clik disini

My Blog List

clik here

Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Friday, 12 August 2011

Baddrol Bakhtiar to join Wigan?

AKU STORY.COM.. sekali lagi bolasepak kita dikejutkan  apabila Badrol Bakhtiar pemain skuad Harimau Melaya dan juga Kedah Fa dikhabarkan akan akan menyertai liga bolasepak eropah iaitu wigan.Baca artikel dari eyefootball

Wigan have made a surprising trial offer for Baddrol bin Bakhtiar. The Malaysian international currently plays for Kedah FA. The player has excelled in recent years in the Malaysian Premier League, and will earn a trial period at the Latics.

According to sources in Malaysia, Bakhtiar is very highly regarded in his homeland. The winger, who can also play up front, is known for his blistering pace and dribbling abilities.

Bakhtiar has already spent some time in England, he spent a period with Chelsea at Stamford Bridge for two weeks so is already familiar with the standard of football required in the Premier League.

It is understood that Bakhtiar is being considered by Wigan as they consider merchandising opportunities in Malaysia, a market with huge growth potential for the Premier League brand.

Tuesday, 9 August 2011

Safee Sali ke bundes liga?


AKU STORY.COM dengar khabar pemain sensasi negara akan berhijrah ke bundes liga.Beberapa kelab dari liga Jerman menyatakan hasrat untuk memiliki Safee Sali dari kelab pelita jaya dengan yuran perpindahan 7juta usd.


wa salute sama lu brader. lepas conquer indon, kita gerak pergi jerman. kalau di pelita jaya dapat basic rm10,000, eh rm plak. USD10k. agak2 level player bundesliga gaji berapa pound? 

buat yg nak rembat SS tu kelab Stuttgart? ...

Thursday, 28 July 2011

IDIOT COACH.. MALAYSIA LOST.. SINGAPORE SMILE

Kebodohan terlampau Raja gopal menyebabkan Malaysia gagal ke peringkat seterusnya.Percaturan yang terlampau bodoh dapat dilihat apabila Raja Gopal memasukan Adil zaquan yang belum sembuh sepenuhnya.Ayat-ayat Raja Gopal yang mengatakan beliau lebih mengetahui pemainnya tanpa menhiraukan pandangan peminat nyata terserlah dan terang umpama Gopal minum air susu lebih tanpa tea.Kebodohan Raja Gopal turut terselah lagi apabila menbawa pemain berhingus seperti Fakri,Amar Rohidan,Muslim Ahmad dan Gurusamy yang bermain bola macam jual kacang kat tengah padang.Selain beberapa pemain seperti Ismail Faruqi,Hadi yahya dan Sarbinee yang tidak sepatutnay berada dalam skuad Harimau Malaya.Ternyata kebodohan Rajagopal yang tidak memasukan Khairul Fahmi semasa perlawanan pertama di Singapura menyebabkan Malaysia gagal ke peringkat seterusnya,akibat kebodohan Sarbinee yang menberikan Sinagpura 5 gol mudah.Khairul Fahmi atau Apek beraksi cemerlang sebentar tadi,begitu juga Safee sali.

Singapura yang bermain macam pondan dan lembik menyebabkan peminat Harimau Malaya marah dan berang,ternyata Singapura mengunakan tektik lembik untuk melengah-lengahkan masa.Mungkin pemain singapura layak memegang anugerah pemain lembik terbaik asia mahupun dunia.Anugerah Oscar lembik juga untuk pemain Singapura.Tahniah singapura,dan Kapada Rajagopal letak jawatan segera.Berakhir perjuangan Harimau Malaya untuk world cup Brazil.


Saturday, 23 July 2011

Malaysia tewas kepada singapura

Malaysia tewas besar kepada Singapura pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura. Persembahan yang ditunjukkan pemain-pemain Harimau Malaya pada hari ini di luar prestasi sebenar. Ia amat jelas kelihatan pada 90 minit permainan. Hanya akhir-akhir perlawanan pasukan Harimau Malaya kembali tersedar dari lamunan namun segala-galanya sudah terlambat.

Mengikut pemerhatian yang dibuat beberapa pemain Malaysia beraksi bukan pada tahap 100% tumpuan. Antaranya Sharbinee Allawee yang melepaskan gol mudah kepada pasukan Singapura. Begitu juga pemain pertahanan Mahali Jasuli yang kurang memainkan peranannya pada malam ini. Kerap kali bahagian yang dikemudinya diserang. Bahagian serangan pada mulanya juga kurang menyegat kerana kurang mendapat umpanan dari tengah yang diketuai Safiq Rahim. 

Malang buat ketua pasukan negara itu yang menerima kad merah kerana melakukan kekasaran terhadap pemain Singapura. Susulan dari itu Singapura bernafsu untuk menambah jaringan sehinggalah pemain pertahanan mereka juga menerima nasib yang sama. Permainan pada malam ini lebih dikuasai oleh pasukan Singapura dan hampir 60% kawalan bola memihak kepada mereka.


Boleh dikatakan keadaan rumput tiruan merencatkan permainan skuad negara pada hari ini. Permukaan padang tiruan menyebabkan bola yang disepak laju dari biasa. Kawalan bola pertama juga sukar dilakukan. Keadaan rumput licin menyukarkan lagi keadaan. Tetapi apa jua alasan sebagai seorang pemain bola sepak profesional haruslah bersedia dalam apa juga situasi.

Singapura mempunyai bekalan selesa apabila berkunjung di Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Julai ini. Berbekalkan kelebihan dua gol jurulatih Singapura pastinya menurunkan barisan pertahanan mantap apabila beraksi di Malaysia kelak.

Jaringan awal Safee Sali membuktikan bahawa beliau memanglah seorang penyerang yang berprofail tinggi. Kematangan jelas ditunjukkan dalam setiap perlawanan yang melibatkannya. Bukanlah silap keputusan yang diambil Safee apabila memilih untuk beraksi di Liga Indonesia ISL kerana keupayaan dari segi teknik kawalan bola dan menjaringkan gol jelas lebih baik dari dahulu. Juga pujian kepada Kunanlan dan Amirul Hadi kerana berjaya mengucar-kacirkan barisan pertahan Singapura.

Apa-apa keputusan yang tercatat malam ini bukanlah penentu bagi segala-galanya kerana perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai 2011 nanti yang bakal menentukan nasib pasukan negara sama ada layak ke perlawanan seterusnya ataupun tidak. Teruskan pasukan Malaysia. Anda semua adalah yang terbaik. Ciptalah sejarah baru tanahair sekarang dalam arena bola sepak. Walaupun Datuk K. Rajagobal menyatakan skuad Malaysia ini akan matang pada 2015 kerana rata-rata pemainnya adalah muda.

Thursday, 21 July 2011

Gol kontoversi Didier Drogba mendapat liputan dunia

Gol yang dijaringkan oleh pemain sensasi Chelsea nyata belum melepasi garisan gol,tindakan bodoh dari pengadil Malaysia sendiri telah mencetuskan kemarahan banyak pihak terutamanya peminat setia harimau melaya.

Rata-rata akhbar dunia cetak mahupun elektronik mengesahkan pandangan mahupun ulasan yang sama mengenai perkara tersebut antaranya akhbar online popular sukan di dunia iaitu Eurosport,Gol.com,Britan daily dan lain-lain.Mereka juga menyatakan semagat juang yang tinggi Malaysian All star telah menyebabkan chelsea berhempas pulas untuk menang dalam perlawanan terbabit.

Malah Chelsea amat bernasib baik apabila minit akhir mereka dihadiahkan dengan sepakan percuma,walaupun gol tersebut tidak sepatunya disahkan,namun pengadil yang cintakan kelab Chelsea itu telah mengesahkan jaringan tersebut.

Tough test | Chelsea struggled to compete with spirited Malaysia XI by GOL.COM

Malaysia kalah tipis

Image © AREPKULAL
Pemain Chelsea, Florence Malouda dikawal ketat oleh para pemain Malaysia ketika perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 21 Julai 2011. Chelsea menang 1-0.

KUALA LUMPUR, (D5) - Gol jaringan Didier Drogba pada babak kedua memberikan Chelsea kemenangan tipis 1-0 menentang Malaysia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Gol hasil dari tendangan percuma Drogba pada minit ke-79 itu yang singgah di tiang gol sebelum terkena badan penjaga gol gantian pasukan kebangsaan, Mohd Izham Tarmizi di lihat agak kontroversi kerana beberapa ulang tayang menunjukkan bola tidak melepasi garisan.
Namun penjaga garisan, M. Sivanesan mengisyaratkan bola tersebut sudah melintas garisan.
Chelsea yang menurunkan hampir kesemua bintang mereka menguasai permainan namun hanya berjaya menang tipis.
Mereka memulakan gerakan seawal minit kedua apabila penyerang merbahaya, Fernando Torres melakukan rembatan kencang namun berjaya diselamatkan penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias.
Chelsea mengasak kubu Malaysia dengan gerakan pemain, Yossi Benayoun pada minit ke-13 menghantar bola kepada Salomon Kalou, yang gagal merembat tepat ke pintu gol.
Malaysia sekali lagi cemas pada minit ke-17 apabila salah faham berlaku di antara kapten, Norhafiz Zamani Misbah dan S. Subramaniam mengakibatkan bola terlepas ke kaki Frank Lampard namun percubaannya tersasar.
Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula, Chelsea terus mengatur serangan kali ini percubaan dari pemain gantian, John Obi Mikel namun rembatannya kurang bertenaga dan diselamatkan Farizal.
Pasukan negara mendapat peluang terbaik untuk menghasilkan jaringan pada minit ke-64, apabila gerakan solo Syahrul Azwari yang bertukar-tukar hantaran dengan A. Tamil Arasu memberi ruang kepada Syahrul untuk menguji penjaga gol Chelsea, Hilario namun bola itu tinggi tersasar.
Malaysia yanng menurunkan skuad Olimpik dikuatkan dengan sembilan orang pemain berpengalaman harus di beri pujian kerana aksi mereka yang berhempas pulas mengekang asakan pasukan Chelsea.
Farizal Marlias bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya pasukan Chelsea.
Anak-anak buah Ong Kim Swee itu mendapat peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan di minit akhir permainan apabila Tamil Arasu yang langsung tidak dikawal melepaskan rembatan yang tersasar jauh sekaligus mengekalkan kedudukan 1-0 kepada Chelsea.

Antara River Plate dan Pahang

KUALA LUMPUR, (D5) - River Plate bukan lagi sebuah kelab Argentina yang digeruni meskipun kaya dengan sejarah bola sepak Argentina.

Mereka secara rasminya tersingkir ke Divisyen B selepas kalah kepada Belgrano dalam misi wajib menang dengan dua gol dalam perlawanan terakhir mereka.

Dengan 33 gelaran liga, River Plate gagal menyelamatkan reputasi mereka sebagai pasukan legenda.

Antara punca utamanya kelab itu dibebani hutang yang besar sehingga pernah mencecah RM141.4 juta dan masalah pengurusan yang tidak cekap itu sendiri. Walhal, pendapatan mereka sering dijanakan dengan penjualan pemain.

Keaiban itu menyebabkan rusuhan besar di bandaraya Buenos Aires sehingga menyebabkan harta awam rosak teruk dan puluhan polis turut tercedera.

Itu kalau di Argentina, sebuah pasukan kebangsaan yang mempunyai tradisi yang tidak pernah ketandusan melahirkan ramai pemain bintang dunia. Mereka juga memenangi Piala Dunia dua kali, maka tidak hairanlah betapa fanatiknya mereka terhadap bola sepak.

Di Liga Malaysia, Pahang juga mengalami nasib yang hampir sama. Musim depan, mereka bakal mengharungi musim di Liga Perdana selepas menamatkan saingan musim 2011 ini di tempat ke-13.

Mujur peminat tempatan di sini tidaklah sampai merusuh dan mampu bersikap rasional.

Ini bermakna Pahang juga terpaksa beraksi dalam peringkat playoff Piala Malaysia. Namun Selasa lalu, Tok Gajah tewas 4-0 dalam pertemuan pertama dengan kelab Sime Darby.

Apa yang boleh disimpulkan, serangan Pahang mudah dipatahkan dan pertahanan pula rapuh. Maka untuk mengatasi defisit jaringan tersebut, Pahang memerlukan lebih daripada sekadar keajaiban.

Berdasarkan perlawanan lalu, harapan itu tampak seperti angan-angan memandang gaya pemain itu sendiri. Istilah 'simpan kaki' adalah lebih tepat buat para pemain pada Selasa lalu.

Nampaknya, peminat Tok Gajah akan sepi dengan kemeriahan Piala Malaysia di mana sepak mula dijangka akan dilangsungkan pada September nanti.

Kebanyakkan pemain sandaran pula seperti Nazrulerwan Makmor, Mohd Munir Amran, R. Surenderan, Mohd Alafi Mahmud, Suffian Abdul Rahman dan Fazli Baharudin pula sekadar menjadi pemerhati di tepi padang.

Entah apa percaturan dan masalah dalaman Pahang ketika ini, nyata pendekatan ini telah memakan diri dan setidak-tidaknya buat pihak pengurusan, wajarlah tampil membuat penjelasan mengenai prestasi merundum Tok Gajah ketika ini dan apa pula perancangan mereka.

Chelsea akui kehebatan Harimau Malaya [Malaysia]

Walaupun pasukan kebangsaan kita kalah tipis pada perlawanan persahabatan EPL Asia Tour menentang Chelsea, tapi dari apa yang aku lihat, perghhh.. Pasukan Harimau Muda memang terbaik sepanjang perlawanan. Berani menentang, takda perasaan gentar pun walaupun mereka sedar lawan mereka bukan calang-calang.

Barisan serangan, tengah, pertahanan semuanya mantap! Alahai, gol Chelsea dari tendangan Drogba tadi itu pun nasib baik saat akhir je, terpantul kena badan keeper .Ada orang kata tak gol sebab tak melepasi garisan putih gol. Entahlah kan.

Tapi walau macam mana pun, tak sabar aku ! Aku rasa terpanggil untuk turun melihat aksi Harimau Malaya menentang Singapura nanti ! Ini yang tak sabar nak book tiket awal-awal, Haha.


Drogba memuji Malaysia, dalam hati beliau kot. LOL.

*Sorilah gambar jersey macam pelik jek, Kih kih kih.

Awan Robot Penyejuk Piala Dunia Qatar 2022

Di


Lulanic Iconic Stadium, awan robot ini dapat melindungi 86.250penonton. Secara arsitektural, Foster and Partners sudah mencipta  stadium untuk memanfaatkan sinar matahari yang banyak sebagai sumber kuasa. Salah satu penggunaan elektrik itu adalah untuk sistem pendingin.

Pada saat FIFA mengumumkan Qatar sebagai tuan rumah PialaDunia 2022, Disember lalu, Qatar dengan cepat bertindak balas terhadap segala keragu-raguan, termasuk masalah suhu yang tinggi. Pada musim panas, suhu yang jauh di Qatar bolehmencapai sekitar 48 darjah celcius. Selain masalah suhu, Qatarjuga dihadapkan pada masalah keselamatan dari keganasan dan perlakuan terhadap wanita.

aksi terbaik Malaysia vs Chelsea

Pada malam ini kita rakyat Malaysia harus berbangga dengan skuad pilihan olimpik negara yang beraksi dengan sangat cermerlang hingga ke babak terakhir permainan,pujian harus diberikan kepada semua pemain skuad pilihan olimpik.Namun syabas kepada penjaga gol negara iaitu Farizal marlias yang beraksi dengan begitu cermerlang menafikan pelbalgai cubaan dan asakan daripada pasukan Chelsea.walaupun kita tewas dengan jaringan kontroversi oleh drogba dalam aksi tersebut.

Seperti mana aksi menentang Arsenal tempoh hari,kesilapan dari keputusan pengadil menimbulkan tanda tanya.Ini kerana dalam aksi Malaysia menentang chelsea dengan jelas rembakan drgoba belum melintasi garisan gol.Namun pejaga garisan telah menberikan hadiah kepada chelsea untuk mengesahkan jaringan tersebut.Mungkin para pengadil di Malaysia ini begitu menyanggi pemain-pemain dari liga Enggeris ini,hingga tidak sanggup melihat pasukan kesayangan mereka tumpas atau seri di kaki  Harimau Malaya.Menyebabkan kita tewas 0-1 kepada chelsea.

Semaggat tidak patriot penyokong Malaysia juga begtu jelas terpampang,bagaimanakah kita rakyat Malaysia lebih suka untuk memberikan sokongan padu terhadap kelab atau negara luar berbanding negara sendiri.Harus di ingatkan,kita sebagai rakyat Malaysia haruslah sedar untuk pemain kita berjaya dalam pelbagai sukan terutamanya bolasepak kita haruslah sentiasa berdiri teguh di belakang pemain negara kita.

Walau bagaimanapun aku ingin mengucapakan syabas kepada pemain skuad pilihan olimpik negara yang bermain dengan begitu semangat dan berani berjuang.InsyaAllah kelayakan olimpik dan piala dunia kita akan menbuat satu kejutan yang akan menbawa sukan bolasepak negara ke tahap yang lebih tinggi.

Pemain bola sepak Chelsea, Fernando Torres (kanan) dan bintang bola sepak Malaysia S.Subramaniam menunjukkan aksi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. FOTO THE STAR, AZHAR MAHFOF

Paraguay bertemu Uruguay di final Copa Amerika 2011

Image © AFP
Antara pemain Paraguay, (dari kiri) Ivan Piris, Marcos Caceres, Paulo Da Silva dan Nestor Ortigoza meraikan kejayaan mereka melayakkan diri ke final Copa Amerika 2011 selepas menewaskan Venezuela di Stadium Malvinas, Buenos Aires, pada 20 Julai 2011. Paraguay menang 5-3 menerusi sepakan penalti.

MENDOZA, (D5) - Tuah sepakan penalti sekali lagi berpihak kepada Paraguay apabila pasukan itu berjaya menewaskan Venezuela (5-3) untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Copa Amerika 2011 bagi bertemu Uruguay.
Keputusan masa tambahan yang kekal berkesudahan tanpa jaringan mengheret permainan ke penentuan penalti sebelum kelima-lima pemain Paraguay, Néstor Ortigoza, Lucas Barrios, Cristian Riveros, Osvaldo Martinez dan Dário Veron dengan tenang menyempurnakan tendangan masing-masing.
Selepas mengecewakan Brazil di suku akhir juga menerusi sepakan penalti, penjaga gol Paraguay, Justo Villar sekali lagi menjadi wira selepas menyelamatkan bola tendangan pemain Venezuela, Franklin Lucena.
Terdahulu, kedua-dua pasukan masing-masing berbalas serangan dan kerap mencipta peluang, namun ia gagal membuahkan gol. Kedudukan itu semakin genting lebih-lebih lagi kepada Paraguay yang kehilangan pemain tengahnya, Jonathan Santana pada minit ke-12 masa tambahan.
Juara dua kali, Paraguay dilihat mempamerkan aksi cemerlang dalam pertemuan di Stadium Mendoza, Argentina itu dan bakal menghadapi gergasi latin yang juga juara 14 kali Copa Amerika, Uruguay di final Ahad ini.
Uruguay menempah tiket ke final edisi kali ini selepas menundukkan Peru 2-0 pagi semalam.

Malaysia pasang impian mahu benam Chelsea

Image © D5
Malaysia akan menentang Chelsea pada hari ini jam 8.45 malam di Stadium Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR, (D5) - Peminat bola sepak tempatan pastinya bakal memberi tumpuan sepenuhnya ke Stadium Bukit Jalil hari ini apabila skuad Olimpik Malaysia bakal melayan kunjungan Chelsea pada jam 8.45 petang.
Ada yang berpendapat pertemuan itu adalah perlawanan persahabatan, malah ada juga yang menyebut perlawanan pertunjukan kerana menganggap 'The Blues' bukanlah lawan skuad Malaysia.
Walau apa pun kedua-dua pasukan pastinya akan beraksi bersungguh-sungguh, lebih-lebih lagi pimpinan baru Chelsea, Andre Villas Boas mahu mengekalkan rekod bersihnya dalam perlawanan setakat ini.

Pengurus berusia 33 tahun yang dipindahkan dari Porto itu bukan sahaja digeruni ramai kerana pernah membawa Porto menjuari Liga Portugal dan Liga Europa, tetapi beliau memegang falsafah "attacking football" yang juga dijanjikannya untuk Chelsea pada musim baru Liga Perdana Inggeris.

Jadi, ia juga menyebabkan, perbincangan dan ulasan daripada peminat setakat ini bukanlah tertumpu kepada "siapa menang dan siapa kalah", tetapi ia terarah kepada berapakah gol yang dicipta Chelsea untuk menewaskan Malaysia.

Bagi pemain Malaysia yang ada antaranya malu-malu untuk mengakui meminati Chelsea, mereka dijangka akan beraksi sedaya upaya untuk mengekang skuad itu dan mengahrapkan keputusan sebaik mungkin.

Jurulatih Ong Kim Swee sebelum ini ada menyebut, beliau tidaklah mengharapkan keputusan diluar kemampuan, oleh kerana pertemuan itu lebih tertumpu kepada mahu memberi pengalaman berguna kepada anak buahnya.
Bagaimanapun, sekiranya ada peluang untuk menang, tidak mustahil mereka akan melepaskannya begitu sahaja.

Dalam diam-diam pasukan Malaysia memasang cita-cita, pemain pertahanan Ashley Cole terlebih dahulu berjanji tidak mahu memandang ringan pertemuan itu kerana sedar pasukan lawan akan berjuang berhabis-habisan.

Manakala, rakan sepasukan Nicolas Anelka juga memberitahu perkara yang sama, perlawanan esok bukan mudah seperti yang dianggap oleh sebilangan peminat.

"Saya fikir Malaysia akan bermain bersungguh-sungguh dan saya pasti ianya pertemuan yang sukar sekali tetapi kami akan cuba terbaik untuk menghiburkan peminat Malaysia," kata penyerang dari Perancis itu kepada bernama.
Pada pertemuan terakhir pada 2008, pasukan 'The Blues' telah mengalahkan skuad kebangsaan 2-0 di Stadium Shah Alam.
Selepas perlawanan esok, Chelsea akan meneruskan siri perlawanan persahabatan mereka dengan menentang Thailand All Stars di Bangkok, Ahad ini, kelab Hong Kong, Kitchee FC pada 27 Julai dan Aston Villa pada 30 Julai ini.

Wednesday, 20 July 2011

Preview: Malaysia XI vs Chelsea... how to be patriotic

"Saya tidak tahu saya mahu meraikan jaringan saya tadi dengan siapa, saya keliru, saya keliru, jadi saya meraikan bersama rakan rakan seperjuangan saya" kata Safee Sali, penjaring gol tuk Malaysia menentang Liverpool petang tadi.


Sejak game lawan Arsenal sampai ke lawan Liverpool. Gelombang merah telah menjadi isu kontroversi sejak kebelakangan ini bila perlawanan membabitkan pasukan Malaysia menentang Arsenal dan Liverpool seakan-akan diadakan di Anfield dan Emirates. Puncanya ialah bila ramai penyokong-penyokong memakai jersi kelab EPL berbanding jersi tradisi kuning atau biru yang menunjukkan tanda sokongan kepada pasukan negara. Bagi gua benda ni tak patut jadi isu. Ini hanya perlawanan pertunjukan. Apa masalahnya kalau bersorak untuk keduua-dua team sedangkan memang dah pasti dua2 team adalah team kesayangan kalian. betul..

Untuk preview khas Chelsea vs Malaysia XI pada Rabu ni, Dibawah ni adalah salah satu cara bagaimana kita nak menunjukkan sokongan padu terhadap kedua-dua pasukan selain mengelak dari dibahan sebab pakai kaler "biru" instead of "kuning"

ini warna Biru (warna tradisi Chelsea)



 dan ini warna Kuning (warna tradisi Malaysia)

 

Biru + Kuning

winraarrr...
 
hahhh bila pakai baju kaler fluoroscent ni nampak la sikit kekuning-kuningan masa kat stadium nanti..sekurang-kurangnya takda laa nampak "biru" sangat Bukit Jalil khamis ni ye dok??


buat Safee Sali dan semua pemain-pemain negara, .kami sentiasa di belakang anda..begitu juga Khamis nanti jika kalian diturunkan.. jangan segan-segan nak pergi celebrate gol dekat geng2 baju "biru".. kerana no matter what colour we wear our heart beats for Malaysia... Tanah Tumpahnya Darahku

Tuesday, 19 July 2011

Skuad Olimpik harus ada 'mind set' yang betul - Tengku Abdullah

Image © D5 Sports
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggesa para pemain mengambil kesempatan pertemuan dengan The Blues untuk menimba pengalaman berguna. (gambar arkib)

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Pemain skuad Olimpik Malaysia perlu memiliki penetapan minda yang betul dan memahami corak permainan yang dituntut semasa menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, di sini, Khamis ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata perlawanan persahabatan itu adalah untuk pemain menimba pengalaman bagi persediaan perlawanan kelayakan Olimpik 2012 zon Asia September ini.

"Harap pasukan kita akan cuba bertahan sedaya upaya dan ingat ini adalah peluang untuk menimba pengalaman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ulang tahun ke-25 Universal Fitness and Leisure Sdn Bhd (UFL) di Wisma UFL, dekat sini, hari ini.

Skuad Olimpik Malaysia dibawah Ong Kim Swee akan bertemu Chelsea Khamis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada pukul 8.45 malam.

Selain itu, Tengku Abdullah berkata skuad kebangsaan (Harimau Malaya) perlu memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti ketika bertemu Arsenal dan Liverpool, sebelum menghadapi perlawanan pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2014 zon Asia menentang Singapura pada 23 dan 28 Julai ini.

Chelsea turunkan semua pemain tentang pasukan Olimpik M'sia

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea akan menurunkan semua pemainnya dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil Khamis ini.  

Pengurus Chelsea Andres Villas-Boas berjanji setiap pemainnya akan berpeluang mempamerkan kehebatan masing-masing di padang.

"Saya akan gunakan pemain berlainan dalam perlawanan 90 minit itu. Ini adalah persiapan untuk mengesan kombinasi terbaik pemain," kata Villas-Boas kepada pemberita di sini hari ini. 

Ditanya mengenai pembentukan timnya untuk berdepan dengan skuad Olimpik Malaysia yang dilatih oleh Ong Kim Swee, Villas-Boas berkata beliau akan menggunakan perlawanan itu untuk menilai fleksibiliti di kalangan pemain. 

Sementara itu, pemain utama pasukan Biru itu, pemain tengah Frank Lampard berkata kesemua pemain begitu teruja menjalani latihan di bawah pengurus baru dan muda.

“Kami telah bersama selama 10 hari. Kami berlatih dengan stail dan strategi baru. Setiap orang dalam tim menunjukkan reaksi baik," kata Lampard.

Beliau berkata di bawah bimbingan Villas-Boas, mereka perlu berlatih mengikut strategi rentak pantas yang menepati strategi pasukan.


   
    Senarai Skuad Chelsea 
   
    1.Henrique Hilario GK
    2.Jamal Blackman
    3.Nathaniel Chalobah
    4.Patrick Van Aanholt
    5.Slobodan Rajkovic
    6.Petr Cech GK
    7.John Obi Mikel
    8.Daniel Sturridge
    9.Ryan Bertrand
    10.Joshua McEachran
    11.Alex
    12.Yuri Zhirkov
    13.Ross Turnbull GK
    14.Salomon Kalou
    15.Branislav Ivanovic
    16.John Terry
    17.Frank Lampard
    18.Ashley Cole
    19.Paulo Ferriera
    20.Jose Bosingwa
    21.Yossi Benayoun
    22.Fernando Torres
    23.Nicolas Anelka
    24.Florent Malouda
    25.Didier Drogba
    26.Billy Clifford

Villa pertaruh Given kawal pintu gol

Image © AFP
Shay Given setuju sertai Aston Villa kerana ingin beraksi lebih kerap. (gambar arkib)

ENGLAND, (AFP) - Aston Villa mengumumkan penjaga gol berpengalaman Republik Ireland, Shay Given sudah memeterai perjanjian selama lima tahun dari Manchester City.

Pemain berusia 36 tahun itu dipancing dalam satu perjanjian rahsia dan merupakan pemain pertama skuad yang bakal dipimpin Alex McLeish yang menggantikan Gerard Houllier musim ini.

"Aston Villa adalah kelab besar dan saya teruja menyertainya.

"Ia cabaran baru buat saya dan saya tidak saya untuk menempuhinya," jelasnya.

Given jarang diberi peluang membarisi skuad utama berikutan Roberto Mancini menaruh kepercayaan kepada penjaga gol utama England, Joe Hart.

Given memiliki caps terbanyak pasukan Ireland dengan 113 penampilan bakal menggantikan Brad Freidel yang meninggalkan kelab itu untuk menyertai Tottenham Hotspur.

Monday, 18 July 2011

Adam ‘terkejut’ aksi pemain negara

KEMAMPUAN Harimau Malaya memberi tentangan meskipun tumpas 3-6 kepada Liverpool pada aksi persahabatan kelmarin nyata tidak diduga pemain baru kelab gergasi Inggeris itu, Charlie Adam.
Pada awalnya dia menyangka Malaysia hanya boleh berbangga dengan satu gol cantik sepakan percuma kapten Safiq Rahim namun kebangkitan menerusi dua gol pantas babak kedua oleh Mohd Safee Sali membuatkan Adam tidak lokek memberikan pujian kepada skuad bimbingan Datuk K Rajagobal itu.

“Saya gembira dengan permainan yang dipamerkan kedua-dua pasukan, ternyata Malaysia bermain baik. Tidak dinafikan Malaysia memiliki beberapa pemain yang hebat.
“Pada babak pertama memang sukar buat kami tapi pada babak kedua permainan lebih terbuka dan ia membuatkan penonton yang hadir terhibur,” katanya yang ditemui selepas tamat perlawanan kelmarin.

Dalam perlawanan sempena Jelajah Asia Liverpool 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Adam yang dibawa masuk dari Blackpool menerusi bayaran �7.5 juta (RM36 juta) menjaringkan gol pertama menerusi sepakan penalti pada minit ke-24 sebelum Safiq Rahim menyamakan kedudukan di minit ke-41.

Namun the Reds mengganas dengan menghasilkan gol menerusi David Ngog m-67 dan 69, Maxi Rodriguez m-74 dan 90 serta Dirk Kuyt m-90.

Malaysia pula menambah gol hasil jaringan Safee pada m-79 dan 81.

Bagi Adam, pengalaman sepanjang berada di Malaysia amat bermakna untuk dirinya sebaik menyertai Liverpool, juara 18 kali Liga Perdana Inggeris kendalian Kenny Dalglish.
Apatah lagi pemain tengah itu menjaringkan gol pertamanya dalam penampilan keduanya bersama the Reds selepas aksi persahabatan menentang Guandong Sunray Cave sebelum ini.

“Bukan satu gol, tapi dua gol,” katanya sambil berseloroh mengenai gol sepakan penaltinya yang terpaksa diambil dua kali dalam perlawanan dengan Malaysia.

“Saya amat gembira berada di sini, suasananya cukup hebat. Kami berjaya menjaringkan enam gol tapi lebih mustahak adalah kami mencapai tahap kecergasan semula. Harap kami akan berada di tahap terbaik apabila musim liga bermula untuk mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Liverpool kini meneruskan Jelajah Asia mereka dengan singgah ke Singapura sebelum pulang ke England.



Safee mahu amuk Singapura



PENYERANG sensasi negara, Mohd Safee Sali memberi amaran kepada Singapura dia kini sudah bersedia untuk menggegar pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai ini.
Biarpun Safee masih belum mencapai tahap kecergasan terbaik namun sentuhan pemusnahnya masih berbisa dengan jaringan dua gol dalam tempoh tiga minit selepas dimasukkan pada babak kedua ketika Malaysia tumpas 6-3 kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

Jaringan itu ternyata amat bermakna buat pemain berusia 27 tahun itu untuk menamatkan kemarau jaringan bersama Harimau Malaya memandangkan kali terakhir dia meledak pada final Piala Suzuki AFF menentang Indonesia Disember lalu.
“Syukur Alhamdulillah kerana kecederaan saya semakin pulih cuma apa yang saya perlu lakukan adalah meningkatkan semula tahap kecergasan agar dapat bermain selama 90 minit.

“Selepas mengalami kecederaan dan berjaya menjaringkan gol sememangnya memberikan banyak keyakinan kepada saya bagi menghadapi pertemuan dengan Singapura selepas ini,” katanya yang ditemui selepas tamat permainan.

Safee yang kini beraksi bersama kelab Pelita Jaya FC di Indonesia terpaksa diketepikan dalam perlawanan kedua dengan Taiwan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 serta aksi persahabatan menentang Arsenal sebelum ini kerana mengalami kecederaan otot belakang lutut.

Dia yang kembali pulih dimasukkan Datuk K Rajagobal pada minit ke-70 menggantikan penyerang skuad Olimpik, Izzaq Faris Ramlan dalam perlawanan dengan Liverpool.

Ternyata Safee tidak menunggu lama untuk melakukan impak dengan meledak gol pada minit ke-79 dan 81 menewaskan penjaga gol Peter Gulacsi sekali gus memberikan tentangan kepada the Reds.

Chelsea turun semua pemain lawan Malaysia

KUALA LUMPUR: Kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea akan menurunkan semua pemainnya dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Khamis ini.

Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas, berjanji setiap pemainnya akan berpeluang mempamerkan kehebatan masing-masing di padang.
"Saya akan gunakan pemain berlainan dalam perlawanan 90 minit itu...ini adalah persiapan untuk mengesan kombinasi terbaik pemain," katanya pada sidang media di sini hari ini.
KUALA LUMPUR: Kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea akan menurunkan semua pemainnya dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Khamis ini.

Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas, berjanji setiap pemainnya akan berpeluang mempamerkan kehebatan masing-masing di padang.
"Saya akan gunakan pemain berlainan dalam perlawanan 90 minit itu...ini adalah persiapan untuk mengesan kombinasi terbaik pemain," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Ditanya mengenai pembentukan pasuaknnya untuk berdepan dengan skuad Olimpik Malaysia yang dilatih Ong Kim Swee, Villas-Boas berkata beliau akan menggunakan perlawanan itu untuk menilai fleksibiliti di kalangan pemain.

Sementara itu, pemain utama Chelsea, Frank Lampard, berkata semua pemain begitu teruja menjalani latihan di bawah pengurus baru dan muda.

“Kami sudah bersama selama 10 hari. Kami berlatih dengan stail dan strategi baru. Setiap orang dalam pasukan menunjukkan reaksi baik," katanya.

Beliau berkata, di bawah bimbingan Villas-Boas, mereka perlu berlatih mengikut strategi rentak pantas yang menepati strategi tim.
Senarai Skuad Chelsea

1.Henrique Hilario GK
2.Jamal Blackman
3.Nathaniel Chalobah
4.Patrick Van Aanholt
5.Slobodan Rajkovic
6.Petr Cech GK
7.John Obi Mikel
8.Daniel Sturridge
9.Ryan Bertrand
10.Joshua McEachran
11.Alex
12.Yuri Zhirkov
13.Ross Turnbull GK
14.Salomon Kalou
15.Branislav Ivanovic
16.John Terry
17.Frank Lampard
18.Ashley Cole
19.Paulo Ferriera
20.Jose Bosingwa
21.Yossi Benayoun
22.Fernando Torres
23.Nicolas Anelka
24.Florent Malouda
25.Didier Drogba
26.Billy Clifford

Lorenzo, Stoner sah tidak sertai GP Jepun

Image © AFP
Pelumba Sepanyol dari Yamaha Factory Racing, Jorge Lorenzo (kiri) dan pelumba Repsol Honda, Casey Stoner (tengah) ketika perlumbaan Grand Prix Jerman di Litar Sachsenring, Jerman pada 17 July 2011.

SACHSENRING, (AFP) - Juara bertahan, Jorge Lorenzo dan pendahulu kedudukan semasa kejohanan, Casey Stoner telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan mengambil bahagian dalam Grand Prix Jepun pada Oktober ini.
Gempa bumi dan bencana tsunami yang melanda negara itu pada Mac lalu menyebabkan perlumbaan ditangguhkan hingga 2 Oktober.
Bagaimanapun, kedua-dua pelumba pasukan Jepun Lorenzo (Repsol Honda) dan Stoner (Yamah) enggan berlumba di sana apabila Litar Motegi yang menjadi lokasi perlumbaan terletak hanya lebih 100km dari loji nuklear yang terjejas iaitu Fukushima.
"Saya tidak akan menyertainya dan kebanyakan penunggang lain mempunyai pendapat yang sama," kata Stoner yang juga juara dunia 2007.
"Saya mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan ini. Pun begitu, saya tidak akan pergi ke sana. Itu keputusan saya.
"Terpulang kepada pihak penganjur untuk memikirkan apa yang akan berlaku.
"Jika perkara yang sama berlaku berdekatan dengan rumah saya di Australia, saya juga tidak akan kembali ke sana. Ia menjadi situasi yang sama."
Sementara itu, Lorenzo berkata beliau tidak akan mengubah keputusannya untuk tidak menyertai perlumbaan tersebut.
"Saya sudah lama mengambil keputusan untuk tidak pergi ke Jepun," kata pelumba Sepanyol itu. "Jadi saya tidak mahu terus berbincang mengenai perkara ini kerana saya telah membuat keputusan saya.
"Saya rasa jika kita boleh membantu Jepun dengan cara lain kita akan lakukan, tetapi saya fikir pergi ke sana bukanlah sokongan sebenar."

Popular Posts

clik here