clik disini

My Blog List

clik here

Friday 22 July 2011

TANGAN-TANGAN DI SEBALIK BERSIH

Assalamualaikum.
Kepada semua sahabat-sahabat, anda boleh membaca sedikit beberapa research saya tentang TANGAN-TANGAN di sebalik BERSIH.

Beberapa kesimpulan yang saya boleh buat hasil dari pencarian saya ini,
1. BERSIH adalah hasil dari perancangan National Democratic Institute (NDI)

2. NDI pula adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika untuk promote democracy di seluruh dunia.

3. Program NDI dibiayai oleh National Endowment for democracy (NED) iaitu sebuah organisasi yang akan menyalurkan dana kpd NDI untuk promote democracy di seluruh dunia.

4. Dana NED disediakan oleh Kongres Amerika.

5. Mengikut apa yang tercatat di dalam website NDI, NDI telah membuat banyak program bersama parti2 politik di Malaysia sejak tahun 2004. Antaranya bengkel2 untuk melatih ahli politik dan aktivitis pejuang demokrasi.

6. Di dalam website NED pula, tercatat dana-dana yang disalurkan oleh NED kepada beberapa pertubuhan dan syarikat di Malaysia untuk promote demoracy di Malaysia antaranya
a. International Republican institute (IRI) – USD400,000
b. Mkini DotCom Sdn Bhd (Malaysiakini) – USD100,000
c. National Demoractic Institute (NDI) – USD 322,500
d. Suara inisiatif Sdn Bhd (SUARAM) – USD85,000

7. Jelas dari hasil pencarian ini, BERSIH merupakan satu usaha Amerika yang kita ketahui merupakan PROXY Illuminati Yahudi yang ingin merosakkan negara-negara Islam.

8. Jika kita selidiki apa yang berlaku di Mesir, Libya dan Bahrain, kesemua perusuh melaungkan slogan yang sama iaitu, “DEMOKRASI”.

9. Antara Slogan lain mereka ialah, MEMPERJUANGKAN KEBEBASAN… sama ada kebebasan bersuara, kebebasan media, dan lain-lain. Sedangkan di dalam Islam, walaupun Islam adalah agama yang bersifat terbuka dan telus, tetapi Islam mempunyai garis panduan dan disiplin-disiplin dalam menyuarakan pendapat.

10. Wallahua’lam, semoga kaum muslimin dan kesemua rakyat malaysia melihat hal ini dengan lebih serius, semoga kita tidak menjadi orang yang menjadi boneka dan barang mainan Yahudi dan Nasrani yang tidak sudah-sudah ingin memecah belahkan kaum muslimin.

11. Kepada kaum muslimin sekalian, renungilah firman Allah swt yg bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”
(Surah Al-Baqarah: 120)
12. renungkan juga sabdaan Nabi Muhammad sallallahua’laihiwasalam yang bermaksud:

“Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian pasti kalian akan mengikuti mereka.”
Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka.”
(Hadis Riwayat Muslim – Sahih)
13. Dan kepada kaum muslimin yang berselisih pendapat tentang hukum demonstrasi, maka renungkanlah firman Allah yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
(Surah An Nisa: 59)

14. Maka sekiranya kita ikhlas beragama dengan agama Allah ini, maka kita tidak akan menjadikan para musuh agama ini sebagai ikutan kita. Kita sentiasa akan berkiblatkan Al-Quran dan Sunnah apabila kita berselisih dalam sesuatu perkara.
15. Disebutkan di dalam Quran, Allah berfirman yg bermaksud:
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (Surah An-Nisa : 60-61)
16. Wahai saudaraku, telah banyak hadis Nabi Muhammad sallahua’laihiwasalam yang sahih telah dicatatkan di dalam kitab-kitab Hadis tentang kaedah bermuamalah dengan pemerintah. Tetapi ada di kalangan kita yang mengenetepi hadis tersebut dan mendahulukan akalnya berbanding dalil dari Quran dan Sunnah.
17. Untuk itu saya tujukan sebuah ayat Quran kepada kita semua, sekiranya kita meninggalkan saranan Allah dan Rasul yang telah jelas di hadapan kita, lalu kita mengikuti hawa nafsu kita dan berkiblatkan para toghut, maka pasti Allah akan memberi kelemahan kepada kita, seperti difirmankan oleh Allah yg bermaksud:
Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”
(Surah Al-Baqarah: 120)


Wallahua’lam.
Semoga bermanfaat untuk anda sekalian.
Sesungguhnya agama itu adalah nasihat, dan insyaAllah, kita saling nasihat-menasihati antara sesama kita kaum muslimin supaya tidak terjerumus kepada perangkap musuh-musuh kita.

Semoga Allah menghindarkan kita sekalian daripada fitnah yang berlaku seperti di negara-negara Islam lain. Yang mana, Yang Menang Jadi Arang, Yang Kalah Jadi Abu. Akhirnya kita kaum muslimin yang lemah. Musuh2 Islam pula yang bertepuk tangan melihat keadaan kita.

Saya juga berdoa kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita, kerana disebabkan kelalaian kita untuk menyampaikan dakwah dari Quran dan Sunnah, dan disebabkan kita selalu mengikuti hawa nafsu kita, maka lahirlah suasana yang tidak harmoni di dalam masyarakat kita. Dan inilah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Allah, kerosakan yg ada di atas muka bumi ini adalah disebabkan tangan-tangan manusia itu sendiri.

Ampunkan kami ya Allah, hanya doa, kesabaran dan istighfarlah yang menjadi perisai bagi kami untuk menghadapi ujian ini. Amin.

Popular Posts

clik here