Labels
- AgAma (21)
- AKU DAN KITA SEMUA (36)
- BICARA DAN SUDUT PANDANG (7)
- DunIA DAn tEMPATAn (40)
- HIBURAN (50)
- MACAM-MACAM ADA (63)
- PELAJAR (2)
- SENI DAN WARISAN (3)
- SUKAN (27)
- TEKNOLOGI DAN SAINS (4)
- X FILE (29)
clik disini
My Blog List
clik here
Friday, 22 July 2011
AKU STORY.COM kena hacker oleh israel
Aku pun tak menyangka kenapa blog yang biasa macam aku ni digodam oleh israel,mungkin ramai yang pelik.Aku sendiri pun pelik apabila alamat gmail aku dari google telah menunjukan pencerobohan oleh IP asing yang terus datang dari israel.Mujurlah tak ada apa-apa yang berlaku kat blog aku ni,so aku nasihatkan korang yang ada blog,facebook dan macam-macam lagi berhati-hatilah kerana dah ramai yang kena blog,facebook,email dan lain-lain digodam oleh pihak kita tidak kenali.
Labels:
AKU DAN KITA SEMUA
Carbon E7 Kereta Polis Paling Canggih Di Dunia
Kereta ini adalah Rear Wheel Drive (diatur oleh tayar belakang) bukan seperti kereta biasa yang diatur oleh tayar depan dan sangat jimat bahan bakar. E7 mempunyai 6 speed transmisi dengan kecepatan 250km/jam. Dari 0 sampai ke 100 km/jam hanya diperlukan waktu 6.5 saat.
Tempat duduk kereta ini juga direka untuk kenyamanan polis pada saat bertugas dengan menggunakan tali pinggang keledar.Kereta ini direka khas untuk polis sehingga tidak boleh diperjualbelikan untuk orang awam dan kereta ini baru akan dilepaskan pada tahun 2012. Kereta ini direka dengan kerjasama oleh 3500 polis dari 50 negeri di Amerika.
Labels:
TEKNOLOGI DAN SAINS
Koleksi Gambar Misteri Sejadah Berdiri
Haiii..banyak la pulak sejadah berdiri baru-baru ni. Kenapa dulu-dulu takde ye. Takpe lah, ada orang nak cari publisiti murahan kot. Apa-apa pun ini la antara gambar-gambar yang telah direkodkan oleh surat khabar pasal sejarah berdiri ni. Mula-mula dekat Kelantan, pastu pegi ke Pulau Pinang. Pastu pergi pulak ke Kedah, sebelum destinasi terakhirnya iaitu Pulau Pinang. Kenapa takde sejadah berdiri kat Kuala Lumpur atau Selagor eh? Fikir-fikirkan lah ye.
Kejadian di Pasir Mas Kelantan
Kejadian di Permatang Pauh, Pulau Pinang
Kejadian di Teluk Yan
Kejadian di Bukit Mertajam
Labels:
MACAM-MACAM ADA
Misteri Tangan Raksasa di Awan
Gambar misteri tangan-tangan raksasa di awan ni terjadi yang berdasarkan sumber tidak menggunakan apa-apa teknik photography mahupun photoshop. Kejadian ini bukan berlaku di Malaysia. Mungkin hanyalah ilusi kreatif normal yang dapat membayangkan awan-awan sebagai dua buah tangan raksasa. Boleh jadi je kan. Apa-apa pun, Allah Maha Kuasa terhadap semua benda. Dia yang menciptakan dan mematikan. Allah Maha Mengetahui. Apa pendapat korang?
Sumber: Moillusions
Labels:
X FILE
Misteri Pancutan Bola Api Naga Sungai Mekong
Sedang aku melayari bahtera internet, tiba-tiba aku terjumpa dengan artikel kejadian pelik di mana pada setiap bulan Oktober, bola api akan terpancut dengan sendirinya dari dasar Sungai Mekong. Pelik gak kan? Tiap-tiap tahun pulak tu kejadian ni terjadi. Maka pelbagai la andaian dibuat tentang fenomena aneh ini, dari segi tahyul, mistik, dan juga sains. Tapi apa-apa pun, bagi aku, Allah itu paling berkuasa dan Allah lah pentadbir alam ini. Tak guna lah kita untuk berdebat siapa yang betul dan siapa yang salah tentang isu ini. Yang penting kita tanya diri kita, adakah kejadian bola api ini boleh menambahkan iman kita? Aku tak nampak pun manfaatnya kepada iman aku. Tapi untuk suka-suka dan santai boleh la tapi ada batasnya. Untuk ketahui lebih lanjut, pi baca artikel Indonesia di bawah ini…
Setiap tahun, penduduk Thailand berkumpul di sepanjang sungai Mekong di provinsi Nong Khai untuk menyaksikan sebuah fenomena misteri berupa naiknya bola-bola cahaya misteri dari permukaan sungai. Para penduduk lokal menyebutnya Bung fai paya nak atau bola-bola api naga. Pada malam hari setiap awal bulan Oktober, para penduduk dan turis berdiri berjejer di pinggir sungai Mekong di propinsi Nong Khai. Mereka sedang menunggu fenomena yang disebut bola api naga.Bola api Sungai Mekong yang dilihat dalam satu kejadianTidak berapa lama kemudian, dari permukaan sungai, puluhan bola-bola cahaya berwarna merah jambu menyembur dengan indah seperti sebuah orkestra yang dipimpin oleh seorang konduktor. Semua mulai bersorak kegirangan dan bertepuk tangan dengan keras. Bola-bola cahaya tersebut menggantung di udara selama beberapa saat sebelum kemudian lenyap dalam kegelapan malam. Beberapa menit kemudian, peristiwa serupa kembali terjadi. Bola-bola api lainnya kembali terbang dari permukaan sungai yang kembali diiringi dengan teriakan sukacita.Pancutan api misteri di Sungai MekongFenomena luar biasa ini hanya muncul 1-3 hari dalam setahun tepat di akhir masa retret umat Budha Thailand yang biasanya jatuh di bulan Oktober. Bola api itu muncul begitu saja tanpa suara dan asap. Terkadang warnanya merah, merah jambu atau putih dan bisa menyembur hingga setinggi 100 meter dari permukaan sungai. Biasanya ukurannya hanya sebesar telur ayam, bergantung di udara selama beberapa menit sebelum akhirnya lenyap. Umumnya bola api ini hanya dapat terlihat pada malam hari.
Labels:
X FILE
Lingkaran Pelangi di Langit Ipoh
Subhanallah. Itu yang dapat diungkapkan. Walaupun kejadian ini sering berlaku, tapi cuma kali ni sahaja baru diwar-warkan di berita dan surat khabar. Kalau dahulu, Moscow digemparkan dengan Pintu Langit Terbuka, maka Malaysia pun tidak mahu kalah dengan kejadian anehnya. Walau ada jua kemungkinan yang gambar ini telah diphotoshopkan, tapi itu tidak menjadi masalah, yang penting, untuk aku yang sangat menghargai seni fotografi, gambar ini merupakan antara yang terbaik dan unik. Ditambah lagi dengan deruan dua buah roket/kapal terbang yang membayangi fenomena ini. Anyway, kejadian ni berlaku di Ipoh dan berlaku lebih kurang sejam. Hmmm saksikanlah/ Cantik bukan?
Sumber: Berita Harian Malaysia
Labels:
X FILE
Subhanallah. Gambar Aneh Perbatasan Dua Lautan.
Kejadian luar biasa perbatasan dua lautan yang amat jarang sekali terlihat oleh manusia. Ini bukan perkara biasa yang berlaku kat muara sungai di mana air masin dan tawar bertemu. Ini terjadi di tengah-tengah lautan di Alaska. Tetapi ini hanya merupakan salah satu dari bukti kekuasan Allah yang tak terjumlah banyaknya. Alhamdulillah kita berjaya menikmati permandangan yang amat jarang berlaku ini (walau dalam gambar pun okay la hehe). Mungkin ini yang diperkatakan dalam Al-Quran, ada pemisah antara laut-laut. Korang pernah dengar tak ayat Quran tentang pemisah lautan ini? Apa? tak pernah? Cait tu la korang ni, asyik-asyik baca novel-novel cinta je. Bersama la kita menelaah al-Quran. Korang setuju tak kalau aku cakap al-Quran merupakan kitab atau buku yang terbaik di dunia? Setuju tak? Kalo setuju, kenapa korang tak mahu menelaahnya? Apa? Korang dah khatam Al-Quran? Khatam Quran sangat berbeza dengan menelaah al-Quran. Anyway, gi la baca foto artikel kat bawah ni.
“…Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang masin) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya..” (Ar-Rahman : 19-20)
Sumber Berita: One Piece DiscoveriesI thought this merging oceans or ocean borders was the most unusual thing I saw on the Alaskan cruise in the water. These two bodies of water were merging in the middle of the Alaskan gulf and there was a foam developing only at their junction. I thought this was an example of a Halocline, which is a cline caused by a strong, vertical salinity gradient within a body of water. However, a few people have commented that a Halocline is more of a horizontal phenomenon and this is more vertically oriented.I am pretty confident that what you are seeing is a result of the melting glaciers being composed of fresh water and the ocean has a higher percentage of salt causing the two bodies of water to have different densities and therefore makes it more difficult to mix. I’m told they will eventually mix given enough time. Anyway, whatever it is, the merging oceans surely an amazing nature event.
Labels:
X FILE
Subhanallah. Batu Senyum di Celah Pergunungan
Ini merupakan kejadian alam yang luar biasa, dengan izin Allah juga. Korang boleh nampak tak batu tu tengah tersenyum kat kita? Korang tak nampak? Ada masalah mata korang ni. P/S: Sedangkan batu pun boleh senyum, inikan pula kita manusia. Senyum tu kan sedekah
Click to Enlarge :OI sometimes get a sudden curiosity and I am wondering how many “faces” are seen in landforms or in the nature like mountains, cave and rocks. Out of many faces I found, the one below is the most memorable and enjoyable to me. Why? I’m not sure whether I am in delusion or not, but I see the “face” is smiling to me! Can you see it?
Sumber: One Piece Discoveries
Labels:
MACAM-MACAM ADA
sebab-sebab-malam-lailatul-qadar-di-bulan-ramadhan-dilupakan
Ramadhan tiba lagi. Alhamdullillah aku berpeluang dan diizinkan oleh Allah SWT untuk bertemu lagi dengan Ramadhan, di mana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Kedatangan Ramadhan umpama pertemuan musafir dengan wadi (oasis) di tengah padang pasir yang kering kontang. Ramai yang hanya mengambil bekalan di tepian wadi dan terus meneruskan perjalanan tetapi akhirnya rebah kontang di pertengahan jalan. Yang beruntung orang yang menunggu dengan sabar kedatangan hujan lailatul qadar yang airnya boleh dibuat bekal selama 1000 bulan. Di sini saya ingin membuat satu petikan dari artikel tulisan Ustaz Shauqi, semoga kita semua mendapat manfaat sempena malam-malam terakhir bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.
Bilakah malam lailatul qadar? Yang paling penting, adakah kita beramal pada malam2 Ramadhan? (Sumber Gambar: Colleen)
Suatu persoalan yang amat penting iaitu, mengapakah masih ramai di antara hamba-hamba Allah yang masih memandang ringan kepada lailatul qadr. Mungkin atara sebabnya ialah:
1. Mereka mengidap penyakit lemah iman, mereka kurang jelas tentang kebesaran dan kemuliaan serta ganjaran pahala pada malam al-Qadr, sebaliknya mereka lebih nampak besar perkara-perkara materialistik yang boleh didapati dengan segera di dunia ini.
2. Selalu mengikut hawa nafsu sampai mereka tidak sudi untuk melakukan ibadat pada malam-malam sepuluh akhir Ramadhan, kerana nafsu ingin berehat, mahu menonton TV, mahu berbual-bual kosong, mahu bersama-sama bantal, tilam dan kain selimut. Ada pula yang sibuk membeli-belah untuk persiapan raya sampai terlupa ganjaran yang disediakan oleh Allah pada malam al-qadr.
3. Penyakit panjang angan-angan. Mereka berangan-angan akan hidup seratus tahun lagi yang menyebabkan mereka membiarkan malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan amal ibadat kepada Allah.
Kita mesti mengubati penyakit ini agar ia tidak menjadi semakin parah. Antara yang boleh dilakukan ialah:
1. Wajib kita menanam penuh keyakinan bahawa ganjaran pahala amal ibadat pada malam al-Qadr memang amat besar yang mesti kita berlumba-lumba mendapatkannya.
2. Hendaklah kita menanam keazaman untuk jihad melawan kehendak nafsu agar kita dapat patuh kepada seruan al-Quran, panggilan surah al-Qadr, serta kita dapat meneladani ibadat yang pernah dikerjakan oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan.
3. Kita mesti buang penyakit panjang angan-angan, dengan kita sentiasa ingat bahawa kita mungkin akan berjumpa dengan Malaikat Maut pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, kita amat perlu kepada persediaan amal ibadat sebanyak yang mungkin, lebih-lebih lagi amal ibadat pada malam al-Qadr untuk bekalan kita selepas mati.
Marilah kita sama-sama menerima bonus Allah S.W.T yang berupa nikmat Lailatul Qadr dengan penuh kesyukuran dan ikhlas hati, kita menyahut panggilan surah al-Qadr ini dengan azam untuk kita melaksanakan sebanyak-banyak ibadat pada sepuluh malam tersebut dengan kita melakukan solat fardhu berjamaah, solat sunat tarawih dan witir, membanyakkan bacaan al-Quran, mengulangi membaca surah al-Ikhlas, berzikir dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh harapan semoga kita termasuk di dalam golongan hamba-hamba Allah yang soleh.
Marilah juga kita hiasi hidup kita ini dengan memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran . Kita manfaatkan hidup kita dengan membaca, menghafal, mempelajari segala petunjuk yang terkandung di dalamnya, memahaminya serta menghayati dan mengamalkan segala ajaran yang ada di dalamnya. Semoga Allah mencurahkan kepada diri kita, anak-anak kita dan isteri kita keberkatan dan keredhaan sepanjang hayat kita di dunia dan kita mendapat kebahagian di Akhirat nanti.
Labels:
AgAma
Awan Aneh di Angkasa yang Pelik
Mungkin ramai kata apabila melihat kejadian awan yang aneh dan luar biasa ini mengatakan ini merupakan awan yang telah diphotoshopkan oleh pakar-pakar photoshop. Tapi aku katakan tidak. Kejadian awan aneh dan luar biasa seperti ini sebenarnya banyak berlaku di Eropah dan United States. Pengalaman aku dulu-dulu belajar di luar negara, selalu juga sahaja terlihat awan-awan seperti ini. Kalau tak silap aku, awan-awan aneh dan ganjil seperti ni hanya akan muncul atau berlaku apabila musim sejuk datang. Tak silap aku la. Korang masih tak caya lagi ke tentang awan ganjil di angkasa yang pelik ini? Orang kat negara-negara maju panggil awan ni sebagai “mammatus“. Aku pun taktau apa maknanya. Korang gi la baca sendiri artikel kat bawah ni tentang awan aneh di angkasa ni, Senang kan? Apa-apa pun, tiada yang mustahil bagi Allah. Allah boleh jadikan apa sahaja dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar angkasa lepas. Semoga iman kita boleh bertambah dengan melihat bukti keagungan Allah Taala. InsyaAllah.
Sumber: Reddit.com dan TreehuggerThe shapes one sees in cloud formations can be as revealing as an inkblot test which is why there’s something undeniably Freudian about calling these clouds mammatus clouds or “breast clouds.”Forming under the main body of other cloud types, mammatus clouds are pockets of air and water caught in another storm’s down draught. Mammatus are often called “supplementary clouds” as they are not clouds in their own right. They are usually paired with cumulonimbus thunderclouds and can indicate severe storms and tornados. Cumulonimbus clouds contain the ice crystals which frequently produce hail stones and torrential rain. Here in the United States, mammatus clouds are often seen during warmer months in the midwest or back east. But they can be found all over the world. Mammatus may be smooth or lumpy and may be opaque or semi-transparent. The phenomenon lasts no more than five to ten minutes.
Labels:
X FILE
Ikan Pelik dan Aneh Yang Mempunyai Gigi Manusia
Subhanallah. Maha Suci Allah. Tiada apa yang mustahil bagi Allah. Perlu diingat, ikan yang pelik dan aneh ini bukan lah dibuat-buat atau diedit oleh photoshop. Tetapi ini merupakan seekor ikan yang sangat luar biasa yang dijumpai oleh sekumpulan saintis tidak lama dahulu. Saintis pun tidak pasti jenis ikan ini dan dari keluarga mana. Kalau orang melayu, senang saje bagi depa nak namakan. Melayu kan kreatif. Panggil je ikan gigi. Takpun ikan gigi kuning. Tengok sahaja lah gigi ikan pelik lagi aneh ini, giginya sangat kuning. Lepas tu berlapis-lapis pulak tu kat dalam. Korang rasa ikan aneh dan pelik ni makan apa eh untuk hidup? Jeng jeng jeng…saja buat suspen. Apa-apa pun, perlu aku ingatkan yang kejadian ikan pelik dan aneh yang mempunyai gigi ini tidak la mustahil bagi Allah untuk menjadikannya. 70% lautan 30% daratan. Binatang kat darat pun kita tak abis jumpa, ni kan lautan yang penuh misteri? Betul tak?
Sumber Gambar: New Global Warming
Labels:
MACAM-MACAM ADA
Pasak Bumi – Misteri Gua Kristal Superman
Tergamam. Terpampan. Subhanallah. Dalam al Quran, aku tak ingat la betul-betul, tapi lebih kurang ada ayat yang berbunyi yang bumi ini diciptakan dengan disokong oleh pasak-pasak. Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua yang letaknya jauh di bawah tanah yang komposisi utamanya terdiri daripada batuan-batuan kristal gergasi. Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lagi banyak pasak-pasak akan ditemui. Kristal gergasi paling tinggi ialah 10 meter. Bayangkan saiz kristal yang belum dijumpai lagi. Gambaran ini tak ubah seperti rumah Superman dalam filem-filem mahupun cerita drama Smallville. Apa-apa pun, segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam.
Labels:
X FILE
Saintis kemuka alasan dakwa makhluk asing wujud, ganas
PERBAHASAN benar atau tidak kewujudan Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO), makhluk asing dan segala misteri berkaitan kejadian itu yang sebelum ini di tahap suam-suam kuku kembali panas dengan pengakuan pakar fizik terkemuka dunia, Stephen Hawking, bahawa makhluk asing itu berkemungkinan wujud. Mengiringi pengakuan yang mengejutkan itu ialah amaran Hawking supaya manusia seharusnya mengelak daripada kemungkinan bertembung dengan makhluk asing yang dikatakan menghuni planet lain di angkasa. Ini kerana, pertembungan sedemikian hanya mengundang padah.
PERBAHASAN benar atau tidak kewujudan Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO), makhluk asing dan segala misteri berkaitan kejadian itu yang sebelum ini di tahap suam-suam kuku kembali panas dengan pengakuan pakar fizik terkemuka dunia, Stephen Hawking, bahawa makhluk asing itu berkemungkinan wujud.
Mengiringi pengakuan yang mengejutkan itu ialah amaran Hawking supaya manusia seharusnya mengelak daripada kemungkinan bertembung dengan makhluk asing yang dikatakan menghuni planet lain di angkasa. Ini kerana, pertembungan sedemikian hanya mengundang padah. Malah, saintis yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya berkerusi roda itu dan pakar matematik, turut menyamakan kesan pertembungan itu dengan apa yang berlaku apabila Christopher Columbus menjejakkan kaki di tanah Amerika Syarikat yang kehadirannya tidak menyenangkan penduduk pribumi.
“Jika makhluk asing melawat kita, hasilnya sama ketika Columbus mendarat di Amerika, yang tidak disenangi golongan pribumi. Kita perlu meneliti diri sendiri untuk melihat bagaimana kehidupan lebih pintar mungkin berkembang menjadi sesuatu yang kita tidak mahu temui.
“Makhluk asing maju seperti itu mungkin menjadi nomad, mencari jajahan dan takluk apa saja planet yang boleh mereka sampai,” kata Hawking kepada rangkaian Discovery Channel.
Temu bual itu bagi siri ‘Into the Universe with Stephen Hawking’ disiarkan Discovery Channel di Amerika Syarikat pada Ahad lalu.
Bagi mempertahankan dakwaannya itu, Hawking turut mengaitkannya dengan teori matematiknya.
“Mengikut teori itu, bilangan angka atau nombor saja sudah cukup menjadikan pemikiran mengenai makhluk asing itu sesuatu yang rasional. Namun, cabaran sebenar ialah apa sebenarnya makhluk asing itu,” katanya yang menyifatkan konsep kewujudan kehidupan asing di tempat lain di alam semesta ini boleh diterima.
Kenyataan Hawking itu, bagaimanapun mengundang reaksi berbeza dengan sebahagian saintis menyangkal pandangan itu secara terbuka, mengkritik ramalan pesimis itu mengenai pertembungan dengan makhluk asing. Sementara beberapa penyelidik lain berdiri teguh di belakangnya, malah memberikan ramalan hampir sama.
Pakar fizik Universiti Manchester, Britain, Profesor Brian Cox, yang menyifatkan bukti bahawa kemungkinan wujudnya hidupan di Planet Marikh semakin nyata.
“Kita cuma akan pasti apabila kapal angkasa baru dilancarkan ke bulan Zuhal dan Marikh dalam dekad akan datang,” katanya.
Hakikatnya, usaha menjejaki makhluk asing dan UFO ini dibuat sejak beberapa dekad lalu. Malah pelbagai cara dilakukan bagi menjejaki asal usul, bentuk, komunikasi dan tamadun yang mungkin wujud itu, termasuk menerusi gelombang radio. Banyak sudah rakaman dan cakera yang turut diletakkan di angkasa lepas selain teleskop radio yang menghantar pelbagai kod misteri.
Saintis organisasi seperti Search For Extra-Terrestrial Intelligence atau SETI, pula berharap hubungan dapat dimulakan dalam masa terdekat. Malah salah satu projek SETI pada 1977, mencatat kejayaan penyelidik Universiti Ohio, Dr Jerry R Ehman, mengesan isyarat 72 saat dalam bentuk kod himpunan angka dan abjad yang dikatakan berasal dari sumber makhluk asing.
Pengarah dokumentari dan filem kreatif, Jose Escamilla, yang menyertai barisan saksi UFO paling terkenal berikutan siri video yang dirakamkan daripada tahun 1994 hingga 1998, percaya tidak ramai makhluk asing yang suka bertindak ganas.
“Berdasarkan pengalaman sendiri merakamkan UFO di siang hari di Roswell, saya boleh nyatakan dengan jelas bahawa seperti juga banyak jenis manusia di kalangan kita, kemungkinan juga sudah ada banyak jenis makhluk asing di kalangan kita. Tiada alasan untuk berasakan yang kita belum dilawati atau mereka tidak membuat hubungan dengan kita. Seperti manusia juga, ada yang jahat, begitu juga dengan makhluk asing. Tiada bezanya,” kata Escamilla.
Namun, pakar fizik juga mahir dalam soal UFO, Dr Steven Greer, mempertikaikan kenyataan Hawking yang dianggapnya menambah kebimbangan dan takut terhadap apa yang digelar makhluk asing.
“Sebagai saintis, dia sepatutnya lebih tahu. Jika makhluk asing berniat jahat, ia sudah jelas sejak kita meletupkan bom atom pertama pada tahun 1945 tetapi sehingga hari ini, bumi belum pernah diceroboh, diserang atau dijajah,” katanya.
Persoalannya, apakah ada rasional di sebalik pandangan negatif Hawking bahawa makhluk asing ini memberi ancaman dan lebih maju daripada peradaban manusia hari ini?
Pengurus laman web Cosmic Conspiracies, Dave Cosnette, yang melabelkan laman itu sebagai Pangkalan Data UFO Terbesar Eropah, mendakwa ia mencatatkan penemuan dan analisis perspektif kepada bukti pertembungan makhluk asing di seluruh dunia.
“Saya sependapat Hawking bahawa makhluk asing mungkin spesis yang memberi ancaman dan mungkin lebih maju daripada kita. Malah dalam banyak keadaan, manusia yang berhubungan dengan makhluk asing dicederakan. Saya teringat satu kes di Brazil yang mana seorang mangsa dibunuh dengan kejam, kulitnya dilapah dan beberapa bahagian tubuhnya dikeluarkan menggunakan laser,” katanya.
Cosnette juga berpendapat, kepelbagaian kehidupan makhluk asing mungkin sudah cukup untuk mereka mewujudkan pelbagai jenis personaliti.
“Dalam kajian setakat ini, saya menyiasat lebih 60 spesis makhluk asing berbeza. Ia cuma sedikit dan sukar dibayangkan kebanyakannya lebih sukakan permusuhan di bumi,” katanya.
Sejarawan di Universiti Temple, David M Jacobs, yang dikenali sebagai pakar UFO paling unggul di dunia turut bersetuju sepenuhnya dengan Hawking.
“Berhubung dengan makhluk asing tidak digalakkan dan perlu dielakkan sama sekali. Semua yang saya lihat sepanjang karier saya membuatkan saya berani merumuskan pertembungan manusia dengan makhluk asing boleh membawa bencana kepada kita semua,” katanya.
Jacobs berkata, penilaian negatif mengenai hubungan manusia dan makhluk asing berdasarkan penyelidikannya mengenai beratus-ratus kisah penculikan.
“Saya sebenarnya berterima kasih kerana Hawkings mengembalikan semula minat dan perhatian kepada subjek itu dan tiada apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan pertembungan dengan makhluk asing selagi komuniti saintifik berasakan ia mengarut,” katanya.
'Roswell bukti kewujudan'
Berbicara mengenai kisah makhluk asing dan UFO, tidak sah rasanya tanpa mengaitkan kejadian di Roswell, New Mexico, pada Julai 1947. Kemalangan membabitkan sebuah UFO tetapi tidak ramai mengetahui maklumat terperinci mengenainya biarpun ia menjadi bukti kukuh kepada pemburu UFO untuk meyakinkan dunia makhluk asing memang wujud.
Dalam kejadian itu, W W Brazel, keluar awal untuk memeriksa ternakannya selepas semalaman dilanda ribut petir. Dia menemui banyak serpihan luar biasa berselerak di ladangnya. Brazel mengambil sebahagian serpihan itu, menunjukkan ia kepada rakan-rakan dan jirannya. Seterusnya dia menghubungi pegawai polis George Wilcox.
Mengesyaki serpihan yang ditemui Brazel mungkin mempunyai kaitan dengan operasi polis, Wilcox memberitahu pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tentera Roswell untuk mendapatkan bantuan.
Pada 8 Julai, akhbar Roswell Daily Record menyiarkan berita mengenai bangkai UFO yang ditemui di sebuah ladang di kawasan berkenaan. Apabila ditanya, Mejar Jesse Marcel, yang terbabit dalam penemuan itu memberitahu bangkai itu sudah dipindahkan dari New Mexico ke ibu pejabat.
Komander ke-59 Unit Bom, Kolonel William Blanchard, membuat kenyataan akhbar menyatakan bangkai UFO yang terhempas itu sudah ditemui. Sementara itu, Pusat Pengebumian Ballard mempunyai kontrak menyediakan ambulans dan khidmat pengebumian untuk tentera di Roswell. Glenn Dennis, yang bekerja dengan pusat itu, menerima beberapa panggilan telefon daripada pegawainya sejurus sebelum mengetahui berita penemuan bangkai pesawat.
Dennis ditanya mengenai keranda kecil dan cadangannya untuk mengawet mayat yang sudah terdedah selama beberapa hari. Semua itu menimbulkan tanda tanya kepada Dennis yang kemudian melawat hospital dan diiringi memasuki bangunan itu. Persoalan itu mendorongnya mengatur pertemuan dengan seorang jururawat yang ada ketika bedah siasat diadakan ke atas beberapa ‘mayat bukan manusia.’
Dennis turut menyimpan lakaran makhluk asing dilukis jururawat berkenaan di atas kain pengalas ketika pertemuan mereka. Pertemuan itu adalah yang terakhir bagi kedua-duanya dan Dennis untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai mayat makhluk asing itu manakala jururawat berkenaan dipindahkan segera ke England dalam masa beberapa hari.
Pada 9 Julai, Roswell Daily Record melaporkan bangkai pesawat itu ditemui di Ladang J B Foster. Beberapa hari berikutnya, semua bukti kemalangan itu dipindahkan segera atau tiba-tiba hilang dari muka bumi yang mencetuskan curiga bahawa ia rahsia kerajaan yang berusaha menyembunyikannya. Beberapa tahun selepas itu, buku, temubual dan artikel daripada beberapa kakitangan tentera, yang terbabit dalam insiden berkenaan, cuma menambah kecurigaan mengenai usaha kerajaan itu.
Pada tahun 1979, Jesse Marcel yang ditemubual mengenai peranannya dalam pencarian bangkai pesawat, berkata: “Bangkai (UFO) itu tidak terbakar. Ia diperbuat daripada bahan yang ringan, amat nipis dan tidak boleh bengkok. Kami cuba membengkokkan ia dengan penukul tetapi gagal.”
INFO: UFO dan makhluk asing
Objek terbang yang tidak dikenali berlaku hampir di seluruh dunia. Saksi yang melihatnya mengenal pasti objek itu berupa piring terbang dan kapal angkasa dengan pelbagai reka bentuk, malah ada yang mendakwa terserempak dengan makhluk asing.
Ada pihak berpendapat sebahagian besar kejadian UFO adalah satu imaginasi seperti diakui pakar Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) yang menghentikan penyelidikan pada 1993 kerana menganggap 90 peratus kejadian UFO tidak benar.
Pada 2008, NASA memainkan lagu Beatles, ‘Across the Universe’ ke ruang angkasa lepas bagi menghantar mesej damai kepada mana-mana makhluk asing yang berada di wilayah Polaris, juga dikenali sebagai North Star.
Amerika mendapati Pioneer 10 dan 11 yang dilancarkan pada 1972 dan 1973 membawa plak seorang lelaki berbogel dan wanita serta simbol mengenai kedudukan bumi dan matahari.
PERBAHASAN benar atau tidak kewujudan Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO), makhluk asing dan segala misteri berkaitan kejadian itu yang sebelum ini di tahap suam-suam kuku kembali panas dengan pengakuan pakar fizik terkemuka dunia, Stephen Hawking, bahawa makhluk asing itu berkemungkinan wujud.
“Jika makhluk asing melawat kita, hasilnya sama ketika Columbus mendarat di Amerika, yang tidak disenangi golongan pribumi. Kita perlu meneliti diri sendiri untuk melihat bagaimana kehidupan lebih pintar mungkin berkembang menjadi sesuatu yang kita tidak mahu temui.
“Makhluk asing maju seperti itu mungkin menjadi nomad, mencari jajahan dan takluk apa saja planet yang boleh mereka sampai,” kata Hawking kepada rangkaian Discovery Channel.
Temu bual itu bagi siri ‘Into the Universe with Stephen Hawking’ disiarkan Discovery Channel di Amerika Syarikat pada Ahad lalu.
Bagi mempertahankan dakwaannya itu, Hawking turut mengaitkannya dengan teori matematiknya.
“Mengikut teori itu, bilangan angka atau nombor saja sudah cukup menjadikan pemikiran mengenai makhluk asing itu sesuatu yang rasional. Namun, cabaran sebenar ialah apa sebenarnya makhluk asing itu,” katanya yang menyifatkan konsep kewujudan kehidupan asing di tempat lain di alam semesta ini boleh diterima.
Kenyataan Hawking itu, bagaimanapun mengundang reaksi berbeza dengan sebahagian saintis menyangkal pandangan itu secara terbuka, mengkritik ramalan pesimis itu mengenai pertembungan dengan makhluk asing. Sementara beberapa penyelidik lain berdiri teguh di belakangnya, malah memberikan ramalan hampir sama.
Pakar fizik Universiti Manchester, Britain, Profesor Brian Cox, yang menyifatkan bukti bahawa kemungkinan wujudnya hidupan di Planet Marikh semakin nyata.
“Kita cuma akan pasti apabila kapal angkasa baru dilancarkan ke bulan Zuhal dan Marikh dalam dekad akan datang,” katanya.
Hakikatnya, usaha menjejaki makhluk asing dan UFO ini dibuat sejak beberapa dekad lalu. Malah pelbagai cara dilakukan bagi menjejaki asal usul, bentuk, komunikasi dan tamadun yang mungkin wujud itu, termasuk menerusi gelombang radio. Banyak sudah rakaman dan cakera yang turut diletakkan di angkasa lepas selain teleskop radio yang menghantar pelbagai kod misteri.
Saintis organisasi seperti Search For Extra-Terrestrial Intelligence atau SETI, pula berharap hubungan dapat dimulakan dalam masa terdekat. Malah salah satu projek SETI pada 1977, mencatat kejayaan penyelidik Universiti Ohio, Dr Jerry R Ehman, mengesan isyarat 72 saat dalam bentuk kod himpunan angka dan abjad yang dikatakan berasal dari sumber makhluk asing.
Pengarah dokumentari dan filem kreatif, Jose Escamilla, yang menyertai barisan saksi UFO paling terkenal berikutan siri video yang dirakamkan daripada tahun 1994 hingga 1998, percaya tidak ramai makhluk asing yang suka bertindak ganas.
“Berdasarkan pengalaman sendiri merakamkan UFO di siang hari di Roswell, saya boleh nyatakan dengan jelas bahawa seperti juga banyak jenis manusia di kalangan kita, kemungkinan juga sudah ada banyak jenis makhluk asing di kalangan kita. Tiada alasan untuk berasakan yang kita belum dilawati atau mereka tidak membuat hubungan dengan kita. Seperti manusia juga, ada yang jahat, begitu juga dengan makhluk asing. Tiada bezanya,” kata Escamilla.
Namun, pakar fizik juga mahir dalam soal UFO, Dr Steven Greer, mempertikaikan kenyataan Hawking yang dianggapnya menambah kebimbangan dan takut terhadap apa yang digelar makhluk asing.
“Sebagai saintis, dia sepatutnya lebih tahu. Jika makhluk asing berniat jahat, ia sudah jelas sejak kita meletupkan bom atom pertama pada tahun 1945 tetapi sehingga hari ini, bumi belum pernah diceroboh, diserang atau dijajah,” katanya.
Persoalannya, apakah ada rasional di sebalik pandangan negatif Hawking bahawa makhluk asing ini memberi ancaman dan lebih maju daripada peradaban manusia hari ini?
Pengurus laman web Cosmic Conspiracies, Dave Cosnette, yang melabelkan laman itu sebagai Pangkalan Data UFO Terbesar Eropah, mendakwa ia mencatatkan penemuan dan analisis perspektif kepada bukti pertembungan makhluk asing di seluruh dunia.
“Saya sependapat Hawking bahawa makhluk asing mungkin spesis yang memberi ancaman dan mungkin lebih maju daripada kita. Malah dalam banyak keadaan, manusia yang berhubungan dengan makhluk asing dicederakan. Saya teringat satu kes di Brazil yang mana seorang mangsa dibunuh dengan kejam, kulitnya dilapah dan beberapa bahagian tubuhnya dikeluarkan menggunakan laser,” katanya.
Cosnette juga berpendapat, kepelbagaian kehidupan makhluk asing mungkin sudah cukup untuk mereka mewujudkan pelbagai jenis personaliti.
“Dalam kajian setakat ini, saya menyiasat lebih 60 spesis makhluk asing berbeza. Ia cuma sedikit dan sukar dibayangkan kebanyakannya lebih sukakan permusuhan di bumi,” katanya.
Sejarawan di Universiti Temple, David M Jacobs, yang dikenali sebagai pakar UFO paling unggul di dunia turut bersetuju sepenuhnya dengan Hawking.
“Berhubung dengan makhluk asing tidak digalakkan dan perlu dielakkan sama sekali. Semua yang saya lihat sepanjang karier saya membuatkan saya berani merumuskan pertembungan manusia dengan makhluk asing boleh membawa bencana kepada kita semua,” katanya.
Jacobs berkata, penilaian negatif mengenai hubungan manusia dan makhluk asing berdasarkan penyelidikannya mengenai beratus-ratus kisah penculikan.
“Saya sebenarnya berterima kasih kerana Hawkings mengembalikan semula minat dan perhatian kepada subjek itu dan tiada apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan pertembungan dengan makhluk asing selagi komuniti saintifik berasakan ia mengarut,” katanya.
'Roswell bukti kewujudan'
Berbicara mengenai kisah makhluk asing dan UFO, tidak sah rasanya tanpa mengaitkan kejadian di Roswell, New Mexico, pada Julai 1947. Kemalangan membabitkan sebuah UFO tetapi tidak ramai mengetahui maklumat terperinci mengenainya biarpun ia menjadi bukti kukuh kepada pemburu UFO untuk meyakinkan dunia makhluk asing memang wujud.
Dalam kejadian itu, W W Brazel, keluar awal untuk memeriksa ternakannya selepas semalaman dilanda ribut petir. Dia menemui banyak serpihan luar biasa berselerak di ladangnya. Brazel mengambil sebahagian serpihan itu, menunjukkan ia kepada rakan-rakan dan jirannya. Seterusnya dia menghubungi pegawai polis George Wilcox.
Mengesyaki serpihan yang ditemui Brazel mungkin mempunyai kaitan dengan operasi polis, Wilcox memberitahu pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tentera Roswell untuk mendapatkan bantuan.
Pada 8 Julai, akhbar Roswell Daily Record menyiarkan berita mengenai bangkai UFO yang ditemui di sebuah ladang di kawasan berkenaan. Apabila ditanya, Mejar Jesse Marcel, yang terbabit dalam penemuan itu memberitahu bangkai itu sudah dipindahkan dari New Mexico ke ibu pejabat.
Komander ke-59 Unit Bom, Kolonel William Blanchard, membuat kenyataan akhbar menyatakan bangkai UFO yang terhempas itu sudah ditemui. Sementara itu, Pusat Pengebumian Ballard mempunyai kontrak menyediakan ambulans dan khidmat pengebumian untuk tentera di Roswell. Glenn Dennis, yang bekerja dengan pusat itu, menerima beberapa panggilan telefon daripada pegawainya sejurus sebelum mengetahui berita penemuan bangkai pesawat.
Dennis ditanya mengenai keranda kecil dan cadangannya untuk mengawet mayat yang sudah terdedah selama beberapa hari. Semua itu menimbulkan tanda tanya kepada Dennis yang kemudian melawat hospital dan diiringi memasuki bangunan itu. Persoalan itu mendorongnya mengatur pertemuan dengan seorang jururawat yang ada ketika bedah siasat diadakan ke atas beberapa ‘mayat bukan manusia.’
Dennis turut menyimpan lakaran makhluk asing dilukis jururawat berkenaan di atas kain pengalas ketika pertemuan mereka. Pertemuan itu adalah yang terakhir bagi kedua-duanya dan Dennis untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai mayat makhluk asing itu manakala jururawat berkenaan dipindahkan segera ke England dalam masa beberapa hari.
Pada 9 Julai, Roswell Daily Record melaporkan bangkai pesawat itu ditemui di Ladang J B Foster. Beberapa hari berikutnya, semua bukti kemalangan itu dipindahkan segera atau tiba-tiba hilang dari muka bumi yang mencetuskan curiga bahawa ia rahsia kerajaan yang berusaha menyembunyikannya. Beberapa tahun selepas itu, buku, temubual dan artikel daripada beberapa kakitangan tentera, yang terbabit dalam insiden berkenaan, cuma menambah kecurigaan mengenai usaha kerajaan itu.
Pada tahun 1979, Jesse Marcel yang ditemubual mengenai peranannya dalam pencarian bangkai pesawat, berkata: “Bangkai (UFO) itu tidak terbakar. Ia diperbuat daripada bahan yang ringan, amat nipis dan tidak boleh bengkok. Kami cuba membengkokkan ia dengan penukul tetapi gagal.”
INFO: UFO dan makhluk asing
Labels:
X FILE
Mayat Makhluk Asing Ditemui Di Salji Siberia
Tidak lama dahulu, lebih kurang sebulan yang lepas, kecoh satu dunia dengan keluarnya satu video youtube yang menunjukkan mayat seekor (ke seorang haha kompius aku) makhluk asing terdampar di sebalik putih salji. Video itu difahamkan diambil di wilayah Siberia di Rusia. Tapi aku hairan la, kenapa kalau orang jumpa makhluk asing mesti dalam keadaan bogel. Tak bertamadun ke kaum makhluk asing tu? Kan makhluk asing telah mencapai teknologi hebat dengan UFO, yang boleh bergerak selaju cahaya, takkan baju sepasang pun tak mampu nak buat? Aku bersangka baik, baju dia terbakar kot masa terhempas tu hehe. Tapi yang pasti, samada makhluk asing ni wujud ke tak, ko tanya la diri sendiri. Atau kalau ko takde jawapan, ko pergi baca al-Quran sekarang. Kan Nabi Isa diangkat ke langit: “…Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..” (An Nisaa’:158).
Baginda Nabi Isa dan “tentera-tenteranya” insyaAllah akan turun ke Bumi di akhir zaman untuk memerangi Dajjal. Sila lihat hadis soheh ini. “Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit), apabila kamu telah melihatnya,maka ketahuilah; bahwa ia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang, berkulit putih kemerah-merahan. Ia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah,kepalanya seakan-akan meneteskan air walaupun ia tidak basah” (HR Abu Dawud).
Sekelompok dari ummatku akan tetap berperang dalam dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat, sehingga turunlah Isa Ibn Maryam, maka berkatalah pemimpin mereka (Al Mahdi): “Kemarilah dan imamilah shalat kami”. Ia menjawab; “Tidak, sesungguhnya sebagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada ummat ini (ummat Islam)” (HR Muslim & Ahmad).
“Tiba-tiba Isa sudah berada diantara mereka dan berkumandangkanlah solat, maka dikatakan kepadanya, majulah kamu (menjadi imam solat) wahai roh Allah.” Ia menjawab: “Hendaklah yang maju itu pemimpin kamu dan hendaklah dia yang mengimami solat kamu” (HR Muslim & Ahmad).
Ggambar makluk asing ditemui di siberia
UNTUK MELIHAT VIDEO SEARCH KAT UTUBE.
Labels:
X FILE
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
AKU STORY.COM..GAMBAR AWEK MELAYU TERLAMPAU Ahahahahahaha.... Blueekkkk!!!!!
-
Ujang, masih belajar dalam darjah 2. Ayah ibunya sudah bercerai 4 bulan yang lalu. Ketika Ujang pulang dari sekolah, dia melintasi bilik tid...
-
Pilihlah pakaian yang sesuai ketika mandi. Jangan sampai mengaibkan diri sendiri dan maruah kaum wanita
-
Menutup aurat itu wajib bagi setiap muslim yang beriman. Dan mereka yang beriman ini, termasuk dalam golongan-golongan yang beruntung di...
-
AKU STORY nak cerita.. Anda kenal siapa Adira Hilucy? ...mungkin ramai yang tidak kenal bukan?Adira Hilucy telah telah menhangatkan alam ma...
-
Akhirnya gambar anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine diperkenalkan juga kepada umum, Anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine yan...
-
Siapa tidak kenal dengan penyanyi dan personaliti TV, Hannah Tan, anak kelahiran Penang. Bukan setakat penyanyi dan personaliti TV sahaja ...
-
salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menarik perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, d...
-
Beberapa blogger telah mempersoalkan tanda merah yang terdapat didada Marsha baru-baru ini, Tanda merah itu dikatakan seakan-akan tanda lo...
-
- NASA yang anda telah kenali selama lebih dari 50 tahun, telah berbohong kepada anda. Pernipuan yang dilakukan bertajuk "Misi Gelap...