clik disini

My Blog List

clik here

Thursday, 21 July 2011

Antara River Plate dan Pahang

KUALA LUMPUR, (D5) - River Plate bukan lagi sebuah kelab Argentina yang digeruni meskipun kaya dengan sejarah bola sepak Argentina.

Mereka secara rasminya tersingkir ke Divisyen B selepas kalah kepada Belgrano dalam misi wajib menang dengan dua gol dalam perlawanan terakhir mereka.

Dengan 33 gelaran liga, River Plate gagal menyelamatkan reputasi mereka sebagai pasukan legenda.

Antara punca utamanya kelab itu dibebani hutang yang besar sehingga pernah mencecah RM141.4 juta dan masalah pengurusan yang tidak cekap itu sendiri. Walhal, pendapatan mereka sering dijanakan dengan penjualan pemain.

Keaiban itu menyebabkan rusuhan besar di bandaraya Buenos Aires sehingga menyebabkan harta awam rosak teruk dan puluhan polis turut tercedera.

Itu kalau di Argentina, sebuah pasukan kebangsaan yang mempunyai tradisi yang tidak pernah ketandusan melahirkan ramai pemain bintang dunia. Mereka juga memenangi Piala Dunia dua kali, maka tidak hairanlah betapa fanatiknya mereka terhadap bola sepak.

Di Liga Malaysia, Pahang juga mengalami nasib yang hampir sama. Musim depan, mereka bakal mengharungi musim di Liga Perdana selepas menamatkan saingan musim 2011 ini di tempat ke-13.

Mujur peminat tempatan di sini tidaklah sampai merusuh dan mampu bersikap rasional.

Ini bermakna Pahang juga terpaksa beraksi dalam peringkat playoff Piala Malaysia. Namun Selasa lalu, Tok Gajah tewas 4-0 dalam pertemuan pertama dengan kelab Sime Darby.

Apa yang boleh disimpulkan, serangan Pahang mudah dipatahkan dan pertahanan pula rapuh. Maka untuk mengatasi defisit jaringan tersebut, Pahang memerlukan lebih daripada sekadar keajaiban.

Berdasarkan perlawanan lalu, harapan itu tampak seperti angan-angan memandang gaya pemain itu sendiri. Istilah 'simpan kaki' adalah lebih tepat buat para pemain pada Selasa lalu.

Nampaknya, peminat Tok Gajah akan sepi dengan kemeriahan Piala Malaysia di mana sepak mula dijangka akan dilangsungkan pada September nanti.

Kebanyakkan pemain sandaran pula seperti Nazrulerwan Makmor, Mohd Munir Amran, R. Surenderan, Mohd Alafi Mahmud, Suffian Abdul Rahman dan Fazli Baharudin pula sekadar menjadi pemerhati di tepi padang.

Entah apa percaturan dan masalah dalaman Pahang ketika ini, nyata pendekatan ini telah memakan diri dan setidak-tidaknya buat pihak pengurusan, wajarlah tampil membuat penjelasan mengenai prestasi merundum Tok Gajah ketika ini dan apa pula perancangan mereka.

Popular Posts

clik here