clik disini

My Blog List

clik here

Thursday 21 July 2011

Paraguay bertemu Uruguay di final Copa Amerika 2011

Image © AFP
Antara pemain Paraguay, (dari kiri) Ivan Piris, Marcos Caceres, Paulo Da Silva dan Nestor Ortigoza meraikan kejayaan mereka melayakkan diri ke final Copa Amerika 2011 selepas menewaskan Venezuela di Stadium Malvinas, Buenos Aires, pada 20 Julai 2011. Paraguay menang 5-3 menerusi sepakan penalti.

MENDOZA, (D5) - Tuah sepakan penalti sekali lagi berpihak kepada Paraguay apabila pasukan itu berjaya menewaskan Venezuela (5-3) untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Copa Amerika 2011 bagi bertemu Uruguay.
Keputusan masa tambahan yang kekal berkesudahan tanpa jaringan mengheret permainan ke penentuan penalti sebelum kelima-lima pemain Paraguay, Néstor Ortigoza, Lucas Barrios, Cristian Riveros, Osvaldo Martinez dan Dário Veron dengan tenang menyempurnakan tendangan masing-masing.
Selepas mengecewakan Brazil di suku akhir juga menerusi sepakan penalti, penjaga gol Paraguay, Justo Villar sekali lagi menjadi wira selepas menyelamatkan bola tendangan pemain Venezuela, Franklin Lucena.
Terdahulu, kedua-dua pasukan masing-masing berbalas serangan dan kerap mencipta peluang, namun ia gagal membuahkan gol. Kedudukan itu semakin genting lebih-lebih lagi kepada Paraguay yang kehilangan pemain tengahnya, Jonathan Santana pada minit ke-12 masa tambahan.
Juara dua kali, Paraguay dilihat mempamerkan aksi cemerlang dalam pertemuan di Stadium Mendoza, Argentina itu dan bakal menghadapi gergasi latin yang juga juara 14 kali Copa Amerika, Uruguay di final Ahad ini.
Uruguay menempah tiket ke final edisi kali ini selepas menundukkan Peru 2-0 pagi semalam.

Popular Posts

clik here