clik disini

My Blog List

clik here

Monday 18 July 2011

Wanita Jepun cipta sejarah

Image © AFP
Jepun membuktikan kekuatan mental dan semangat juang yang tinggi sebagai kunci kejayaan mereka.

FRANKFURT, (D5) - Jepun ditabalkan juara Piala Dunia Wanita buat julung kali selepas mengecewakan Amerika Syarikat (AS) menerusi penentuan sepakan penalti yang berpihak 3-1 kepada negara Matahari Terbit itu.

Jepun telah mempamerkan semangat juang yang tinggi apabila bangkit dua kali selepas ketinggalan pada masa sebenar perlawanan dan sekali lagi menyamakan kedudukan pada masa tambahan.

Kedudukan itu mula menghakis keyakinan barisan pemain AS sehingga beberapa peluang terhidang gagal diperterjemahkan di hadapan seramai 48,837 penonton di Frankfurt.

Ini kemenangan pertama Jepun dalam rekod 26 pertemuan mereka sekali gus mengecewaka pasukan pilihan AS yang pernah menempa kejayaan Piala Dunia 1991 dan 1999.

Aya Miyama menyelamatkan situasi Jepun dengan jaringan penyamaannya pada minit ke-81 untuk memadamkan gol pendahuluan Alex Morgan.

Tempang dengan 10 pemain selepas Azusa Iwashimizu dibuang padanng, Jepun sekali lagi bangkit mengikat kedudukan pada minit ke-107 selepas tujuh minit tandukan Abby Wambach menggegarkan gawang.

Popular Posts

clik here