clik disini

My Blog List

clik here

Wednesday 20 July 2011

RATU GOSSIP PANAS BOLLYWOOD BARU -

SEBELUM ini, hos selebriti dan supermodel Nina Manuel merupakan ratu gosip yang sering memburu gosip terhangat di Bollywood untuk dimuatkan menerusi program hiburan kelolaannya, After Hrs on Zee Café.MNamun selepas Nina meninggalkan program tersebut bagi melanjutkan pelajarannya di New York, Bollywood bakal mempunyai ratu gosip baru, tidak lain dan tidak bukan Amrit Maghera.Model jenama kosmetik popular di India, Lakme itu kini menggantikan tempat Nina sebagai hos After Hrs on Zee Café.Jelitawan yang dibesarkan di New York dan baru menetap di Mumbai selama setahun itu sebelum ini telah menarik perhatian ramai dalam industri modelling di India.Mengulas mengenai Amrit, pereka fesyen Arjun Khanna berkata: "Amrit seorang gadis yang sangat hebat dan memiliki banyak tenaga positif. Dia menarik dan memiliki sikap humor yang menyenangkan semua orang. "Sudah tentu kita semua merindui Nina selepas dia meninggalkan After Hrs on Zee Café, tetapi saya yakin Amrit bakal menakjubkan semua pihak nanti."Sementara supermodel dan aktor Milind Soman menegaskan: "Nina begitu mengagumkan sebagai hos After Hrs on Zee Café . "Amrit pula segar, menyeronokkan dan bijak menawan hati penonton. Dan dia juga sangat cantik."Apa pula komen Amrit sendiri? "Bukan setiap hari anda dibayar untuk berparti. Saya suka tugasan baru itu," tegasnya

Popular Posts

clik here