ROM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengadakan pertemuan dengan Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rom.
Najib yang membawa bersamanya rombongan terdiri daripada pemimpin pelbagai agama, kemudian mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See, Cardinal Tarcisio Bertone.
Rombongan Perdana Menteri termasuk isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, serta Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, dan Ketua Biskop, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

Ini adalah pertemuan kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang Pope selepas pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002.
Holy See adalah kerajaan yang mentadbir gereja Katolik di seluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State yang juga sebuah wilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 kilometer persegi.
Pope adalah pemerintah Vatican City State dan the Holy See. - BERNAMA