
Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Saya beritahu anda, wajah mereka sangat menggerunkan!














Wah, adakah Khairy Jamaluddin ni dah bersara jadi ahli politik dan kini beralih arah menjadi seorang model?.. Terkejut juga bila tengok gambar ni.. Tapi rupa-rupanya bukan la.. Khairy Jamaluddin masih lagi menjadi seorang ahli politik, cuma mungkin ini caranya beliau menyokong industri fashion batik Malaysia.. Khairy Jamaluddin dan isterinya mengayakan batik rekaan Khalid Shamsudin untuk piala seri endon 2010 yang berlansung baru-baru ini…



Baru-baru ini kecoh mengenai gambar Que Haidar dan Linda Jasmine bergembira bersama rakan-rakan tersebar di internet.. Bukan bergembira itu yang menjadi masaalah, tetapi minuman keras dan rokok menjadi isu utama didalam gambar tu.. Seperti biasa, kita tak boleh la menunding terus jari kita ke arah mereka sambil berkata mereka mengambil minuman keras dan merokok.. Apa kata kita dengar dulu penjelasan daripada Que Haidar dan Linda Jasmine didalam harian Metro mengenai isu tu terlebih dahulu…“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar untuk meraikannya (sambutan hari jadi kawan mereka berdua). Namun terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu adalah milik orang lain. Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral”Dan menurut Linda Jasmine pula mengenai isu rokok, mereka hanya memegangnya sahaja..
“Saya tak minum arak dan merokok langsung. Rokok itu orang lain punya, mungkin Que dan saya hanya memegangnya”Kini Jelas la yang Que Haidar dan Linda Jasmine tidak mengambil minuman keras.. mereka berdua hanya menyambut hari jadi seorang kawan sahaja yang kebetulan mempunyai minuman keras diatas meja.. Apa-apa pun jom kita layan gambar Que Haidar dan Linda Jasmine yang mencetuskan kontroversi kat bawah ni…




Baru-baru ni kecoh mengenai seorang pelakon baru, Nurul Ain Nordin yang bergambar dalam keadaan berkemban yang agak menghairahkan untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap, tersebar diinternet… Menurut Nurul Ain, gambar tu tak sepatutnya tersebar kerana dalam persetujuan gambar tersebut perlu diedit dahulu sebelum ianya digunakan bagi tujuan promosi.. Nurul Ain juga meminta maaf jika gambar tersebut menyinggung perasaan mana-mana pihak.. Jom kita baca penjelasan Nurul Ain melalui blognya..“Ain mintak maaf kalau gambar tersebut menyinggung perasaan sesiapa. ain tau ain bersalah…. tapi percayalah fotoshoot tersebut dilakukan secara tertutup oleh semua pelakon dan beberapa krew yang terlibat untuk fotoshoot poster filem tersebut, tetapi itu bukanlah final product dia. gambar tersebut hanya sparuh sahaja,seperti yang dipersetujui… dan di edit oleh mereka di bahagian graphic untuk tambahkan di hujungnya, bawah sket dari pinggang dan kebawah dengan akar, kurap, kudis, panau untuk memberikan kesan hantu yang muncul tetapi lain gambar yang tersebar.”Nurul Ain sudah pun meminta maaf diatas tersebarnya gambar seksi dia tu.. Jadi sama-sama la kita maafkan dia.. MyGosip harap benda macam ni tidak akan berulang lagi selepas ini.. Apa-apa pun, Jom kita layan gambar seksi Nurul Ain yang mencentuskan kontroversi kat bawah ni…
“Gambar seperti yang dipersetujui untuk final product filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP ini sudahpun mendapat persetujuan dari pihak-pihak tertentu untuk pelepasan.. di laman web rasmi SUATU MALAM KUBUR BERASAP ada gambar ain. itulah final product sebenarnya…. apa pun ain cakap, kalau dalam hati korang dah rasa ain jahat, ain buruk, ain itu, ain ini…. ain xleh buat papelah ye… maafkan ain.”

Sinopsis Senario The Movie Ops Pocot:- Senario The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatandi sebuah pasaraya. Azli seorang yang mudah penat danmudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya.Wahid pula seorang yang pendiam dan bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu memebuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).
Masih ingat tak dengan gosip Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz bercinta dalam Twitter baru-baru ini?.. Liyana jasmay sudahpun memberi penjelasan kepada Gua yang dia hanya berseronok sahaja dan tiada apa yang serius dengan gurauan tersebut.. Malah bagi Liyana Jasmay, Fizz Fairuz tu sudah ibarat seperti abangnya sendiri.. Jom baca apa kata Liyana Jasmay kepada Gua…“Kami cuma ‘tweeting’, bersembang macam kawan-kawan. Pelik la, sebab ia hanya untuk seronok saja, tak ada apa yang serius. Semua orang percaya bulat-bulat dan ambil serius apa yang tertulis di Twitter. Saya hanya ketawa kerana dia dah macam abang saya. Saya dah kenal dia sejak umur saya 16 tahun lagi.”Tak tahu la MyGosip nak cakap apa, mungkin pada umur 23 tahun kita boleh berseronok macam tu kot.. Kalau sudah anggap Fizz Fairuz seperti abang sendiri.. takkan la dia tak tahu apa yang dah jadi dengan hubungan percintaan abang dia dengan Almy Nadia kan.. Sampai terkelu lidah Almy Nadia nak menjawap gosip ni…
“Saya jarang baca suratkhabar, jadi saya tidak tahu mengenai status hubungan Fizz dengan Almy sekarang. Bila saya dapat tahu perkara ini, saya ada juga bertanyakan kepada Fizz sendiri adakah kak Almy akan marah. Saya harap orang faham kerana saya masih 23 tahun dan kami hanya berseronok saja, tak ada apa-apa hubungan.”
MyGosip harap lepasni Fizz Fairuz pula yang tampil memberikan penjelasan.. kesian pula kamu tengok dekat Almy Nadia ni.. macam tergantung tak bertali je.. Sepatutnya Fizz Fairuz yang dah berusia ni lebih matang kalau nak bergurau dengan Liyana Jasmay yang baru berusia 23 tahun..“Saya rasa terkelu lidah dan tidak tahu macam mana nak jawab setiap soalan yang diberikan tentang hubungan kami pada saat ini dan lebih baik soalan itu ditanya kepada Fizz sendiri.. Sebagai wanita, saya tak nak terlibat dalam kancah hubungan cinta tiga segi dan memang tak boleh nak berikan jawapan kerana bukan saya yang menjadi penyebabnya. Saya minta maaf banyak-banyak,”
“Saya juga tidak tahu untuk memberikan jawapan tentang status hubungan kami kerana setelah berlaku perkara seperti ini, saya tidak mahu dikatakan perigi mencari timba dan ia boleh menjatuhkan maruah saya,”
Wah, Terkejut sekejap MyGosip bila mendengar Datuk Siti Nurhaliza membeli penthouse mewah dihadapan KLCC dengan harga lebih RM20 juta.. Ada gosip-gosip yang mengatakan penthouse mewah tu adalah hadiah harijadi yang ke-32 daripada Datuk K kepada Datuk Siti Nurhaliza.. Kalau betul la gosip tu.. memang sangat bertuah la Datuk Siti Nurhaliza ni kan.. Hadiah harijadi sampai berjuta-juta..



Perubahan Siti Nordiana atau Nana membawa kontroversi apabila dia tampil lebih seksi dari sebelum ini di majlis parti Eh! yang lalu.. Mungkin ini penghijrahan buat Nana setelah lama menyepi dari dunia seni ni.. Bagi MyGosip, penghijrahan itu perlu.. tetapi biar la ke arah kebaikan.. Jika Siti Nordiana rasa perubahan yang dia lakukan ni ke arah kebaikan.. Teruskan lah usaha anda.. Apa-apa pun jom kita baca apa kata Nana mengenai isu seksi ni..“Rasanya, gaun yang saya pakai itu tak seksi melampau. Takkan saya nak berimej yang sama saja, nanti orang bosan pula.Teringat kami apabila wartawan melodi tanya kepada Nana, adakah dia buang tabiat tampil seksi begini.. Tapi jawab Nana dia hanya mengikut peredaran fashion sahaja.. Jika korang tengok melodi pada hari Ahad yang lepas, mesti korang perasan.. Apa-apa pun buat semua pembaca MyGosip, harap korang jangan ikut perubahan yang dilakukan oleh Nana ni.. sama-sama lah kita berhijrah ke arah yang lebih baik sempena sambutan maal Hijrah yang ke-1432 semalam…
“Penampilan baru ini juga merupakan imej sempena dengan keluaran single lagu terbaru saya yang berjudul ‘Tak Tahan’. Apapun, saya tak kisah dengan tanggapan orang kerana mereka mempunyai hak untuk memberikan pandangan dan saya terima itu,” dipetik dari mStar Online.


Tergamam sekejap kami tengok gambar terbaru Marsha Milan Londoh yang tersiar didalam majalah FHM.. MyGosip tahu tiada masaalah untuk Marsha berpakaian dan bergambar seksi kerana dia bukanlah beragama islam.. Tapi MyGosip harap Marsha sedar yang dia kini menetep di Malaysia, yang kaya dengan adat dan budaya orang asia.. Seharusnya Marsha lebih peka dengan tahap sensitiviti masyarakat Malaysia..



Buat isteriku yang comel dan tercintaTerima kasih kerana marah kalau abang tido lambatBoleh la abang bangun awal-awal pagiThen kita solat Subuh sama-sama..
Tapi kalu abang tak bangun gak,ayang cubit je pehe abangabang xkan murka..Lagi abang sayang ade la..
Buat isteriku yang comel dan tercintaTerima kasih kerana jaga makan minum abangTengok skarang abang da nak gemok daTakde la kurus je macam mula2 kawin dulu..
Ke memang nak abang jadi gemuk ni?Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?Jangan bimbang atau ragu okeh,Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..
Buat isteriku yang comel dan tercintaTerima kasih kerana tolong iron baju abangSebab abang memang allergic sket bab iron2 bajuJangan risau la nanti abang potong rambut..
Skarang abang dah tak selekeh macam duluRambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjangHidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi jugeArgghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!