clik disini

My Blog List

clik here

Monday 18 July 2011

Man City setuju jual Tevez

Image © AFP
Penyerang Manchester City Carlos Tevez melambai ke arah penyokong selepas perlawanan EPL menentang Stoke City di Manchester pada 17 Mei, 2011.

LONDON, (AFP) - Manchester City telah bersetuju untuk menjual bintang Argentina, Carlos Tevez kepada kelab Brazil, Corinthians, demikian menurut pengurus kelab EPL tersebut, Roberto Mancini.

"Ketika ini kami telah mencapai persetujuan dengan Corinthians namun Carlos masih lagi pemain City," Mancini memberitahu Sky TV.

Menurut laporan, perjanjian tersebut akan dimeterai sejurus sahaja terma peribadi pemain dan kelab tersebut dipersetujui bersama.

Kelab Brazil itu telah menawarkan 40 juta Euro (RM169 juta) buat khidmat pemain itu namun City tidak berganjak dengan permintaan mereka untuk tawaran yang lebih tinggi. Corinthians dikatakan telah pun menaikkan jumlah tawaran mereka.

Penyerang itu mahu meninggalkan Manchester kerana mahu berdekatan dengan keluarganya yang tinggal di Amerika Selatan. Bintang Argentina itu telah membantu City menjulang Piala FA dan layak ke Liga Juara-juara Eropah musim lepas.

Popular Posts

clik here