clik disini

My Blog List

clik here

Saturday 16 July 2011

diA DAh lUPA tAPI Aku taK

Hari ni dah genap 3bulan aku berpisah dengan dia setelah hampir 3tahun bercinta,dalam hati aku memang aku rasa sedih sangat sebab tu aku sukar untuk melupakanya.Kepahitan yang terpaksa aku telan ialah apabila si dia,hari itu aku rasakan hidup aku seolah-olah telah hancur buat selama-lamanya.Namun aku tetap gagahi jua untuk meneruskan hidup tanpa dia,kini walaupun sendiri aku bersyukur masih ada yang sudi menhadirkan dirinya untuk aku

Najib lakukan lawatan kerja ke Rom

LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan lawatan kerja dua hari ke Rom mulai hari ini.

Program beliau termasuk bertemu Pope Benedict XVI dan berjumpa Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican, di Castel Gandolfo, Rom.
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata Perdana Menteri akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Anggota rombongan yang lain ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mereka akan disertai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan ketua paderi Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

Ia perjumpaan kali kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan Pope, selepas kali pertama membabitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002.

Semasa lawatan ke Rom, Najib akan mengambil peluang untuk bercakap mengenai inisiatif ''Pergerakan Sederhana Global''.
Turut menjadi agenda ialah usaha bagi meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Takhta Suci, menurut kenyataan itu.

Najib mengakhiri lawatan rasmi ke United Kingdom pada Jumaat. - BERNAMA

artiS MAlaysia 2011














Assalamualaikum geng blog hijau. First of all, aku nak mengucapkan jutaan terima kasih buat kak Ieyra a.k.a Neyra Shazeyra sebab tulis entry khas untuk Adlanpozi, kejap lagi ada ler 2-3 orang penculik cari Adlanpozi nih *gurau je akak weii*. Actually kak Ieyra jatuh cinta pandang kedua kat Adlanpozi ni, tu pasal dia tulis entry ni. Berbalik pada tajuk, siapakah 2 orang artis Malaysia yang terlampau kat Twitter tu?, si pramugari tu kah? *opss!. Check it out!

Tajuk sebenarnya ialah "2 Artis Malaysia Terlampau Layan Peminat Di Twitter" tapi oleh kerana panjang sangat so aku pendek'kan. *padahal sengaja nak buat gempak*. 2 orang artis tersebut ialah kak Siti Fathiyah dan kak Heliza Helmi. Aku sengaja pilih perempuan je sebab artis lelaki semuanya sombong. *PANAS*

Siti Fathiyah, Drama Hani, Doktor Aliah

1. Siti Fathiyah
Mungkin ada di antara korang tak familiar sangat dengan nama artis ni kan? tapi kalau korang salah seorang peminat drama Hani di slot Lestary TV3 tu, mesti korang kenal minah poyo yang bernama Aliah kan. Alaa.. Kawan Hani yang berlagak baik tu, kenal kan?. Okey nama beliau adalah Siti Fathiyah, sangat nice beliau ni, suka layan peminat kat Twitter. Boleh dikatakan semua tweet aku beliau balas.

Aku kenal kak Fath ni melalui minah lawak, kak Liza Razak bukan melalui TV, sejak kenal tu aku 'mengidam' pulak nak tengok drama lakonan beliau. Tup! tup! drama Hani muncul tapi malangnya beliau memegang watak Aliah iaitu seorang kawan yang lupa diri lagi poyo. Apa² pun aku benci Aliah je bukan Siti Fathiyah, haha.

Heliza Helmi, drama Syurga Cinta, Cikgu Syuhada

2. Heliza Helmi
Siapa tak kenal artis dari negeri penyu bertelur ni, mempunyai sepasang mata yang boleh memukau jejaka² Malaysia nih. Masa beliau kat Akademi Fantasia, aku tak berapa minat sangat tapi sejak bergelar blogger ni, aku tengok kak Heliza Helmi ni ramah orangnya, suka balas tweet peminat.

Masa gathering Sahabat Blogger yang dianjurkan Broframestone pun beliau sanggup turun padang untuk memeriahkan gathering tersebut, beruntung ler sape yang pergi gathering hari tu. Hmm, ramai blogger² yang puji kak Heliza, salah seorangnya bro Admiral Hafiz. Apa-apa pun aku bangga dengan kak Heliza sebab dia sanggup layan peminat. Bangga orang Terengganu wehh!

Popular Posts

clik here