clik disini

My Blog List

clik here

Tuesday 19 July 2011

Makhluk Asing berdasarkan Qurán

Assalammuálaikum wbt. Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudari Aphiq kerana menyumbang artikel yang amat mengesankan dan menginsafkan kepada kita sebagai umat Islam. Penceritaan mengenai makhluk asing, yang mungkin sesetengah daripada kita (di kalangan umat Islam sendiri) menganggap remeh dan isu yang tak perlu diketahui. Namun, bagi diri penulis, maklumat dan kajian mengenai makhluk asing ini merupakan satu kajian yang amat besar di samping secara tidak langsung merupakan bukti bahawasanya Qurán bukanlah kitab rekaan manusia, melainkan ianya merupakan mukjizat yang terpelihara hingga hari kiamat. Mari kita lihat dan fikir sama-sama kajian ini yang sebenarnya dilaksanakan oleh saintis Barat tetapi diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Saudari Aphiq kita. Terima kasih Saudari Aphiq. ;-)
Jupiters four Galilean moons, in a composite image comparing their sizes and the size of Jupiter (Great Red Spot visible). From the top, they are Io, Europa, Ganymede, Callisto
Jupiter's four Galilean moons, in a composite image comparing their sizes and the size of Jupiter (Great Red Spot visible). From the top, they are Io, Europa, Ganymede, Callisto

PENGENALAN

Pada 7 Ogos 1996, saintis NASA telah membuat suatu pengumuman yang menjadi berita muka hadapan di dada-dada akhbar seluruh dunia. Di celah-celah meteorit Martian, mereka telah menjumpai bukti hidupan mikroskopik (halus) yang mungkin telah wujud di planet marikh lebih dari 3 billion tahun yang lalu. Walaupun terdapat kajian yang dicetak selepas penemuan itu yang menyangkal kesimpulan tersebut, banyak penemuan baru sebagai contoh; penemuan oleh kapal angkasa Galileo pada Februari 1997 di mana terdapat lautan merah di bawah kepingan ais pada bulan di planet Musytari iaitu Europa. Hal ini telah memberi harapan untuk menjawab salah satu persoalan lama yang kerap ditanya oleh manusia- “Adakah sesiapa di luar sana atau hanya kita yang hidup dalam alam ini?”

Marss thin atmosphere, visible on the horizon in this low-orbit photo.
Mars's thin atmosphere, visible on the horizon in this low-orbit photo.

 Walau bagaimanapun, mungkin tiada sesiapa pun di antara kita yang akan hidup untuk melihat hari di mana para saintis akan memberi jawapan kepada persoalan tadi. Untuk umat Islam, ini bukanlah suatu permasalahan kerana kita telah pun memiliki jawapannya. Walaupun kebanyakan umat Islam seakan tidak mengambil peduli akan fakta tersebut, al-Quran telah menyatakan secara jelas tentang kewujudan hidupan lain di muka bumi.

Kewujudan hidupan secara dasar kerohanian seperti malaikat di alam ini, telah diterima sebagai suatu fakta oleh semua umat Islam, begitu juga penganut agama lain seperti Kristian. Fakta yang mencetuskan kegembiraan di kalangan umum dan saintis ialah persoalan samada hidupan lain seperti kita yang boleh ditemui secara saintifik benar-benar wujud di luar bumi. Tujuan artikel ini adalah untuk membentangkan bukti daripada al-Quran tentang kewujudan hidupan lain di alam ini. (Kehidupan seperti yang kita tahu)

“DABBATUN”

Dalam Surah 42 ayat 29 (42:29) di dalam al-Quran, kita diberitahu,” Dan di antara ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan)-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.” Sebelum meneruskan dengan lebih lanjut, beberapa isi penting perlu dilihat. ‘Sama’ yang bermaksud syurga juga memberi makna langit dalam bahasa Arab. Seseorang mungkin boleh menyangkal bahawa ayat tersebut merujuk kepada hidupan di langit (yakni burung) dan bukan di dalam syurga. Namun burung telah dinyatakan secara berasingan daripada makhluk di dalam syurga dalam ayat 24:41,” Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya…” Dalam nota kepada 42:29, Muhammad Asad menyatakan,” Di dalam al-Quran, pernyataan “syurga dan bumi” memperlihatkan keseluruhan alam yang tidak berubah-ubah. Al-Quran juga menyatakan objek yang tidak bernyawa turut menyembah Allah:” Dan apakah mereka tidak memperhatikan segala sesuatu yang telah diciptakan Allah yang bayangannya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allah, sedang mereka berendah diri?” (16:48).

Bayang-bayang
Dan apakah mereka tidak memperhatikan segala sesuatu yang telah diciptakan Allah yang bayangannya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allah, sedang mereka berendah diri?” (16:48)

 Oleh itu, boleh jadi makhluk yang dinyatakan di dalam ayat 42:29 di dalam syurga, adalah makhluk Allah yang tidak bernyawa. Tidak. Ayat seterusnya 16:49 menyatakan,” Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para malaikat…”. Pernyataan “makhluk” di sini adalah sama seperti di dalam ayat 42:29- “Dabbatun”, Asad menyatakan,” Perkataan “dabbah” merujuk kepada sebarang hidupan, makhluk (manusia) yang boleh bergerak secara spontan dan berbeza dengan makhluk bukan manusia ataupun spiritual seperti malaikat. Dalam maksud lain, 42:29 dengan tepat merujuk kepada jenis makhluk yang dicari di dalam sains dan bukannya kewujudan metafizik. Yusuf Ali mengatakan,” Dabbatun: haiwan atau segala jenis makhluk yang hidup, merangkak”. Ini sama seperti pernyataan dalam ayat 2:164,” …Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan…sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kabesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan” dan dalam ayat 24:45,” Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya…” Ulama Shabbir Ahmad Usmani mengulas ayat 42:29,” Daripada ayat tersebut menunjukkan bahawa seperti di bumi, di syurga juga terdapat beberapa jenis haiwan dan hidupan.”



Simulated view of a black hole in front of the Milky Way. The hole has 10 solar masses and is viewed from a distance of 600 km.
Simulated view of a black hole in front of the Milky Way. The hole has 10 solar masses and is viewed from a distance of 600 km.

Untuk ayat yang sama, Yusuf Ali memberitahu,” Kehidupan adalah tidak terbatas kepada planet kita sahaja. Ia adalah suatu spekulasi lama untuk membayangkan beberapa hidupan seperti manusia di planet Marikh…ia adalah munasabah untuk menganggap bahawa kehidupan di dalam sesetengah struktur ataupun yang lain disebarkan melalui jutaan jasad yang hebat yang tersebar di angkasa.” Melalui pernyataan tersebut, pembaca akan menyedari bahawa umat islam benar-benar mengetahui fakta di mana ayat 42:29 dengan jelas menyatakan kewujudan makhluk asing.
(Bersambung ke Bab 2: Terdapatkah kehidupan makhluk asing yang berkebolehan?     

Sistem Solar
Sistem Solar

Popular Posts

clik here