Tahniah buat Tomok kerana telah selamat bernikah dengan Ayu pada 1 Julai 2011 yang lalu.. Dengan hanya sekali lafaz sahaja Ayu telah disahkan menjadi isteri kepada tomok.. Tomok juga membawa sembilan dulang hantaran termasuk wang mas kahwin bernilai RM300 dan wang hantaran bernilai RM12697.11, manakala Ayu pula membalas dengan sebelas dulang hantaran…Pada hari sabtu (2 julai 2011) majlis resepsi untuk belah perempuan telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat dalam suasana yang sangat meriah..
Pada hari rabu (6 julai 2011) majlis resepsi untuk para media dan peminat pula diadakan di Saloma Bistro dengan berkonsepkan ala-ala Jawa..
MyGosip harap perkahwinan Tomok dan Ayu ini berkekalan sehingga ke anak cucu hendaknya.. Buat peminat-peminat Tomok, jom kita layan gambar di Majlis perkahwinan Tomok dengan Ayu kat bawah ni…







6 julai 2011, majlis resepsi untuk para media dan peminat



