Tahniahlah kepada pengacara M3 aka Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa, 29, di Binjai On The Park, KLCC, pada malam Sabtu selepas solat Isya, 16 Julai 2011. Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan pada hari Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.

