clik disini

My Blog List

clik here

Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Saturday, 30 July 2011

Dahlia Teck Model dari Cik Siti Wan Kembang

Macam-macam la.Terbaca kat forum cari pasal Dahlia Teck yang digossipkan ada skandal dengan Khairul Fahmi Che Mat, rupanya Dahlia ni model kelas fotografi dari negeri Kelantan baru habis SPM tahun lepas. KFCM pun dan berbaik baik semula dengan tunangnya Elia. Alhamdulillah la kalau dah berbaik semula.



Sebelum KFCM dikabarkan tertekan dan berubah sikap hingga menyebabkan tunangnya Elia tertekan jugak. Prestasi KFCM semalam agak cemerlang jugak ( dalam perlawanan menentang Singapura ) mungkin sebab dah berbaik semula dgn tunang dia.
Dahlia Teck model dari cik Siti Wan Kembang

Lagi gambar Dahlia Teck

Dalam artikel bertajuk Gambar KFC bersama Dahlia Teck? gambar Khairul berdua dgn sorang perempuan ( bukan Dahlia). Harap maklum.

Cinta Elisa Gandingan Fasha Sandha dan Botak Juvana

AKU STORY.COM..Cinta Elisa sebuah drama bakal ditayangkan di slot Lestary Tv3 , terbitan Suhan Movies ( yang pernah menerbitkan Asmara 1 dan 2). Menurut blog Suhan Post Enterprise, heroin drama ni ialah Fasha Sandha, dan hero pulak Botak pelakon Juvana atau Johan Ariff Asari. Johan baru saja menjalani casting untuk Cinta Elisa. Dengar dengar gosip Johan ni menggigil bila jumpa Fasha Sandha..haha!! macam mana tu nanti nak berlakon sama Fasha. Sape pun gabra kalau jumpa artis cun seksi cam Fasha  ni, manja lak tu..heheh!! Bertuah Botak Juvana ni ek, dapat bergandingan dengan Fasha ratu drama dan ratu air mata ni :) .

Botak Juvana sudah berambut

Sebelum ni hero bagi drama Cinta Elisa, nak ambil Shah Jazle jadi hero, tapi disebabkan Shah Jazle ada komitmen lain, maka terpaksa le Suhan cari hero lain sebagai ganti. Ambil Ady Putra pun ok gak, eemm.. kenapa tak amik Ady Putra ek..hehe!! tapi Botak pun ok le, sekarang dah bertambah peminat Botak ni.

Saturday, 23 July 2011

Majlis Perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina

Majlis pernikahan Noh Hujan dan Mizz Nina telah berlangsung pada 1 Julai yang lepas. iaitu sempena hari kelahiran Mizz Nina. Majlis pernikahan diadakan di kediaman rumah Mizz Nina di Ukay Height, Ampang. Dengan mas kahwin RM888.88 dan hantaran sebanyak RM11 111.11 telah diterima oleh pihak Mizz Nina.

Majlis resepsi Noh Hujan dan Mizz Nina akan diadakan pada 6 Julai ini, manakala majlis sambut menantu akan diadakan pada 15 Julai di Miri, Sarawak. Moga ikatan yang terbina ini menambahkan lagi kebahagian Noh Hujan dan Mizz Nina. Tahniah diucapkan. Credit gambar to budiey. Jom saksikan gambar pernikahan dan perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina



perkahwinan rozita che wan

 walaupun tanpa mekap yang tebal, rozita che wan nampak manis bergaya. tapi pernahkah kita melihat gambar rozita xhe wan sebelum bergelar artis? mungkin juga gambar perkahwinan nya yang lepas. sebut pasal rozita che wan, pasti ramai yang ingin tahu. maklum la, rozita che wan merupakan artis janda paling hot masa kini. jom saksikan gambar kahwin rozita che wan yang lepas.

Pertunangan Farah AF2 Dengan Ahli Perniagaan

 Terlebih dahulu, credit pada Mohd Asri Ahmad FB. Pertunangan Farah AF2 telah lama berlangsung iaitu pada 25 December yang lalu. Majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat nampak menarik. Ditambah wajah Farah AF2 yang comel.

Pengacara Rasa Halal Orient itu, yang pernah popular dengan lagu Tangisan Dalam Kerinduan nampak ayu bila mengenakan tudung. Tahniah diucapkan kepada Farah AF2 atas pertunangannya. Diharap pertunangan ini diteruskan hingga ke jinjang pelamin. Jom lihat gambar-gambar pertunangan Farah AF2








Anak Kembar Sazzy Falak Cukur Jambul

26 June lepas, Sazzy Falak dan suaminya Nazril telah mengadakan majlis cukur jambul buat anak kembarnya Iman Lily dan Tiara Rose. Hanya keluarga terdekat dan beberapa rakan mereka yang hadir untuk majlis cukur jambul itu.

Nampak semakin comel anak kembar Sazzy Falak. Tetapi susah juga nak membezakan yang mana Iman Lily dan Tiara Rose. Moga kehadiran kedua kembar ini menyerikan lagi rumah tangga Sazzy Falak dan Nazril

aaron aziz gay?

aaron aziz!!! siapa la tinggal kenal pelakon kelahiran singapura ini semakin popular di Malaysia. saban hari, pasti muncul dalam filem dan drama. disamping itu juga telah menjadi duta untuk produk L'oreal. di sebabkan kegemilangan yang dicapai, ada pula beberapa pihak yang cuba menjatuhkanya. namun aaron aziz tidak mudah melenting tanpa sebab.

aaron aziz gay?? itulah persoalan yang kerap kali di gossipkan. wal hal, aaron aziz kini memiliki sebuah keluarga yang bahagia. ekoran daripada gosip ini, aaron mencabar orang yang cuba menfitnah nya bersemuka  untuk membuktikannya. dengan itu, pihak m3 berharap penyebar golongan yang suka menfitnah ini, hentikanlah menfitnah. dengan harapan, aaron terus memeriahkan industri perfileman.

Thursday, 21 July 2011

Perkahwinan Memey dan Norman Hakim Ditaja 7.2 juta?

memeynorman1.jpg

Merpati dua sejoli yang pernah dilanda kontroversi hebat suatu ketika dahulu iaitu Norman Hakim dan tunangnya Memey Suhaiza bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 28 September ini. Lebih istimewa dan mungkin rezeki yang diterima sempena perkahwinan mereka tidak lama lagi, Memey akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut dimana kesemuanya bernilai RM7.2 juta pada majlis persandingan di Crowne Plaza Mutiara kelak.

norman-memey.jpg
 
Khabarnya di majlis resepsi mereka, Memey akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan juga acara memotong kek. Selain dua persalinan itu yang ditaburi mutiara mengikut gred, Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut. Lebih mengujakan, Memey juga akan mengenakan dua pasang kasut rekaan pereka kasut yang terkenal di dunia, Datuk Jimmy Choo.

Norman-Memey-bertunang.jpg
 
Pastinya perkahwinan mereka ini akan digelar 'Wedding of The Year' oleh kerana tajaan yang diterima oleh mereka apatah lagi mereka juga merupakan selebriti pilihan yang berjaya dengan kerjaya masing-masing meskipun pernah dihentam hebat dek kerana kontroversi yang menimpa mereka berdua beberapa tahun lalu. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan bertuah ini dan semoga persiapan yang sedang dilakukan oleh mereka ketika ini berjalan dengan lancar sehingga berakhirnya majlis kelak.

Gambar Que Haidar dan Linda Jasmine bersama arak

Que Haidar dan Linda JasmineBaru-baru ini kecoh mengenai gambar Que Haidar dan Linda Jasmine bergembira bersama rakan-rakan tersebar di internet.. Bukan bergembira itu yang menjadi masaalah, tetapi minuman keras dan rokok menjadi isu utama didalam gambar tu.. Seperti biasa, kita tak boleh la menunding terus jari kita ke arah mereka sambil berkata mereka mengambil minuman keras dan merokok.. Apa kata kita dengar dulu penjelasan daripada Que Haidar dan Linda Jasmine didalam harian Metro mengenai isu tu terlebih dahulu…

Que Haidar dan Linda Jasmine menegaskan yang mereka berdua tidak mengambil minuman keras tersebut dan Arak itu bukanlah kepunyaan mereka, mereka berdua berada disana hanya untuk meraikan majlis harijadi seorang kawan..
“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar untuk meraikannya (sambutan hari jadi kawan mereka berdua). Namun terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu adalah milik orang lain. Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral”
Dan menurut Linda Jasmine pula mengenai isu rokok, mereka hanya memegangnya sahaja..
“Saya tak minum arak dan merokok langsung. Rokok itu orang lain punya, mungkin Que dan saya hanya memegangnya”
Kini Jelas la yang Que Haidar dan Linda Jasmine tidak mengambil minuman keras.. mereka berdua hanya menyambut hari jadi seorang kawan sahaja yang kebetulan mempunyai minuman keras diatas meja.. Apa-apa pun jom kita layan gambar Que Haidar dan Linda Jasmine yang mencetuskan kontroversi kat bawah ni…
gambar Que Haidar dan Linda Jasmine berhibur
Que Haidar dan Linda Jasmine bersama botol arak
gambar Que Haidar dan Linda Jasmine bersama arak
Que Haidar dan Linda Jasmine berparty
Que Haidar dan Linda Jasmine seksi

Penjelasan Nurul Ain Nordin mengenai gambar seksinya

nurul ain seksiBaru-baru ni kecoh mengenai seorang pelakon baru, Nurul Ain Nordin yang bergambar dalam keadaan berkemban yang agak menghairahkan untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap, tersebar diinternet… Menurut Nurul Ain, gambar tu tak sepatutnya tersebar kerana dalam persetujuan gambar tersebut perlu diedit dahulu sebelum ianya digunakan bagi tujuan promosi.. Nurul Ain juga meminta maaf jika gambar tersebut menyinggung perasaan mana-mana pihak.. Jom kita baca penjelasan Nurul Ain melalui blognya..
“Ain mintak maaf kalau gambar tersebut menyinggung perasaan sesiapa. ain tau ain bersalah…. tapi percayalah fotoshoot tersebut dilakukan secara tertutup oleh semua pelakon dan beberapa krew yang terlibat untuk fotoshoot poster filem tersebut, tetapi itu bukanlah final product dia. gambar tersebut hanya sparuh sahaja,seperti yang dipersetujui… dan di edit oleh mereka di bahagian graphic untuk tambahkan di hujungnya, bawah sket dari pinggang dan kebawah dengan akar, kurap, kudis, panau untuk memberikan kesan hantu yang muncul tetapi lain gambar yang tersebar.”
“Gambar seperti yang dipersetujui untuk final product filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP ini sudahpun mendapat persetujuan dari pihak-pihak tertentu untuk pelepasan.. di laman web rasmi SUATU MALAM KUBUR BERASAP ada gambar ain. itulah final product sebenarnya…. apa pun ain cakap, kalau dalam hati korang dah rasa ain jahat, ain buruk, ain itu, ain ini…. ain xleh buat papelah ye… maafkan ain.”
Nurul Ain sudah pun meminta maaf diatas tersebarnya gambar seksi dia tu.. Jadi sama-sama la kita maafkan dia.. MyGosip harap benda macam ni tidak akan berulang lagi selepas ini.. Apa-apa pun, Jom kita layan gambar seksi Nurul Ain yang mencentuskan kontroversi kat bawah ni…
gambar Nurul Ain Nordin seksi berkemban
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Filem Senario The Movie Ops Pocot

Filem Senario The Movie Ops Pocot posterSinopsis Senario The Movie Ops Pocot:- Senario The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatandi sebuah pasaraya. Azli seorang yang mudah penat danmudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya.Wahid pula seorang yang pendiam dan bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu memebuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).

Tujuan utama ketua masing-masing mendaftarkan mereka adalah untuk membantu dalam mengubah cara hidup mereka. Ketika di kem motivasi tersebut, mereka turut berkenalan dengan Hairi, Bob, dan Maman. Turut sama terlibat dalamkem ini ialah Azie, Mala, dan Ann. Sepanjang penglibatan mereka dalam kem motivasi ini, mereka dilatih oleh seorang bekas pesara askar iaitu Pak Bad yang sememangnya terkenal dengan sikap bengis dan garangya. Berbagai kisah lucu yang terjadi sepanjang penglibatan mereka menyertai kem RELA ini. Bermula dengan latihan yang teruk oleh Pak Bad serta kenakalan Bob, Maman, Ad dan Hairi sehinggalah ke bibit-bibit cinta diantara Azie, Mala, dan Ann terhadap Azli, Mazlan, dan juga Wahid. Adakah kem motivasi ini berjaya mengubah sikap mereka atau sebaliknya?
Tajuk Filem:
Senario The Movie Ops Pocot
Pengarah:
Ismail bob Hashim
Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam:
21 Julai 2011
Pelakon Senario The Movie Ops Pocot:
Azlee Senario
Mazlan Pet Pet
Wahid Senario
Diana Amir
Mas Muharni
Kamal Adli

Almy Nadia terkelu dengan gurauan Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz

almy nadiaMasih ingat tak dengan gosip Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz bercinta dalam Twitter baru-baru ini?.. Liyana jasmay sudahpun memberi penjelasan kepada Gua yang dia hanya berseronok sahaja dan tiada apa yang serius dengan gurauan tersebut.. Malah bagi Liyana Jasmay, Fizz Fairuz tu sudah ibarat seperti abangnya sendiri.. Jom baca apa kata Liyana Jasmay kepada Gua…
“Kami cuma ‘tweeting’, bersembang macam kawan-kawan. Pelik la, sebab ia hanya untuk seronok saja, tak ada apa yang serius. Semua orang percaya bulat-bulat dan ambil serius apa yang tertulis di Twitter. Saya hanya ketawa kerana dia dah macam abang saya. Saya dah kenal dia sejak umur saya 16 tahun lagi.”
“Saya jarang baca suratkhabar, jadi saya tidak tahu mengenai status hubungan Fizz dengan Almy sekarang. Bila saya dapat tahu perkara ini, saya ada juga bertanyakan kepada Fizz sendiri adakah kak Almy akan marah. Saya harap orang faham kerana saya masih 23 tahun dan kami hanya berseronok saja, tak ada apa-apa hubungan.”
Tak tahu la MyGosip nak cakap apa, mungkin pada umur 23 tahun kita boleh berseronok macam tu kot.. Kalau sudah anggap Fizz Fairuz seperti abang sendiri.. takkan la dia tak tahu apa yang dah jadi dengan hubungan percintaan abang dia dengan Almy Nadia kan.. Sampai terkelu lidah Almy Nadia nak menjawap gosip ni…
Almy Nadia yang dihubungi mStar Online pula tidak mampu berkata apa-apa mengenai gosip ni.. bagi Almy Nadia, Fizz Fairuz lah orang yang sepatutnya menjawap mengenai isu ni..
almy nadia dan fizz fairuz“Saya rasa terkelu lidah dan tidak tahu macam mana nak jawab setiap soalan yang diberikan tentang hubungan kami pada saat ini dan lebih baik soalan itu ditanya kepada Fizz sendiri.. Sebagai wanita, saya tak nak terlibat dalam kancah hubungan cinta tiga segi dan memang tak boleh nak berikan jawapan kerana bukan saya yang menjadi penyebabnya. Saya minta maaf banyak-banyak,”
“Saya juga tidak tahu untuk memberikan jawapan tentang status hubungan kami kerana setelah berlaku perkara seperti ini, saya tidak mahu dikatakan perigi mencari timba dan ia boleh menjatuhkan maruah saya,”
MyGosip harap lepasni Fizz Fairuz pula yang tampil memberikan penjelasan.. kesian pula kamu tengok dekat Almy Nadia ni.. macam tergantung tak bertali je.. Sepatutnya Fizz Fairuz yang dah berusia ni lebih matang kalau nak bergurau dengan Liyana Jasmay yang baru berusia 23 tahun..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datuk Siti Nurhaliza miliki Kondominium Mewah RM20 juta

datuk siti nurhaliza membeli kondominium mewahWah, Terkejut sekejap MyGosip bila mendengar Datuk Siti Nurhaliza membeli penthouse mewah dihadapan KLCC dengan harga lebih RM20 juta.. Ada gosip-gosip yang mengatakan penthouse mewah tu adalah hadiah harijadi yang ke-32 daripada Datuk K kepada Datuk Siti Nurhaliza.. Kalau betul la gosip tu.. memang sangat bertuah la Datuk Siti Nurhaliza ni kan.. Hadiah harijadi sampai berjuta-juta..

Betul atau tidak Kondominium mewah itu adalah milik Datuk Siti Nurhaliza masih lagi menjadi tanda tanya.. kita tunggu je la Datuk Siti Nurhaliza bagi komen mengenai gosip ni nanti.. Tapi sudah ada jiran-jiran tetangga yang ternampak Datuk Siti Nurhaliza dalam lift menuju ke tingkat 40 keatas dekat kondominium mewah tu..
Apa-apa pun MyGosip tumpang bangga la.. ada jugak Celebrity Malaysia yang tinggal kat kondominium mewah yang beharga puluhan juta ringgit ni.. Duduk depan KLCC lagi tu.. Ada ura-ura mengatakan penthouse mewah Datuk Siti Nurhaliza tu terletak di kondominium The Troika.. Jom layan gambar kat bawah…
rumah baru siti nurhaliza
rumah siti
rumah siti nurhaliza
kondominium siti nurhaliza
penthouse mewah siti nurhaliza

Perubahan Siti Nordiana tampil seksi buang tabiat?

Perubahan Siti Nordiana atau Nana membawa kontroversi apabila dia tampil lebih seksi dari sebelum ini di majlis parti Eh! yang lalu.. Mungkin ini penghijrahan buat Nana setelah lama menyepi dari dunia seni ni.. Bagi MyGosip, penghijrahan itu perlu.. tetapi biar la ke arah kebaikan.. Jika Siti Nordiana rasa perubahan yang dia lakukan ni ke arah kebaikan.. Teruskan lah usaha anda.. Apa-apa pun jom kita baca apa kata Nana mengenai isu seksi ni..
“Rasanya, gaun yang saya pakai itu tak seksi melampau. Takkan saya nak berimej yang sama saja, nanti orang bosan pula.
“Penampilan baru ini juga merupakan imej sempena dengan keluaran single lagu terbaru saya yang berjudul ‘Tak Tahan’. Apapun, saya tak kisah dengan tanggapan orang kerana mereka mempunyai hak untuk memberikan pandangan dan saya terima itu,” dipetik dari mStar Online.
Teringat kami apabila wartawan melodi tanya kepada Nana, adakah dia buang tabiat tampil seksi begini.. Tapi jawab Nana dia hanya mengikut peredaran fashion sahaja.. Jika korang tengok melodi pada hari Ahad yang lepas, mesti korang perasan.. Apa-apa pun buat semua pembaca MyGosip, harap korang jangan ikut perubahan yang dilakukan oleh Nana ni.. sama-sama lah kita berhijrah ke arah yang lebih baik sempena sambutan maal Hijrah yang ke-1432 semalam…
Siti Nordiana dulu dulu
Imej Siti Nordiana sebelum ini
Siti Nordiana seksi
imej baru Siti Nordiana

Gambar seksi Marsha dalam majalah FHM

marsha seksiTergamam sekejap kami tengok gambar terbaru Marsha Milan Londoh yang tersiar didalam majalah FHM.. MyGosip tahu tiada masaalah untuk Marsha berpakaian dan bergambar seksi kerana dia bukanlah beragama islam.. Tapi MyGosip harap Marsha sedar yang dia kini menetep di Malaysia, yang kaya dengan adat dan budaya orang asia.. Seharusnya Marsha lebih peka dengan tahap sensitiviti masyarakat Malaysia..

Siapa la MyGosip untuk menegur beliau.. Tapi apa yang merisaukan kami.. Bagaimana jika cara beliau menjadi ikutan peminat-peminat Marsha yang bukan hanya terhad kepada orang dewasa, tetapi juga budak-budak sekolah?.. Apa-apa pun korang tengok dan nilai lah sendiri gambar Marsha yang seksi kat bawah ni…
gambar marsha seksi
gambar seksi marsha
marsha seksi
marsha seksi dalam fhm
foto seksi marsha

Popular Posts

clik here