clik disini

My Blog List

clik here

Saturday, 23 July 2011

10 Berita Terbesar di Dunia Pada Kurun ke-21


Perkahwinan diraja Britain menjadi satu daripada 10 berita yang dicatatkan mendapat tempat tertinggi dalam kurun ke-21, tetapi ia sudah ditenggelamkan liputan media kematian Osama bin Laden, mengikut kajian yang disiarkan baru-baru ini.


Kurang daripada seminggu selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan pasukan tentera Amerika berjaya membunuh pemimpin Al-Qaeda di Pakistan, berita Osama dibaca oleh 84 juta orang dalam media elektronik dan cetak dunia, laman media sosial dan internet.

Kajian oleh Pemantauan Bahasa Global berkata kematian Osama menjadi berita dunia ketiga terbesar dalam kurun ke-21.


Berbanding perkahwinan di antara Putera William dan Kate Middleton mendapat tempat kelima dengan 63 juta pembaca di seluruh dunia di hadapan laporan kematian mengejut bintang pop, Michael Jackson pada 2009.


Rekod Berita Terbesar

Berita paling besar di seluruh dunia sejak Januari 2000 masih dipegang oleh berita mengenai kebangkitan China sebagai kuasa politik dan ekonomi, kata Pemantauan Bahasa Global.

Sehingga kini, berita mengenai China itu dibaca 300 juta orang, diikuti pilihan raya presiden Obama dengan 123 juta.

Berpangkalan di Texas, GLM menggunakan algoritma untuk mengesan petikan terhadap berita besar selain 750,000 laman media cetak dan elektronik, selain petikan di internet, blog, Twitter, Facebook dan laman media sosial yang lain.


Berikut merupakan 10 berita terbesar di dunia pada kurun ke-21 :
  1. Kebangkitan China
  2. Pilihanraya Obama
  3. Kematian Osama
  4. Wikileaks
  5. Perkahwinan Diraja Britain
  6. Kematian Michael Jackson
  7. Serangan 11 September 2001
  8. Malapetaka di Jepun termasuk gempa bumi, tsunami dan krisis nuklear
  9. Kebangkitan Asia Barat
  10. Kejatuhan ekonomi dunia

Ikan Pelik Kepala Raksasa Terdampar di Pantai

Seekor ikan pelik lagi sangat luar biasa, yang berupa sangat ganas telah dijumpai terdampar keletihan dan mati di persisiran pantai di Sepanyol. Ikan yang mempunyai gigi taring yang tajam itu telah membuatkan semua penduduk gempar dan takut untuk mendekatinya. Tetapi ada juga seorang lelaki yang berani datang kepada ikan tersebut, mengangkatnya dan mengambil gambar ikan pelik itu. Alhamdullilah dapat la kita semua tengok gambar ikan pelik tersebut. Korang caya ke tentang ikan pelik yang ganas ni? Tak payah la caya. Bagi aku, nampak menipu sangat dan secara faktanya memang ni gambar penipu. Aku rasa ini merupakan karya seni hebat seorang pengukir kat negara orang putih tu. Korang tengok je la makcik baju warna merah jambu tu. Rilek je keke. Tapi ikut korang lah. P/S: Bumi mempunyai 70% lautan dan 30% daratan. Tambahan lagi, isipadu lautan lagi besar dari daratan. Memang tak ada apa yang mustahil. Allah punya kuasa. Banyak yang kita tak ketahui tentang alam ini. Wallahualam.
jaw-weird-fish-0011
jaw-weird-fish-0021
jaw-weird-fish-0031
jaw-weird-fish-0041
jaw-weird-fish-005
jaw-weird-fish-006

Iran Menghasilkan UFO Pertama di Dunia

a tak salah lagi. Kerajaan Iran alirah Syiah telah berjaya menghasilkan UFO atau piring terbang yang pertama di dunia. Sekurang-kurangnya saintis Iran dengan bangga mengumumkan secara rasmi kekuatan tenteranya yang terbaru itu, iaitu unidentified flying object or flying saucer. Tidak seperti negara United States of America atau Rusia yang selalu sahaja menafikan pembangunan senjata mereka seperti UFO. Kononnya rahsia dan tak betul la, konspirasi la, suka sangat din dong din dong. Sekarang nah! UFO bukan lagi rahsia. Paling penting yang kita belajar ialah UFO bukan lah satu kenderaan yang digunakan oleh makhluk asing dari luar bumi pun dan bukan mustahil untuk dihasilkan. Negara Iran yang diboikot oleh barat pun boleh buat. Malaysia bila lagi? Hehe…
ufo iranPengunaan UFO Iran adalah sama seperti UAV tentera dari barat. Tidak perlu manusia dan dikawal dari pusat kawalan udara
Berita dari Times of India: LONDON: An aircraft created by scientists in Iran is, they claim, the world’s first flying saucer. The unmanned spaceship, called the Zohal or Saturn in English, is designed for “aerial imaging” but can be used for “various missions” .
The hardline Fars news agency illustrated its story with a photo of a flying saucer, similar to one appearing in a 1950s Hollywood B-movie , hovering over an unidentified wooded landscape. The reports gave no indication of the spaceship’s size. But they indicated it was small by claiming, somewhat bizarrely, that it can also fly indoors.
“Easy transportation and launch and flying, making less noise, are some of the advantages of the device ,” the Daily Mail quoted ISNA, Iran’s students’ news agency, as saying in its report. “The device belonging to the new generation of vertical flyers is designed for aerial photography. It is equipped with autopilot, image stabiliser and GPS and has a separate system for aerial recording with full HD quality.”
The flying saucer was reported to have been unveiled at an exhibition of “strategic technologies” attended by Iran’s supreme leader, Ayatollah Ali Khamenei.
ufo iran 2
UFO Iran dikatakan masih dalam peringkat percubaan untuk operasi ketenteraan
Berita dari Kosmo: TEHERAN – Para saintis di Iran berjaya mencipta piring terbang yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan teknologi makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam. Agensi berita Fars di negara itu turut menyiarkan ilustrasi sebuah piring terbang yang didakwa ciptaan para saintis negara berkenaan yang sedang berlegar-legar di sebuah kawasan hutan.
Dalam ilustrasi itu, bentuk piring terbang tersebut mirip sebuah piring terbang yang terdapat dalam satu filem keluaran Hollywood pada 1950-an. Menurut laporan tersebut, ukuran dan saiz piring tersebut tidak dinyatakan tetapi mendakwa ia kecil dan mampu terbang.
“Antara kelebihan piring terbang itu adalah ia merupakan pengangkutan yang mudah dikendalikan ketika mula bergerak, semasa terbang dan bunyi yang tidak kuat. Ia dikendalikan secara automatik dengan dilengkapi penstabil imej, sistem penentuan global (GPS), perakam aerial dengan gambar kualiti HD (berdefinisi tinggi),” lapor agensi berita ISNA.
Cita-cita Iran dalam mengembangkan program angkasa lepas telah mengejutkan dunia Barat. Pada tahun lepas, negara itu turut mengumumkan kejayaan melancarkan roket ke angkasa lepas yang membawa tikus, kura-kura dan cacing.
Iran sering kali mengemukakan kejayaan mereka yang pelik dalam bidang saintifik dengan bukti-bukti yang sukar dipercayai. Tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Parsi masih lagi belum mengesan sebarang kehadiran piring terbang Iran itu. – Agensi

Teknologi Nano


Oleh : Mohamad Hairie Rabir
http://ilmu-pengabdian.blogspot.com

Kemunculan era teknologi-nano menjadikan masa depan perkembangan sains asas (fundamental) bertambah menarik dan membuka pintu kepada penemuan-penemuan yang menakjubkan. Skop penggunaannya yang meluas dalam bidang sains gunaan dan industri sudah bermula dan kajian tentang kesesuaiannya dalam pelbagai aplikasi sedang giat dijalankan. Ledakan perkembangan sains sistem nano beberapa tahun kebelakangan ini diiringi dengan kemajuan dalam teknologi pencirian nanozarah itu sendiri samada pada skala nanometer atau lebih kecil.

Nanoteknologi secara umum ialah berkenaan dengan penghasilan bahan, alat dan sistem baru menerusi pengawalan unsur dalam skala nanometer sehingga ke tahap molekul dan atom. Persoalan utama atau perkara pokok dalam nanoteknologi ialah kemampuannya untuk beroperasi pada skala ini bagi menghasilkan nanozarah yang mempunyai pengorganisasian molekul yang baru.

Pengetahuan yang banyak serta sentiasa bertambah dalam nanoteknologi ini sebenarnya dipelopori dan digerakkan dengan kehadiran mikroskop elektron resolusi tinggi, pembelauan elektron, mikroskopi pengimbas elektron dan pelbagai bentuk alat pengimbas mikroskopi. Dengan menggunakan alat-alat ini kita dapat mengetahui latar belakang tentang struktur dan morfologi sejumlah besar sistem keadaan pepejal. Terdapat juga kaedah yang lebih ‘tradisional’ untuk mengkaji sesuatu bahan seperti spektroskopi optik dan pembelauan sinar-X yang mempunyai sumbangan penting dalam penyelidikan nanoteknologi iaitu, memberikan struktur piawai yang sesuai untuk memahami sifat-sifat fizik dan kimia nanozarah. Namun demikian, kebarangkalian untuk melihat secara langsung bentuk dan taburan individu zarah bersaiz nanomater serta strukturnya adalah sukar. Hal ini sebenarnya membantutkan usaha bagi mengembangkan kaedah baru dalam bidang sains keadaan pepejal.

Teknik yang mempunyai resolusi tinggi membolehkan kita melakukan lebih banyak dan lebih cekap kajian tentang kaedah baru penyediaan nanozarah, menganggarkan pengubahsuaian struktur dan memahami hubungan struktur tersebut dengan sifat fiziknya. Sebagai contohnya nanotiub karbon yang ditemui dengan kaedah mikroskopi elektron resolusi tinggi dan juga dalam kes bahan berstruktur nano yang lain, teknik resolusi tinggi amat bernilai untuk tujuan pemasaran, pengubahsuaian, manipulasi dan pengukuran.

Teknologi dan sains berskala nanometer mengalami perkembangan pada kadar yang tinggi dan kelihatannya memberikan impak yang amat mendalam dalam setiap bidang kajian bagi dekad pertama abad ke-21 ini. Teknologi manipulasi atom dan molekul serta nanofabrikasi telahpun dibangunkan semenjak penemuan STM (Scanning Tunneling Microscopy) oleh G. Binning dan H. Rohrer, yang dianugerahkan hadiah Nobel dalam fizik pada tahun 1986. Ciptaan tersebut telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan dan membangunkan teknologi nano. Beberapa kerajaan dan syarikat besar dari negara-negara maju seperti Amerika, Jepun, Jerman, England, Perancis dan lain-lain turut membuat pelaburan yang besar dalam kajian dan penyelidikan nanoteknologi.

Nanoteknologi mempunyai kaitan rapat dan meluas dengan pelbagai bidang. Sehingga kini terdapat beberapa fenomena yang kurang difahami dalam bidang fizik mesoskopi, nanokimia dan nanobiologi. Nanokimia dan nanoelektronik seharusnya mempunyai kaitan dengan fizik mesoskopi. Contohnya nanokimia berkaitan dengan sistem atom yang terhad, molekul dan kluster. Dalam bidang biologi pula, kita mengetahui mikrob kecil mempunyai fenomenon hidup sekitar skala nanometer. Diameter molekul DNA contohnya adalah kurang dari 3nm, dan diameter molekul protein adalah beberapa nanometer. Oleh itu nanobiologi dan nanoperubatan masih mempunyai ruangan yang luas untuk diterokai. Dalam bidang elektronik pula, hasil daripada pembangunan litar terkamir, mikroelektronik sepatutnya dinaikkan taraf ke nanoelektronik dan seterusnya molekulelektronik. Penghasilan bahan baru, rekabentuk alat dan pasaran merupakan cabaran yang harus ditangani secara berperingkat.

Nanoteknologi adalah berasaskan kepada unit terkecil dengan matlamat untuk mencapai sifat-sifat dan keberkesanan yang unggul menerusi binaan berskala atom. Fasa nano dan bahan berstruktur nano iaitu suatu bidang dalam bahan maju adalah asas kepada nanosains dan nanoteknologi. Penyelidikan dan kajian dalam nanosains dan nanoteknologi perlu berhadapan dengan empat cabaran utama iaitu yang pertama pensintesisan nanozarah dengan kemampuan untuk mengawal strukturnya pada skala atom serta dengan ketulenan yang tinggi dalam jumlah yang besar. Seterusnya ialah pencirian struktur dan sifat nanozarah terutama ciri-cirinya secara individu. Cabaran yang ketiga pula adalah fabrikasi dan manipulasi alat, serta yang terakhir ialah integrasi sistem dan penghasilan secara besar-besaran.

Struktur nanozarah secara signifikannya boleh mengubah ciri-ciri suatu bahan. Kapur putih contohnya, merupakan bahan kimia yang dihasilkan daripada kalsium karbonat. Jika kita menggunakan teknologi biasa untuk memproses kalsium karbonat, samada melalui pemanasan atau sebagainya, hasil akhir yang diperolehi ialah bahan yang sangat rapuh dan lembut. Namun jika dibandingkan dengan kulit siput, yang mempunyai sifat yang menakjubkan dari segi kekerasan, kekuatan dan kecantikan, adalah terbina daripada kalsium karbonat yang sama apabila nanoteknologi mengikuti program DNA.

Perbandingan yang sama terhadap struktur tulang dan gigi juga memberikan motivasi terhadap pensintesisan nanozarah bagi mencapai ciri-ciri unggul yang tidak dimiliki bahan dalam bentuk pukal. Maka penghasilan nanozarah khususnya nanozarah kalsium karbonat diharap mempunyai potensi yang besar berbanding kalsium karbonat biasa yang kini digunakan dengan meluas dalam industri pembuatan kertas, plastik dan pertanian.

Terdapat pelbagai kaedah untuk penyediaan nanozarah antaranya ialah teknik pengewapan lazer, teknik hidroterma, teknik vakum seperti sinaran ion, teknik fasa gas seperti penyejatan gas, teknik mekanikal dan teknik kimia.Selain itu terdapat juga kaedah hasil gabungan penyebaran dan pembakaran dalam penyediaan nanozarah kalsium aluminat. Teknik ini bergantung kepada penggunaan sukrosa berasid tinggi untuk membentuk kompleks kation. Teknik lain yang melibatkan penggabungan juga adalah penyediaan nanozarah lantanum aluminat menggunakan kaedah ultrasonik bom bersama dengan kaedah sintesis gel daripada larutan logam klorida dan ammonia yang distabilkan. Teknik-teknik di atas mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing contohnya teknik mekanikal seperti ball milling. Antara kelemahannya ialah nanozarah yang dihasilkan mempunyai saiz yang besar, sukar dikawal dan menghasilkan bentuk yang tidak diingini. Selain itu penghasilan nanozarah dengan teknik mekanikal dan ultrasonik tidak menghasilkan sub bahagian yang banyak. Hal ini disebabkan kecenderungan zarah untuk berpadu kembali kerana kesan daya mekanik yang terlibat.

Manakala teknik kimia mempunyai beberapa kelebihan berbanding teknik mekanikal iaitu keperluan tenaga yang rendah dan pengawalan saiz zarah yang lebih efisyen. Terdapat empat pendekatan utama dalam penyediaan nanozarah dengan kaedah kimia iaitu yang pertama kaedah kimia dalam fasa cecair, sol-gel dan pemendakan dari larutan homogen. Pendekatan kedua ialah pirolisis, hakisan percikan (spark erosion), sintesis garam lebur dan proses kimia di antara fasa heterogen termasuklah sintesis hidroterma. Pendekatan seterusnya ialah proses kimia dalam droplet termasuk emulsi, misel atau mikroemulsi dan aerosol. Manakala pendekatan keempat ialah prekursor wap, prekursor cecair dan prekursor pepejal. Kaedah yang paling menarik adalah sintesis dalam medium cecair, ini termasuklah pemendakan, penurunan, penghidratan, teknologi misel songsang dan pempolimeran mikroemulsi .

Penyelidikan nanozarah bersifat multidisiplin yang melibatkan ahli fizik, kimia, saintis bahan, jurutera, ahli biologi dan saintis perubatan. Penglibatan seperti ini dan perkembangannya yang pesat menjadikan nanoteknologi antara isu terkini yang harus diambil perhatian samada oleh saintis, jurutera, ahli ekonomi mahupun kerajaan agar tidak ketinggalan dalam perlumbaan sains dan teknologi.

Blackberry Playbook di Malaysia







Di sebalik teka-teki tarikh sebenar ia dikeluarkan di Malaysia, Research In Motion (RIM) mengurangkan sedikit keresahan apabila mendedahkan tablet pertama mereka, Blackberry Playbook akan diperkenalkan di Amerika Syarikat pada 19 Mei ini.

Ia akan dilengkapi storan pilihan berkapasiti 16GB, 32GB dan 64GB dengan harga anggaran bermula RM1,499, RM1,799 dan RM2,099.

Setakat ini, RIM mengesahkan aksesori yang dijual secara berasingan termasuk papan kekunci, casing dengan empat warna seperti dalam gambar di atas dan dok untuk menempatkan tablet tersebut.

Model BlackBerry PlayBook didatangkan dengan skrin sesentuh tujuh inci dan kamera berkembar definisi tinggi 5.0 megapiksel pada bahagian belakang dan 3.0 megapiksel di bahagian depannya.

Playbook tidak akan menggunakan sistem operasi Blackberry 6 sebaliknya menggunakan teknologi QNX Neutrino yang berkuasa tinggi sepadan dengan pemprosesan 1GHz yang dibekalkan.

Sasaran penggunanya ditujukan kepada individu profesional yang bergerak seharian dalam urusan kerja masing-masing namun pada sama mahukan peranti hiburan menemani mereka pada saiz kompak.

Ekosistemnya lengkap dengan aplikasi tersedia termasuk menyokong POSIX OS, Open GL, Webkit, Adobe Flash, Java dan Adobe Mobile AR.

Saiz? 130 x 194 x 10mm. Beratnya memang ringan dengan hanya 425 gram.

Wakil RIM pula tidak mahu mengulas tentang saiz Playbook yang mungkin akan dibesarkan kepada 10.1 inci pada masa akan datang.

Wang Kertas : Penipuan terbesar dalam sejarah manusia

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.
“ Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.
Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.
Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat . Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.
Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wangsesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.
Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, doalr tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً
Maksudnya : “Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” [surah an-Nisa’, ayat 76]
Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).
Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalamn buruk itu.
Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.
Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.
Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.
Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.
Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.
Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Zaman Batu: Satu Penipuan Sejarah


Tahukah anda bahawa 700,000 tahun dahulu, manusia melayari lautan dengan binaan kapal yang bagus?
Atau pernahkah anda mendengar manusia yang digelar sebagai 'orang gua primitif' memiliki kemahiran artistik dan pemahaman sebagaimana yang dipunyai oleh artis moden?
Adakah anda tahu bahawa Neanderthal yang hidup sejak 80,000 tahun dulu dan digambarkan oleh para evolusionis sebagai 'manusia beruk', juga mampu membuat alatan muzik, memperoleh keselesaan dari pakaian dan aksesori, dan berjalan di atas pasir panas beralaskan sandal?

Dalam segala kemungkinan anda mungkin tidak pernah mendengar fakta-fakta berkenaan. Sebaliknya, anda telah diberi tafsiran salah bahawa manusia tersebut adalah separuh manusia dan separuh beruk, tidak mempu berdiri lurus, kurang kemahiran untuk berkomunikasi dan hanya mengeluarkan bunyi dengusan yang pelik. Ini kerana dalam masa lebih daripada 150 tahun, kebanyakan orang seperti anda telah dihujani oleh keseluruhan penipuan ini.

Tujuannya adalah untuk meneruskan perjuangan falsafah materialis yang menafikan kewujudan Allah SWT. Menurut perspektif yang menyeleweng ini, alam semesta dan kebendaan adalah abadi. Dengan erti kata lain, ia tiada permulaan, dan juga tiada Pencipta. Asas yang kononnya saintifik untuk kepercayaan karut ini adalah teori evolusi.Oleh kerana mereka mendakwa bahawa alam semesta tiada Pencipta, para evolusionis harus memberi penjelasan tentang bagaimana kehidupan dan sejumlah spesis lain wujud di bumi ini. Untuk tujuan itu, mereka menggunakan teori evolusi. Berdasarkan teori ini, semua kejadian dan kehidupan di alam semesta berlaku secara kebetulan. Sebahagian benda tidak bernyawa di zaman purbakala bercantum secara tidak sengaja lalu membentuk sel hidup pertama. Kemudian organisma terwujud hasil daripada ketidaksengajaan selama jutaan tahun ini. Dan akhirnya manusia wujud sebagai peringkat terakhir rantaian evolusi.
Sejarah awal manusia - yang dianggap hasil daripada perubahan secara kebetulan selama jutaan tahun, dan setiap satunya lebih mustahil daripada perubahan terakhir, telah diselewengkan untuk menyokong senario songsang ini. Evolusionis, yang sememangnya ketiadaan bukti-bukti kukuh, mendakwa bahawa asal sejarah manusia adalah seperti berikut: Bermula seperti bentuk kehidupan lain, berlangsung daripada organisma purba hingga kepada manusia yang dipercayai perkembangan paling maju berbanding yang lain. Oleh itu, sejarah manusia kononnya berkembang daripada komuniti primitif kepada masyarakat bandar yang moden. Hakikatnya, anggapan ini sama sekali tidak mempunyai sebarang bukti. Ia juga menggambarkan sejarah manusia seperti yang didakwa oleh falsafah materialis dan teori evolusi.

Para saintis evolusionis - dalam usaha mereka untuk menyokong proses evolusi yang dianggap bermula daripada sel tunggal kepada organisma berbilang sel, kemudian daripada beruk kepada manusia - bukan saja telah 'menulis' semula asal-usul manusia, bahkan juga 'mencipta' era khayalan seperti 'Zaman Orang Batu' dan 'Zaman Batu' untuk menjelaskan cara hidup 'Orang Primitif'. Evolusionis, yang percaya pada kepalsuan bahawa manusia dan beruk berasal daripada moyang yang sama, telah memulakan usaha dalam kajian baru demi membuktikan dakwaannya. Untuk itu, mereka meneliti setiap batu, atau mata panah, atau mangkuk yang ditemui semasa penggalian arkeologi. Walau bagaimanapun, gambaran 'manusia beruk' duduk di dalam gua yang gelap sambil berpakaian berbulu serta tidak mampu bercakap dengan baik, semuanya adalah rekaan semata-mata. Orang primitif tidak pernah wujud, begitu juga dengan Zaman Batu. Semuanya adalah pembohongan evolusionis dengan sebahagian bantuan media.

Dakwaan para evolusionis telah diruntuhkan sepenuhnya oleh perkembangan terbaru dalam bidang sains - terutamanya dalam ilmu biologi, paleontologi, mikrobiologi, dan genetik. Pendapat bahawa masing-masing spesis berubah menjadi 'versi terbaru', telah dibuktikan salah. Manusia juga tidak berkembang daripada makhluk beruk. Manusia sememangnya adalah manusia sejak kewujudan mereka lagi, dan mempunyai peradaban canggih sehingga ke hari ini. Maka, 'evolusi sejarah' juga tidak pernah terjadi.


Buku ini mendedahkan bukti-bukti saintifik bahawa 'evolusi sejarah manusia' hanyalah pembohongan semata-mata, dan kami akan menunjukkan bagaimana hakikat penciptaan telah disokong oleh penemuan saintifik terkini. Manusia wujud di dunia ini bukan melalui evolusi, tetapi dengan penciptaan sempurna Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui sendiri bukti-bukti saintifik dan sejarahnya.

Popular Posts

clik here