clik disini

My Blog List

clik here

Wednesday 20 July 2011

Preview Filem Transformers Malaysia-

MODEL robot yang digunakan d alam filem Mantera.
Filem Mantera bercorak robotik diilhamkan anak tempatan dengan kos RM5 juta KECEMERLANGAN filem animasi Upi & Ipin: Pengembaraan Bermula yang mendapat sambutan cukup baik daripada penonton, mendorong banyak pihak terus berfikiran kreatif serta inovatif untuk menghasilkan karya filem lain daripada yang lain.

Kali ini mengetengahkan filem bercorak fiksyen dan robotik. Tercetusnya idea menerbitkan filem robotik pertama di negara ini dilakukan oleh syarikat tempatan, Flare Studios Sdn Bhd (FSSB) yang sebelum ini sudah menghasilkan bidang animasi berjudul Muhammad – Utusan Terakhir. Filem berjudul Mantera itu kini sedang giat menjalani proses pasca produksi membabitkan penggunaan imej janaan komputer (CGI).

Ketua Pegawai Perhubungan Awam FSSB, Khairul Anuar Md Ariff, berkata pada awal tahun 2008, syarikat ini yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Miza Mohamad, membuat perancangan untuk menerbitkan animasi 3 dimensi (3D) setaraf filem Hollywood.
“Sejak awal memang kami merancang untuk menerbitkan filem animasi, tetapi membabitkan idea tempatan saja. FSSB sememangnya sebuah studio CGI yang menjalankan kerja-kerja praproduksi untuk filem ini sejak 2008.

“Jalan cerita diolah sendiri tenaga kerja FSSB dan sudah melalui olahan sebanyak 10 kali dan lakaran ciptaan robotik melalui saringan yang amat ketat untuk mendapatkan hasil kerja yang bermutu dan paling penting, ia adalah karya asli.
“Kerja membina model 3D menggunakan komputer giat dijalankan sepanjang 2008 dan awal 2009 membabitkan idea tempatan saja. Pada awalnya penceritaan filem ini membabitkan teknologi Mantera ini datangnya dari Jepun dan apabila kita mendapat usaha sama dengan Dubai dan Russia ideanya terus ditukar kepada negara itu,” katanya ketika ditemu bual Hip, baru-baru ini.
Mantera bermaksud Manusia Jentera atau Man Transformable Exo-Robotic Armor yang akan membabitkan dua kumpulan robotik seperti mana cerita Transformers dan Iron Man.

“Walaupun begitu, Mantera hanya menggunakan CGI sebanyak 20 peratus,” jelas Khairul Anuar.
Filem yang mengadunkan fiksyen dan karya itu diterbitkan dengan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM5 juta. Ia merangkumi pembiayaan produksi untuk penggambaran di Dubai selama sebulan dan seminggu lagi di Russia.
“Perbelanjaan untuk penggambaran di Dubai dan Russia saja sebanyak RM1.7 juta. Kos yang tinggi disebabkan penggambaran di Dubai yang lama, begitu juga ketika berada di Russia. Kos untuk jurusolek saja sebanyak RM25,000 sebulan tidak termasuk kru lain.
“Mujurlah semuanya ditanggung oleh syarikat yang berpejabat di Dubai iaitu Spacetoon International yang juga rakan kongsi kami,” katanya.
Namun, FFSB sudah membelanjakan RM3.3 juta. Jumlah itu tidak termasuk peruntukan bagi pemasaran dan promosi. Kami juga menjangkakan Keseluruhan kos menerbitkan Mantera itu nanti boleh mencecah RM5.5 juta sebelum ditayangkan tahun depan.
FSSB hanya mendapat pinjaman RM1.5 juta dari Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC).
Pembiayaan filem Mantera ini diikutkan lebih tinggi sekiranya membuat proses penyuntingan di luar negara, namun dengan kemudahan studio sendiri dan menggunakan studio Sounds Stage di FINAS, kosnya dapat dijimatkan.
Filem Mantera dibintangi lima pelakon utama dari Malaysia iaitu Tomok yang memegang watak sebagai Azman. Selain itu, watak heroinnya disandang Shiqin Kamal yang pernah membintangi Lagenda Budak Setan. Pelakon lain seperti Faezah Elai, Yank Kassim dan Jayson Lee.

Mereka bergabung dengan pemenang Ratu Cantik Dunia 2008 yang juga penyanyi popular Ukraine, Natalya Shmarenkova @ Kamaliya yang memegang watak sebagai Dr Natasha.
Empat lagi pelakon antarabangsa lain seperti Wael Al Masri (Dubai) selain Mikhail Dorojkin, Saide Dashuk-Nighmatulin dan Daria Markova semuanya dari Russia.
Percubaan guna kamera canggih
PENGGUNAAN kamera Canon 7D dalam penggambaran filem Mantera terbitan Flare Studios Sdn Bhd (FSSB) menggantikan kamera utama (red cam) adalah pembaharuan yang cuba diketengahkan dalam filem ini.
Penerbit Eksekutifnya, Azmer Shazly, berkata penggunaan kamera 7D adalah kali pertama digunakan di dalam industri perfileman tempatan dan ia dianggap sebagai satu percubaan berani, tetapi masih memperoleh kualiti yang sama.
“Penggunaan kamera ini digunakan pada sesuatu babak yang sukar untuk memasukkan kamera biasa kerana ia agak besar. Kamera 7D ini kecil dan ringan, jadi tiada masalah untuk diletakkan di mana-mana saja.
“Kami banyak menggunakan kamera ini di Russia dan Dubai kerana banyak tempat yang tidak dibenarkan melakukan penggambaran atas langkah keselamatan,” katanya.


Howdy fans! Remember when we said there are more posters coming?Well…today we have uploaded another posters and wallpapers of MANTERA movie for ya!Check this out!
This is the wallpaper that we prepared for MIPCOM event at Cannes, France.
Poster prepared for promotional purpose in Russia. From left: Mikhail Dorojkin, Kamaliya and Tomok
Menurutnya, memang pada mulanya ramai agak terkejut termasuk pelakon kerana bentuk kamera itu yang sekali pandang seperti kamera biasa untuk mengambil gambar pegun atau ‘still photo’, tetapi sebenarnya ia banyak digunakan syarikat penerbitan di Eropah.
“Saya menjaminkan kualitinya tetap sama dengan penggunaan kamera red cam yang juga kami gunakan sebagai kamera utama,” katanya berharap penggunaan kamera ini dapat digunakan produser filem tanah air sebagai langkah menjimatkan kos bagi babak tertentu.
Sinopsis
MANTERA mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan ‘Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik. Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman.








Popular Posts

clik here