clik disini

My Blog List

clik here

Saturday 23 July 2011

30 Landskap di Negara China sangat menkjubkan!

Berikut merupakan 30 gambar landskap yang dapat dilihat dibeberapa tempat di negara China. Gambar berikut telah di retouched sedikit guna photoshop. Layan.....
































Majlis Perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina

Majlis pernikahan Noh Hujan dan Mizz Nina telah berlangsung pada 1 Julai yang lepas. iaitu sempena hari kelahiran Mizz Nina. Majlis pernikahan diadakan di kediaman rumah Mizz Nina di Ukay Height, Ampang. Dengan mas kahwin RM888.88 dan hantaran sebanyak RM11 111.11 telah diterima oleh pihak Mizz Nina.

Majlis resepsi Noh Hujan dan Mizz Nina akan diadakan pada 6 Julai ini, manakala majlis sambut menantu akan diadakan pada 15 Julai di Miri, Sarawak. Moga ikatan yang terbina ini menambahkan lagi kebahagian Noh Hujan dan Mizz Nina. Tahniah diucapkan. Credit gambar to budiey. Jom saksikan gambar pernikahan dan perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina



perkahwinan rozita che wan

 walaupun tanpa mekap yang tebal, rozita che wan nampak manis bergaya. tapi pernahkah kita melihat gambar rozita xhe wan sebelum bergelar artis? mungkin juga gambar perkahwinan nya yang lepas. sebut pasal rozita che wan, pasti ramai yang ingin tahu. maklum la, rozita che wan merupakan artis janda paling hot masa kini. jom saksikan gambar kahwin rozita che wan yang lepas.

Pertunangan Farah AF2 Dengan Ahli Perniagaan

 Terlebih dahulu, credit pada Mohd Asri Ahmad FB. Pertunangan Farah AF2 telah lama berlangsung iaitu pada 25 December yang lalu. Majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat nampak menarik. Ditambah wajah Farah AF2 yang comel.

Pengacara Rasa Halal Orient itu, yang pernah popular dengan lagu Tangisan Dalam Kerinduan nampak ayu bila mengenakan tudung. Tahniah diucapkan kepada Farah AF2 atas pertunangannya. Diharap pertunangan ini diteruskan hingga ke jinjang pelamin. Jom lihat gambar-gambar pertunangan Farah AF2








Anak Kembar Sazzy Falak Cukur Jambul

26 June lepas, Sazzy Falak dan suaminya Nazril telah mengadakan majlis cukur jambul buat anak kembarnya Iman Lily dan Tiara Rose. Hanya keluarga terdekat dan beberapa rakan mereka yang hadir untuk majlis cukur jambul itu.

Nampak semakin comel anak kembar Sazzy Falak. Tetapi susah juga nak membezakan yang mana Iman Lily dan Tiara Rose. Moga kehadiran kedua kembar ini menyerikan lagi rumah tangga Sazzy Falak dan Nazril

aaron aziz gay?

aaron aziz!!! siapa la tinggal kenal pelakon kelahiran singapura ini semakin popular di Malaysia. saban hari, pasti muncul dalam filem dan drama. disamping itu juga telah menjadi duta untuk produk L'oreal. di sebabkan kegemilangan yang dicapai, ada pula beberapa pihak yang cuba menjatuhkanya. namun aaron aziz tidak mudah melenting tanpa sebab.

aaron aziz gay?? itulah persoalan yang kerap kali di gossipkan. wal hal, aaron aziz kini memiliki sebuah keluarga yang bahagia. ekoran daripada gosip ini, aaron mencabar orang yang cuba menfitnah nya bersemuka  untuk membuktikannya. dengan itu, pihak m3 berharap penyebar golongan yang suka menfitnah ini, hentikanlah menfitnah. dengan harapan, aaron terus memeriahkan industri perfileman.

Seni Kraf Wau - Khazanah Tradisional Negara





Pengenalan

Sejarah Wau

1. Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus.
2. Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya pesawah padi.
3. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada buluh). Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dikenali sebagai ‘Layang-layang’ di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.
4. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China. Ia digunakan untuk menghantar makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit.
5. Pada masa ini, seluruh dunia meminati permainan wau. Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan sebagai tarikan pelancong.

wau bulan besar

Kategori Wau


1. Wau yang dipertandingkan untuk ketinggian
2. Wau yang dipertandingkan berdasarkan kecantikan dan kehalusan
3. Wau untuk hiasan dan replika

Pertandingan Ketinggian


1. Wau akan diterbangkan setinggi sekurang-kurangnya 500 kaki dari bumi.
2. Pihak juri pengadilan akan menilai kedudukan tegak wau semasa berada di awangan.
3. Ukuran tegak di ukur berdasarkan ketegangan tali wau.
4. Wau yang sentiasa berada dalam kedudukan menegak akan mendapat markah yang tinggi.

Pertandingan Kecantikan

1. Wau dipertandingkan berdasarkan keindahan rekaan corak pada badan wau.
2. Kreativiti dan originaliti corak akan menentukan markah yang tinggi.

Motif flora menjadi inspirasi rekaan corak

Kehalusan inilah yang menjadikan wau sebagai seni warisan negara
 
Wau Hiasan dan Replika


 
1. Ia merupakan wau untuk tujuan replika ataupun tujuan hiasan di rumah, pejabat dan sebagainya.
2. Ia juga dijadikan sebagai cenderahati.
3. Fungsi ini menjadikan wau sebagai salah satu sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan

Jenis-jenis Wau

Terdapat berbagai jenis wau di seluruh Malaysia. Disenaraikan beberapa contoh wau yang popular

Wau Bulan
Wau yang paling popular. Badan berbentuk seakan-akan bulat, manakala ekor pula berbentuk bulan sabit. Terdapat bentuk bulat (bulan penuh) di bahagian pinggang wau. Sangat popular di Kelantan.

Wau Kucing
Wau yang disukai bentuknya. Bentuk badan dan sayap sedikit bujur, ekor pula berbentuk ekor ikan. Bahagian pinggang adalah sedikit ramping.
Wau Jala Budi
Wau ini menggambarkan seekor ikan di mana ekornya adalah seperti ekor seekor ikan. Oleh sebab itu ianya dikaitkan dengan nama jala.
Wau Merak
Perbezaan hanya pada ekor iaitu kembang seperti ekor burung merak.
Wau Barat
Seiras wau bulan. Perbezaan ialah badan dan sayap lebih bujur. Kebiasaannya ekor wau lebih kecil dan leper berbanding wau bulan.

Wau payung berekor

Wau helang

Wau kenyalang

Wau puyuh
 
Wau daun

Alatan dan Bahan


1. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakan
2. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan piau raut digunakan tujuan meraut.
3. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau.
4. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau.
5. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.

Proses Penghasilan Wau
1. Memilih buluh
2. Meraut buluh
3. Membuat rangka
4. Menampal rangka
5. Membuat corak
6. Menampal corak
7. Memasang teraju

 Memilih Buluh
Buluh yang paling baik untuk membuat rangka wau ialah buluh duri dan dikeringkan. Buluh betong pula amat sesuai untuk dijadikan sebagai tulang belakang wau.

Meraut Buluh
Buluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang. Bilah-bilah buluh dilayurkan pada api sebelum dilentur.


Membuat Rangka
Buluh betung sebagai tulang belakang wau. Rangka pula daripada buluh duri. Bilah buluh perlu diseimbang. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau tersebut.

Menampal Rangka
Proses menampal rangka wau dilakukan menggunakan kertas warna. Kertas warna perlulah bersesuaian.

Membuat Corak dan Menampal Corak
Corak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian dilekatkan pada badan wau.


Memasang tali teraju
Proses terakhir membuat wau ialah memasang tali teraju. Terdapat 2 jenis tali teraju iaitu Teraju Dua dan Teraju Tiga. Selepas memasang tali teraju, proses wau ini lengkap sepenuhnya

Bahagian-bahagian Wau

Tokoh-tokoh Wau
Hashim B. Awang
Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Mula membuat wau sewaktu kanak-kanak lagi.
Beliau pernah memenangi pertandingan wau hiasan selama tiga tahun bertuut-turut. Karya wau beliau menjadi hiasan di Bangunan Suruhanjaya Malaysia di London.

Wan Su B. Wan Othman
Berasal dari Besut, Terengganu. Beliau juga merupakan seorang pengukir terkenal. Melalui kemahiran mengukir, beliau menghasilkan corak-corak wau bermotifkan bunga ukir.
 
download bahan pengajaran wau di bawah:
Seni Kraf Seni Kraf Khazanah Tradisional Wau

Popular Posts

clik here