
Merpati dua sejoli yang pernah dilanda kontroversi hebat suatu ketika dahulu iaitu Norman Hakim dan tunangnya Memey Suhaiza bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 28 September ini. Lebih istimewa dan mungkin rezeki yang diterima sempena perkahwinan mereka tidak lama lagi, Memey akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut dimana kesemuanya bernilai RM7.2 juta pada majlis persandingan di Crowne Plaza Mutiara kelak.

