clik disini

My Blog List

clik here

Saturday, 23 July 2011

Anwar & CIA : Rupa-rupanya John Mallot kroni George Soros!


Anwar Ibrahim, George Soros dan John R Mallot. John R Mallot mendapat pembiayaan untuk mengerakkan organisasi yang disertainya melalui dana dari syarikat yang dimiliki oleh Soros, Appolo Group dan Bank of Amerika , manakala Anwar pula dibantu oleh John R. Mallot untuk menafikan dirinya adalah talibarut CIA. Tahun 1995 hingga 1998 tatkala Anwar merupakan Timbalan Perdana Mneteri Malaysia dan mendapat layanan terbaik di Amerika Mallot adalah duta Besar Amerika di Malaysia.


Oleh Pochong, AIDCclub

Bekas Duta Besar Kedutaan Amerika di Malaysia menerusi portal Malaysiakini sekali lagi telah cuba menyelamatkan maruah Anwar Ibrahim apabila rahsia Anwar yang dijadikan alat oleh CIA tersebar kepada umum baru baru ini.
Kenyataan terbaru bekas pegawai diplomatik Amerika yang pernah berkenalan rapat dengan Anwar dari tahun 1995 hingga tahun 1998 itu mengatakan Anwar bukan ajen CIA. Sila rujuk sini dan sini.

Lantaran kenyataan John R Mallot tersebut secara tiba-tiba nama tersebut meletup dikalangan pendokong Pakatan Rakyat seolah seperti Isa Al Maseh sedang menyelamatkan umatnya dan sekaligus dapat memulihkan maruah pemimpin mereka Anwar Ibrahim yang tercalar gara-gara melutut kepada Yahudi Zionis sewaktu ” Anwar Apology Tour” di Amerika Syarikat dari 20 hingga 25 Jun.
Kenyataan Mallot ini dikatakan bukan kali pertama dilakukan, kerana tahun 2000 beliau dilaporkan pernah membuat kenyataan yang sama.
Satu perkara yang menjanggalkan mengenai Mallot ini ialah tatkala pemimpin berasal dari US lain berdiam diri, dirinya secara tiba-tiba muncul ingin membela Anwar Ibrahim, malah yang memelikkan lagi turut bersama dengan Anwar menyerang APCO seperti yang dilakukan oleh Anwar. Klik sini
Siapa John R Mallot
Merupakan bekas Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia dari tahun 1995 hingga 1998, ( tahun 1997 hingga 1998 Malaysia mengalami musibah kewangan gara-gara permainan manipulator wang George Soros, dan Anwar Ibrahim telah disingkir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana skandal Rasuah dan isu Moral, Anwar juga pada masa tersebut lebih suka Malaysia mengikut polisi yang disediakan IMF).
Sebaik tamat perkhidmatan awam dan bersara dari jawatan tersebut beliau balik ke California pada 1999, Di California, beliau menjawat sebagai penasihat US-ASEAN Business Council, California-Asia Business Council, Asia Pasifik Media Center di UCLA, dan Asia Society’s Southern California Center. Di samping merupakan ahli Majlis Dasar Antarabangsa Pasifik dalam tempoh tersebut.
Pada tahun 2000 hingga 2002 beliau dilantik Presiden World Affairs Council of Orange Country. World Affair Council dari Orange County adalah salah satu daripada 86 badan sedia ada di seluruh Amerika Syarikat.
Badan ini merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang melaksanakan pelbagai aktiviti seperti forum, perdebatan diskusi dan pendedahan dalam isu-isu kritikal yang melibatkan pembuat dasar, ahli perniagaan eksekutif, dermawan, ahli akademik, pelajar, pemimpin awam, dan pihak awam.
Sepanjang kewujudannya puluhan tahun lalu, Badan ini telah melaksanakan pelbagai persidangan antarabangsa yang memberi kesan kepada pembuatan dasar kerajaan Amerika.
Di antara tokoh yang pernah dilibatkan ialah bekas Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy, bekas Setiausaha Negara Henry Kissinger, bekas Timbalan Menteri Pertahanan Paul Wolfowitz, dan Pemilik Open Society Institute George Soros.
Soros sendiri telah membantu organisasi yang dipimpin oleh John R Mallot ini melalui beberapa syarikatnya seperti Bank of Amerika dan Appolo Group.
Dan pada tahun 2001 setahun selepas Mallot dilantik mengetuai World Council di Orange Country, satu persidangan Globalization : Going Global in the Information Age yang melibatkan George Soros sebagai panelis telah diadakan. Di persidangan ini dikatakan wujud perbincangan antara Soros dan Malot mengenai situasi politik Malaysia.
Manakala pada tahun 2002 rakan baik Anwar Ibrahim pernah Paul Wolfowtiz pernah dilibatakan bersama dalam satu forum bertajuk The Many facets of Islam yang melibatkan tokoh-tokoh Islam moderate dari negara Islam.
World Affair Council juga mendapat bantuan dari CIPE sebuah organisasi dibawah National Endowment For Democracy (NED).
Selepas itu dilantik menjadi Penasihat kepada Manatt, Phelps & Philip dari tahun 2003 hingga 2005 dan Managing Director kepada Manatt Jones Global Bollywood bagi rantau Asia Pasifik sebuah syarikat Konsultan perundingan yang dimiliki oleh Charles T. Manatt antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam penubuhan National Endowment For Democracy (NED) selepas diarahakan oleh Ronald Reagan, Manat juga sempat menjawat jawatan Naib Presiden National Endowment For Democracy buat seketika. klik sini dan sini
Antara tokoh yang berada di dalam konsultan tersebut ialah Mr Gryczman adalah Pengarah Los Angeles Country Demokrat, Ketua Jawatankuasa Hal Umum Israel Kepimpinan Division Baru (Pasifik Selatan) dan bekas ahli Lembaga Pengarah dari Persekutuan Yahudi di Los Angeles, dan pernah berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri Negara Israel menjaga hubungan media.
Dari tahun 2006 hinggalah sekarang, Mallot dilantik mengetuai Japan-America Society of Washington DC sebuah badan bukan kerajaan dan Non-Profit Organization Management industry dan merapatkan hubungan di antara kuasa ekonomi Jepun dan Amerika Syarikat.
Berdasarkan beberapa fakta di atas adalah jelas John Mallot mempunyai hubungan yang intim dengan beberapa tokoh yang mempunyai peranan penting sebagai pencatur kepada situasi politik dunia.
Seperti yang diketahui Soros merupakan pemilik Open Society Institute dan banyak menghabiskan duitnya untuk mengerakan aktiviti demokrasi versi Amerika/ yahudi di seluruh dunia. Sekiranya Soros tiada hubungan intim dan mempunyai peranan dengan Mallot sudah tentu dana pun tidak akan diagihkan kepada World Affair Council.
MkiniSoros


Penerima dana Soros di Malaysia ialah Malaysiakini yang kerap kali menyiarkan artikel atau tulisan yang dimiliki oleh Mallot. Dan kini Mallot merupakan pengemar kepada portal anti islam tersebut. baca sini bagaimana hubungan antara Soros dan portal tersebut.


Lebih-lebih lagi seperti dinyatakan oleh blogger Tom Yam bahawa sebanyak 9 kali Mallot menyebut Anwar bukan ejen CIA dan Amerika di dalam kenyataan terbarunya dalam satu membela Anwar Ibrahim. Telatah Mallot sungguh melucukan dan memelikkan, bagaimana seorang bekas diplomat yang pernah mengetuai beberapa badan antarabangsa sanggup bersusah payah memantau isu politik Anwar di Malaysia dan turut memberi respon sekiranya boleh menjejaskan kredibiliti Anwar.
Annapolis Summit
Seperti mana Anwar ,Mallot juga turut sama menandatangani Annapolis Summit yang merupakan satu perjanjian yang mengiktiraf kewujudan Israel dan Palestin dibawah Fatah, namanya dimasukan bersama dengan beberapa tokoh lain yang jelas mempunyai kaitan rapat dengan badan perisikan Amerika Syarikat.
Anwar Ibrahim pada masa itu dilihat bersekongkol dengan bekas-bekas tokoh CIA, badan-badan pemikir dan pentadbir Amerika Syarikat. Kedudukan nama Anwar dan Mallot sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA; SHLOMO BEN-AMI, bekas Menteri Luar Negara Israel; HARRIET BABBITT bekas Pengarah NDI; CHRISTOPHER PATTEN, Co-Chair of ICG; STEVEN CLEMONS, Pengarah, New America Foundation, Robert E. Hunter, Penasihat Kanan, RAND Corporation, Diana Villiers Negroponte, Brookings Institution, Jeneral Eric Shinseki, Bekas Ketua Staff, Tentera Darat A.S. dan lain-lain lagi.
Oleh itu apabila Mallot mengeluarkan kenyataan membela Anwar Ibrahim sebenarnya ia bukanlah suatu perkara yang mengejutkan kerana berdasarkan latar belakang Mallot adalah jelas menunjukan beliau sendiri sebenarnya merupakan penghubung Anwar dengan badan perisikan Amerika . Ini kerana sekiranya Mallot tidak mempunyai jawatan yang besar disisi CIA mustahil namanya juga turut tersenarai bersama dengan nama-nama besar rangkaian CIA pada dokumen tersebut. klik sini

Perkara menarik lagi nama Anwar dan Mallot dimasukkan sebagai senarai kedua daripada kesemua tokoh yang menandantangani surat sokongan Annapolis Summit, bersama tokoh-tokoh badan perisikan, penajaan dan ejen iaitu Council on Foreign Relations (CFR), International Crisis Group (ICG), Central Intelligence Agency (CIA), United States Agency for International Development (USAID), National Democratic Institute (NDI), United States Middle East Project (USMEP), The New American Foundation, Brookings Institution, Open Society Institute, National Intelligence Council, RAND Corporation dan National Security Council.
Kesimpulannya antara Anwar, John R Mallot dan George Soros ketiga-tiga mereka sebenarnya mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Tidak pelik sebenarnya jaringan ketiga-tiga yang mendokong Israel ini mempunyai lingkaran yang sama kerana mereka juga adalah datangnya dari pendokong kepada Neocon Zionis Yahudi yang ingin menguasai dunia. Sehingga ke hari ini portal Malaysiakini masih sedaya upaya meletakkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin terbaik untuk rakyat Malaysia dengan memberikan beliau citra yang positif, manakala Mallot melalui kedudukan yang dimiliki akan sentiasa memantau perkembangan di Malaysia supaya imej Anwar tetap terpelihara.

Popular Posts

clik here