Khan

Hulagu Khan kononnya telah menjemput para ulama Baghdad ke khemahnya untuk satu jamuan yang diadakan di luar benteng kota Baghdad atas nasihat seorang menteri Abbasiah yang belot dan  tamakkan kuasa.Selepas menjamu mereka,tiba-tiba Hulagu Khan bangkit dan ketawa lalu menyatakan bahawa makanan yang dijamu kepada para ulama itu bercampur dengan daging babi dan minuman mereka bercampur dengan arak.Maka doa mereka tidak lagi didengar Tuhan kerana makanan dan minuman dari sumber yang haram.Khalifah terakhir Abbasiah,Al-Mu'tasim ditangkap kemudian dibunuh dengan cara membalutnya dengan permaidani dan dipijak dengan beribu-ribu kuda para askarnya.Cara membunuh sebegini khas untuk raja-raja,khan atau perwira mengikut tradisi Mongol di mana membunuh tanpa menumpahkan darah adalah cara penghormatan.Jamukha,saudara Genghiz Khan yang membelot telah dibunuh dengan mematahkan tulang belakangnya.

Kepungan ke atas Baghdad

Kejayaan menamatkan usia 500 tahun empayar Bani Abbasiah (Abbasid Caliphate) telah membakar semangat Hulagu Khan untuk mara lebih ke barat,menakluk negeri-negeri Islam sehingga ke Palestin dan Mesir.Hulagu Khan mahu menuju ke Eropah namun ketika itu para pembantunya yang beragama Kristian menasihatkan tidak berbuat demikian.Pada permulaan sejarah Ilkhan menyaksikan pengaruh Yahudi dan Kristian di dalam kerajaan Hulagu Khan.Hulagu Khan dilihat memusuhi Islam dan mahu menghancurkannya.Dalam sejarah Ilkhan,Hulagu telah mengahwini seorang wanita Kristian.Ketika menjarah Baghdad,penduduk yang beragama Kristian dibiarkan hidup atas nasihat isteri Hulagu Khan itu,di mana pada masa yang sama kira-kira 200 000 penduduk Islam dibunuh beramai-ramai.Hulagu Khan kemudiannya menakluk Aleppo (Halab) dan Damsyik (Damascus) di Syria,kemudian menyerbu ke arah Palestin.Namun ketika itu Khan Agung,Mongke diberitakan meninggal dunia.Hulagu terpaksa menarik sebahagian tenteranya dan balik ke Mongolia kerana menjadi tradisi Mongol apabila Khan Agung mati,semua kerabat Genghiz Khan mesti menghadiri kurultai,iaitu perhimpunan untuk melantik 'The Great Khan' yang baru.Anehnya,selepas kematian Hulagu,para pemerintah selepasnya mula terpengaruh dengan budaya Islam,terutamanya Mahmud Ghazan,Khan Ilkhan ke-7 yang memeluk Islam selepas menumbangkan Baidu,Khan Ilkhan sebelumnya.Sebenarnya Khan Ilkhan yang pertama sekali memeluk Islam ialah Teguder iaitu anak Hulagu sendiri dan saudara Abaqa,Khan Ilkhan kedua.Teguder asalnya ialah seorang Kristian Nestorian dengan nama Nicholas namun kemudiannya beliau memeluk Islam dan menukar namanya menjadi Ahmad Teguder.

Buat pertama kali,empayar Ilkhan telah ditukarkan menjadi sebuah kesultanan apabila Teguder naik menjadi Khan ketiga.Teguder sendiri bergelar sebagai Sultan Ahmad.Teguder telah cuba menyebarkan Islam kepada rakyatnya tentang Islam.Beliau juga menggalakkan para pegawainya masuk Islam dan menyebarkannya.Malah Teguder juga berutus surat kepada Sultan Mamluk,musuh ketat dinasti Ilkhan dan meminta damai.Ini menyebabkan satu kemarahan kepada adik beradik dan kaum kerabatnya.Arghun,anak saudaranya yang ketika itu menjadi gabenor Khurasan telah mengadu kepada Maharaja Yuan-China yang juga Khan Agung kepada Empayar Mongol,Kublai Khan perihal keislaman Teguder.Kublai Khan menjadi teramat marah.Arghun mula menyiapkan pasukan tentera yang besar untuk menghukum bapa saudaranya.Menyedari bahaya yang timbul,Teguder meminta bantuan dari Sultan Mamluk.Namun ketika itu hubungan Ilkhan-Mamluk masih belum kukuh dan dalam situasi berhati-hati.Teguder terpaksa menghadapi tentera Arghun seorang diri.Dengan jumlah tentera yang kecil,akhirnya Teguder dikalahkan.Beliau kemudian dihukum mati pada 10 Ogos 1284.

Ketika zaman Mahmud Ghazan,Khan dinasti Ilkhan ke-7,warga Kristian dan Yahudi mula hilang status istimewa mereka malah lebih rendah dari status Muslim dan terpaksa membayar cukai.Penganut Buddha paling teruk ditindas,mereka diberi pilihan sama ada memeluk Islam atau dipaksa atau direndahkan status.Tentera-tentera Mongol mula memeluk Islam terutamanya ketumbukan tentera Tartar.

Berbalik kepada keinginan Hulagu menakluk Mesir dan Syria,tentera Hulagu berterusan dengan kempen penaklukannya ke arah pusat dunia Islam yang terakhir,Mesir yang diperintah oleh Sultan Qutuz dan panglimanya Baibars.Pada tahun 1260,tentera Mesir telah berjaya mengalahkan tentera Mongol di bawah pimpinan Kitbuqa,panglima Hulagu yang beragama Kristian dalam Pertempuran Ain Jalut yang terkenal itu.Pertempuran ini dilihat setaraf dengan  Pertempuran Hittin pada tahun 1187 di mana tentera Salahuddin Al-Ayyubi berjaya mengalahkan tentera Salib.Beribu-ribu tentera Mongol mati dibunuh dan saki-bakinya dikejar oleh askar berkuda Mamluk yang amat terkenal ketangkasannya.Kitbuqa berjaya ditangkap dan dihukum bunuh.Inilah sejarah pertama kali tentera Mongol dikalahkan secara besar-besaran dan panglima tenteranya dibunuh dalam pertempuran.Ini menyebabkan kemarahan Hulagu Khan atas kekalahan yang memalukan ini.Pertempuran ini amat penting kerana selepas itu dinasti Ilkhan mengalami kemunduran dan sedikit demi sedikit dihalau keluar dari Syria oleh Mamluk.


Pertempuran Homs Kedua Syria

Selepas kekalahan ini,tentera Mongol dilihat tidak lagi mampu menakluk Syria dan Palestin apatah lagi Mesir.Malahan kerajaan Mesir yang kemudiannya diperintah oleh Baibars menjadi dinasti Mamluk telah menjadi duri dalam daging bagi empayar Ilkhan Mongol itu.Harapan dunia Islam beralih dari Khilafah Abbasiah ke dinasti Mamluk untuk mempertahankan tanah-tanah Islam terutamanya Palestin.Mongol pernah bergabung dengan tentera Salib dalam Perang Salib ke-7 namun gagal mengalahkan kekuatan tentera berkuda Mamluk yang amat sukar untuk ditundukkan.Hulagu mati pada tahun 1265.Tidak banyak yang diketahui sebab-sebab kematiannya.Namun terdapat satu kisah tentang cara kematian Hulagu Khan yang menyebabkan punca tentera-tentera Tartarnya mula memeluk Islam.


Golden Horde



Batu Khan,pengasas bagi Golden Horde



Golden Horde (Ulus of Jochi),salah satu bahagian dari Empayar Mongol berasal dari 2 divisyen tentera Mongol,White Horde yang dipimpin oleh Orda Khan manakala Blue Horde dipimpin oleh Batu Khan,anak sulung kepada Jochi.White Horde dan Blue Horde asalnya merujuk kepada dua sayap tentera Mongol yang menyerang Rusia Selatan dan Eropah Timur yang kemudiannya digelar dalam kesusasteraan Parsi dan Slav sebagai Golden Horde.Sebagaimana gelarannya,pasukan tentera ini banyak bertempur dengan bangsa-bangsa Eropah dan dianggap sebagai pasukan 'Atilla The Hun' yang kedua.Jika kekuatan tentera Ilkhan yang mampu menewaskan pasukan-pasukan legenda Timur Tengah seperti tentera Empayar Abbasiah,gerila berani mati Hashshashins (Assassin) dan dinasti Ayyubbi (ketika ini tidak sekuat era Salahuddin) maka Golden Horde pula dengan senang memukul rata pejuang-pejuang Salib seperti Knight Templar yang terkenal ganas,Hospitaller dan Teutonic.Batu Khan dan panglimanya Subedei memulakan penaklukan dengan Bashkirs dan Volga Bulgaria.Kemudian menyerang padang steppe di Ukraine dan Crimea di mana tempat tinggal suku-suku Tartar.Golden Horde telah menakluk kesemua bangsa Tartar dan merekrut mereka ke dalam gerombolan askar berkuda empayar Mongol.Ketika inilah,bangsa Tartar telah menyertai tentera Monggol dan gabungan inilah yang terkenal sebagai gabungan Monggol-Tartar.

Penjarahan ke atas Suzdal

Gabungan ini kemudiannya menjarah Rus,wilayah yang kini berada di Rusia,membumihanguskan Moscow,meratakan Kolomna,kemudian membumihanguskan Suzdal dan Kiev.Golden Horde kemudiannya melanggar Poland dan Hungary,memusnahkan Pest (sebuah bandar di Hungary),mengepung Vienna serta menundukkan Bulgaria.Mereka juga menyerang Croatia dan Serbia.Dalam pertempuran-pertempuran di Eropah Timur sampai ke tengah benua itu,perwira-perwira Mongol dan Tartar telah menewaskan askar berkuda Hungary,Poland,Bulgaria dan lain-lain,menundukkan tentera Knight Templar,askar-askar upahan seluruh Eropah,Kesatria Armenia,Rusia dan Cossack,tentera-tentera berkuda nomad Rusia,Magyar dan Croat dan pejuang berani mati dari Serbia.

Pertempuran Legnica

Anehnya,walaupun Golden Horde banyak bertempur dan memerintah wilayah-wilayah Kristian,namun akhirnya para Khan Golden Horde memeluk Islam,bukannya Kristian.Malah pengislaman Golden Horde lebih awal berbanding saudaranya Ilkhan yang walaupun memerintah wilayah-wilayah Islam namun agak lambat mencerna kepercayaan mengenal Tuhan yang satu.Berke,Khan keempat Golden Horde mengenal Islam mulai tahun 1257 manakala khan Ilkhan yang pertama memeluk Islam,Teguder mula memeluk Islam sekitar tahun 1282,itu pun dibunuh anak saudara dan kerabatnya.

Penyerbuan ke atas Hungary

Diberitakan,Berke mula mencintai Islam setelah bertanyakan tentang kepercayaan para sufi Khwarezmi yang berkafilah dari Bukhara.Berke diIslamkan oleh Saifuddin,darwish dari Khwarezmi,wilayah yang dahulunya sebuah empayar Islam yang musnah digempur Genghiz Khan.

Oleh kerana Golden Horde telah memeluk Islam lebih awal,maka terjadilah konflik antara Golden Horde dengan saudara-saudaranya,terutamanya Ilkhan.Berke telah mengambil keputusan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Mamluk Mesir untuk menentang Ilkhan,saudaranya yang masih kafir walaupun duduk di sekeliling budaya Islam.


Khan Agung terakhir,Mongke Khan

Sebenarnya Berke pernah menulis sebuah surat kepada Khan Agung,Mongke Khan,berkenaan perilaku tidak berperikemanusiaan Hulahu Khan ke atas umat Islam terutamanya ketika penaklukan Baghdad.Berke berasa simpati dengan Islam dan tersentuh dengan kekejaman Mongol ketika menjarah Baghdad.Namun,ketika suratnya sampai ke Karakorum,Mongke Khan sebenarnya telah meninggal dunia di China.Ketika Pertempuran Ain Jalut,Berke telah menyertai Mamluk untuk membantu menewaskan tentera Hulagu Khan di bawah pimpinan Kitbuqa.Inilah perang saudara antara Golden Horde dan Ilkhan,dua kerajaan Mongol yang paling berpengaruh dalam sejarah Empayar Mongol.Ketika Empayar Byzantin (kemudiannya ditakluk oleh Muhammad Al-Fatih dari Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453) menangkap delegasi dari Mesir,Berke mengarahkan Bulgaria (negara bawahannya) supaya menghantar tentera untuk melepaskan rombongan Mesir itu.Golden Horde berterusan menjadi seteru Ilkhan bersama-sama kerajaan Mamluk yang masih belum mampu dikalahkan.

Tentera Golden Horde mengalahkan tentera Ilkhan dalam satu pertempuran

Apa yang terjadi selepas itu adalah kuasa Allah Yang Maha Berkuasa.Ilkhan kemudiannya menjadikan Islam sebagai agama rasmi selepas pengislaman Mahmud Ghazan walaupun masih berseteru dengan Mamluk dan Golden Horde.Golden Horde pula selepas perpecahannya,memunculkan banyak kerajaan-kerajaan Khan kecil seperti Crimea,Kazakh dan Uzbek.Perpecahan Ilkhan pula mengembalikan wilayah-wilayah Islam kepada orang Parsi dan Arab setelah beberapa generasi bangsa Mongol dan Tartar terserap ke dalam bangsa-bangsa Islam.Maka terjadilah apa yang kita saksikan seperti hari ini;negara-negara atau wilayah seperti Uzbekistan,Kyrgystan,Kazakhtan,Turkistan,Tajikistan,Bosnia,Crimea,Chechya,Uyghur dan dinasti Moghul di India yang banyak berperanan mengislamkan India Utara adalah kesan dari kisah empayar Mongol yang penuh suka duka ini.

Banyak moral atau pengajaran dari kisah empayar Mongol ini.Empayar Abbasiah jatuh disebabkan banyak penyelewengan dan jauh dari agama Islam.Fitnah berleluasa di sana-sini.Rasuah dan cintakan dunia makin meresap ke dalam hati para atasan kerajaan.Ketika itu negeri-negeri Islam di bawah empayar ini adalah yang paling kaya,namun semakin jauh dari hidayat ilahi.Semangat jihad mempertahankan Islam sudah semakin jauh di dalam hati para perwira,kerana dilemahkan oleh harta benda yang berlimpah ruah.Bagaimana tentera Mamluk boleh mengalahkan askar-askar Mongol padahal ketika itu hanya Mesir sahaja yang menghadapi Mongol,ketika serangan ke atas empayar Abbasiah,khalifah mengarahkan seluruh tentera empayar menghalang kemaraan Mongol?





PENGKHIANATAN

Kunci pertama ialah PENGKHIANATAN DARI DALAM.Seorang wazir khalifah telah memberitahu bahawa Hulagu bersetuju mengahwinkan anaknya dengan Abu Bakr,putera khalifah.Ketika pintu kota dibuka untuk upacara sambutan perkahwinan,dengan para utusan peminangan membawa pelbagai hantaran dan hadiah yang mahal-mahal berjalan ke luar kota,namun alangkah terkejutnya mereka apabila apa yang dilihat mereka di luar bukanlah sambutan meriah dari pihak Mongol tetapi barisan gerombolan tentera Hulagu Khan yang bersedia untuk menyerang.Semua utusan peminangan dibunuh,dan kemaraan tentera Mongol tidak boleh ditahan lagi,terus menggempur masuk ke dalam kota.

Inilah juga faktor utama kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.Juga kejatuhan Vijaya,sebuah kota Champa ke tangan Dai Viet disebabkan pembelotan menteri Champa.Juga kejatuhan Pattani disebabkan pembelotan seorang pegawai Sultan Pattani.Pengkhianatan adalah racun paling dasyat dalam negara.Jika terdapat pilihan untuk menghukum dua orang;seorang panglima tentera musuh dan seorang ialah menteri yang khianat,maka sang menteri itulah yang patut dihukum terlebih dahulu.

Faktor kedua adalah amalan agama.Sultan Qutuz sebelum menggerakkan pasukannya,beliau bangun malam bertahajud sambil berdoa kepada Allah s.w.t.Muhammad Al-Fatih ketika menjelang penaklukan Constatinople,pada malam sebelum serangan,memerhatikan khemah-khemah para askarnya.Beliau memerhatikan siapa di antara para askarnya yang bangun malam.Pada keesokkan harinya beliau memilih hanya yang bangun malam bertahajud sahaja yang ikut serta menyertai menakluk Constatinople.Di dalam rekod Turki,terdapat kira-kira 80000 tentera Turki Uthmaniyyah semasa penaklukan itu manakala dalam rekod Barat terdapat 160000 hingga 300000 tentera.Bayangkan,ini bermakna jumlah itulah yang bangun bertahajud pada malam sebelum serangan.Muhammad Al-Fatih sendiri sejak kecil tidak pernah meninggalkan solat tahajud!Sebab itu dalam hadis nabi s.a.w ada menyatakan:

“Sesungguhnya Constantinople itu akan jatuh. Pemimpinnya adalah pemimpin yang terbaik dan tenteranya adalah yang tentera terbaik”

Jika kita mula meninggalkan atau mengabaikan urusan agama,tunggulah...Allah s.w.t akan menggantikan kita dengan satu kaum yang lebih baik dari kita.Penggantian itu tertakluk kepada Allah s.w.t,sama ada secara kasar seperti yang dihadapi oleh bangsa Arab ketika kejatuhan empayar Abbasiah,ataupun secara halus,seperti pengislaman beramai-ramai umat Melayu Nusantara.


"....Dan jika kamu berpaling tadah, maka Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain daripada kamu dan kaum itu tidak seperti kamu.”
(Muhammad: 38)


Jika kita lihat dipermulaan kisah Empayar Mongol,mereka amat ganas kepada orang Islam,membunuh dan menjarah kota-kota Islam.Namun diakhir cerita,mereka menjadi lembut dan terpesona dengan Islam dan akhirnya menjadi pengikut agama Islam yang taat dan sanggup berperang bermati-matian demi meluaskan Islam.Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa makhluk langsung tiada kuasa.Apa yang terjadi semata-mata hanya dengan izin Allah.



Malaysia Hari Ini


Saya ingin sentuh sedikit dalam konteks apa yang berlaku di Malaysia pada hari ini.Rasuah dan politik wang sememangnya berleluasa dalam kerajaan.Subsidi kepada rakyat makin berkurang sedangkan kerajaan bertanggungjawab atas kebajikan rakyat kerana kerajaan dibayar cukai oleh rakyat dan rakyat berhak mendapat subsidi.Pengurangan subsidi ini ditutup dengan istilah 'penyelarasan harga'.Padahal sebenarnya harga diselaras untuk mengurangkan subsidi,jadi kantung pihak-pihak tertentu dapat diselaraskan ke tahap maksimum manakala kantung rakyat diselaras ke tahap menyedihkan.Ketika Malaysia heboh berkenaan video seks Anwar Ibrahim,harga minyak 'diselaraskan' secara bertahap sedikit demi sedikit.Tetapi rakyat marhaen tidak sedar.Apabila minyak naik,maka majoriti barangan harian akan naik,sehingga yang tiada kaitan juga akan naik atas alasan kos pengangkutan.Sekiranya barangan naik tidak terkawal,maka ia akan sampai ke tahap inflasi,rakyat terpaksa membeli barangan yang sama dengan nilai wang lebih tinggi.Kos hidup akan naik.Emosi akan naik.Orang yang lapar adalah orang yang panas baran.Pihak kerajaan kena fikirkan tentang ini dan bilakah masanya rakyat yang lapar ini perlu diberi gula-gula untuk menenangkan mereka.

Bayangkan seorang bapa muda yang mempunyai 3 orang anak,hanya bekerja sebagai posmen atau pekerja kilang mahu menyara kehidupan anak beranak dikala harga gula meningkat kepada RM2.40 sekilogram.Barangan dapur,ikan dan sayur perlu dibeli.Dengan pendapatan hanya sekitar RM1300,ia adalah pengalaman yang mengerikan.Ada menteri yang bijak menyarankan rakyat marhaen bercucuk tanam di belakang rumah.Ada menteri yang pintar menyuruh mengurangkan gula dalam minuman,menambahkan manis dalam senyuman.Ini adalah pendapat yang menyakitkan hati.Adalah disyorkan menteri-menteri tadi dikurangkan pendapatan sehingga sekitar RM1300 sebulan selama beberapa tahun.Adakah mereka hidup dalam keadaan tersenyum-senyum dengan bermanis muka selepas itu?Mungkin mereka membantah kerana mereka sepatutnya mendapat pendapatan yang setimpal dengan pendidikan mereka,namun jika mereka memilih untuk menjadi menteri yang menjaga rakyat dan negara,MEREKA SEBENARNYA PERLU BERSEDIA UNTUK MENJADI HAMBA DAN BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT.Bukan berlagak sombong dan memberi pendapat yang menyakitkan hati.

Fitnah yang berleluasa jika tidak dibendung akan memusnahkan sesuatu bangsa dan peradaban.Jika Perdana Menteri kita,DS Najib Tun Abdul Razak dituduh membunuh Altantuya Shariibuu,maka ketua pembangkang,DS Anwar Ibrahim pula dituduh dengan tuduhan meliwat Saiful Bukhari dan kini berzina dengan pelacur China.Apabila pemimpin-pemimpin Islam sebegini tidak digambarkan dengan imej yang baik,bagaimana mereka mahu memimpin rakyat,apabila terganggu dan sibuk dengan fitnah yang menempek ditubuh mereka?Tidak penting sama ada mereka bersalah atau tidak,apa yang ditekan di sini,budaya fitnah memfitnah ini tidak baik untuk 'kesihatan' umat Islam.Disarankan Najib dan Anwar mengamalkan membaca surah Kahfi pada setiap Jumaat:

Dari Ali r.a berkata: “Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya.” (Tafsir Ibnu Kathir)

Isteri Perdana Menteri juga tidak terlepas dari bermacam 'fitnah'.Pembaziran wang rakyat yang dilakukannya jika tidak dikawal akan menyebabkan beliau berpotensi menjadi 'Imelda Malaysia'.Alangkah baiknya jika wang itu disedekahkan kepada orang-orang yang memerlukan.Negara tidak memerlukan 'Imelda'.Kita memerlukan wanita seperti isteri Khalifah Umar Abdul Aziz yang menyerahkan segala perhiasannya kepada Baitulmal untuk keperluan negara.

Perseteruan antara Pas-UMNO mesti ditamatkan.Tidak kisah Pas dan UMNO berbeza pendapat dalam politik namun diluar politik mereka perlu menunjukkan contoh umat Islam yang bersaudara.Lihat bagaimana Allahyarham Fadzil Noor yang sepentas dengan Tun Mahathir suatu ketika dahulu.Mereka berjabat tangan dengan senyuman mesra.PKR dilihat terlampau lembik untuk menangani DAP.Namun PKR masih penting untuk 'check and balance'.Tetapi jika silap langkah,PKR akan 'checked' dan hilang 'balance'.Pas tiada keperluan untuk menyertai Pakatan Rakyat.Pas boleh berdiri sendiri sebenarnya.Pas sepatutnya menjadi pemimpin dalam Pakatan,bukannya dipimpin oleh DAP dalam Pakatan.Jika tidak ada calon yang kompeten atau segan memimpin,sekurang-kurangnya Pas bertindak menjadi 'penasihat hal-ehwal Ugama Islam' kepada DAP,bukan dibuli oleh DAP.

Setelah lama berkawan dengan Pas,sepatutnya DAP lebih faham sensitiviti umat Islam,seperti mana Golden Horde dan Ilkhan yang memeluk Islam setelah lama bercampur dengan umat Islam.DAP sepatutnya ke arah lebih memahami agama Islam,bukan makin keliru dan mengelirukan diri sendiri.Pas kena perhatikan baik-baik perkara ini.Usahakan untuk dakwah kepada DAP tentang Islam,jangan takut.Jika ego dengan UMNO sampai segan mahu cakap kebesaran Allah,kenapa tidak dengan DAP?Sekular dan Komunis sama sahaja.Tetapi hati orang yang pernah masuk kalimah Lailahaillallah adalah lebih mudah untuk lembut jika diajak ingatkan Tuhannya.Ajak saudara UMNO datang ke masjid solat berjemaah.Kurangkan cakap pasal politik dahulu.Lembutkan hati mereka dengan kelebihan dalam Islam dan sistemnya.Layan mereka dengan baik dan mesra.Bila mereka baling batu,balas kembali dengan buah-buahan.

Bila mereka dekat dengan Tuhan mereka,mereka pasti akan menurut perintah-Nya tanpa perlu disuruh-suruh.Percayalah.

Hari ini usaha nabi s.a.w telah terpecah-pecah.Ada gerakan yang mengusahakan politik Islam namun usaha dakwah ditinggalkan.Ada jemaah yang mengusahakan dakwah,namun fiqh Jinayah atau bab kenegaraan Islam diabaikan.Ada pertubuhan yang mengusahakan bangkitnya sistem Khalifah,namun usaha paling asas untuk ajak manusia ke masjid dan tingkatkan iman tercicir dari agenda.Nabi s.a.w bukan datang ke Madinah terus bercakap pasal khalifah,nabi s.a.w bina masjid dahulu.Alangkah baiknya jika semua usaha nabi ini bergabung dalam satu gerakan.Nabi Muhammad s.a.w disamping ajak manusia kepada agama,beliau berhijrah dan menulis Piagam Madinah,perundangan pertama negara Islam Madinah.Baginda turut serta dalam usaha dakwah dan jihad;kedua-duanya adalah usaha di jalan Allah.Nabi s.a.w perintis kepada kekhalifahan Islam,namun pada masa yang sama istiqamah dalam mengusahakan dakwah ke masjid dan usaha atas iman masing-masing.Sesungguhnya nabi adalah sebaik-baik contoh,mengapa masih ada manusia yang berbalah sesama sendiri dan ego dalam mempertahankan prinsip nafsu sendiri?

Umat Melayu Nusantara selama ini berjaya memainkan peranan sebagai pembantu agama yang mulia ini.Ketika era penyebaran Islam,raja-raja Melayu melayan dan menyambut baik para pendakwah dari kalangan Ahlu Bait dan para generasi Sahabat nabi.Kita tidak pernah mendengar raja-raja Melayu menghalau atau membunuh para pendakwah Arab ini.Kemudian raja-raja Melayu menyebarkan Islam sehingga ke Filipina.Jika kita belajar sejarah Wali Songo,kita akan lihat percampuran darah dari Arab,Parsi ,Champa,Melayu Kelantan hingga ke Jawa.Hasilnya seluruh Nusantara menerima hidayat Ilahi.Bukti penyebaran Islam oleh orang-orang Melayu ditampilkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai antara 3 bahasa penting penyebaran agama Islam.Dua bahasa lain ialah Arab dan Parsi.Bahasa Melayu juga antara bahasa yang wajib dipelajari oleh para sarjana Islam terutamanya di Asia Tenggara kerana banyak kitab dan karya agama ditulis dalam bahasa Melayu.

Kini apabila terdapat usaha dakwah yang berpusat di Nizamuddin,India,yang membantu para daie dari India Muslim ini ialah sekali lagi...umat Melayu Nusantara tampil sebagai pembantu yang setia kepada agama yang mulia ini.Usaha ini dikatakan lambat diterima oleh umat Arab mungkin kerana polisi Wahabinya yang keras.Namun umat Melayu sekali lagi nampak betapa perlunya membantu rakan-rakan mereka dari India ini untuk sama-sama menyegarkan Islam di hati umat manusia.Firman Allah s.w.t:

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)

Jika kita tidak mampu berdakwah kepada manusia,seperti saya yang lemah iman ini,sekurang-kurangnya kita sokong dan bantu jika ada saudara kita yang mahu  menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar.Maka sebab itu Allah s.w.t menyatakan perlunya ada satu golongan di kalangan kita yang ambil tugas ini walaupun sepatutnya semua orang Islam semestinya menjalankan amal maaruf nahi munkar.Janganlah sampai kita dicatat oleh malaikat sebagai orang yang menghalang agama Allah yang mulia ini.

Saya berdoa supaya Perdana Menteri dan isterinya diberi hidayat oleh Allah s.w.t untuk amal agama dalam hidup.Saya juga berdoa supaya negara ini aman dari fitnah,juga DS Anwar Ibrahim.Hanyasanya orang berjaya dan selamat dunia akhirat ialah orang yang hidup dalam kemuliaan agama.

Berdiri di hadapan makam Syeikh Saifuddin Bokharzi di Bukhara benar-benar menginsafkan.Sekiranya lelaki mulia ini mampu melembutkan hati seorang Khan,malah pemimpin kepada pasukan Mongol yang paling ditakuti seluruh Eropah,Golden Horde,mengapa tidak kita,mampu melembutkan saudara kita yang pekat dengan sekularisme namun masih mengaku Allah s.w.t,Tuhan yang memerintahkan hukum Hudud dan Qisas dilaksanakan di dalam AlQuran.







"Tidak rugi orang yang bermesyuarat tidak menyesal orang yang istikharah"
 
-Hermit
Bukhara,Uzbekistan

Popular Posts

clik here