clik disini

My Blog List

clik here

Tuesday 19 July 2011

Bini Salih Yaakod terasa hati..kenapa?

Lah dah nasib orang berpoligami ni, mesti sahaja yang ada tak kena punya, melainkan dia memiliki akhlak yang tinggi. Belum apa-apa lagi rumahtangga Salih Yaacob kelihatan sedikit goyah apabila isteri-isterinya daripada pertama hingga ke-3 terasa hati aka kecil hati menurut Salih Yaacob sendiri. Memang tidak dinafikan, isterinya ke-4, Emi sering dibawa kemana-mana dan yang terbaru di pentas akhir Maharaja Lawak yang lalu. Erni memang mendapat perhatian ramai apabila ada skesta yang ditampilkan sendiri Salih Yaacob dan Mek Klate.

Dan kelihatan Emi sahaja yang nampak ketika itu, mungkin disebabkan itu kot, membuatkan isteri-isteri Salih Yaacob yang lain kecil hati. Hai, kita doakan sahajalah mereka berlima berbahagia sentiasa hingga ke akhir hayat, jangan berhenti dipertengahan highway dah lah.. Zzz


PETALING JAYA: Pelawak Salih Yaacob menyedari tiga isterinya yang lain agak kurang senang apabila isteri keempatnya, Samihah Sheikh Amy (Emi), 25, yang baru dikahwini lebih menonjol berbanding mereka.

Menurut Salih, walaupun isteri pertama sehingga ketiganya iaitu Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42 dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, tidak meluahkan perasaan tersebut tetapi sebagai suami dia dapat merasai perkara itu.

"Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar.

"Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya," kata Salih yang ditemui selepas pelancaran program Salih Yaccob Show, I Follow di PJLA Theater, Jaya One, di sini, Rabu.

Tambah Salih, sejak bergelar isteri keempat, Emi agak terkejut kerana sering diberi perhatian dan kerana itu dia enggan mengambil gambar dengan pihak media.

Persoalan kononnya Salih mengamalkan “pilih kasih” terhadap isterinya yang lain mula timbul apabila dia dilihat kerap membawa Emi bersamanya ke majlis-majlis hiburan termasuklah dalam program Maharaja Lawak di Johor dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa tindakan saya membawa Emi ke majlis-majlis pelancaran atau acara yang membabitkan dengan kerja saya kerana dia kini merupakan pengurus peribadi saya. Tiada kaitan dengan isu pilih kasih seperti yang diperkatakan.

"Sebelum ini Fara yang menguruskan saya, tetapi disebabkan dia kini sibuk dengan anak, tugas itu diberikan kepada Emi.

"Saya harap kenyataan saya ini jelas dan tidak lagi timbul sebarang keraguan terhadap saya dan keluarga," jelas Salih. -mStar

Popular Posts

clik here