clik disini

My Blog List

clik here

Tuesday, 19 July 2011

Chelsea turunkan semua pemain tentang pasukan Olimpik M'sia

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea akan menurunkan semua pemainnya dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil Khamis ini.  

Pengurus Chelsea Andres Villas-Boas berjanji setiap pemainnya akan berpeluang mempamerkan kehebatan masing-masing di padang.

"Saya akan gunakan pemain berlainan dalam perlawanan 90 minit itu. Ini adalah persiapan untuk mengesan kombinasi terbaik pemain," kata Villas-Boas kepada pemberita di sini hari ini. 

Ditanya mengenai pembentukan timnya untuk berdepan dengan skuad Olimpik Malaysia yang dilatih oleh Ong Kim Swee, Villas-Boas berkata beliau akan menggunakan perlawanan itu untuk menilai fleksibiliti di kalangan pemain. 

Sementara itu, pemain utama pasukan Biru itu, pemain tengah Frank Lampard berkata kesemua pemain begitu teruja menjalani latihan di bawah pengurus baru dan muda.

“Kami telah bersama selama 10 hari. Kami berlatih dengan stail dan strategi baru. Setiap orang dalam tim menunjukkan reaksi baik," kata Lampard.

Beliau berkata di bawah bimbingan Villas-Boas, mereka perlu berlatih mengikut strategi rentak pantas yang menepati strategi pasukan.


   
    Senarai Skuad Chelsea 
   
    1.Henrique Hilario GK
    2.Jamal Blackman
    3.Nathaniel Chalobah
    4.Patrick Van Aanholt
    5.Slobodan Rajkovic
    6.Petr Cech GK
    7.John Obi Mikel
    8.Daniel Sturridge
    9.Ryan Bertrand
    10.Joshua McEachran
    11.Alex
    12.Yuri Zhirkov
    13.Ross Turnbull GK
    14.Salomon Kalou
    15.Branislav Ivanovic
    16.John Terry
    17.Frank Lampard
    18.Ashley Cole
    19.Paulo Ferriera
    20.Jose Bosingwa
    21.Yossi Benayoun
    22.Fernando Torres
    23.Nicolas Anelka
    24.Florent Malouda
    25.Didier Drogba
    26.Billy Clifford

Popular Posts

clik here