clik disini

My Blog List

clik here

Tuesday, 19 July 2011

Skuad Olimpik harus ada 'mind set' yang betul - Tengku Abdullah

Image © D5 Sports
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggesa para pemain mengambil kesempatan pertemuan dengan The Blues untuk menimba pengalaman berguna. (gambar arkib)

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Pemain skuad Olimpik Malaysia perlu memiliki penetapan minda yang betul dan memahami corak permainan yang dituntut semasa menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, di sini, Khamis ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata perlawanan persahabatan itu adalah untuk pemain menimba pengalaman bagi persediaan perlawanan kelayakan Olimpik 2012 zon Asia September ini.

"Harap pasukan kita akan cuba bertahan sedaya upaya dan ingat ini adalah peluang untuk menimba pengalaman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ulang tahun ke-25 Universal Fitness and Leisure Sdn Bhd (UFL) di Wisma UFL, dekat sini, hari ini.

Skuad Olimpik Malaysia dibawah Ong Kim Swee akan bertemu Chelsea Khamis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada pukul 8.45 malam.

Selain itu, Tengku Abdullah berkata skuad kebangsaan (Harimau Malaya) perlu memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti ketika bertemu Arsenal dan Liverpool, sebelum menghadapi perlawanan pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2014 zon Asia menentang Singapura pada 23 dan 28 Julai ini.

Popular Posts

clik here