clik disini

My Blog List

clik here

Wednesday 20 July 2011

CELINA BERAKSI LUCAH DI INTERNET- ARTIS BOLLYWOOD

CELINA JAITLEY telah menimbulkan kontroversi apabila foto-fotonya dalam aksi lucah dengan pakaian dalam boleh didapati menerusi Internet.Namun, aktres jelita Bollywood itu sebaliknya mendakwa dia telah menjadi mangsa manipulasi pihak tidak bertanggungjawab.Menurutnya, dia telah membuat laporan kepada pihak berkuasa Mumbai selepas mendapati dua laman web, salah satunya yang beroperasi di peringkat antarabangsa, dikenali sebagai gizmido.com dan telah menggunakan foto dirinya bagi mempromosi produk pakaian dalam wanita.Sebuah lagi laman web yang berpusat di India mengenai filem, juga menggunakan foto Celina secara tidak sah.Menurut laporan IANS, Celina yang bercakap pada sidang media, Sabtu lepas berkata: "Apabila melihat foto dalam kedua-dua laman web tersebut, ia jelas telah dimanipulasikan. Ia menunjukkan seolah-olah saya dalam aksi penuh ghairah dan lucah. Sebenarnya wajah saya telah dicantumkan dengan tubuh orang lain.Tambahnya: "Saya telah melaporkan mengenai perkara itu kepada pihak berkuasa di Mumbai. Matlamatnya adalah untuk memastikan individu yang telah menjatuhkan reputasi saya itu dihukum."Dalam pada itu menurut laporan lagi, suspek dalam kes tersebut berkemungkinan besar seorang jurugambar yang pernah merakam foto Celina beberapa bulan. "Celina sepatutnya terbabit dalam satu sesi fotografi dengan seorang jurugambar tetapi Celina enggan meneruskan sesi fotografi tersebut. Foto-foto yang sempat dirakam tidak dikembalikan dan berkemungkinan besar dia yang terbabit memanipulasi foto-foto Celina itu," ujar jurucakap Celina, Paraq Desai.

Popular Posts

clik here