clik disini

My Blog List

clik here

Thursday 21 July 2011

Almy Nadia terkelu dengan gurauan Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz

almy nadiaMasih ingat tak dengan gosip Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz bercinta dalam Twitter baru-baru ini?.. Liyana jasmay sudahpun memberi penjelasan kepada Gua yang dia hanya berseronok sahaja dan tiada apa yang serius dengan gurauan tersebut.. Malah bagi Liyana Jasmay, Fizz Fairuz tu sudah ibarat seperti abangnya sendiri.. Jom baca apa kata Liyana Jasmay kepada Gua…
“Kami cuma ‘tweeting’, bersembang macam kawan-kawan. Pelik la, sebab ia hanya untuk seronok saja, tak ada apa yang serius. Semua orang percaya bulat-bulat dan ambil serius apa yang tertulis di Twitter. Saya hanya ketawa kerana dia dah macam abang saya. Saya dah kenal dia sejak umur saya 16 tahun lagi.”
“Saya jarang baca suratkhabar, jadi saya tidak tahu mengenai status hubungan Fizz dengan Almy sekarang. Bila saya dapat tahu perkara ini, saya ada juga bertanyakan kepada Fizz sendiri adakah kak Almy akan marah. Saya harap orang faham kerana saya masih 23 tahun dan kami hanya berseronok saja, tak ada apa-apa hubungan.”
Tak tahu la MyGosip nak cakap apa, mungkin pada umur 23 tahun kita boleh berseronok macam tu kot.. Kalau sudah anggap Fizz Fairuz seperti abang sendiri.. takkan la dia tak tahu apa yang dah jadi dengan hubungan percintaan abang dia dengan Almy Nadia kan.. Sampai terkelu lidah Almy Nadia nak menjawap gosip ni…
Almy Nadia yang dihubungi mStar Online pula tidak mampu berkata apa-apa mengenai gosip ni.. bagi Almy Nadia, Fizz Fairuz lah orang yang sepatutnya menjawap mengenai isu ni..
almy nadia dan fizz fairuz“Saya rasa terkelu lidah dan tidak tahu macam mana nak jawab setiap soalan yang diberikan tentang hubungan kami pada saat ini dan lebih baik soalan itu ditanya kepada Fizz sendiri.. Sebagai wanita, saya tak nak terlibat dalam kancah hubungan cinta tiga segi dan memang tak boleh nak berikan jawapan kerana bukan saya yang menjadi penyebabnya. Saya minta maaf banyak-banyak,”
“Saya juga tidak tahu untuk memberikan jawapan tentang status hubungan kami kerana setelah berlaku perkara seperti ini, saya tidak mahu dikatakan perigi mencari timba dan ia boleh menjatuhkan maruah saya,”
MyGosip harap lepasni Fizz Fairuz pula yang tampil memberikan penjelasan.. kesian pula kamu tengok dekat Almy Nadia ni.. macam tergantung tak bertali je.. Sepatutnya Fizz Fairuz yang dah berusia ni lebih matang kalau nak bergurau dengan Liyana Jasmay yang baru berusia 23 tahun..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

clik here