Hidup kita ni tak boleh lari dari makan. hari2 kita perlu makan. bezanya ada manusia makan untuk hidup, dan ada pula manusia yang hidup untuk makan. malas aku nak berdebat yang mana sebenarnya tujuan kita makan, tapi cukuplah sekadar kita tahu semua manusia perlu makanan untuk tumbesaran dan tenaga. namun, Islam buktikan bahawa walaupun kita berpuasa seharian, kita masih lagi bertenaga; walaupun tanpa sahur. itulah kelebihan orang Islam.
hari ni sambil2 nak delete email2 lama terpandang pula gambar makanan yang dikirimkan oleh seorang rakan. ada baiknya aku publishkan kat sini sebelum aku delete email tu. ia berkaitan makanan berasaskan haiwan dan serangga.
pada aku apa peliknya. manusia ni akupun tak pasti masuk kategori mane: karnivor, herbivor atau omnivor? atau kategori tu untuk haiwan sahaja. aku dah lupa! tapi semua tahu manusia makan apa sahaja. unsur karnivor ada pasal dah makan haiwan seperti lembu, kambing, ayam, ular dan sebagainya. ada gak unsur herbivor pasal makan sayur, pucuk2 kayu, rumput, buah, umbut kayu, akar, dan sebagainya. dan semestinya confirm ada unsur omnivor sebab semua menda diatas diorang makan. lantaklah, itu kerja cikgu sains untuk memberi tunjuk ajar. Lagipun itukan dah fitrah yang ditentukan tuhan.
cuma bab makan makanan eksotik atau serangga ni ramai yang rasa tak logik atau menjijikan. pada aku secara peribadi, makan haiwan eksotik seperti ular, tenggiling, memerang, musang, dan sebagainya memang aku tak pernah. tapi takat makan belalang kunyit tu pernahlah masa kecik2 dulu. ada juga kat tempat aku dulu orang melayu makan tupai. aku tak pasti org Islam boleh makan tupai ke? kalau takat makan landak, arnab tu aku pernah jugak. arnab seingat aku, first time aku makan ialah masa fama buat promosi makan arnab may be 10-15 tahun dulu. sate arnab! memang syok abis la makan sate arnab, manis! tapi bila tengok diorang sembelih arnab dan buangkan kulitnya aku jadi tak sanggup nak makan, sejibik macam kucing.
kalau kat kampung, selain makan ayam, kambing dan lembu; daging kerbau juga adalah makanan utama. kalau kat kawsan ulu tembeling (jerantut, pahang), daging kerbau ni dah biasa sangat. ia lebih fofular dari daging lembu. kalau siapa pernah menyusuri sungai pahang hingga kampung bantal atau kampung mat daling; korang akan tengok kawanan kerbau bebas mandi manda dan berkubang di tepi2 sungai. daging kerbau ni sebenarnya lebih sedap dari daging lembu. tak percaya korang cubalah. cuma jangan tersalah beli daging kerbau pendek dah la... kerbau pendek disesetengah tempak adalah nama manja bagi babi. untuk orang Islam adalah HARAM.
aku yang dibesarkan sebagai budak kampung jenuh sangat makan pelbagai jenis siput dan kerangan. aku suka makan etok yang mau 2-3 cupak aku beli kalau balik kelantan. aku juga suka siput sedut yang biasanya aku cari ngan adik2 aku dan sepupu2 kat gedung (kolam ikan) kepunyaan datuk aku. siput2 sedut ni biasanya membiak dan melekat pada saluran keluar air gedung tu. untuk mendapatkannya, kami terpaksa menyeluk kedalam lubang saluran air tu. dah dapat, nenek lah yang akan memasaknya. yang paling aku suka ialah siput sedut masak kuning. tapi pastikan sedikut hujung cengkerang siput tu mesti dipotong dahulu sebelum memasaknya. baru boleh sedut. yang paling sedap ialah kalau siput tu ada banyak anak siput didalamnya. namun begitu ada jugak siput yang aku tak makan walaupun boleh dimakan seperti sibut gondang. ala siput yang besar dalam tali air atau sawah padi. siput babi boleh dimakan tak?? kalau boleh makan pun, memang aku tak makan punya.... aku rasa haram kot, sebab tu namanya sibut babi!
Dulu2 di kampung2 juga ramai yang makan pelbagai jenis burung seperti burung wak-wak (rewak), burung pipit, dan macam2 lagi. burung wak2 tu aku pernah makan. burung pipit tak pasti pulak aku. tapi kalau diikutkan logik, masa aku kecik2 dulu datuk aku ada sawah padi dan banyak burung pipit ni. dan pakcik2 aku selalu pasang jaring. kalau dapat mesti diorang goreng atau gulai punya.... arghh! confirm aku dh makan dah tu. kat batas sawah pun banyak burung puyuh, puyuh pun aku bedal gak. tapi apsal aku tak makan siput gondang yer.... siput tu dalam sawah banyak tu. atau jangan2 aku kecik2 dulupun bedal jugak. lantaklah!
kalau ikan tu tak payah ceritalah. cakaplah ikan apa hampir semua aku bedal. masa datuk aku ada gedung dulu pelbagai jenis ikan diternaknya. keli, sepat, haruan, puyu, lampam, dan banyak lagi la. yang bestnya, setahun sekali datuk aku akan keringkan air dia paras lutut dan semua sanak keluarga berpesta tangkap ikan. best gile... kamiberpesta ikan. ada jugak yang berpesta lintah. pernah jugak ada yang tertangkap ular. maklumlah ramai yang pakai seluk dalam selut pakai tangan je. orang2 tua guna jaring atau jala la. dapat ikan kami siang ramai2, masak ramai2, makan ramai2. dapat pulak makan berjemaah dengan sayur pucuk paku, ulam pucuk ketereh, ikan bakar cicah budu dan tempoyak. bestnya!
dalam species ikan2 kolam tu yang peliknya sekarang aku tak suka makan ikan haruan dan ikan keli. kalau makan je pasti rasa sedap! opss.. silap, rasa tak selesa mulut je. rasa berlendir semacam je. asyik2 nak meludah je.
makanan lain yang aku tak leh makan ialah belut dan ikan tilan. pada aku itu bukan specis ikan, itu spesis ular. ada ahli keluarga aku makan, tapi aku mesti tak join diorang kat meja makan tu punya. confirm!.
ni dah tak lama nam raya korban. bila pembahagian daging korban 7 bahagian, aku biasanya tolak bahagian kepala, dan kemaluannya. tapi ada jugak yang berebut. pakcik dan ayah aku kekadang tu mintak nak kepala lembu. bersungguh2 diorang belah kepala lembu, ambik otak. dan buat gulai lemak. aku? confirm tak makan. geli beb. tapi perut lembu yang dipanggil perut kitab atau perut muda aku suka sangat. basuh bersih2, rebus dan cicah dengan air asam. perghh!!! sedap tuuuuu. kemaluan lembu? tah la aku pernah makan ke tak. nanti aku recall memori aku (atau malu nak mengaku??).
kawasan aku tinggal di area kampung damak dan batu balai ramai orang cina. jadi tengok orang cina siang daging katak ong (katak besar yg panggil hujan) dan memasaknya aku dah lali. apa tak nya, sambil tunggu bas balik sekolah, ada je orang asli datang jual katak ong. pastu ada je orang memesannya. katak ong mahal tau. tak silap aku dalam RM28/kilo. tu dulu2, sekarang tak tau la...
masa aku gi thailand dulu, meriah beb tengok pasar malam diorang. banyak pasar malam aku gi termasuklah kat pattaya dan bangkok. makanan eksotik dia buat kecor air liur. ada jugak kawan2 aku yang hampir muntah. tak fear factor langsung diorang ni (mengata orang konon!). katak masak merah, katak goreng tepung, tikus salai, siput bakar, belalang goreng rangup, lipan goreng bbq, ulat hidup dan macam2 lagi lah. aku tak makanlah, cuma lalu. diulangi cuma lalu je! aku cuma pulun durian dan mangga siam.
apa2pun sebagai orang Islam kita tertakluk kepada makanan yang HALAL sahaja. yang HARAM tu tak yah cuba makan. Allah tak bagi kita makan ada sebab musababnya. cam babi, tengok je aku rasa nak muntah. apsal ada yg sanggup makan. lagipun ahli sains bukan Islam pun sahkan bahawa ia perumah pelbagai jenis virus dan segala mak nenek punya penyakit.
apa2pun korang layanlah gambar2 makanan eksotik dan mengiurkan ini semasa kemeriahan sukan olimpik kat china yang lepas. sape2 yang lemah semangat 46, atau sedang makan; korang pi lah tempat lain. ni cuma orang yang ada power rangers je tengok. kepada kawan2 Islam, jangan pulak lepas ni korang teringin nak makan menda2 ni, aku tampar pipi kiri korang tu kang.
jom kita layan dulu..... (sambil menghirup hpa kopi radix, mai secawen!)
Sumber gambar : mailinglist (selambakodok)
Labels
- AgAma (21)
- AKU DAN KITA SEMUA (36)
- BICARA DAN SUDUT PANDANG (7)
- DunIA DAn tEMPATAn (40)
- HIBURAN (50)
- MACAM-MACAM ADA (63)
- PELAJAR (2)
- SENI DAN WARISAN (3)
- SUKAN (27)
- TEKNOLOGI DAN SAINS (4)
- X FILE (29)
clik disini
My Blog List
clik here
Tuesday, 19 July 2011
Popular Posts
-
AKU STORY.COM..GAMBAR AWEK MELAYU TERLAMPAU Ahahahahahaha.... Blueekkkk!!!!!
-
Ujang, masih belajar dalam darjah 2. Ayah ibunya sudah bercerai 4 bulan yang lalu. Ketika Ujang pulang dari sekolah, dia melintasi bilik tid...
-
Pilihlah pakaian yang sesuai ketika mandi. Jangan sampai mengaibkan diri sendiri dan maruah kaum wanita
-
Menutup aurat itu wajib bagi setiap muslim yang beriman. Dan mereka yang beriman ini, termasuk dalam golongan-golongan yang beruntung di...
-
AKU STORY nak cerita.. Anda kenal siapa Adira Hilucy? ...mungkin ramai yang tidak kenal bukan?Adira Hilucy telah telah menhangatkan alam ma...
-
Akhirnya gambar anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine diperkenalkan juga kepada umum, Anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine yan...
-
Siapa tidak kenal dengan penyanyi dan personaliti TV, Hannah Tan, anak kelahiran Penang. Bukan setakat penyanyi dan personaliti TV sahaja ...
-
salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menarik perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, d...
-
Beberapa blogger telah mempersoalkan tanda merah yang terdapat didada Marsha baru-baru ini, Tanda merah itu dikatakan seakan-akan tanda lo...
-
- NASA yang anda telah kenali selama lebih dari 50 tahun, telah berbohong kepada anda. Pernipuan yang dilakukan bertajuk "Misi Gelap...