clik disini

My Blog List

clik here

Thursday 11 August 2011

The legend of mongkey love story-Malay version

Romi dan Juli (kedua-duanya bukan nama sebenar) berasal dari dua kedudukan yang berbeza. Romi membesar di pasar bersama keluarganya yang besar. Sementara Juli pula membesar di kuil bersama seluruh keluarga besarnya.
Setiap keluarga besar mereka mempunyai ketua dan mereka saling tidak menyenangi di antara satu sama lain. Kawasan kuil menjadi kawasan larangan bagi kabilah Pasar. sementara kawasan pasar menjadi kawasan larangan bagi kabilah Kuil.
Mereka yang melanggar peraturan dan memasuki kawasan lawan, mereka akan diserang beramai-ramai bagaikan kawanan mafia menyerang musuhnya. Dan akan sekali lagi dihukum di kawasan sendiri, kerana tidak patuh kepada undang-undang kabilah.
Begitulah sikap kefanatikan mereka terhadap kelompok masing-masing. Dua dunia yang saling bertentangan walaupun hakikatnya mereka sama.
Namun tidak bagi Rumi dan Juli. Pertemuan pertama mereka tanpa disengajakan itu telah membuahkan bibit cinta di antara mereka. Hanya dengan sedikit usaha dari keikhlasan Rumi, cintanya berbalas. Mereka sekarang sering bertemu secara sembunyi. Kisah cinta mereka sering berlayarkan kawasan-kawasan selain pasar dan kuil.  
Sehinggalah satu hari, Rumi dibawa ke kawasan kuil. Mungkin kerana terlalu ramai orang di kuil ketika itu, ramai yang tidak perasan Juli sedang membawa orang asing. Malah, mereka tidak menyedari orang asing itu dari kabilah yang mereka benci.
Tetapi, tidak bagi ketua kabilah itu, hidungnya tajam menghidu bau penceroboh. Dia segera mengeluarkan isyarat penceroboh, dan semua pengawal-pengawal keluarga besar itu segera mencari ‘orang asing’. Akhirnya Rumi dikesan sedang bergurauan dengan Juli di salah satu sudut kuil.
Tanpa belas kasihan, dia diserang dan dihalau keluar dengan kasar. Juli tidak dapat melakukan apa-apa. Segalanya berlaku begitu pantas. Dengan sedih, Juli hanya mampu melihat Rumi berlalu pergi dengan kekecawaan yang berat.
Peristiwa tersebut benar-benar menghentak Rumi. Mungkin ini pertama kali dia dipermalukan sedemikian rupa. Oleh kerana terlalu tertekan, dia bersama kawan-kawannya bertindak liar. Mereka mengganggu keamanan setempat dan mula merosakkan harta benda awam.
Juli semakin merindui Rumi. Dia nekad untuk meninggalkan kawasan kuil dan mencari Rumi di luar sana. Dan tanpa berlengah, dia mengorak langkah. Di tengah kesibukan, dia berjaya keluar tanpa dikesan. Dan sekarang dia cuba menghala ke arah mana kali terakhir dia melihat Rumi pergi selepas dihalau.
Setelah beberapa ketika berputar dan berlegar. Akhirnya, dia menemui Rumi yang ketika itu sedang berehat dalam kemuraman. Pertemuan itu sungguh tidak disangkakan Rumi, tetapi ianya bagaikan mimpi jadi kenyataan. Kerinduannya terubat. Mereka akhirnya kembali bersama. Memenuhi ruang cinta yang kian kosong hampa. Kini berseri dengan cahaya.
Tapi kegembiraan mereka juga tidak lama. Juli tidak sedar rupanya dia kini di kawasan terlarang. Kawasan Pasar. Sebagaimana tajamnya hidung ketua kabilah kuil, tak kurang juga sensitifnya ketua kabilah pasar. Kehadiran Juli segera dikesan dan arahan mengesan segera dikeluarkan.
Kekecohan berlaku. Dan Juli sedar dia dalam bahaya. Tanpa berlengah panjang, dia segera mengangkat langkah seribu. Dikejar pengawal-pengawal kabilah yang datang dari serata arah. Rumi yang cuba melindungi telah segera dihalang oleh pengawal-pengawal yang lain.
Oleh kerana Juli pantas bertindak. Dia berjaya menyelamatkan diri dari diserang oleh pangawal-pengawal kabilah pasar. Dan kini dia telah selamat kembali ke kawasan Kuil.
Tanpa disedari, kekecohan di pasar telah menarik perhatian keluarga besar Kuil. Mereka dengan jelas melihat bagaimana ahli kabilah mereka dipermalukan. Ini benar-benar memarakkan lagi apa kemarahan kabilah Kuil. Akhirnya, ketua mengeluarkan arahan untuk keluar dan menyerang kabilah pasar.
Kedatangan bala tentera kabilah kuil benar-benar memeranjatkan. Kabilah pasar juga tidak segan silu menentang pencerobohan besar-besaran itu. Maka berlakulah peperangan yang maha dahsyat itu. Tanpa persenjataan yang hebat, ramai yang cedera parah dan tumbang. Akhirnya, kabilah pasar terpaksa berundur. Peperangan itu berakhir dengan kemenangan kabilah Kuil.
Rumi turut cedera. Kakinya kini tempang. Bertambah malang, dia kini dihalau oleh kabilahnya. Dihukum atas kelalaiannya mentaati peraturan, kerana mabuk dibius cinta. Oleh kerana tiada tempat lagi hendak dituju. Dia mengambil keputusan untuk pergi jauh. Landasan kereta api itu dikatakan tempat terakhir kelibat Rumi terlihat.
Juli semakin murung. Setelah kejadian itu, tidak sedikit usaha yang dia cuba lakukan untuk mencari Rumi. Namun segalanya hampa.
Kisah cinta mereka berakhir begitu sahaja. Betapa mahal bayaran yang terpaksa dikeluarkan hasil cinta terlarang tersebut. Perbalahan, kecederaan, kemusnahan dan yang paling tak tertahankan adalah kesan sakit dan rindu di dalam hati yang merana.

TAMMAT




Watak Utama :
1) Rumi – Monyet Jantan jenis Macaca Mulatta
2) Juli – Monyet Betina jenis Macaca Mulatta
3) Kabilah Kuil – Keluarga Monyet di kawasan Kuil
4) Kabilah Kuil – Keluarga Monyet di kawasan Pasar

Latar Belakang : Machang,Malaysia sdn bhd.
Pengajaran : Kalaulah cinta itu sekadar bergurau, bertemu, berdua-duaan tanpa berlandaskan syariat.. monyet pun faham erti cinta!!!



By OXER/CHAM

Popular Posts

clik here