clik disini

My Blog List

clik here

Thursday 21 July 2011

Roti Gardenia kisah disebalik yang anda perlu tahu ?

Assalamualaikum.



Huh? Apa jenis brand tu? Tipu kalau korang tak pernah dengar nama Roti Gardenia kan? Satu jenama buatan Malaysia yang memang famous kerana tahap kesedapannya. Salah satu yang paling aku minat adalah roti gardenia butterscotch. Makan selamba sahaja,  tak perlu letak jem , cicah atau apa-apa aje.hehe. Tak maw tulis panjang lebar pasal roti ini, sebab aku mahu tulis secara ringkas perihal kisah disebalik pemilik atau tuan CEO syarikat ini. Layannn.

Macam tak percaya! Pertama kali dulu aku tak budget yang pemilik syarikat ini orang melayu terkaya malaysia mahupun di dunia. Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Seorang yang belatar belakang datang dari keluarga miskin semasa kecil. Kisah hidup beliau memang sangat aku kagum. Seawal sekolah rendah, kecil-kecil lagi sudah pandai membantu ibunya menanam sayur , berniaga di pasar dan menjual roti canai. Bila habis waktu sekolah pula, sebelah petang  pergi bantu ayahnya mengembala haiwan ternakan. Dari situ kita dah nampak kesungguhan beliau kan. Kalau kecil-kecil aku dulu asyik main je tahu, hehe.

Dari titik permulaan perniagaan penternakkan bapanya jadi muflis , akibat jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut. Habis semua hancur lebur pernigaan itu. Tapi bagi Tan Sri benda itu sebagai cabaran. Orang kata dari kesusahan itu lah kita belajar macam mana nak berjaya. Tak semudah itu aje, beliau buat bisnes pengangkutan. Semakin hari, semakin berjaya. Beliau ceburi pula bisnes berasaskan beras. Terbukti juga berjaya dan semakin berkembang dan terus berkembang , ditambah lagi perniagaan pakaian dan perkapalan. Tak lupa juga bisnes roti buku gardenia ini,hehe.

Jasa Tan Sri ini memang banyak, sama ada dalam komuniti masyarakat atau agama. Teringat dahulu masa tahun aku ambil SPM, Yayasan Al Bukhary (badan kebajikkan yang beliau tubuhkan) telah support dari buku ulangkaji sampailah ke kelas tuisyen kitorang. Semuanya free of charge, kami hanya perlu datang je. Alhamdulillah. Beliau ini tak fikir dunia semata, akhirat tak dilupa. Bak kata beliau," Saya tidak mengumpul harta untuk isteri dan anak... wang bukan segala-galanya. Apa yang membantu saya masa hadapan adalah kebaikkan yang dilakukan".


Memang Tan Sri Syed Mokhtar ini jadi role model aku untuk berjaya. Beliau punya semangat kental dan kuat dalam hidupnya. Bayangkan orang yang dilahirkan ZERO boleh jadi Jutawan owh. Terbakar dan meluap-luap hati aku nak berjaya macam beliau.

Popular Posts

clik here