clik disini

My Blog List

clik here

Saturday 23 July 2011

Malaysia tewas kepada singapura

Malaysia tewas besar kepada Singapura pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura. Persembahan yang ditunjukkan pemain-pemain Harimau Malaya pada hari ini di luar prestasi sebenar. Ia amat jelas kelihatan pada 90 minit permainan. Hanya akhir-akhir perlawanan pasukan Harimau Malaya kembali tersedar dari lamunan namun segala-galanya sudah terlambat.

Mengikut pemerhatian yang dibuat beberapa pemain Malaysia beraksi bukan pada tahap 100% tumpuan. Antaranya Sharbinee Allawee yang melepaskan gol mudah kepada pasukan Singapura. Begitu juga pemain pertahanan Mahali Jasuli yang kurang memainkan peranannya pada malam ini. Kerap kali bahagian yang dikemudinya diserang. Bahagian serangan pada mulanya juga kurang menyegat kerana kurang mendapat umpanan dari tengah yang diketuai Safiq Rahim. 

Malang buat ketua pasukan negara itu yang menerima kad merah kerana melakukan kekasaran terhadap pemain Singapura. Susulan dari itu Singapura bernafsu untuk menambah jaringan sehinggalah pemain pertahanan mereka juga menerima nasib yang sama. Permainan pada malam ini lebih dikuasai oleh pasukan Singapura dan hampir 60% kawalan bola memihak kepada mereka.


Boleh dikatakan keadaan rumput tiruan merencatkan permainan skuad negara pada hari ini. Permukaan padang tiruan menyebabkan bola yang disepak laju dari biasa. Kawalan bola pertama juga sukar dilakukan. Keadaan rumput licin menyukarkan lagi keadaan. Tetapi apa jua alasan sebagai seorang pemain bola sepak profesional haruslah bersedia dalam apa juga situasi.

Singapura mempunyai bekalan selesa apabila berkunjung di Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Julai ini. Berbekalkan kelebihan dua gol jurulatih Singapura pastinya menurunkan barisan pertahanan mantap apabila beraksi di Malaysia kelak.

Jaringan awal Safee Sali membuktikan bahawa beliau memanglah seorang penyerang yang berprofail tinggi. Kematangan jelas ditunjukkan dalam setiap perlawanan yang melibatkannya. Bukanlah silap keputusan yang diambil Safee apabila memilih untuk beraksi di Liga Indonesia ISL kerana keupayaan dari segi teknik kawalan bola dan menjaringkan gol jelas lebih baik dari dahulu. Juga pujian kepada Kunanlan dan Amirul Hadi kerana berjaya mengucar-kacirkan barisan pertahan Singapura.

Apa-apa keputusan yang tercatat malam ini bukanlah penentu bagi segala-galanya kerana perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai 2011 nanti yang bakal menentukan nasib pasukan negara sama ada layak ke perlawanan seterusnya ataupun tidak. Teruskan pasukan Malaysia. Anda semua adalah yang terbaik. Ciptalah sejarah baru tanahair sekarang dalam arena bola sepak. Walaupun Datuk K. Rajagobal menyatakan skuad Malaysia ini akan matang pada 2015 kerana rata-rata pemainnya adalah muda.

Popular Posts

clik here