clik disini

My Blog List

clik here

Wednesday, 20 July 2011

Legging pilihan perempuan.

Pemakaian legging yang buruk semakin digemari oleh perempuan. Walaupun betisnya sebesar belalai ibu gajah, legging tetap menjadi pilihan.


Fesyen buruk yang diasaskan oleh ... jelas disambut baik di Malaysia. Konsep ko pakai, aku pakai mula menular di kalangan perempuan yang dahagakan perubahan pada diri.


Pada fizikalnya, ternyata legging menutup keseluruhan bahagian kaki, kononnya mencukupi syarat berfesyen, menutup aurat. Tetapi, realitinya, legging ialah satu jenis seluar yang sengaja diketatkan bagi menampakkan bentuk betis mahupun paha bagi memudahkan proses pengaliran darah dari kaki ke kepala. 


Fesyen ini pada mulanya popular sekitar tahun 90an di Amerika Syarikat yang  mana perempuan lebih menggemari untuk memakai legging berbanding jeans. Walaubagaimanapun, atas faktor perempuan yang sememangnya sukakan perubahan, fesyen ini sekali lagi dipinggarkan.


Pada tahun 2005, fesyen ini kembali dengan beberapa perubahan yang mana keketatatannya ditambah bagi meningkatkan nafsu si pemakai. Ternyata ianya mendapat sambutan di Malaysia sekalipun.


Berbezanya di Malaysia, rakyat Melayu yang sememangnya Islam azali turut sama terikut-ikut dengan fesyen yang ternyata dilarang di dalam agama. 


Kononnya, fakta menyokong yang mana pemakai legging lebih selesa dan bebas berbanding pemakaian Islam  yang besar dan menghalang perjalanan. Sekali lagi, perempuan Melayu Islam menerimanya dengan terbuka dan menyokong pendapat sekular ini. Buktinya, bersepah-sepah perempuan yang bertudung mahupun tidak mengenakan legging tanpa pakaian tambahan di tempat-tempat terbuka di seluruh negara.



Popular Posts

clik here