clik disini

My Blog List

clik here

Tuesday 19 July 2011

Villa pertaruh Given kawal pintu gol

Image © AFP
Shay Given setuju sertai Aston Villa kerana ingin beraksi lebih kerap. (gambar arkib)

ENGLAND, (AFP) - Aston Villa mengumumkan penjaga gol berpengalaman Republik Ireland, Shay Given sudah memeterai perjanjian selama lima tahun dari Manchester City.

Pemain berusia 36 tahun itu dipancing dalam satu perjanjian rahsia dan merupakan pemain pertama skuad yang bakal dipimpin Alex McLeish yang menggantikan Gerard Houllier musim ini.

"Aston Villa adalah kelab besar dan saya teruja menyertainya.

"Ia cabaran baru buat saya dan saya tidak saya untuk menempuhinya," jelasnya.

Given jarang diberi peluang membarisi skuad utama berikutan Roberto Mancini menaruh kepercayaan kepada penjaga gol utama England, Joe Hart.

Given memiliki caps terbanyak pasukan Ireland dengan 113 penampilan bakal menggantikan Brad Freidel yang meninggalkan kelab itu untuk menyertai Tottenham Hotspur.

Popular Posts

clik here