clik disini

My Blog List

clik here

Tuesday, 19 July 2011

aku Love stORY

Part 2.Keindahan cinta  dan konflik


Selepas pertemuan pertama dan kedua aku telah mulai jatuh cinta kepada si dia yang bernama F,fuhh.Angan-angan aku untuk mengenalinya dengan lebih rapat kita sedang giat ku usahakan.Contoh atur cara yang aku buat untuk memikat dia adalah sentiasa senyum bila berjumpa secara sengaja atau  tak,lama-lama kelamaan hati aku mula resah memikirkan bagaimana untuk mendapakan si dia.Namun kerja yang banyak seperti kerja sekolah dan kerja-kerja PSS harus aku buat dan ambik kisah jugak,kalu tak hari-hari berdiri la dalam kelas tambah-tambah time masa Sejarah 1 tak siap kerja cikgu ni nahas siot dew huhu..

Aku selaku AJK ronda-ronda or lawatan  telah diberi tugas untuk menguruskan dan menyediakan kertas kerja lawatan PSS ke Taman Tamadun Islam,so dari situ semua pelajar yang akan pergi lawatan haruslah mengisi borang peribadi masing-masing,lepas siap isi hantar lah kan-kan.So bila da siap isi pelajar-pelajar hantar la borang tu kat aku balik,masa aku belek-belek or semak tu terjumpa butir peribadi si dia yang bernama F,aku hepi nak mampus time tu hahaha.Sebab aku da dapat no hp dia tanpa bersusah payah meminta kat dia,sebenarya aku pemalu nak mintak-mintak kan owang pikir bukan-bukan kan-kan?.

Bila da dapat no hp dia aku memulakan operasi mengurat tak sampai 5hari aku terus couple dengan dia,beznya kan-kan?,first cinta ni.so aku bercinta la berbagai onak dan duri ditempuhi bersama.Lautan api pun redah jua,bukan setakat lautan api  je aku redah lautan  takde air pun aku harunggi jua demi orang tersayang.Bila hati dah sayang semua kita akan kata takpe-takpe senang je kan.maka hikayat diringkaskan aku bercinta bagai nak sakan hampir 3tahun bai,bukan 3minit,3hari atau 3 bulan tapi tahun.Lama siot tu,namun bak kata orang-orang tua langit tak selalu cerah,bila-bila masa hujan akan turun,kilat sambar menyambar,salji sonata musim salju tiba dan seumpamanya.Hari-hari demi hari aku dan dia bergaduh tahap dewa dan dewi semua jadi tak kena dah tak seindah dulu lagi seperti mana aku dan dia pernah berasmara di bawah cahaya lilin dulu.Berjanji untuk setia dan kebahagian sentiasa,aku mula fedup dengan apa yang berlaku seolah-olah tiada lagi kemanisan cinta itu.Bukan seperti habis madu sepah dibuang tapi belum habis madu dah nak buang.hairan kan?haha.

Hmm hari demi hari semakin teruk hingga  setiap hari aku dengan dia bertarung ayat-ayat pedas bermadah,masing-masing tak mau mengalah dan berjuang demi kemenangan masing-masing.Aku mula bosan dan dia pun macam tu jugak kot,hal sebesar kuman menjadi sebesar gajah.tak kira aku atau dia yang mulakan dahulu tapi pergaduhan itu hanya akan tamat apabila kehabisan cili paper atau modal.Aku dah banyak kali mintak putus dalam pada masa sama dia pun macam tu jugak,tapi tetap bertahan lagi.sebenarnya apa yang aku buat pun sebab sayangkan dia.Tapi aku tak tahu plak dia macam mana.

BERSAMBUNG..letih taip

Popular Posts

clik here