clik disini

My Blog List

clik here

Saturday 16 July 2011

‘Pegawai KDN’ rompak peniaga


KANTOI...rakaman CCTV menunjukkan empat lelaki yang menyamar pegawai KDN merompak sebuah kedai runcit di Taman Cheras Utama.

KUALA LUMPUR: Hanya dengan memberi alasan dia mengambil pekerja tanpa permit, seorang peniaga kedai runcit kerugian kira-kira RM2,400 selepas wang tunai, telefon bimbit, kad prabayar dan rokok dilarikan empat orang lelaki yang menyamar sebagai pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kejadian di Taman Cheras Utama, 16 Jun lalu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maslina, 33, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.25 tengah malam itu, dia bersama seorang pekerjanya sedang sibuk mengemas barang jualan sebelum didatangi empat lelaki.

katanya, lelaki terbabit mendakwa mereka pegawai dari KDN selain lengkap memakai jaket yang mempunyai logo KDN dan memberi alasan mahu melakukan pemeriksaan ke atas kedainya kerana dipercayai menggaji pekerja asing tanpa permit.
Dia yang terkejut dengan alasan diberikan pada mulanya enggan memberi kerjasama sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan ‘kad kuasa’ bagi meyakinkannya.

“Saya sangsi dengan alasan lelaki itu yang mengatakan saya menggaji pekerja asing tanpa permit sedangkan permit pekerja saya masih di Jabatan Imigresen untuk proses pembaharuan.

“Lelaki itu juga mengugut untuk membawa saya ke balai dan bakal dikenakan hukuman berat jika enggan memberi kerjasama,” katanya.

Menurut Maslina, ketika sedang berbincang dengan seorang daripada mereka, tiga lelaki lain mengambil kesempatan menyelongkar peti simpanan tunai dan merampas wang tunai kira-kira RM1,100 dan rokok bernilai RM400 serta kad prabayar bernilai RM600 yang disimpan di dalam rak berdekatan kaunter.

Maslina berkata, lelaki itu turut meminta dia menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandu dengan alasan untuk diperiksa, tetapi enggan menyerahkan semula kad pengenalan dan lesen memandunya itu walaupun diminta berkali-kali.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

clik here