clik disini

My Blog List

clik here

Thursday 21 July 2011

Ya Aku Lelaki Memang Ego !

Assalamualaikum.

Ini adalah entry yang ke-3 untuk blog baru ini, hehe. Semalam aku tulis pasal awek tak romantik, dan cara macam mana nak jadi romantik yang boleh orang perempuan amalkan. Tapi banyak respon readers salah faham . LOL. Diorang fikir entry untuk lelaki kot. Atau main skip baca? Tapi takpe, aku memang suke buat entry panjang berjela. hehe.



Berbalik pada tajuk entry, Aku ego. Siapa "aku" itu? Aku itu merujuk diri aku sebagai lelaki. Sesetengah perempuan suka menyalah ego lelaki dalam sesuatu perkara. Betul kan? hehe. Cakap yang lelaki ini tiada perasaan, tak ambil  peduli, lantak lah. Semua benda lelaki anggap perkara temeh. Memang betul, aku sebagai lelaki memang tak sanggah yang lelaki ini ego 100%.

Banyak perempuan asyik tension dengan diorang punya pakwe. Cakap tak faham perasaan diorang, lepas itu merajuk tak sudah. Atoyai. Bab pujuk memujuk , lelaki memang fail, lagi-lagi aku ini, haha. Bukan lelaki tak faham , bukan lelaki tak mengerti. Nak tahu sebabnya? Meh kasi tunjuk sifat basic lelaki yang termasuk egonya :

1. Suka benda simple.
Lelaki tak suka benda atau sesuatu yang kompleks, tapi suka yang mudah. Mudah tapi kemas. Bukan maksud lelaki itu malas nak buat kerja, tapi malas nak fikir lama-lama. So perempuan yang memang terkenal dengan "suka buat benda senang jadi susah" , apa lagi memang makin malas lah orang lelaki nak melayan karenah itu.

2. Jangan dipaksa.
Suruh buat ini, suruh buat itu. Pot pet pot pet. Membebel je kerjanya. Pedih telinga mahu dengar wooo. Sifat lelaki suka buat kerja tanpa paksaan. Kalau paksa juga alamatnya buruk jadinya sebabnya rimas ! Rimas dan lemas.haha.

3. Tak suka dikritik.
Ini kategori tahap ego tinggi. Mengkritik biasanya ayat menghentam. Aku pun memang tak boleh terima,hehe. Melainkan beri pendapat yang membantu kembangkan idea, bukan mematikan terus idea itu. Bayangkan kalau tengah buat kerja, si awek / bini cakap itu tak kena, tak cantik , tak  sesuai, dan segalanya takkk. Memang orang lelaki tak kan siapkan terus !

4. Susah hendak emosi.
Bila perempuan dah merajuk. Erkkk. "Apa aku nak buat ini?". Haha. Serius, lelaki amat susah nak beremosi. So mulalah senyap je , pastu fikir apa perlu buat.  Kalau lambat tindakan memang perempuan akan kata kita tak memahami. Aduh!


5. Suka pada keJujuran dan terus terang.
Ada kaitan sikit dengan nombor 1, lelaki suka simple. Tak suka sangat fikir jauh-jauh, so biasanya lelaki akan cakap jujur dan direct je. Kalau awek dia pakai shawl tak cantik, lelaki akan cakap  tak cantik. Kalau time dating si lelaki terlihat awek lain cun then puji , tak bermakna orang lelaki suka. Itu dia kejujuran lelaki !

Dengan adanya 5 asas perangai lelaki ini, harap korang yang perempuan faham. Lelaki memang dilahirkan untuk bersifat sedemikian. Cuba korang fikir kalau lelaki ini complicated , tak kisah dipaksa, suka dikritik, mudah beremosi dan berlapik dalam kata-kata seperti kaum perempuan? Bermakna ego dalam setiap perkara tadi takde? Alamatnya ciri-ciri pemimpin atau keluarga yang dipegang lelaki memang tiada. Sebab ciri-ciri tadi adalah simbol ketegasan. Ego kena pada tahapnya.

Satu je perempuan kena tahu, lelaki tak suka perkara "melemaskan". Bak lagu lemas nyanyian Ruffedge.

Popular Posts

clik here