clik disini

My Blog List

clik here

Saturday, 16 July 2011

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

kEMAlangan NGERi baiii..gila sIOT

Gambar di atas merupakan keadaan lebhraya di negara jiran kita, Thailand. Apa pendapat anda? Di bawah ini nanti, anda akan lihat tambahan sejumlah besar gambar-gambar kemalangan ngeri Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Simpang Ampat, Alor Gajah…….Kesempatan ini juga kami mahu bertanya sampai bila lagi pihak konsesi mahu tunggu, kejadian demi kejadian sudah berlaku, tetapi tiada perubahan dan penambaikan terhadap keadaan lebuhraya di Malaysia?
Untung  besar saban tahun, setiap 3 tahun sekali ada sahaja kenaikan caj tol yang dikenakan terhadap pengguna lebuhraya. Tetapi kedaaan lebuhraya masih pimai-pimai tang tu juga.  Setiap kali proses menaiktaraf, divider langsung tidak dititikberatkan, ada yang terlalu rendah sedangkan banyak kenderaan 2 tingkat berada di lebuhraya ketika ini.
Kami tidak mengharapkan penghadang jalan ibarat tembok besar China, cukuplah kiranya diharap pemegang konsesi memasang penghadang jalan jenis tali seperti gambar bawah ini terutamanya di laluan berbahaya seperti digunapakai di negara-negara luar. Sudah diuji dan terbukti ia mempu menyerap tekanan jika berlakunya kemalangan.
5070901547 27b3231054 Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
Mana lebih penting? Soal kos atau keselamatan dan nyawa pengguna jalanraya? Takkan nak untung besar sampai buncit-buncit taukey-taukey besar konsesi lebuhraya yang ada ketika ini sehingga mengabaikan kepentingan pengguna?
5071473294 ca532c8c01 Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5071473238 6990b717aa Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5070865103 b7f2a09c8e Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5071473446 63d811718a Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5071473572 0a3b821d69 Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5071473536 696d25ffc9 Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5071473484 f6abdd9a0f Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5071473410 d34d45020b Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5070865227 203db3abb8 Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5070901475 68cb17d815 Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5071473806 842f4b3c41 Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5070865635 37200393cd Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5070865533 7836e2f586 Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5071473616 1cecc96c0d Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5070865047 89f4283ec0 Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5070864995 ee4becf1fe Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5071473108 0e99d6f6dc Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5071473016 dcc011669f Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5070864787 7228fb4e87 Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5071472890 2fb6baef1c Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
5070864699 9e7c181de9 Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Lebuhraya PLUS
P/S : Realitinya pemandu-pemandu bas di Malaysia rata-rata seringkali mengejar seberapa banyak perjalanan kerana jikalau mereka mengharapkan gaji bulanan mereka semata, memang tidak cukup. Akhirnya kualiti perjalanan diketepikan tetapi kuantiti yang dikejarkan sehingga penumpang “dipaksa” mempertaruhkan nyawa mereka tanpa sedara. Jikalau pengusaha-pengusaha bas mahu mementingkan keuntungan berlipat kali ganda dengan cara termudah, akhirnya terpaksa membayar harga yang mahal bagi kemalangan ngeri seperti ini …….

‘Pegawai KDN’ rompak peniaga


KANTOI...rakaman CCTV menunjukkan empat lelaki yang menyamar pegawai KDN merompak sebuah kedai runcit di Taman Cheras Utama.

KUALA LUMPUR: Hanya dengan memberi alasan dia mengambil pekerja tanpa permit, seorang peniaga kedai runcit kerugian kira-kira RM2,400 selepas wang tunai, telefon bimbit, kad prabayar dan rokok dilarikan empat orang lelaki yang menyamar sebagai pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kejadian di Taman Cheras Utama, 16 Jun lalu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maslina, 33, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.25 tengah malam itu, dia bersama seorang pekerjanya sedang sibuk mengemas barang jualan sebelum didatangi empat lelaki.

katanya, lelaki terbabit mendakwa mereka pegawai dari KDN selain lengkap memakai jaket yang mempunyai logo KDN dan memberi alasan mahu melakukan pemeriksaan ke atas kedainya kerana dipercayai menggaji pekerja asing tanpa permit.
Dia yang terkejut dengan alasan diberikan pada mulanya enggan memberi kerjasama sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan ‘kad kuasa’ bagi meyakinkannya.

“Saya sangsi dengan alasan lelaki itu yang mengatakan saya menggaji pekerja asing tanpa permit sedangkan permit pekerja saya masih di Jabatan Imigresen untuk proses pembaharuan.

“Lelaki itu juga mengugut untuk membawa saya ke balai dan bakal dikenakan hukuman berat jika enggan memberi kerjasama,” katanya.

Menurut Maslina, ketika sedang berbincang dengan seorang daripada mereka, tiga lelaki lain mengambil kesempatan menyelongkar peti simpanan tunai dan merampas wang tunai kira-kira RM1,100 dan rokok bernilai RM400 serta kad prabayar bernilai RM600 yang disimpan di dalam rak berdekatan kaunter.

Maslina berkata, lelaki itu turut meminta dia menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandu dengan alasan untuk diperiksa, tetapi enggan menyerahkan semula kad pengenalan dan lesen memandunya itu walaupun diminta berkali-kali.

Popular Posts

clik here