clik disini

My Blog List

clik here

Thursday, 21 July 2011

Malaysia pasang impian mahu benam Chelsea

Image © D5
Malaysia akan menentang Chelsea pada hari ini jam 8.45 malam di Stadium Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR, (D5) - Peminat bola sepak tempatan pastinya bakal memberi tumpuan sepenuhnya ke Stadium Bukit Jalil hari ini apabila skuad Olimpik Malaysia bakal melayan kunjungan Chelsea pada jam 8.45 petang.
Ada yang berpendapat pertemuan itu adalah perlawanan persahabatan, malah ada juga yang menyebut perlawanan pertunjukan kerana menganggap 'The Blues' bukanlah lawan skuad Malaysia.
Walau apa pun kedua-dua pasukan pastinya akan beraksi bersungguh-sungguh, lebih-lebih lagi pimpinan baru Chelsea, Andre Villas Boas mahu mengekalkan rekod bersihnya dalam perlawanan setakat ini.

Pengurus berusia 33 tahun yang dipindahkan dari Porto itu bukan sahaja digeruni ramai kerana pernah membawa Porto menjuari Liga Portugal dan Liga Europa, tetapi beliau memegang falsafah "attacking football" yang juga dijanjikannya untuk Chelsea pada musim baru Liga Perdana Inggeris.

Jadi, ia juga menyebabkan, perbincangan dan ulasan daripada peminat setakat ini bukanlah tertumpu kepada "siapa menang dan siapa kalah", tetapi ia terarah kepada berapakah gol yang dicipta Chelsea untuk menewaskan Malaysia.

Bagi pemain Malaysia yang ada antaranya malu-malu untuk mengakui meminati Chelsea, mereka dijangka akan beraksi sedaya upaya untuk mengekang skuad itu dan mengahrapkan keputusan sebaik mungkin.

Jurulatih Ong Kim Swee sebelum ini ada menyebut, beliau tidaklah mengharapkan keputusan diluar kemampuan, oleh kerana pertemuan itu lebih tertumpu kepada mahu memberi pengalaman berguna kepada anak buahnya.
Bagaimanapun, sekiranya ada peluang untuk menang, tidak mustahil mereka akan melepaskannya begitu sahaja.

Dalam diam-diam pasukan Malaysia memasang cita-cita, pemain pertahanan Ashley Cole terlebih dahulu berjanji tidak mahu memandang ringan pertemuan itu kerana sedar pasukan lawan akan berjuang berhabis-habisan.

Manakala, rakan sepasukan Nicolas Anelka juga memberitahu perkara yang sama, perlawanan esok bukan mudah seperti yang dianggap oleh sebilangan peminat.

"Saya fikir Malaysia akan bermain bersungguh-sungguh dan saya pasti ianya pertemuan yang sukar sekali tetapi kami akan cuba terbaik untuk menghiburkan peminat Malaysia," kata penyerang dari Perancis itu kepada bernama.
Pada pertemuan terakhir pada 2008, pasukan 'The Blues' telah mengalahkan skuad kebangsaan 2-0 di Stadium Shah Alam.
Selepas perlawanan esok, Chelsea akan meneruskan siri perlawanan persahabatan mereka dengan menentang Thailand All Stars di Bangkok, Ahad ini, kelab Hong Kong, Kitchee FC pada 27 Julai dan Aston Villa pada 30 Julai ini.

Popular Posts

clik here