clik disini

My Blog List

clik here

Wednesday, 20 July 2011

Gabung nama

2 pasangan sejoli yang gedik , selalunya pasangan yang baru berkapel dan baru mengenal manisnya cinta itu akan membuat perkara yang sweetla sangat ini iaitu menggabungkan nama diorang.

Nama korang dah cukup cantik, si lelaki dengan Muhamad/Ahmad nya, si perempuan dengan siti/nur nya,kenapa perlu gabungan nama ni diadakan? Kononnya cinta akan lebih kuat dan bertambah kasih sayang. Sedangkan orang yang berkahwin pun takdelah sampai gabungkan nama nak bagi hubungan itu berpanjangan, tapi elok je beranak-pinak.

Cukup menyampah dengan konsep-konsep gabung nama ni. Selalunya si perempuan yang akan tergedik-gedik nak menggabungkan nama, dan si lelaki hanya menurutnya. Hasil gabungan nama yang tidak membawa maksud apa-apa pun ni menunjukkan betapa tak pentingnya konsep digabung-gabungkan nama ni.

Nama Islam yang diberi oleh mak ayah korang dah cukup cantik dan sangat bermakna. Gunakan nama itu cukupla.


Popular Posts

clik here