clik disini

My Blog List

clik here

Monday 18 July 2011

Kubur Makkah jadi tempat buang sampah

MAKKAH: Persatuan Hak Asasi Manusia Arab Saudi (NSHR) semalam menggesa pihak berkuasa di Makkah bertindak pantas untuk melindungi kesucian beberapa tanah perkuburan yang didakwanya semakin musnah di bandar suci itu.
Pegawai NSHR Makkah, Muhammad Al-Sahli mendakwa, berlaku kecuaian dalam mengawal kesucian tanah perkuburan itu.

“Jawatankuasa khas yang ditugaskan oleh pejabat kami baru-baru ini melawat tanah perkuburan Hindawiya selepas menerima aduan daripada orang awam dan mendapati ia dijadikan tempat pembuangan sampah.
“Terdapat juga satu kolam air kumbahan,” katanya.

Menurut penduduk, beberapa tanah perkuburan di Makkah, khususnya di luar bandar, dijadikan tempat pembuangan sampah dan bertukar menjadi ‘syurga’ bagi haiwan terbiar.

Beberapa pemilik bengkel menjadikan tiga tanah perkuburan di daerah Al-Mansour sebagai tempat menyimpan kelengkapan mereka. - AN

Popular Posts

clik here