clik disini

My Blog List

clik here

Thursday 21 July 2011

aksi terbaik Malaysia vs Chelsea

Pada malam ini kita rakyat Malaysia harus berbangga dengan skuad pilihan olimpik negara yang beraksi dengan sangat cermerlang hingga ke babak terakhir permainan,pujian harus diberikan kepada semua pemain skuad pilihan olimpik.Namun syabas kepada penjaga gol negara iaitu Farizal marlias yang beraksi dengan begitu cermerlang menafikan pelbalgai cubaan dan asakan daripada pasukan Chelsea.walaupun kita tewas dengan jaringan kontroversi oleh drogba dalam aksi tersebut.

Seperti mana aksi menentang Arsenal tempoh hari,kesilapan dari keputusan pengadil menimbulkan tanda tanya.Ini kerana dalam aksi Malaysia menentang chelsea dengan jelas rembakan drgoba belum melintasi garisan gol.Namun pejaga garisan telah menberikan hadiah kepada chelsea untuk mengesahkan jaringan tersebut.Mungkin para pengadil di Malaysia ini begitu menyanggi pemain-pemain dari liga Enggeris ini,hingga tidak sanggup melihat pasukan kesayangan mereka tumpas atau seri di kaki  Harimau Malaya.Menyebabkan kita tewas 0-1 kepada chelsea.

Semaggat tidak patriot penyokong Malaysia juga begtu jelas terpampang,bagaimanakah kita rakyat Malaysia lebih suka untuk memberikan sokongan padu terhadap kelab atau negara luar berbanding negara sendiri.Harus di ingatkan,kita sebagai rakyat Malaysia haruslah sedar untuk pemain kita berjaya dalam pelbagai sukan terutamanya bolasepak kita haruslah sentiasa berdiri teguh di belakang pemain negara kita.

Walau bagaimanapun aku ingin mengucapakan syabas kepada pemain skuad pilihan olimpik negara yang bermain dengan begitu semangat dan berani berjuang.InsyaAllah kelayakan olimpik dan piala dunia kita akan menbuat satu kejutan yang akan menbawa sukan bolasepak negara ke tahap yang lebih tinggi.

Pemain bola sepak Chelsea, Fernando Torres (kanan) dan bintang bola sepak Malaysia S.Subramaniam menunjukkan aksi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. FOTO THE STAR, AZHAR MAHFOF

Popular Posts

clik here