clik disini

My Blog List

clik here

Wednesday, 20 July 2011

SIAPA ARTIS HOLLYWOOD TERMAHAL JIKA JADI PELACUR? - EKSKLUSIF

BAYANGKAN berapa agaknya bayaran yang diperoleh oleh selebriti-selebriti terkenal Hollywood jika mereka menjadi pelacur? Kristin Davis yang terkenal dengan gelaran 'ibu ayam Hollywood' ada senarainya. Dalam satu temu bual dengan majalah Steppin' Out, bos agensi teman sosial Wicked Models itu meletakkan harga bagi selebriti-selebriti jelita seperti Britney Spears, Katie Holmes, Angelina Jolie dan Paris Hilton jika mereka mahu memperdagangkan tubuh badan.

Katanya, bayaran buat Katie Holmes boleh mencecah AS$3,000 (RM10,438) sejam.
"Katie Holmes sangat menarik kerana dia mempunyai wajah gadis kolej Amerika. Bayaran untuk khidmatnya sebagai pelacur boleh mencecah RM8,699 hingga RM10,438 sejam," kata ibu ayam itu yang pernah ditahan polis angkara skandal pelacuran membabitkan bekas Gabenor New York, Eliot Spitzer.

Menurut Davis, Angelina Jolie akan berada di tangga pertama dalam senarainya.
"Jika Angelina Jolie menjadi pelacur dialah yang bakal menjadi nombor satu dalam senarai 'anak ayam' saya. Saya letak harganya sebanyak RM6,959 sejam tetapi anda tidak boleh melanggannya kecuali anda menempahnya selama empat jam. Ini bermakna khidmat Angelina hanya boleh diperoleh jika anda sanggup membayar secara pakej sebanyak RM27,836."

Menyentuh mengenai Britney Spears pula, ujarnya, disebabkan Britney sudah berjaya memulihkan imejnya, maka harga Britney juga mencecah RM6,959 sejam.
"Tapi semasa dia botak dulu, harganya boleh berkurangan hanya RM3,480 sejam," tegas Davis.
Menyentuh pula mengenai bekas calon naib presiden Amerika Syarikat, Sarah Palin, kata Davis, dia tidak layak untuk menjadi pelacur di bawah kelolaannya.

"Sarah Palin comel, tetapi bukan untuk pelanggan-pelanggan saya. Dia boleh bekerja untuk agensi yang mengenakan bayaran lebih murah, mungkin RM1,043 sejam," ujarnya.
Sementara Paris Hilton dan Melania Trump pula bernilai RM6,959 sejam.

Davis yang dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan bakal menerbitkan bukunya yang berjudul The Real Sex in the City: True Tales of the Manhattan Madam, yang mengandungi senarai nama ahli politik berpengaruh, selebriti, doktor, peguam dan ahli-ahli bisnes kaya yang pernah menjadi pelanggan pelacur-pelacur di bawah agensi yang dikendalikannya.

Popular Posts

clik here