clik disini

My Blog List

clik here

Monday 18 July 2011

Cuaca panas memerlukan kami kerja keras - Obi Mikel

Image © AFP
Pemain Chelsea berkelahiran Nigeria, John Obi Mikel (kanan) dan pengurus pasukan Carlo Ancelotti ketika menjawab soalan daripada wartawan dalam majlis Sidang Media di England.

KUALA LUMPUR, (D5) - Pemain Chelsea, John Obi Mikel menganggap perlawanan ketika Jelajah Asia 2011 adalah lebih penting berbanding beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang kelab-kelab di Eropah.
Chelsea telah beraksi dalam dua perlawanan persahabatan pra-musim dengan menewaskan Wycombe 3-0 sebelum meraih kemenangan 1-0 ke atas Portsmouth.
Bagaimanapun, pemain tengah itu berkata perlawanan menentang pasukan Asia lebih bermakna untuk mereka menimba pengalaman sebelum memulakan musim baru Liga Perdana Inggeris.
"Kami telah beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Wycombe dan Portsmouth, tetapi saya fikir perlawanan yang paling penting adalah ketika lawatan ke Asia," kata Obi Mikel, 24.
"Kami berada di Asia untuk tempoh yang lama. Pengurus telah berjaya mengumpulkan semua pemain untuk membentuk satu pasukan sebenar. Ia sangat baik untuk semangat berpasukan, 'katanya.
Selain Fernando Torres, Didier Drogba, John Terry dan Frank Lampard, beliau adalah antara tonggak utama Chelsea yang dijangka turun dalam perlawanan menentang Malaysia pada 21 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.
Obi Mikel percaya bahawa peminat Blues di Malaysia akan mendapat peluang untuk menyaksikan aksi setiap pemain Chelsea.
Pemain berkelahiran  Nigeria itu mengakui bahawa dia tidak sabar untuk kembali ke Malaysia, selepas lawatan Chelsea ke negara ini sempena Jelajah Asia 2008.
Katanya, kenangan pada 2008 masih segar terutama ketika menerima layanan mesra rakyat Malaysia.
"Ia adalah satu pengalaman menarik. Peminat Malaysia memang sukakan kita. Ia lebih hebat apabila ramai yang akan datang memberi sokongan,"kata Obi Mikel.

Popular Posts

clik here