clik disini

My Blog List

clik here

Wednesday 20 July 2011

Janji tinggal janji

Janji melayu. Ungkapan yang dikaitkan dengan orang melayu dengan janji-janjinya. Janji yang tidak pernah ditepati.

Persoalannya, adakah semua melayu itu berperangai sama sehinggakan timbulnya istilah janji melayu ini? Adakah kerana janji, bangsa kita mundur?

Itulah cerita yang diturun-temurunkan kepada kita. Memberi persepsi kepada orang ramai tentang betapa teruknya melayu itu dengan janji-janjinya. Tetapi, jika melihat kepada perspektif positif,istilah seperti ini boleh membuatkan kita lebih tercabar dan ingin membuktikan kepada orang lain yang kita bukannya seperti yang diperkatakan.

Mungkin adanya kebenaran di sebalik janji melayu ini. Hidup kita yang terlalu senang di negara kita sendiri membuatkan kita leka dan lalai daripada menunaikan janji.

Dalam hidup berkeluarga, pernahkah kita berjanji kepada mana-mana ahli keluarga tentang sesuatu perkara lalu memungkirinya? Adanya halangan dari luar yang membataskan kita untuk menunaikan janji. Sebagai contoh, berjanji dengan anak-anak untuk membawa pergi bercuti, tetapi sehingga sekarang, janji 2 tahun lepas tidak penah tercapai. Agaknya apa yang bermain di dalam fikiran anak-anak? Mungkin pada pihak kita, kita mengalami masalah kewangan, atau masalah kesihatan, tetapi anak-anak kecil normal hanya akan terbayang-bayang janji yang pernah kita ungkapkan.

Di dalam komuniti masyarakat, kehidupan bersama yang memerlukan kita untuk berkomunikasi untuk merapatkan hubungan. Pernah kah kita berjanji tetapi tidak menunaikannnya? Contohnya dalam situasi kerja yang tidak memerlukan punch card. Berapa kali kita pernah lewat ke kerja dan tidak menepati masa yang sebetulnya? Walau kita punyai alasan sekalipun, perangai kita yang buruk boleh dikatakan mencerminkan keperibadian sesuatu pihak. Kita bekerja di bawah sesuatu persatuan, ikrar kita untuk bekerja bersungguh-sungguh sudah hilang dari landasannya. Jadi, adakah ini bermakna kita ni berjanji melayu?

Janji kita yang paling utama ialah janji kepada Allah. Sejak di alam roh lagi, kita telah mempunyai satu janji dengan Allah Maha Besar yang mana janji untuk beribadah kepadaNya. Jika diberikan nyawa, akan kita sujud dan tunduk kepadaNya. Tetapi, masih adakah lagi janji itu di dalam hati kita? Atau kita hanya sekadar hidup dan meneruskan janji melayu kita? Sedangkan itu janji yang paling utama.

Hakikatnya, janji melayu itu hanyalah satu kata-kata, ianya berserah kepada kita untuk menentukan perihal janji kita sendiri.


copyright from EN.ji blog..jangan mara.......................

Popular Posts

clik here