Bismillahirrahmanirrahim….
Semoga Allah menerima kita sebagai hamba-Nya….
Ketika memerhati manusia sekarang,pelbagai gelagat yang dapat kita nilai.Namun,kebanyakannya menghala ke arah yang ‘kurang’ baik.Betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah,segalanya kita hanya dapat melihat,tanpa boleh merubah segala yang di depan mata.
Maka,di sinilah yang boleh kita usahakan,ke arah jalan’hijrah’…
Memasuki tahun baru ini,menanam ‘azam’ sudah menjadi kelaziman kita sebagai manusia.Segala tekad dan cita mesti dikukuhkan di dalam naluri insan.Setiap insan yang berjaya pastinya mempunyai imaginasi cemerlang,dan berpijak di bumi nyata,bukan angan-angan semata-mata…
Terpulang kepada insan,sama ada impiannya adalah untuk menjadi Perdana Menteri sekalipun.Yang penting,’Tangga pertama untuk sebuah kejayaan,adalah bermula dengan sebuah IMPIAN’…
Namun,tak cukup dengan ‘IMPIAN’,untuk berjaya,pastinya ada jalan usaha…
Biarlah seseorang itu sememangnya tidak pandai,jika dia tetap berusaha,tidak mustahil dia akan BERJAYA.Janganlah menyerah di jalan ini,kerana,memang untuk mendapatkan ilmu,kita perlu berkorban dan berjuang…
Sebagaimana firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 139:
“Dan Janganlah kamu berasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,kerana kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman…..”
Kerana sebuah kejayaan,guru sanggup berjaga malam menyediakan formula buat pelajarnya.Kerana sebuah kejayaan,ibubapa sanggup bekerja keras mengumpul wang buat belanja sekolah anak-anaknya.Kerana sebuah kejayaan,guru sanggup melayan,menahan sabar dengan karenah pelajar-pelajar.Kerana sebuah kejayaan,si ibu sanggup bangun pagi2 buat menyediakan sarapan buat si anak yang ingin ke sekolah,agar si anak menjadi cergas dan cerdas untuk memahami pelajaran di sekolah nanti.Kerana sebuah kejayaan,si ayah sanggup pulang lewat malam semata-mata kerana bekerja buat membiayai yuran sekolah si anak agar pembelajarannya tidak terganggu.
Namun apa yang si anak pernah lakukan untuk sebuah kejayaan itu?
Usahalah jawapannya.Namun tanggungjawab itu seolah-olah dianggap ketinggalan dan membosankan.Untuk berjaya memang susah,dan perlu harungi cabarannya.Tetapi ia tidak pernah mustahil.Kerana kelak apabila kejayaan di genggaman,di situlah terletaknya nilai kasih terhadap usaha.
Labels
- AgAma (21)
- AKU DAN KITA SEMUA (36)
- BICARA DAN SUDUT PANDANG (7)
- DunIA DAn tEMPATAn (40)
- HIBURAN (50)
- MACAM-MACAM ADA (63)
- PELAJAR (2)
- SENI DAN WARISAN (3)
- SUKAN (27)
- TEKNOLOGI DAN SAINS (4)
- X FILE (29)
clik disini
My Blog List
clik here
Monday, 18 July 2011
Kejayaan itu tidak datang bergolek,tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil…
Labels:
AKU DAN KITA SEMUA
Popular Posts
-
AKU STORY.COM..GAMBAR AWEK MELAYU TERLAMPAU Ahahahahahaha.... Blueekkkk!!!!!
-
Ujang, masih belajar dalam darjah 2. Ayah ibunya sudah bercerai 4 bulan yang lalu. Ketika Ujang pulang dari sekolah, dia melintasi bilik tid...
-
Pilihlah pakaian yang sesuai ketika mandi. Jangan sampai mengaibkan diri sendiri dan maruah kaum wanita
-
Menutup aurat itu wajib bagi setiap muslim yang beriman. Dan mereka yang beriman ini, termasuk dalam golongan-golongan yang beruntung di...
-
AKU STORY nak cerita.. Anda kenal siapa Adira Hilucy? ...mungkin ramai yang tidak kenal bukan?Adira Hilucy telah telah menhangatkan alam ma...
-
Akhirnya gambar anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine diperkenalkan juga kepada umum, Anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine yan...
-
Siapa tidak kenal dengan penyanyi dan personaliti TV, Hannah Tan, anak kelahiran Penang. Bukan setakat penyanyi dan personaliti TV sahaja ...
-
salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menarik perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, d...
-
Beberapa blogger telah mempersoalkan tanda merah yang terdapat didada Marsha baru-baru ini, Tanda merah itu dikatakan seakan-akan tanda lo...
-
- NASA yang anda telah kenali selama lebih dari 50 tahun, telah berbohong kepada anda. Pernipuan yang dilakukan bertajuk "Misi Gelap...