clik disini

My Blog List

clik here

Saturday, 23 July 2011

10 Berita Terbesar di Dunia Pada Kurun ke-21


Perkahwinan diraja Britain menjadi satu daripada 10 berita yang dicatatkan mendapat tempat tertinggi dalam kurun ke-21, tetapi ia sudah ditenggelamkan liputan media kematian Osama bin Laden, mengikut kajian yang disiarkan baru-baru ini.


Kurang daripada seminggu selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan pasukan tentera Amerika berjaya membunuh pemimpin Al-Qaeda di Pakistan, berita Osama dibaca oleh 84 juta orang dalam media elektronik dan cetak dunia, laman media sosial dan internet.

Kajian oleh Pemantauan Bahasa Global berkata kematian Osama menjadi berita dunia ketiga terbesar dalam kurun ke-21.


Berbanding perkahwinan di antara Putera William dan Kate Middleton mendapat tempat kelima dengan 63 juta pembaca di seluruh dunia di hadapan laporan kematian mengejut bintang pop, Michael Jackson pada 2009.


Rekod Berita Terbesar

Berita paling besar di seluruh dunia sejak Januari 2000 masih dipegang oleh berita mengenai kebangkitan China sebagai kuasa politik dan ekonomi, kata Pemantauan Bahasa Global.

Sehingga kini, berita mengenai China itu dibaca 300 juta orang, diikuti pilihan raya presiden Obama dengan 123 juta.

Berpangkalan di Texas, GLM menggunakan algoritma untuk mengesan petikan terhadap berita besar selain 750,000 laman media cetak dan elektronik, selain petikan di internet, blog, Twitter, Facebook dan laman media sosial yang lain.


Berikut merupakan 10 berita terbesar di dunia pada kurun ke-21 :
  1. Kebangkitan China
  2. Pilihanraya Obama
  3. Kematian Osama
  4. Wikileaks
  5. Perkahwinan Diraja Britain
  6. Kematian Michael Jackson
  7. Serangan 11 September 2001
  8. Malapetaka di Jepun termasuk gempa bumi, tsunami dan krisis nuklear
  9. Kebangkitan Asia Barat
  10. Kejatuhan ekonomi dunia

Popular Posts

clik here