clik disini

My Blog List

clik here

Wednesday, 20 July 2011

Preview Filem Transformers Malaysia-

MODEL robot yang digunakan d alam filem Mantera.
Filem Mantera bercorak robotik diilhamkan anak tempatan dengan kos RM5 juta KECEMERLANGAN filem animasi Upi & Ipin: Pengembaraan Bermula yang mendapat sambutan cukup baik daripada penonton, mendorong banyak pihak terus berfikiran kreatif serta inovatif untuk menghasilkan karya filem lain daripada yang lain.

Kali ini mengetengahkan filem bercorak fiksyen dan robotik. Tercetusnya idea menerbitkan filem robotik pertama di negara ini dilakukan oleh syarikat tempatan, Flare Studios Sdn Bhd (FSSB) yang sebelum ini sudah menghasilkan bidang animasi berjudul Muhammad – Utusan Terakhir. Filem berjudul Mantera itu kini sedang giat menjalani proses pasca produksi membabitkan penggunaan imej janaan komputer (CGI).

Ketua Pegawai Perhubungan Awam FSSB, Khairul Anuar Md Ariff, berkata pada awal tahun 2008, syarikat ini yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Miza Mohamad, membuat perancangan untuk menerbitkan animasi 3 dimensi (3D) setaraf filem Hollywood.
“Sejak awal memang kami merancang untuk menerbitkan filem animasi, tetapi membabitkan idea tempatan saja. FSSB sememangnya sebuah studio CGI yang menjalankan kerja-kerja praproduksi untuk filem ini sejak 2008.

“Jalan cerita diolah sendiri tenaga kerja FSSB dan sudah melalui olahan sebanyak 10 kali dan lakaran ciptaan robotik melalui saringan yang amat ketat untuk mendapatkan hasil kerja yang bermutu dan paling penting, ia adalah karya asli.
“Kerja membina model 3D menggunakan komputer giat dijalankan sepanjang 2008 dan awal 2009 membabitkan idea tempatan saja. Pada awalnya penceritaan filem ini membabitkan teknologi Mantera ini datangnya dari Jepun dan apabila kita mendapat usaha sama dengan Dubai dan Russia ideanya terus ditukar kepada negara itu,” katanya ketika ditemu bual Hip, baru-baru ini.
Mantera bermaksud Manusia Jentera atau Man Transformable Exo-Robotic Armor yang akan membabitkan dua kumpulan robotik seperti mana cerita Transformers dan Iron Man.

“Walaupun begitu, Mantera hanya menggunakan CGI sebanyak 20 peratus,” jelas Khairul Anuar.
Filem yang mengadunkan fiksyen dan karya itu diterbitkan dengan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM5 juta. Ia merangkumi pembiayaan produksi untuk penggambaran di Dubai selama sebulan dan seminggu lagi di Russia.
“Perbelanjaan untuk penggambaran di Dubai dan Russia saja sebanyak RM1.7 juta. Kos yang tinggi disebabkan penggambaran di Dubai yang lama, begitu juga ketika berada di Russia. Kos untuk jurusolek saja sebanyak RM25,000 sebulan tidak termasuk kru lain.
“Mujurlah semuanya ditanggung oleh syarikat yang berpejabat di Dubai iaitu Spacetoon International yang juga rakan kongsi kami,” katanya.
Namun, FFSB sudah membelanjakan RM3.3 juta. Jumlah itu tidak termasuk peruntukan bagi pemasaran dan promosi. Kami juga menjangkakan Keseluruhan kos menerbitkan Mantera itu nanti boleh mencecah RM5.5 juta sebelum ditayangkan tahun depan.
FSSB hanya mendapat pinjaman RM1.5 juta dari Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC).
Pembiayaan filem Mantera ini diikutkan lebih tinggi sekiranya membuat proses penyuntingan di luar negara, namun dengan kemudahan studio sendiri dan menggunakan studio Sounds Stage di FINAS, kosnya dapat dijimatkan.
Filem Mantera dibintangi lima pelakon utama dari Malaysia iaitu Tomok yang memegang watak sebagai Azman. Selain itu, watak heroinnya disandang Shiqin Kamal yang pernah membintangi Lagenda Budak Setan. Pelakon lain seperti Faezah Elai, Yank Kassim dan Jayson Lee.

Mereka bergabung dengan pemenang Ratu Cantik Dunia 2008 yang juga penyanyi popular Ukraine, Natalya Shmarenkova @ Kamaliya yang memegang watak sebagai Dr Natasha.
Empat lagi pelakon antarabangsa lain seperti Wael Al Masri (Dubai) selain Mikhail Dorojkin, Saide Dashuk-Nighmatulin dan Daria Markova semuanya dari Russia.
Percubaan guna kamera canggih
PENGGUNAAN kamera Canon 7D dalam penggambaran filem Mantera terbitan Flare Studios Sdn Bhd (FSSB) menggantikan kamera utama (red cam) adalah pembaharuan yang cuba diketengahkan dalam filem ini.
Penerbit Eksekutifnya, Azmer Shazly, berkata penggunaan kamera 7D adalah kali pertama digunakan di dalam industri perfileman tempatan dan ia dianggap sebagai satu percubaan berani, tetapi masih memperoleh kualiti yang sama.
“Penggunaan kamera ini digunakan pada sesuatu babak yang sukar untuk memasukkan kamera biasa kerana ia agak besar. Kamera 7D ini kecil dan ringan, jadi tiada masalah untuk diletakkan di mana-mana saja.
“Kami banyak menggunakan kamera ini di Russia dan Dubai kerana banyak tempat yang tidak dibenarkan melakukan penggambaran atas langkah keselamatan,” katanya.


Howdy fans! Remember when we said there are more posters coming?Well…today we have uploaded another posters and wallpapers of MANTERA movie for ya!Check this out!
This is the wallpaper that we prepared for MIPCOM event at Cannes, France.
Poster prepared for promotional purpose in Russia. From left: Mikhail Dorojkin, Kamaliya and Tomok
Menurutnya, memang pada mulanya ramai agak terkejut termasuk pelakon kerana bentuk kamera itu yang sekali pandang seperti kamera biasa untuk mengambil gambar pegun atau ‘still photo’, tetapi sebenarnya ia banyak digunakan syarikat penerbitan di Eropah.
“Saya menjaminkan kualitinya tetap sama dengan penggunaan kamera red cam yang juga kami gunakan sebagai kamera utama,” katanya berharap penggunaan kamera ini dapat digunakan produser filem tanah air sebagai langkah menjimatkan kos bagi babak tertentu.
Sinopsis
MANTERA mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan ‘Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik. Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman.








Cepat BUMI KITA untuk DIJUAL!!!!

Aku tangkap gambar ni kat area rumah AYAH aku...kat Kampar. Aku tak tahulah siapa yang buat iklan ni. Nak je aku col nombor yang ada kat situ. Mesti kaya orang ni kalau dia dapat JUAL BUMI....hehehehe.

COPYRIHGT from blogger:arena hidupku

BOGEL..Siapalah yang TERKANGKANG ni??






 Hah ada yang fikir lain lah tuh??? Hehehe...
Jangan MARAH yer...oooo...

Botak dan Cikgu Zakiah bercinta? - Drama Juvana

Drama Juvana baru jer habis kan??? Ada ke tak yang TAK TENGOK drama best nih??? Rugi kalau korang terlepas nak saksikan drama bersiri nih. Aku bagi yang TERBAIK untuk drama ni. Takpe, kalau korang terlepas aksi-aksi drama ni, korang boleh ke TONTON, korang boleh tengok drama nih secara online ok. 

Aku dapat info tentang percintaan dua watak dalam drama ni melalui GEMPAK.MY.  Watak 'Botak' yang dilakonkan oleh Johan Arrif Asari dan watak 'Cikgu Zakiah' yang dilakonkan oleh Izreen Azminda bercinta diluar set. Namun menurut GEMPAK, mungkin mereka hanya berperasaan cinta lokasi sahaja. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku kan? Tapi pendapat peribadi akulah, kalau diorang bercinta..hmmm, tak sepadan kot. Korang jangan marah pulak ok, itu cuma pendapat peribadi aku. Aku lebih suka kalau Zahiril Adzim yang melakonkan watak 'Daim' bercinta dengan Izreen...hehehehe.

Preview: Malaysia XI vs Chelsea... how to be patriotic

"Saya tidak tahu saya mahu meraikan jaringan saya tadi dengan siapa, saya keliru, saya keliru, jadi saya meraikan bersama rakan rakan seperjuangan saya" kata Safee Sali, penjaring gol tuk Malaysia menentang Liverpool petang tadi.


Sejak game lawan Arsenal sampai ke lawan Liverpool. Gelombang merah telah menjadi isu kontroversi sejak kebelakangan ini bila perlawanan membabitkan pasukan Malaysia menentang Arsenal dan Liverpool seakan-akan diadakan di Anfield dan Emirates. Puncanya ialah bila ramai penyokong-penyokong memakai jersi kelab EPL berbanding jersi tradisi kuning atau biru yang menunjukkan tanda sokongan kepada pasukan negara. Bagi gua benda ni tak patut jadi isu. Ini hanya perlawanan pertunjukan. Apa masalahnya kalau bersorak untuk keduua-dua team sedangkan memang dah pasti dua2 team adalah team kesayangan kalian. betul..

Untuk preview khas Chelsea vs Malaysia XI pada Rabu ni, Dibawah ni adalah salah satu cara bagaimana kita nak menunjukkan sokongan padu terhadap kedua-dua pasukan selain mengelak dari dibahan sebab pakai kaler "biru" instead of "kuning"

ini warna Biru (warna tradisi Chelsea)



 dan ini warna Kuning (warna tradisi Malaysia)

 

Biru + Kuning

winraarrr...
 
hahhh bila pakai baju kaler fluoroscent ni nampak la sikit kekuning-kuningan masa kat stadium nanti..sekurang-kurangnya takda laa nampak "biru" sangat Bukit Jalil khamis ni ye dok??


buat Safee Sali dan semua pemain-pemain negara, .kami sentiasa di belakang anda..begitu juga Khamis nanti jika kalian diturunkan.. jangan segan-segan nak pergi celebrate gol dekat geng2 baju "biru".. kerana no matter what colour we wear our heart beats for Malaysia... Tanah Tumpahnya Darahku

SIAPA ARTIS HOLLYWOOD TERMAHAL JIKA JADI PELACUR? - EKSKLUSIF

BAYANGKAN berapa agaknya bayaran yang diperoleh oleh selebriti-selebriti terkenal Hollywood jika mereka menjadi pelacur? Kristin Davis yang terkenal dengan gelaran 'ibu ayam Hollywood' ada senarainya. Dalam satu temu bual dengan majalah Steppin' Out, bos agensi teman sosial Wicked Models itu meletakkan harga bagi selebriti-selebriti jelita seperti Britney Spears, Katie Holmes, Angelina Jolie dan Paris Hilton jika mereka mahu memperdagangkan tubuh badan.

Katanya, bayaran buat Katie Holmes boleh mencecah AS$3,000 (RM10,438) sejam.
"Katie Holmes sangat menarik kerana dia mempunyai wajah gadis kolej Amerika. Bayaran untuk khidmatnya sebagai pelacur boleh mencecah RM8,699 hingga RM10,438 sejam," kata ibu ayam itu yang pernah ditahan polis angkara skandal pelacuran membabitkan bekas Gabenor New York, Eliot Spitzer.

Menurut Davis, Angelina Jolie akan berada di tangga pertama dalam senarainya.
"Jika Angelina Jolie menjadi pelacur dialah yang bakal menjadi nombor satu dalam senarai 'anak ayam' saya. Saya letak harganya sebanyak RM6,959 sejam tetapi anda tidak boleh melanggannya kecuali anda menempahnya selama empat jam. Ini bermakna khidmat Angelina hanya boleh diperoleh jika anda sanggup membayar secara pakej sebanyak RM27,836."

Menyentuh mengenai Britney Spears pula, ujarnya, disebabkan Britney sudah berjaya memulihkan imejnya, maka harga Britney juga mencecah RM6,959 sejam.
"Tapi semasa dia botak dulu, harganya boleh berkurangan hanya RM3,480 sejam," tegas Davis.
Menyentuh pula mengenai bekas calon naib presiden Amerika Syarikat, Sarah Palin, kata Davis, dia tidak layak untuk menjadi pelacur di bawah kelolaannya.

"Sarah Palin comel, tetapi bukan untuk pelanggan-pelanggan saya. Dia boleh bekerja untuk agensi yang mengenakan bayaran lebih murah, mungkin RM1,043 sejam," ujarnya.
Sementara Paris Hilton dan Melania Trump pula bernilai RM6,959 sejam.

Davis yang dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan bakal menerbitkan bukunya yang berjudul The Real Sex in the City: True Tales of the Manhattan Madam, yang mengandungi senarai nama ahli politik berpengaruh, selebriti, doktor, peguam dan ahli-ahli bisnes kaya yang pernah menjadi pelanggan pelacur-pelacur di bawah agensi yang dikendalikannya.

CELINA BERAKSI LUCAH DI INTERNET- ARTIS BOLLYWOOD

CELINA JAITLEY telah menimbulkan kontroversi apabila foto-fotonya dalam aksi lucah dengan pakaian dalam boleh didapati menerusi Internet.Namun, aktres jelita Bollywood itu sebaliknya mendakwa dia telah menjadi mangsa manipulasi pihak tidak bertanggungjawab.Menurutnya, dia telah membuat laporan kepada pihak berkuasa Mumbai selepas mendapati dua laman web, salah satunya yang beroperasi di peringkat antarabangsa, dikenali sebagai gizmido.com dan telah menggunakan foto dirinya bagi mempromosi produk pakaian dalam wanita.Sebuah lagi laman web yang berpusat di India mengenai filem, juga menggunakan foto Celina secara tidak sah.Menurut laporan IANS, Celina yang bercakap pada sidang media, Sabtu lepas berkata: "Apabila melihat foto dalam kedua-dua laman web tersebut, ia jelas telah dimanipulasikan. Ia menunjukkan seolah-olah saya dalam aksi penuh ghairah dan lucah. Sebenarnya wajah saya telah dicantumkan dengan tubuh orang lain.Tambahnya: "Saya telah melaporkan mengenai perkara itu kepada pihak berkuasa di Mumbai. Matlamatnya adalah untuk memastikan individu yang telah menjatuhkan reputasi saya itu dihukum."Dalam pada itu menurut laporan lagi, suspek dalam kes tersebut berkemungkinan besar seorang jurugambar yang pernah merakam foto Celina beberapa bulan. "Celina sepatutnya terbabit dalam satu sesi fotografi dengan seorang jurugambar tetapi Celina enggan meneruskan sesi fotografi tersebut. Foto-foto yang sempat dirakam tidak dikembalikan dan berkemungkinan besar dia yang terbabit memanipulasi foto-foto Celina itu," ujar jurucakap Celina, Paraq Desai.

RATU GOSSIP PANAS BOLLYWOOD BARU -

SEBELUM ini, hos selebriti dan supermodel Nina Manuel merupakan ratu gosip yang sering memburu gosip terhangat di Bollywood untuk dimuatkan menerusi program hiburan kelolaannya, After Hrs on Zee Café.MNamun selepas Nina meninggalkan program tersebut bagi melanjutkan pelajarannya di New York, Bollywood bakal mempunyai ratu gosip baru, tidak lain dan tidak bukan Amrit Maghera.Model jenama kosmetik popular di India, Lakme itu kini menggantikan tempat Nina sebagai hos After Hrs on Zee Café.Jelitawan yang dibesarkan di New York dan baru menetap di Mumbai selama setahun itu sebelum ini telah menarik perhatian ramai dalam industri modelling di India.Mengulas mengenai Amrit, pereka fesyen Arjun Khanna berkata: "Amrit seorang gadis yang sangat hebat dan memiliki banyak tenaga positif. Dia menarik dan memiliki sikap humor yang menyenangkan semua orang. "Sudah tentu kita semua merindui Nina selepas dia meninggalkan After Hrs on Zee Café, tetapi saya yakin Amrit bakal menakjubkan semua pihak nanti."Sementara supermodel dan aktor Milind Soman menegaskan: "Nina begitu mengagumkan sebagai hos After Hrs on Zee Café . "Amrit pula segar, menyeronokkan dan bijak menawan hati penonton. Dan dia juga sangat cantik."Apa pula komen Amrit sendiri? "Bukan setiap hari anda dibayar untuk berparti. Saya suka tugasan baru itu," tegasnya

Jana pendapat dengan Advertlets.com

Tertarik dengan entry Cerita Mamat mengenai Advertlets di blog beliau.
Di sini bro akan tambah sedikit info yang mungkian anda tidak tahu mengenai Advertlets.
Advertlets – http://www.advertlets.com/ merupakan salah satu syarikat pengiklanan yang memberi perluang kepada mana-mana pemilik blog atau website untuk menjana pendapatan dengan meletak iklan di blog atau website mereka.
Ramai yang tidak tahu mengenai syarikat ini,
Mungkin kerna taksub dengan syarikat pengiklanan yang selalu masuk surat khabar dan menghasilkan jutawan blogger.
Sejarah Bro Dengan Advertlets
Bro pernah menggunakan advertlets sepanjang berblog dari tahun 2006 – 2007. Dimana pada tahun 2008 akaun bro di suspen 2x kerna terjadinya fraud click.
Dan kali ini bro menggunakan perkhidmatan advertlets sebagai alternative ads kepada iklan Innity yang lebih masyuk dari Nuffnang.
Bagaimana Pendapatan Advertlets Dijana
Pendapatan advertlet agak masyuk terutama bagi blog yang tidak tinggi trafiknya tetapi tinggi pada page view.
Pendapatan di kira berdasarkan :-
  1. Jumlah iklan diview [bukan pada trafik]
  2. Setiap kali page di refresh [dianggap sebagai 1 view]
  3. Lagi banyak iklan dipasang lagi masyuk
Apa Yang Bro Boleh Katakan Mengenai Advertlets
  1. Pendapatannya lebih bersih dimana kita tidak memaksa orang lain untuk klik dengn prinsip “i klik, u klik juga”
  2. Kebebasan anda untuk menjana pendapatan dari blog/website tanpa terikat dengan mana-mana pihak [dengan erti kata lain, xperlu nak curang]
  3. Anda perlu utamakan page view dari menjana trafik semata-mata
  4. Tiada yang akan labelkan anda sebagai si gila trafik mahupun si gila earning he…23x
  5. Tidak tertekan jika blog tidak terupdate & trafik tiada [based on blogging psychology - boleh buat thesis nie he..23x]

Perempuan, short pants dan ...

Tak cukup dengan dada yang didedahkan , kini paha dan betis pula menunggu giliran untuk dipertontonkan umum.

Bila dikutuk, katanya tak uptodate dengan dunia fesyen. Memang jika dibandingkan dengan seluar jeans bundle ni, memang tak terbanding harganya jika nak dibandingkan dengan short pants yang korang beli di butik-butik yang terpilih di seluruh negara. Tapi, kurang-kurang seluar jeans bundle ni masih boleh tutup kepala lutut dari anasir-anasir jahat di sekeliling.

Memang tampak cantik dipadankan dengan baju sendat, belt warna-warni, tapi agak sakit mata bila terdetik yang  korang anak melayu yang tak berapa nak sejati berpakaian seakan-akan yuri snsd. Nur dan Siti di depan nama korang lagi menampakkan betapa jijiknya pakaian seperti itu.

Lebih-lebih lagi betis melayu, tak seputih mahupun segebu amoi-amoi yang berkeliaran di midvalley mahupun times square. Adat melayu juga tidak pernah menyokong pemakaian haram yang dicopycat dari western ni. Tidak cukupkah dengan western food yang beranak pinak di Malaysia ini, korang nak tambah dengan fesyen western pula. Jangan dibandingkan dengan mereka yang tiada pegangan agama.

Muka cantik, tak perlu makeup pun dah manis, tapi sayangnya tak pernah terfikir effek-effeknya kepada korang si pemakai. Malang tak berbau KFC , bila-bila masa boleh terjadi perkara buruk. Andaikan esok korang kemalangan, seluar buruk yang korang pakai tu sedikitpun tak dapat melindungi betis, paha korang tu. Bila dah sampai saat betis, paha korang berparut-parut, barulah terfikir nak pakai seluar panjang. Menyesal pun takde guna, tapi itu pun kalau hidup, kalau meninggal, hinanya keadaan tu.

Silapnya mak bapak korang yang terlalu open-minded, terpengaruh dengan propapaganda yahudi sampaikan anak sendiri pun tak terjaga. Berpakaian bagaikan dunia ni korang yang punya, takde siapa-siapa yang mampu halang. Yela, negara demokrasi. Semua rakyat bebas untuk berfikir dan membuat keputusan.

Perlukah untuk memakai short pants di tempat awam? Memang pada fizikalnya, tampak cantik, tapi pada batinnya, ibarat korang berbogel di depan awam. Orang yang berbogel di tempat awam ni hanya satu je, iaitu orang yang tiada akalnya.



Mata lelaki

Jika korang lelaki, dan korang ada mata, ambil masa membaca ini.

Bagi lelaki, mata ialah salah satu perkara paling susah hendak dijaga. Rosaknya hati kerana mata, tetapi terangnya hati juga kerana mata.Walaupun korang pakai contact lens warna apa sekalipun, mata tetap susah dikawal.

Maksud menjaga mata ialah bukannya menjaga mata daripada rosak dek kerana menonton televisyen 24 jam, tetapi menjaga mata daripada melihat perkara-perkara haram. Mata lelaki sememangnya boleh membunuh dirinya sendiri.

Jika berlakunya pertembungan antara lelaki dan perempuan, kebanyakan daripada lelaki, matanya akan tertumpu kepada muka dan seterusnya bahagian dada perempuan. Tetapi, ada juga jenis lelaki, melihat ke dada perempuan barulah dilihat mukanya.

Orang perempuan seringkali menyalahkan lelaki apabila dikaitkan dengan kes-kes skodeng. Perbandingan antara situasi akan sedikit sebanyak membuka mata kita. Jika korang sebagai lelaki ,sedang lepak-lepak minum kopi di warung, tiba-tiba datang 3 orang perempuan , yang sorang tu bertudung dengan jubahnya yang besar, sorang lagi, juga bertudung tetapi memakai pakaian ketat, dan sorang lagi perempuan yang tidak bertudung,memakai short pants dan berbaju singkat. Antara 3 orang perempuan ni, yang manakah mata lelaki yang lebih cenderung untuk melihat?

Jawapannya cuma ada 2 kemungkinan, di antara yang tidak bertudung dan juga yang bertudung, berpakaian ketat. Mengikut mata lelaki biasa, yang bertutup dengan jubah tu cuma akan dilihat pada rupa parasnya, itu pun untuk beberapa saat, lalu dialih pandangan ke arah perempuan yang lebih menggiurkan. Kecuali mata lelaki miang dan gila seks tahap kritikal, mereka lebih sukakan benda yang tertutup, tapi secara mudahnya, orang ini digelar sexmaniacs. Bagi lelaki normal, perkara seperti itu tidak akan berlaku kerana keinginannya hanya kepada benda yang terbuka dan diberi percuma untuk dilihat.

Tapi, tidak semua lelaki mempunyai mata seperti itu, bagi lelaki yang mantap imannya, pandangan maksiat itu boleh dihalang.

Jadi, sebagai lelaki biasa, walau kita insan yang lemah , tidaklah sempurna, tapi cubalah jaga mata kita,jangan terlalu mendambakan diri kepada nafsu dan bagi perempuan, berjaga-jagalah dengan mata lelaki.


Gabung nama

2 pasangan sejoli yang gedik , selalunya pasangan yang baru berkapel dan baru mengenal manisnya cinta itu akan membuat perkara yang sweetla sangat ini iaitu menggabungkan nama diorang.

Nama korang dah cukup cantik, si lelaki dengan Muhamad/Ahmad nya, si perempuan dengan siti/nur nya,kenapa perlu gabungan nama ni diadakan? Kononnya cinta akan lebih kuat dan bertambah kasih sayang. Sedangkan orang yang berkahwin pun takdelah sampai gabungkan nama nak bagi hubungan itu berpanjangan, tapi elok je beranak-pinak.

Cukup menyampah dengan konsep-konsep gabung nama ni. Selalunya si perempuan yang akan tergedik-gedik nak menggabungkan nama, dan si lelaki hanya menurutnya. Hasil gabungan nama yang tidak membawa maksud apa-apa pun ni menunjukkan betapa tak pentingnya konsep digabung-gabungkan nama ni.

Nama Islam yang diberi oleh mak ayah korang dah cukup cantik dan sangat bermakna. Gunakan nama itu cukupla.


Akademi Fantasia program maksiat

Rancangan Akademi Fantasia yang baru sahaja tamat baru-baru ini mempunyai ramai peminat tak kira yang kecil mahupun yang dah tua-tua bangka.

Rancangan Akademi Fantasia yang diminati dan disokong ramai ini mampu bertahan sehingga 9 musim lamanya. Kebanjiran artis-artis hasil dari rancangan-rancangan seperti ini menambahkan lagi persaingan dalam dunia maksiat negara.

Peserta-peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan yang murah harga suaranya dan juga lelaki-lelaki yang mahu popular secara segera ini mengikuti latihan demi latihan bagi bergelar sang juara suara paling sedap dan lunak didengar. Tak kira remaja-remaja mahupun yang mereka sudah beranak pinak menyertai audition untuk menjadi salah seorang pelajar di akademi yang konon-kononnya merupakan batu loncatan untuk berjaya dalam bidang seni.

Yang menghairankan, peserta-peserta program maksiat ini disokong kuat oleh keluarga mereka yang nampaknya agak cetek dari segi pemikiran dan moralnya. Bagi si suami yang dayus, mereka menyokong isteri mereka mendedahkan aurat di hadapan khalayak ramai sehingga sanggup berbelanja lebih untuk menyiapkan banner khas untuk si isteri tersayang. Kejahilannya bertambah-tambah apabila disulami dengan solat hajat mahupun sujud syukur apabila isteri mereka berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dan memperluaskan lagi aktiviti maksiat.

Bagi mereka-mereka yang mindanya sempit, melihat video-video lucahlah yang dikatakan maksiat, sedangkan di depan mata mereka, rancangan yang mereka tonton mahupun sertai adalah juga salah satu acara maksiat. Pihak-pihak yang berwajib yang kononnya menegakkan amal makruf nahi munkar hanya tahu mengetuk  pintu bilik hotel murahan sedangkan pintu masuk berbayar ke rancangan seperti ini langsung tidak dilihat, apatah lagi diketuk. Mereka sanggup menutup mata dan membiarkan program-program seperti ini bermaharajalela tanpa sebarang kawalan maksiat.

Mungkin inilah yang dikatakan pemikiran masyarakat kelas pertama, masyarakat yang boleh menerima dan menyesuaikan maksiat dalam kehidupan harian.



Apabila babi hutan berpolitik.

Bodoh dan bangangnya aku tengok sesetengah individu yang ada akalnya, tapi tidak digunakan untuk berfikir.

Bersempena dengan tamatnya Kempen Bersih 2.0, adanya berlaku kematian. Ini bukan cerita politik, ini cerita orang bodoh yang berpolitik.

Apabilah dah berlaku kematian, maka kedua-dua pihak saling bergaduh untuk mempertahankan parti masing-masing. Yang A kata B salah, yang B kata A salah. Tak kisahlah siapa yang salah, yang penting kita hormati si jenazah.

Tetapi, ada sesetengah individu yang boleh dikatakan bangang tahap babi hutan, sibuk berpolitik sehinggakan orang yang mati dipersendakan. Ucapan Innalillah digantikan dengan ucapan padan muka ko. Tidak kah si babi hutan itu sedar yang hidup mati itu di tangan Allah, kenapa perlu dikutuk hukum alam.

Bongkaknya si babi hutan jelas makin bertambah-tambah bila dinasihati oleh orang ramai. Politik seks dicampur di dalam hal ini. Mungkin korang berbeza fahaman politik,tetapi jangan disebabkan politik, mata hati   jadi buta, kepala jadi bengong.

Negara kita bebas untuk berpolitik, silakanlah. Tapi jangan sebab politik, maruah korang sebagai orang Islam tergadai. Jangan sebab politik, Islam berpecah. Jangan sebab politik, korang jadi bodoh macam si babi hutan.


Putus cinta

Putus cinta dah menjadi satu kemestian untuk pasangan yang pernah bercinta. Ibaratnya kalau tak putus, tak sah bercinta.

Nikmatnya bercinta tak dapat nak digambarkan. Tetapi apabila tiba satu tahap, kenikmatan itu makin pudar lalu terus hilang. Cinta suci dan taburan janji terus hilang dimamah mimpi.

Di saat ditinggalkan, mereka yang ditinggalkan pasti akan mengalami satu perasaan sedih dah kecewa yang teramat sangat. Walau ada yang ego untuk mengaku, berlagak gembira di hadapan rakan, tetapi jauh di sudut hatinya tersimpan satu perasaan sedih yang tidak mampu dibayangkan oleh manusia yang sedang gembira.

Zaman telah berubah, masyarakat pun dikatakan telah berubah kepada yang lebih bijak. Tetapi, jika melibatkan cinta, ianya tetap sama.

Bagi yang baru kenal erti putus cinta, mungkin akan mengalami satu saat yang susah hendak dirawat. Hidup bagaikan terumbang ambing, lagaknya sudah tiada lagi manusia lain di dunia ini. Lalu, perkara bodoh akan terlintas di dalam ruang legar kepala otak yang tidak sihat si mangsa putus cinta.

Perkara bodoh yang selalu dilakukan oleh si mangsa putus cinta :-

1) kelar-kelar tangan pastu ambil gambar letak kat facebook. takpun ambil gambar mata yang sedang menangis letak jadi profile picture.

2) update status kaw-kaw di blog mahupun facebook.

3) menangis 2 hari tanpa henti. mata dah jadi macam panda.

4) merayu-rayu kepada pasangan minta diterima balik

5) mencarut-carut menyalahkan takdir

6) ponteng sekolah, lepak di mall. kononnya release tension

7) berubah perangai. dari yang pakai mulai tudung buka tudung.dari yang tidak pernah bau rokok, terus hisap ganja. minta simpati mungkin

8) tukar selera. lebih ke arah jantina yang sama

9) balas dendam. cari orang lain untuk disakiti.

10) bunuh diri. jalan terakhir dikatakan dapat menghilangkan stress dan juga dapat menghilangkan diri dari dunia ini.

Cinta boleh membahagiakan manusia, tetapi jangan lupa, cinta juga boleh memusnahkan jika tidak tahu cara mengawalnya. Jadi, janganlah buat perkara-perkara bodoh. Menyesal tiada gunanya.


DALAM PERCINTAAN ADA KEBODOHAN.....pilih yang terbaik

Legging pilihan perempuan.

Pemakaian legging yang buruk semakin digemari oleh perempuan. Walaupun betisnya sebesar belalai ibu gajah, legging tetap menjadi pilihan.


Fesyen buruk yang diasaskan oleh ... jelas disambut baik di Malaysia. Konsep ko pakai, aku pakai mula menular di kalangan perempuan yang dahagakan perubahan pada diri.


Pada fizikalnya, ternyata legging menutup keseluruhan bahagian kaki, kononnya mencukupi syarat berfesyen, menutup aurat. Tetapi, realitinya, legging ialah satu jenis seluar yang sengaja diketatkan bagi menampakkan bentuk betis mahupun paha bagi memudahkan proses pengaliran darah dari kaki ke kepala. 


Fesyen ini pada mulanya popular sekitar tahun 90an di Amerika Syarikat yang  mana perempuan lebih menggemari untuk memakai legging berbanding jeans. Walaubagaimanapun, atas faktor perempuan yang sememangnya sukakan perubahan, fesyen ini sekali lagi dipinggarkan.


Pada tahun 2005, fesyen ini kembali dengan beberapa perubahan yang mana keketatatannya ditambah bagi meningkatkan nafsu si pemakai. Ternyata ianya mendapat sambutan di Malaysia sekalipun.


Berbezanya di Malaysia, rakyat Melayu yang sememangnya Islam azali turut sama terikut-ikut dengan fesyen yang ternyata dilarang di dalam agama. 


Kononnya, fakta menyokong yang mana pemakai legging lebih selesa dan bebas berbanding pemakaian Islam  yang besar dan menghalang perjalanan. Sekali lagi, perempuan Melayu Islam menerimanya dengan terbuka dan menyokong pendapat sekular ini. Buktinya, bersepah-sepah perempuan yang bertudung mahupun tidak mengenakan legging tanpa pakaian tambahan di tempat-tempat terbuka di seluruh negara.



Sayangkan kekasih, Jarak-jarakkan.

Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang, bertambah sayang.

Betul ke duduk renggang-renggang boleh menambahkan kasih sayang?Adakah hanya sekadar lirik lagu mahupun kata-kata pujangga. Tidak, itu memang fakta yang betul-betul terjadi. Contoh yang paling jelas ialah apabila korang duduk berjauhan dengan family di Hostel, time tu homesick bagai apa, rindukan family tersangatla, tapi bila kat rumah, rindunya hilang!

Konsep renggang-renggang atau berjauhan sama lah maksudnya yang mana membawa maksud menjarakkan diri. Jadi, secara ringkasnya, kalo korang sayangkan gf/bf korang , jarak-jarakkanlah diri. Sebab kasih sayang akan bertambah.

Tapi, hari ini, majoriti pasangan kekasih menggunakan pendekatan duduk dekat-dekat, u raba i , i raba u, itulah cinta. Adatlah kan raba meraba tu , cintanya pasal. Opss, raba meraba tak semestinya raba benda yang tersirat, benda yang tersurat seperti  berpegangan tangan pun diistilahkan meraba oleh Kamus Jangan Ignore!. Adakah betul fakta yang mengatakan raba-meraba ni akan menambahkan kasih sayang?

Ya, memang betul. Bagi pihak si perempuan, apabila tangan mereka dipegang, rasa kasih sayang tu makin bertambah kerana berlakunya ' heat transfer ' yang sudah cukup untuk menyembuhkan penyakit kanser sekalipun.

Tapi adakah sama di pihak lelaki, mungkin Ya, mungkin Tidak dan juga mungkin Ya pada peringkat awal, dan mungkin membosankan pada 2-3 tahun mendatang. Itupun kalau korang masih kekal bersama. Di saat bosan ni, perempuan-perempuan yang masih suci dari diraba akan dicari untuk diraba oleh kumpulan Laki yang bosan dengan barang-barang lama yang sudah diraba.

Jadi, kenapa pertaruhkan kasih sayang itu di tangan kekasih sedangkan suami/isteri korang yang masih suci, bersedia untuk berkongsi kasih sayang sehingga ke anak cucu. Jika di peringkat awal raba meraba sudah menjadi permainan kasih, apa istimewanya sebuah perkahwinan ? Mana manisnya perkahwinan? Adakah hanya dengan memakai baju pengantin sedondon pada hari perkahwinan sudah menjamin kebahagiaan 10 tahun mendatang?

Tanamkan prinsip di dalam diri, hanya suami/isteri aku je yang mampu bagi kebahagiaan yang suci dan juga berkekalan. Janji-janji manis Bf/Gf korang tak semestinya akan tercapai kerana takdir menentukan segala-galanya.

Kalo korang ingin berkasih sekalipun, amalkan 'sayangkan kekasih, jarak-jarakkan'. Ia akan jadi lebih manis pada saat yang mendatang.


Cerita orang bercinta.

Rata-rata orang bercinta ni memang bahagia, pergi mana-mana pun berkepit, mengalahkan orang yang dah berkahwin, pa dan ma, syg dan by, panggilan biasa di kalangan kapel-kapel yang romantik ni, tapi apabila tiba saatnya putus, ma dan pa dah takde, babi jugak dipanggilnya. Tapi tunggu lama sikit, ayat-ayat romantik si Lelaki buaya ni berjaya tambat balik hati si Perempuan yang memang dah sayang sangat kat laki ni. Babi dah bertukar jadi papa dan mama balik. Wah! Cinta .

Di awal-awal perkenalan dulu, tiap-tiap pagi sebelum solat subuh, text yang tersayang,' bangunlah sayang, bangun, nanti b pukul bru taw.' Alahai, romantiknya cik abang, ayat-ayat disusun, menambahkan lagi kemesraan pasangan bercinta. Tapi bila dah masuk bulan ke 3,4,5,6 + ..., nak dapat satu mesej punyalah susah. Yang si perempuan pulak mesej cik abangnya, tapi tu pun entah direply ke tak. Kemana hilang ayat bunga-bungat tadi? Benda dah dapat, watpe nak manis-manis mulut lagi kan. 

Cinta orang belum kahwin dengan yang dah kahwin ni memang lain sangat. Yela, dah 5tahun kenal , semua dah kenal pasangan masing-masing, apa lagi yang nak dishare selepas kahwin. Dulu sebelum kahwin, si Bininya ni macam bidadari, tapi selepas kahwin, 2 3 kali tengok dah macam biri-biri. Masa tu lah si Laki cari alasan nak cari bini baru, kononnya tak pandai jaga suami. Kalo dah nama lelaki, memang tak cukup apa yang dah ada, mesti nak lebih.

Cinta tak semestinya bersatu. Ayat ni selalu aku dengar kat mana-mana. Tapi zaman sekarang, walaupun tak bersatu, tapi dua badan boleh menjadi satu. Si lelaki buaya yang memang pandai menyusun ayat ni akan cuba mendapatkan sesuatu dari si perempuan ni. Kalau tak dapat bawah, atas pun cukup. Si perempuan ni kalau dah sayang, semua angguk je. Anggukla banyak-banyak, sebab nanti bila dah salah pancut, tak cukup kepala nak geleng.


Janji tinggal janji

Janji melayu. Ungkapan yang dikaitkan dengan orang melayu dengan janji-janjinya. Janji yang tidak pernah ditepati.

Persoalannya, adakah semua melayu itu berperangai sama sehinggakan timbulnya istilah janji melayu ini? Adakah kerana janji, bangsa kita mundur?

Itulah cerita yang diturun-temurunkan kepada kita. Memberi persepsi kepada orang ramai tentang betapa teruknya melayu itu dengan janji-janjinya. Tetapi, jika melihat kepada perspektif positif,istilah seperti ini boleh membuatkan kita lebih tercabar dan ingin membuktikan kepada orang lain yang kita bukannya seperti yang diperkatakan.

Mungkin adanya kebenaran di sebalik janji melayu ini. Hidup kita yang terlalu senang di negara kita sendiri membuatkan kita leka dan lalai daripada menunaikan janji.

Dalam hidup berkeluarga, pernahkah kita berjanji kepada mana-mana ahli keluarga tentang sesuatu perkara lalu memungkirinya? Adanya halangan dari luar yang membataskan kita untuk menunaikan janji. Sebagai contoh, berjanji dengan anak-anak untuk membawa pergi bercuti, tetapi sehingga sekarang, janji 2 tahun lepas tidak penah tercapai. Agaknya apa yang bermain di dalam fikiran anak-anak? Mungkin pada pihak kita, kita mengalami masalah kewangan, atau masalah kesihatan, tetapi anak-anak kecil normal hanya akan terbayang-bayang janji yang pernah kita ungkapkan.

Di dalam komuniti masyarakat, kehidupan bersama yang memerlukan kita untuk berkomunikasi untuk merapatkan hubungan. Pernah kah kita berjanji tetapi tidak menunaikannnya? Contohnya dalam situasi kerja yang tidak memerlukan punch card. Berapa kali kita pernah lewat ke kerja dan tidak menepati masa yang sebetulnya? Walau kita punyai alasan sekalipun, perangai kita yang buruk boleh dikatakan mencerminkan keperibadian sesuatu pihak. Kita bekerja di bawah sesuatu persatuan, ikrar kita untuk bekerja bersungguh-sungguh sudah hilang dari landasannya. Jadi, adakah ini bermakna kita ni berjanji melayu?

Janji kita yang paling utama ialah janji kepada Allah. Sejak di alam roh lagi, kita telah mempunyai satu janji dengan Allah Maha Besar yang mana janji untuk beribadah kepadaNya. Jika diberikan nyawa, akan kita sujud dan tunduk kepadaNya. Tetapi, masih adakah lagi janji itu di dalam hati kita? Atau kita hanya sekadar hidup dan meneruskan janji melayu kita? Sedangkan itu janji yang paling utama.

Hakikatnya, janji melayu itu hanyalah satu kata-kata, ianya berserah kepada kita untuk menentukan perihal janji kita sendiri.


copyright from EN.ji blog..jangan mara.......................

Popular Posts

clik here