
jom kita baca temubual Tiz Zaqyah bersama wartawan utusan ni…
Betul ke Tiz Zaqyah seorang perokok?
Tidak. Saya bukan jenis perokok dan tidak merokok. Tetapi saya dikelilingi rakan-rakan yang merokok. Itu tidak bermakna saya juga seorang perokok.
Habis itu, masakan ada orang mengadu pernah melihat Tiz merokok di lokasi penggambaran?
Sudah saya jelaskan sebelum ini. Saya tidak merokok. Itu semua gosip. Buktikan saya merokok. Barulah saya mengaku. Mungkin individu berkenaan tersilap pandang. Hakikatnya, saya bukan seperti yang digambarkan.
Betul ke Tiz ada penggambaran di Kota Damansara baru-baru ini?
Iya. Memang saya berada di Kota Damansara. Masa itu ada penggambaran drama slot Samarinda berjudul Asmaradana yang bersiaran di TV3. Kehadiran saya bersama rakan-rakan artis yang lain. Apabila sudah berkumpul ramai-ramai, sudah pasti ada kumpulan yang merokok dan tidak. Saya berada di kumpulan tidak merokok.
Pokok tidak akan bergoyang sekiranya tidak berangin. Apa yang Tiz mahu sembunyikan ini?
Tidak ada apa yang hendak disembunyikan. Saya bercakap benar. Individu terbabit perlu kemukakan kenyataan bersama bukti sama ada secara bergambar, rakaman video atau apa sahaja. Ini semua melibatkan nama baik saya. Saya sendiri terkejut apabila mendengar cerita seperti ini. Seperti mahu menganiaya saya sahaja.
-Apa-apa pun, buat tukang Fitnah tersebut hentikanlah membuat gosip tanpa bukti ni.. MyGosip pun boleh cakap Paris Hilton baru je berkahwin dengan Harun Salim Bachik???.. Gosip tanpa bukti ni walaupun betul, tidak bernilai jika tidak disertakan dengan bukti…
Dan kami berharap Tiz Zaqyah bersabar dengan dugaan yang diterimanya kali ini.. inilah asam garam dunia artis.

Perhatian: gambar diatas telah di edit bagi tujuan hiasan sahaja!