clik disini

My Blog List

clik here

Saturday, 30 July 2011

Kelebihan puasa dan orang berpuasa

Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
RAMADAN al-Mubarak menggamit lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya amatlah patut dan munasabah untuk kita memahami dan mengetahui berkenaan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa di bulan Ramadan.
Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa’di Abu Jaib Hal 218).
Dalam Feqh Manhajji menyebut puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar sehingga matahari terbenam dengan niat puasa.
Walaupun begitu terdapat banyak lagi definasi berkenaan dengan puasa berdasarkan kepada pendapat fuqaha dalam semua mazhab. Tetapi pengertian yang mereka kemukakan adalah hampir sama.
Puasa Ramadan mula difardukan pada bulan Syaaban pada tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, amalan puasa telah biasa dilakukan biasa di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Akan tetapi kewajipan puasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat terdahulu adalah dari segi pensyariataan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khusus difardukan puasa pada bulan Ramadan.
Ia merupakan satu rukun daripada Islam yang lima dan diketahui oleh umum. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipannya ia boleh menjadi kafir dan hendaklah disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Jika terus ingkar dan enggan bertaubat dia hendaklah dijatuhi hukuman sebagai orang yang murtad.
Hal yang demikian sekiranya dia bukan baru memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulama. Mereka yang tidak berpuasa tanpa mengingkari wajibnya ibadat tersebut dia hanya jadi fasik. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya ia berpuasa sekali pun zahirnya sahaja mengikut apa yang dinyatakan di dalam kitab al-Feqh al-Manhaji.
Berkenaan dengan rukun puasa pula iaitu menahan daripada dua syahwat, perut dan faraj. Atau menahan daripada segala perkara yang membatalkan puasa. Malikiyah dan Syafiiyah menambah dengan satu rukun yang lain iaitu niat pada waktu malam. (Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 3/1616).
Seterusnya dibincangkan fadilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa :
  • Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.
  • Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.
  • Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.
  • Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.
  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah.
  • Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
  • Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.
  • Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.
  • Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam”.
  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.
  • Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka. Justeru marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal.
Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.

Aku story.com..Nikmat Ramahan al-mubarak

Salam kepada semua,

Pertama kali saya ingin ucapkan selamat menjalani ibadat puasa ramadhan. Semoga kita semua di berkati dan di rahmati oleh Allah s.w.t. Agak lama juga saya tidak menulis di ruangan ini kerana sibuk dengan kerja harian di pejabat.
Bulan ramadhan ini memang istimewa kerana ia merupakan bulan contoh untuk semua bulan. Jika diri kita ini taqwa, redha, bersyukur, sopan santun, berbudi bahasa, baik akhlak dan segala yang baik ketika ramadhan ini maka jadikanlah contoh pada bulan-bulan yang lain. Kita bawa pengalaman ramadhan kita ini ke semua bulan-bulan yang lain.
Suasana tenang ramadhan ini kita jadikan dia platform untuk kita menilai diri dan menetapkan halatuju kita. Kita nekad untuk baiki diri dan jadikan esok lebih baik dari hari ini.
Saya sendiri bersyukur kepada Allah s.w.t kerana diberikan pengalaman-pengalaman yang sentiasa berubah dan tak pernah sama. Apa yang saya maksudkan ialah pengalaman yang Allah berikan itu tak akan sama di antara satu individu dengan individu yang lain. Itulah dia kebesaran Allah yang Maha Esa yang menguasai segala-galanya. Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita ini dari diri kita sendiri.
Walau apa pun dahulukan Allah dalam segala perkara. Saya sendiri pun sedang melatih diri saya ini untuk dahulukan Allah dalam setiap perkara. Saya juga sedang muhasabbah diri saya dan memperbaiki arah tujuan saya supaya lebih jelas dan bermakna.
Apa yang saya lalui sekarang adalah menjadi bekal untuk apa yang saya akan nik mati kemudia. Saya belajar dari Dr Robert Anthony dan juga Al Quran. “Kita datang ke dunia ini tanpa apa-apa dan akan pulang juga tanpa apa-apa. Maka bukanlah tujuan kita di dunia ini untuk mengumpul dan mencari barang2 untuk di bawa balik ke alam akhirat” . Tujuan kita ialah untuk menikmati nikmat kejadian kita yang di beri Allah “RASA” hidup iaitu rasa “KEWUJUDAN”.
Nikmat rasa yang di berikan oleh Allah itu pula di uji untuk tidak lupa asal kejadian dan tidak lupa akan siapa yang menjadikan. Di sini saya tidak bermaksud kita tidak perlu jadi kaya. Kita wajib kaya – harta, benda, akhlak yang baik dan segalanya tetapi jangan lupa TUJUAN ASAL kita. Dengan kekayaan kita mampu membantu diri kita dan juga keluarga kita untuk lebih ingat kepada Allah.
Bayangkan jika kita susah. Kita juga akan susah mengerjakan ibadat kita yang ikhlas pada Allah. Kita buat ibadat kerana nak senang dan bila senang pula malas beribadat. Itulah antara ujian Allah yang berterusan selagi kita ada hayat. Maka kita perlulah ingat Allah setiap waktu dan saat.
Terima kasih. Wassalam.

Dahlia Teck Model dari Cik Siti Wan Kembang

Macam-macam la.Terbaca kat forum cari pasal Dahlia Teck yang digossipkan ada skandal dengan Khairul Fahmi Che Mat, rupanya Dahlia ni model kelas fotografi dari negeri Kelantan baru habis SPM tahun lepas. KFCM pun dan berbaik baik semula dengan tunangnya Elia. Alhamdulillah la kalau dah berbaik semula.



Sebelum KFCM dikabarkan tertekan dan berubah sikap hingga menyebabkan tunangnya Elia tertekan jugak. Prestasi KFCM semalam agak cemerlang jugak ( dalam perlawanan menentang Singapura ) mungkin sebab dah berbaik semula dgn tunang dia.
Dahlia Teck model dari cik Siti Wan Kembang

Lagi gambar Dahlia Teck

Dalam artikel bertajuk Gambar KFC bersama Dahlia Teck? gambar Khairul berdua dgn sorang perempuan ( bukan Dahlia). Harap maklum.

Cinta Elisa Gandingan Fasha Sandha dan Botak Juvana

AKU STORY.COM..Cinta Elisa sebuah drama bakal ditayangkan di slot Lestary Tv3 , terbitan Suhan Movies ( yang pernah menerbitkan Asmara 1 dan 2). Menurut blog Suhan Post Enterprise, heroin drama ni ialah Fasha Sandha, dan hero pulak Botak pelakon Juvana atau Johan Ariff Asari. Johan baru saja menjalani casting untuk Cinta Elisa. Dengar dengar gosip Johan ni menggigil bila jumpa Fasha Sandha..haha!! macam mana tu nanti nak berlakon sama Fasha. Sape pun gabra kalau jumpa artis cun seksi cam Fasha  ni, manja lak tu..heheh!! Bertuah Botak Juvana ni ek, dapat bergandingan dengan Fasha ratu drama dan ratu air mata ni :) .

Botak Juvana sudah berambut

Sebelum ni hero bagi drama Cinta Elisa, nak ambil Shah Jazle jadi hero, tapi disebabkan Shah Jazle ada komitmen lain, maka terpaksa le Suhan cari hero lain sebagai ganti. Ambil Ady Putra pun ok gak, eemm.. kenapa tak amik Ady Putra ek..hehe!! tapi Botak pun ok le, sekarang dah bertambah peminat Botak ni.

AKU STORY.COM..Tip meningkatkan trafik

Macam-macam ada,nak belajar cara meningkatkan trafik blog?

Maksud SEO dah berlambak lambak diceritakan di blog blog pakar seo. Anda boleh cari makna sebenar SEO itu dalam BM atau BI. Bagi nak memudahkan anda paham dlm bahasa mudah,  SEO ialah apa apa keyword yang terdapat dalam sesebuah post/artikel  yg telah berjaya muncul di bahagian utama hasil enjin carian  apabila orang menaip kata kunci tersebut.  Contoh enjin carian google akan menunjukkan hasil carian yang paling tepat dengan kata kunci yang ditaip di antara banyak banyak artikel yang ditulis oleh orang lain. SEO jugak sering dikaitkan dengan trafik ke blog, dan bagaimana kita nak meningkatkan trafik ke blog dengan menggunakan SEO.
Sebagai penulis post/artikel kita perlu menggunakan secara optimum dan bijak, serta  kena dengan kata kunci yang dicari. Jika bernasib baik, artikel kita tu mungkin akan berada di muka surat pertama, kedua dan ketiga enjin carian. Trafik pun mudah masuk ke blog jika kena dengan seo yang digunakan, di muka surat pertama tu yang selalu kita nak dan idam idamkan.
Tip 1
Ketahui kata kunci/keyword dan guna secara bijak
Menulis post dan atikel dengan keyword sebanyak mungkin, hingga tak nampak keaslian menulis dan lebih nampak kita memburu trafik dari enjin carian..itu satu tindakan yang kurang bijak. Pembaca atau orang yang mencari bahan akan masuk ke website kita tapi tak jumpa apa yang dicari, pastinya mereka tak mungkin akan datang balik. Huhu. .sedih kalau jadi camtu. Jadi jangan terlalu banyak memasuk kan keyword yang tan berkaitan. Guna keyword trend untuk periksa kata kunci yang bersesuaian.
Meningkatkan page view sesebuah blog
Tip 2
Pilih Tajuk yang sesuai
Bagi blogger yang ingin menulis dengan seo dan keyword dan mahu berada di muka pertama enjin carian, boleh le ikut tip ni,( bagi yang mahu menulis secara bersantai dan blog yang personal sila abaikan tip ni :) )  Ok untuk menulis tajuk yang sesuai bagi sesebuah post atau artikel, dan memudahkan artikel anda muncul di muka surat pertama enjin carian, tajuk post haruslah tepat dan mudah difahami, bukannya panjang berjela dan berbunga bunga. Tajuk yang tak berbunga contonhya,
Cara membela ikan gapi
10 Cara memujuk lelaki merajuk
10 Cara mengatasi isteri yang membebel
5 cara meningkatkan trafik ke blog.
Ketahui asal usul TRAFIK dengan Statcounter, Getclicky dan Google Analytics
Mungkin ramai membuat atau menulis artikel sama dengan kita jika sesuatu keyword tu “panas”,  ia memang akan menjadi pilihan blogger pada ketika tu. Jadi kita mungkin boleh buat tajuk lain dari orang lain buat dan cara pendekatan yang berbeza sikit dengan orang lain. Jadi itu memberi peluang kita untuk sama sama bersaing dengan dgn blogger lain di muka surat enjin carian nanti. Tak semestinya kita letak tajuk sama dengan orang lain.
Selalu update post atau artikel di blog
Ramai pakar seo kata, selalu update blog baik untuk alexa rank dan page rank google. Ramai yang mahu blog masing masing berada di alexa rank yang baik dan mempunyai page rank google yang tinggi.  Bagi saya pulak selalu update blog tu mungkin ada benarnya, mungkin tidak.  Selalu update blog dengan artikel yang bagaimana? Kalau artikel yang tak kena dengan seo atau tak kena dengan keyword kalau selalu update pun tak mungkin membawa kesan kepada trafik atau rank. Kecuali post itu benar2 menarik dan membuatkan pembaca duduk lama  membaca dan komen artkel tu, memang bagus.  Umm..kalau nak tulis kerap dengan isi yang menarik dan hebat , diupdate hari hari..pecah kepala jugak le nak buat kan..
Tip tip merendahkan ALEXA rank blog
Ok ni lah beberapa tip tip SEO dari bukan pakar SEO hehe..hanya nak berkongsi. Jika anda ada tip lain , boleh kongsi jugak dgn saya. Selamat berblog.

Popular Posts

clik here