clik disini

My Blog List

clik here

Monday, 18 July 2011

Lorenzo, Stoner sah tidak sertai GP Jepun

Image © AFP
Pelumba Sepanyol dari Yamaha Factory Racing, Jorge Lorenzo (kiri) dan pelumba Repsol Honda, Casey Stoner (tengah) ketika perlumbaan Grand Prix Jerman di Litar Sachsenring, Jerman pada 17 July 2011.

SACHSENRING, (AFP) - Juara bertahan, Jorge Lorenzo dan pendahulu kedudukan semasa kejohanan, Casey Stoner telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan mengambil bahagian dalam Grand Prix Jepun pada Oktober ini.
Gempa bumi dan bencana tsunami yang melanda negara itu pada Mac lalu menyebabkan perlumbaan ditangguhkan hingga 2 Oktober.
Bagaimanapun, kedua-dua pelumba pasukan Jepun Lorenzo (Repsol Honda) dan Stoner (Yamah) enggan berlumba di sana apabila Litar Motegi yang menjadi lokasi perlumbaan terletak hanya lebih 100km dari loji nuklear yang terjejas iaitu Fukushima.
"Saya tidak akan menyertainya dan kebanyakan penunggang lain mempunyai pendapat yang sama," kata Stoner yang juga juara dunia 2007.
"Saya mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan ini. Pun begitu, saya tidak akan pergi ke sana. Itu keputusan saya.
"Terpulang kepada pihak penganjur untuk memikirkan apa yang akan berlaku.
"Jika perkara yang sama berlaku berdekatan dengan rumah saya di Australia, saya juga tidak akan kembali ke sana. Ia menjadi situasi yang sama."
Sementara itu, Lorenzo berkata beliau tidak akan mengubah keputusannya untuk tidak menyertai perlumbaan tersebut.
"Saya sudah lama mengambil keputusan untuk tidak pergi ke Jepun," kata pelumba Sepanyol itu. "Jadi saya tidak mahu terus berbincang mengenai perkara ini kerana saya telah membuat keputusan saya.
"Saya rasa jika kita boleh membantu Jepun dengan cara lain kita akan lakukan, tetapi saya fikir pergi ke sana bukanlah sokongan sebenar."

Popular Posts

clik here