Salam kepada semua,
Bulan ramadhan ini memang istimewa kerana ia merupakan bulan contoh untuk semua bulan. Jika diri kita ini taqwa, redha, bersyukur, sopan santun, berbudi bahasa, baik akhlak dan segala yang baik ketika ramadhan ini maka jadikanlah contoh pada bulan-bulan yang lain. Kita bawa pengalaman ramadhan kita ini ke semua bulan-bulan yang lain.
Suasana tenang ramadhan ini kita jadikan dia platform untuk kita menilai diri dan menetapkan halatuju kita. Kita nekad untuk baiki diri dan jadikan esok lebih baik dari hari ini.
Saya sendiri bersyukur kepada Allah s.w.t kerana diberikan pengalaman-pengalaman yang sentiasa berubah dan tak pernah sama. Apa yang saya maksudkan ialah pengalaman yang Allah berikan itu tak akan sama di antara satu individu dengan individu yang lain. Itulah dia kebesaran Allah yang Maha Esa yang menguasai segala-galanya. Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita ini dari diri kita sendiri.
Walau apa pun dahulukan Allah dalam segala perkara. Saya sendiri pun sedang melatih diri saya ini untuk dahulukan Allah dalam setiap perkara. Saya juga sedang muhasabbah diri saya dan memperbaiki arah tujuan saya supaya lebih jelas dan bermakna.
Apa yang saya lalui sekarang adalah menjadi bekal untuk apa yang saya akan nik mati kemudia. Saya belajar dari Dr Robert Anthony dan juga Al Quran. “Kita datang ke dunia ini tanpa apa-apa dan akan pulang juga tanpa apa-apa. Maka bukanlah tujuan kita di dunia ini untuk mengumpul dan mencari barang2 untuk di bawa balik ke alam akhirat” . Tujuan kita ialah untuk menikmati nikmat kejadian kita yang di beri Allah “RASA” hidup iaitu rasa “KEWUJUDAN”.
Nikmat rasa yang di berikan oleh Allah itu pula di uji untuk tidak lupa asal kejadian dan tidak lupa akan siapa yang menjadikan. Di sini saya tidak bermaksud kita tidak perlu jadi kaya. Kita wajib kaya – harta, benda, akhlak yang baik dan segalanya tetapi jangan lupa TUJUAN ASAL kita. Dengan kekayaan kita mampu membantu diri kita dan juga keluarga kita untuk lebih ingat kepada Allah.
Bayangkan jika kita susah. Kita juga akan susah mengerjakan ibadat kita yang ikhlas pada Allah. Kita buat ibadat kerana nak senang dan bila senang pula malas beribadat. Itulah antara ujian Allah yang berterusan selagi kita ada hayat. Maka kita perlulah ingat Allah setiap waktu dan saat.
Terima kasih. Wassalam.